Banyak perniagaan yang terkesan dengan pandemik. Kini Hotel Silka Cheras dan Holiday Villa Subang pula isytihar tutup buat selamanya.

Viral

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan penutupan beberapa hotel terkemuka sejak wabak COVID-19 mula merebak hampir dua tahun lalu.

Ditutup Sejak 1 Oktober 2021 

Terbaru, dua lagi hotel terkemuka Holiday Villa Hotel & Conference Centre di Subang Jaya dan Hotel Silka di Cheras  telah ditutup buat selama-lamanya berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu. Menerusi sebuah kenyataan yang dimuatnaik di laman Instagram rasmi mereka, pihak Holiday Villa Subang memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan terkesan dengan situasi pandemik yang melanda dunia.

Ucap Selamat Tinggal Selepas 33 Tahun

Untuk rekod, hotel ini memulakan operasi mereka sejak tahun 1988 dan merupakan lokasi yang popular bagi lokasi perkahwinan, acara mahupun mesyuarat. “Situasi pandemik CVDI9 telah memberi impak kepada industri hospitaliti bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia dan syarikat telah sampai ke tahap di mana kelangsungan perniagaan tidak dapat dilaksanakan lagi.

“Justeru itu, Holiday Villa Hotel and Conference Centre Subang telah membuat keputusan untuk menutup operasi hotel berkuatkuasa 1 Oktober 2021 Kami seiklhas hati mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan mendoakan kejayaan serta kesihatan anda pada masa akan datang” tulis kenyataan tersebut

Dua Hotel DHI Tutup 

Dalam perkembangan lain, anak syarikat Dorsett Hospitality International (DHI), Silka Hotels mengumumkan penutupan salah satu cawangan mereka di Cheras. Juga berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu, Silka Hotel yang terletak bersebelahan pusat membeli belah Cheras Sentral telah mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pelanggan-pelanggan mereka.

“Perjalanan kami bermula pada 2015… Dan sepanjang perjalanan, kami telah berkongsi beberapa memori menarik bersama. Jadi kami ingin ucapkan ribuan terima kasih pada hari ini kerana kami akan menutup operasi dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua” tulis pengendali Instagram Silka Hotel Cheras

Menerusi tinjauan Murai.my, Cheras Sentral juga seakan-akan ‘menunggu masa’ untuk ditutup malah kebanyakan kedai di dalamnya telah ditutup dan berpindah ke lokasi lain. Sebelum ini, sebuah lagi cawangan Hotel Silka di Masjid Jamek telah ditutup pada awal tahun ini manakala J-Hotel by Dorsett yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur telah mengumumkan penutupan sementara operasi hotel mereka pada 28 Mei 2020. Difahamkan, hotel tersebut ditutup selepas beberapa bulan dibuka kepada orang ramai. Sumber : Lobak Merah

Tular Warganet Berteka Teki Dengan Info Dari KJ. Biar Betul Sampai 59 Kakitangan Hotel Ritz Carlton Langkawi Positif CvdI9.

Di media sosial, warganet berteka-teki mengenai hotel yang dimaksudkan. Sejak petang Isnin, tular di media sosial mengenai laporan media tempatan berkenaan sebuah hotel terkemuka di Langkawi yang dikhabarkan seramai 59 orang kakitangannya telah disahkan positif wabak CVDI9.

Henti Operasi Seketika 

Memetik laporan Astro Awani, difahamkan hotel tersebut terpaksa menghentikan sementara operasi mereka dan menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, kesemua kes jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung.

Penularan Terkawal 

Dikategorikan sebagai kluster tempat kerja, sehingga Isnin seramai 249 individu telah disaring dengan 59 daripada mereka disahkan positif, 192 individu negatif dan tiga lagi individu masih menunggu keputusan saringan. Dr Othman turut memaklumkan, kluster berkenaan melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga.Dalam perkembangan berkaitan, kesemua pelancong yang menginap di hotel berkenaan kini dipindahkan ke sebuah hotel lain di bawah syarikat yang sama.

Malah, semua kontak rapat juga telah dikenal pasti serta telah melakukan ujian saringan CVDI9 dan diberi arahan menjalani Home Surveillance Order (HSO) selama 10 hari. Sehingga kini, JKN Kedah mengesahkan bahawa penularan jangkitan CVDI9 adalah terkawal.

Warganet Dkwa Hotel Ritz Carlton Yang Dimaksudkan 

Di media sosial, warganet berteka-teki mengenai hotel yang dimaksudkan. Berdasarkan lokasi hotel yang dinyatakan rata-rata daripada mereka menyatakan bahawa Hotel Ritz Carlton adalah hotel yang dikhabarkan mempunyai kluster tersebut.

Sehingga kini pihak hotel tersebut tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai spekulasi mahupun mengesahkan mengenai penularan wabak CVDI9 di dalam kawasan mereka. Sumber : Murai.my

Kanak Kanak Umur 3 Tahun Merupakan Pelancong Pertama Di Langkawi Yang Positif CvdI9. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang merupakan salah seorang daripada kumpulan pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi sejak ia dibuka dalam gelembung pelancongan baru-baru ini telah disahkan positif Covid-19. Pengesahan tersebut telah dibuat oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo dalam satu kenyataan kepada pihak media yang mengatakan hasil siasatan JKN mendapati kanak-kanak terbabit tiba di pulau peranginan tersebut bersama dua orang ibu bapanya kira-kira jam 7.30 malam, 24 September lalu.

Difahamkan, calitan RTK-Antigen menggunakan air liur ketiga-tiga mereka didapati negatif sebelum berlepas ke Langkawi menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Selain itu, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut juga telah lengkap vaksinasi selain tidak dijangkiti atau menjadi kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19 manakala anak mereka yang berusia 3 tahun tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Kanak-kanak tersebut didapati demam pada hari Sabtu sebelum mendapatkan rawatan pada hari Ahad dan telah disahkan positif Covid-19”. Tambah Dr Othman lagi, siasatan lanjut mendapati tiga orang saudara kenak-kanak terbabit yang merupakan penduduk tempatan Langkawi turut menjadi kontak rapat, selain ibu bapanya. Namun, hasil ujian saringan Covid-19 yang dibuat kepada lima individu terbabit didapati negatif dan mereka dikehendaki menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 10 hari.

Hasil siasatan juga mendapati berkemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak itu telah berlaku sebelum mereka melancong ke pulau tersebut lagi dan difahamkan ketika ini, kanak-kanak terbabit mengalami gejala ringan dan diletak di bawah pemantauan pasukan Pusat Penilaian CVDI9 (CAC) Langkawi. JKN Kedah serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi dalam masa yang sama juga akan terus memantau perkembangan kejadian ini dan akan memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilakukan secara berterusan. Untuk makluman, sehingga 30 September 2021, terdapat hanya satu kes positif dilaporkan membabitkan pelancong ke Langkawi dan tiada penularan dalam kalangan ahli keluarga atau penduduk tempatan berlaku. Sumber : Lobak Merah

Doakan Orang Buat Swab Test Kena CvdI9. Warganet Anggap Petugas Keterlaluan.

Seorang petugas barisan hadapan menerima kritikan serta kritikan susulan tindakannya yang mendoakan salah seorang individu yang menghadiri ujian saringan agar dijangkiti virus CvdI9.

Petugas doakan pesakit kena CvdI9

Kejadian itu telah dirakam oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Shuhada Dee dan kemudian dikongsikan di platform tersebut sehingga menjadi perhatian warganet.

Menerusi video pendek itu, petugas berkenaan bertanya sekiranya individu berusia 16 tahun itu sama ada telah menerima vaksin sebelum dia mendoakan agar individu terbabit terkena jangkitan virus tersebut.

“Apalah doakan orang macam tu”

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram terhadap kata-kata petugas itu yang dianggap keterlaluan menyebabkan mereka berhasrat agar video tersebut  sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Sumber: Redaksi

Pameran Bendera Putih Memperingati Mangsa Pergi Akibat Covid19.

Amerika Syarikat (AS) mengadakan pameran seni baharu bagi memperingati mangsa-mangsa yang pergi buat selamanya akibat CvdI9. Sehingga Jumaat, sekurang-kurangnya 670,034 orang pergi akibat wabak itu di AS, menurut University Johns Hopkins. Pameran yang dianjurkan oleh artis Suzanne Brennan Firstenberg itu menempatkan lebih 600,000 bendera putih di National Mall.

Selain memberi gambaran visual mengenai kehilangan nyawa akibat wabak, bendera yang ditempatkan juga memuatkan mesej peribadi dari orang tersayang yang boleh ditinggalkan secara langsung atau dalam talian melalui laman web untuk pemasangan. “Begitu banyak kehilangan nyawa berlaku tanpa pengetahuan. Ketika saya berkesempatan membawanya (bendera) ke National Mall, meskipun saya tahu ini adalah tugas sangat besar, tetapi ia adalah tanggungjawab saya,” kata Firstenberg, 62.

Sebelum ini, dia membuat pemasangan bendera dengan jumlah lebih kecil pada tahun lalu berhampiran Stadium RFK di Washington. Firstenberg berkata, penduduk AS harus mengambil risiko untuk bekerja bagi mencegah kegawatan ekonomi yang lebih terkesan berbanding risiko kesihatan akibat wabak itu.

“Itu benar-benar mengganggu saya. Saya berasa seolah-olah seseorang harus melakukan sesuatu untuk membuat kenyataan bahawa dengan kematian ini, kita juga harus menghargai setiap kehidupan ini, “ katanya. Sebelum pameran dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Khamis, seorang ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 mengakui dia terharu melihat ayahnya dihormati. “Salah satu bendera itu mewakili ayah saya yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 kira-kira 11 bulan yang lalu. Saya tidak menyangka akan sangat beremosi melihat ini tetapi di sini saya menangis. Tolong, jangan sekali-kali, lupakan mereka,” katanya melalui satu catatan di media sosial yang dikongsi di akaun National Mall. Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *