Sampai barang terus buka parcel. Sekali gara gara ini akak ni terus pilih tak nak bayar COD.

Viral

Pembelian barang secara atas talian bukan satu perkara yang baharu bahkan, ia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, pelanggan perlu bersiap sedia dan menerima dengan hati terbuka jika barang yang ditempah tidak seperti mana yang diiklankan. Membeli-belah secara atas talian ni dah jadi satu benda yang normal. Maklumlah, lagi senang, jimat tenaga dan kadang-kadang harga barangan lebih murah tau!

Tapi, kalau nak beli pakaian ni tricky sikit sebab takut saiz tak betul, tak kena dengan citarasa dan macam-macam lagila Seperti perkongsian seorang penghantar barang dari Indonesia, menerusi laman TikTok menceritakan karenah seorang pelanggan yang dikatakan enggan untuk membayar barang yang ditempahnya. Difahamkan, wanita ini menggunakan kaedah pembayaran secara Cash On Delivery namun, dia dipercayai membuka bungkusan tersebut terlebih dahulu tanpa membuat sebarang pembayaran.

Penderitaan peniaga atas talian. Saya minta maaf kepada penjual ya ok? Mengulas lebih lanjut, wanita tersebut memberikan penjelasan baju yang dibelinya ketat dan dia enggan untuk membayarnya sebelum melarikan diri. Walaupun, diugut untuk diviralkan di media sosial wanita ini sama sekali tidak kisah dan pemuda ini sempat memberikan nasihat kepada wanita ini supaya tidak membuat pesanan secara atas talian selepas ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh wanita ini dan memberikan cadangan kepadanya untuk membeli di pusat beli-belah.

Risau Beli Baju Kalau Tak Cuba? Ini 4 Langkah Mudah Untuk Korang Membeli Pakaian Secara Online

Sebenarnya, senang je nak beli pakaian secara online kalau korang ikut tips yang Sis Katy share ni.

1. Perhatikan Jenis Kain

Korang kena perhati dan kenalpasti jenis kain sesuatu pakaian tu. Sis yakin korang mesti dah boleh agak jenis fabrik melalui gambar sebab dah biasa pakai dan rasa sendiri. Kalau nak senang, tanya je seller terus. Yang penting, korang kena tahu ciri-ciri sesuatu fabrik tu. Contohnya lembut, menyerap peluh, strechtable dan see through. Ini supaya korang boleh sesuaikan dengan preferences korang. Barulah rasa berbaloi beli!

2. Periksa Ukuran Dan Saiz

Korang perlu pastikan saiz badan korang betul-betul sebelum beli. Tengok dekat carta saiz yang seller dah sediakan. Walaupun dah dinyatakan saiz standard, kena check jugak ukurannya sebab lain jenama, lain ukuran. Standby je measuring tape untuk ukur saiz korang. Senang cerita kalau tak sure, rujuk je seller untuk tolong korang pilih saiz yang tepat.

3. Tentukan Cutting & Design Pakaian

Baca penerangan mengenai pakaian sebelum beli. Selalunya, seller akan beritahu sama ada saiz pakaian lebih kecil atau lebih besar dari saiz biasa. Cutting pakaian seperti slim fit, straight cut dan flare pun korang kena ambil tahu sebab tak semua sesuai dengan sesetengah cutting dan design.

4. Baca Review Pembeli

Ini paling penting! Bila dah berkenan kat satu pakaian tu, make sure korang baca review pembeli. Baca dan buat penelitian sama ada barang seller tu berkualiti ke tak, masa penghantaran lambat atau cepat dan tengok berapa rate buyers bagi sebelum ni. Haa.. Mudahlah lepas ni korang nak shopping online. Korang ikut je tips yang Sis Katy share ni. Nak shopping biarlah korang puas hati dan barang yang dibeli tu dapat sama macam dalam gambar ye! Sumber: Dickyantika

Sanggup Tinggalkan Parcel Pada Kucing Peliharaannya. Sekali Tular Mesej Yang Dihantar Oleh Abang Kurier Ini Dan Rupanya Ini Yang Terjadi.

Perkongsian seorang pelayar Twitter, Ikha Suhaimi mengenai mesej lucu pekerja syarikat penghantaran dan gelagat kucingnya menghiburkan warganet. “Barang akak dah sampai dan saya letak kat (dekat) kerusi. Apa-apa hal boleh tanya kucing akak.” Demikian mesej yang ditulis oleh seorang pekerja syarikat penghantaran (kurier) kepada seorang gadis selepas tinggalkan bungkusan barang yang dipesannya di atas kerusi.

Bersama mesej itu, pekerja berkenaan turut menghantar sekeping gambar menunjukkan bungkusan (parcel) yang diletakkan betul-betul di sebelah kucing berbulu kelabu yang sedang tidur. Mesej itu kemudian dimuat naik oleh Ikha Suhaimi di laman Twitter miliknya, sekadar berkongsi mesej menghiburkan bersama para pengikutnya. Namun tanpa disangka, perkongsian itu meraih melebihi 26,000 retweet dan 33,000 likes daripada warganet yang rata-ratanya terhibur dengan ayat pekerja syarikat penghantaran berkenaan.

Ikha berkongsi mesej lucu yang dihantar oleh seorang pekerja syarikat penghantaran kepada adiknya baru-baru ini.

Ikha berkata bungkusan berkenaan adalah kepunyaan adiknya yang memesan barangan secara dalam talian. “Adik hantar mesej tu dalam WhatsApp group keluarga kami. Saya kemudian post dekat Twitter sebab rasa lucu. Memang tak sangka pula boleh jadi viral,” ujar gadis berusia 20 tahun ini. Bercerita lebih lanjut, Ikha berkata ketika pekerja syarikat penghantaran itu tiba di kediaman ibu bapa mereka di Rembau, Negeri Sembilan, kesemua penghuni rumah berkenaan keluar bekerja dan ada yang ke sekolah.

Ada yang kaitkan dengan Oyen. Selalu kucing warna oyen (Oren) yang ‘buat teruk’… yang ini warna kelabu pun ‘buat teruk’ juga.

“Sebelum sampai, pekerja tu dah hubungi adik saya. Adik beritahu tak ada orang dekat rumah. Jadi abang (pekerja) tu minta kebenaran untuk masuk dalam pagar dan letakkan di kerusi. Tak sangka dia letak di sebelah kucing kami, Bubu, dan hantar mesej lucu seperti itu, siap tangkap gambar pula tu,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

Gelagat Bubu yang tidur dengan mata terbeliak sempat dirakam oleh pekerja syarikat penghantaran tersebut sebelum gambarnya dihantar kepada adik Ikha.

Bukan sahaja mesej lucu pekerja syarikat penghantaran itu yang menjadi ‘bahan’ warganet, malah kucing peliharaan keluarga Ikha turut menjadi tumpuan warganet gara-gara matanya yang sedikit terbeliak sebagaimana gambar yang dimuat naik.

“Ramai yang bagi komen-komen lucu. Ada yang kata dia ‘buat teruk’ konon barang tu berat sangat tindih sampai biji mata terbeliak. Ada yang kaitkan dengan Oyen. Selalu kucing warna oyen (Oren) yang ‘buat teruk’… yang ini warna kelabu pun ‘buat teruk’ juga. Ada yang kata, mujur bukan Oyen… kalau Oyen, memang terkoyaklah parcel. Komen-komen tu buat kami semua ketawa. Sebenarnya Bubu kalau tidur, memang matanya macam tu, terbeliak sikit. Kerusi itu pula memang port dia tidur,” ceritanya yang merupakan pekerja syarikat swasta.

Sebahagian komen warganet yang terhibur dengan perkongsian Ikha.

Gelagat kucing berwarna oren atau sering digelar Oyen kerap kali menjadi perbualan gara-gara sering membuat onar dan kebanyakannya nakal. Antaranya, perkongsian seorang pelayar baru-baru ini yang memuat naik video si bulus itu mengoyakkan buku latihan milik adiknya. Sebelum itu, beberapa pelayar lain juga turut berkongsi gelagat Oyen masing-masing sehingga menjadi tular di media sosial.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *