Penduduk terkejut bila rumah tidak berpenghuni jadi tempat haiwan ini pula. Rupa rupanya ia tindakan dari penyewa sendiri.

Viral

Tindakan penyewa rumah teres dua tingkat di Tasek Mutiara di sini, yang tinggalkan dua ekor babi peliharaannya di kawasan rumah sebelum berpindah menimbulkan rasa tidak senang penduduk. Tindakan itu menyebabkan kejiranan di kawasan perumahan elit berkenaan kurang senang selain membiarkan haiwan itu kelaparan tanpa makanan dan penjagaan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ima berkata, difahamkan babi berkenaan ditinggalkan sejak Jun dan perkara itu hanya disedari penduduk pada September lalu. Katanya, bukan sahaja menimbulkan rasa kurang senang malah kebersihan kawasan sekitarnya juga diragui.

“Walaupun tidak bersetuju dengan tindakan memelihara babi di kediaman, jiran berhampiran terpaksa memberi makanan kerana kasihankan haiwan itu yang kelaparan. Aduan kepada pihak pengurusan perumahan berkenaan sudah dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil termasuk menghubungi pemilik rumah. Namun, sehingga hari ini haiwan berkenaan masih berada di perkarangan rumah berkenaan malah pihak pengurusan memberi alasan isu itu dalam pengetahuan mereka dan tindakan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau yang sudah dua tahun tinggal di situ berkata, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) juga sudah ke lokasi semalam selepas aduan dibuat. “Difahamkan notis saman turut dikeluarkan kepada pemilik kediaman berkenaan dan pemilik rumah diberi tempoh tiga hari bagi memindahkan haiwan itu. Sekiranya masih tiada tindakan, kami memohon kepada MBSP memindahkan haiwan itu menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada, bukan sahaja bagi kesejahteraan kejiranan tetapi kebaikan haiwan itu juga yang perlu dijaga. Dua ekor babi peliharaan di rumah teres dua tingkat di Tasek Mutiara, di sini, dibiarkan kelaparan selepas penyewanya berpindah sejak Jun. Sumber: BH online

Pembantu Rumah Ambil Jam Premium Majikan Tanpa Izin Dan Siap Jual Kat Online. Sekali Kantoi Bila Majikan Menyamar Sebagai Pembeli.

Seorang pekerja domestik dari Singapura berusia 38 tahun ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara atas kelasahan mencuri barang dari majikannya. Menerusi sumber, pekerja, Sixon Jenelyn Villaruel bekerja untuk sebuah keluarga ini sejak tahun 2013. Antara bulan Mei dan Julai tahun ini, Sixon telah mencuri barang majikannya untuk melangsaikan hutang dengan ceti.

Menurut hasil siasatan, Sixon dah beberapa kali ‘kantoi’ dengan majikan sebab curi barang lain seperti rantai emas, jam dan wang tunai sebanyak S$7,000 (RM21,524.26). Hasil curian itu telah mamkan kos bernilai S$17,503 (RM, 53,819.88) dan telah membelanjakan sebanyak S$15,600 (RM47,968.35).

Kantoi dekat Carousell

Awal Julai lalu, majikan Yan Xiucheng dapat tahu jam tangan miliknya tiba-tiba hilang selepas lihat satu pos jualan di Carousell yang mirip seperti jam tangan miliknya. Harga jam tangan yang bernilai S$1,000 (RM3,074.89) itu dijual dengan semula dengan harga S$500 (RM 1,537.45). Yan juga perasan nama penjual yang dikenali sebagai ‘Jen’ itu sama dengan nama kedua pembantunya, iaitu Jenelyn.

Malah Yan juga perasan menerusi gambar yang dimuat naik oleh penjual itu dimana telefon yang digunakan sama seperti telefon milik pembantunya. Yan kemudian bertindak menyamar sebagai pembeli dan aturkan perjumpaan dengan penjual itu (pembantunya Sixon) di sebuah stesen MRT pada jam 7 pm.

Pembantu itu di serbu oleh pihak polis dan ditangkap di tempat mereka patut bertemu sebelum jam tangan milik Yan dipulangkan semula. Menurut laporan Shin Min Daily News, pembantu itu merayu untuk tidak ditangkap kerana dirinya seorang ibu tunggal dan anaknya menghidap penyakit asthma. Dia seorang yang tanggung keluarganya dan perlu tanggung kos perubatan ibunya. Dia juga akui bahawa dia takkan curi duit itu jika dia tidak diperdaya oleh Ah Long. Pembantunya dijatuhkan hukuman penjara selama 7 bulan. Sumber : Lobak Merah

Esok Nak Terbang Balik Kampung. Bibik Kantoi Angkut Sekali Barang Majikan.

“BUKAN nak membuka aib sebab kami tak dedahkan wajah atau namanya pun… tapi niat utama adalah mahu sebar kesedaran agar dijadikan pengajaran buat majikan lain.”

Demikian penegasan pasangan suami isteri, Dr Israfil Merican dan Nur Izzah Khalil berhubung pendedahan mengenai sikap ‘panjang tangan’ bekas pembantu rumah mereka.

Terdahulu menerusi aplikasi TikTok, Nur Izzah memuat naik video penemuan barang-barang miliknya dan suami di dalam bagasi milik pembantu rumah mereka selepas melakukan ‘spot check’ sebelum wanita warga Indonesia itu pulang ke kampung halamannya.

Empat klip video yang dimuat naik secara berasingan itu sehingga kini meraih antara 36,000 hingga 544,000 jumlah tontonan.

Menurut Nur Izzah, dia sudah lama tergerak hati untuk melakukan pemeriksaan terhadap bagasi milik pembantu rumahnya itu sejak wanita tersebut sudah mula mengemas barang-barang untuk dibawa pulang.

“Dah lama sebenarnya nak check tapi asyik tertangguh saja. Sebenarnya bibik kami dijadualkan pulang pada 12 September kerana permitnya sudah tamat… jadi dia dah kemas bagasi awal. Tapi penerbangannya cancel. Saya tempah tiket kali kedua, pun batal juga.

“Kali ketiga tempah tiket, penerbangannya pada 26 September. Jadi malam sebelumnya tu, saya saja beritahu nak check bagasinya. Mukanya terkejut dan agak menggelabah… dia kata semua barang dalam bagasi tu adalah miliknya.

“Tapi akhirnya dia benarkan kami check. Bagasi pertama yang saya buat spot-check, saya jumpa barang mekap. Terkejut sangat. Saya tergerak untuk rekod sebagai bukti dan tujuan protection.

“Gali punya gali lagi, banyaklah barang milik kami dalam bagasi dia. Baju kelawar eksklusif milik saya pun ada. Dia tipu konon kawannya yang beri. Selama ini, kami ingat barang-barang yang hilang ni sebab tersalah letak. Langsung tak fikir kena curi, lagi pula baru pindah rumah… memang tak sangkalah,” ujar wanita berusia 36 tahun ini.

Menurut Nur Izzah yang juga pengasas produk kecantikan kulit Kozha Skincare, selepas mengambil semula barang kepunyaan mereka, dia dan suaminya kemudian mengambil keputusan untuk membungkus (wrap) bagasi-bagasi tersebut dan meletakkannya di dalam kereta.

“Malam tu, kami siap tidur di ruang tamu rumah untuk pastikan bibik tak contact sesiapa dan pass barang apa-apa lagi. Bibik ni ada geng yang sebelum ni selalu sangat datang rumah, walaupun kami dah larang.

“Nak dipendekkan cerita, subuh sebelum kami bertolak ke lapangan terbang, bibik ni datang jumpa saya dan minta maaf. Masa nak hantar, kami spot-check lagi beg tangan dan beg plastik yang dijinjing… jumpa pula seutas jam tangan suami.

“Dia kata, dia ambil jam tangan tu sebab dah tiada bateri. Aduhai boleh pula dia bagi jawapan macam tu. Kami boleh simpulkan barang-barang kami yang dia ‘simpan’ bernilai antara RM4,000 hingga RM5,000.

“Ia termasuklah barang mekap, hotwheels, baju, jam tangan dan macam-macam lagi. Itu baru yang kami jumpa… ada lagi yang masih ‘ghaib’ hingga kini iaitu jam tangan saya dan dua bentuk cincin saya,” ujar ibu kepada empat cahaya mata ini.

“Dia kata, dia ambil jam tangan tu sebab dah tiada bateri. Aduhai boleh pula dia bagi jawapan macam tu.”

Sementara itu, Dr Israfil pula menambah, dia sama sekali tidak menyangka pembantu rumah yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri itu tergamak mengkhianatinya dan isteri.

Malah tambahnya yang merupakan Pengarah (Perubatan) di platform kesihatan digital, Andson.com.my itu, wanita berusia lewat 30an itu menunjukkan kelakuan dan sikap yang amat berbeza sejak kebelakangan ini.

“Dua tahun dia berkhidmat dengan kami. Sikapnya ketika mula-mula bekerja dengan akhir-akhir ini sangat berbeza. Pernah banyak kali terhidu bau rokok di kawasan biliknya. Tiada siapa dah yang merokok di rumah.

“Bukan itu saja, akhir-akhir ini selalu sangat kawan-kawan dia datang ke rumah walaupun kami dah larang. Pernah sambil buat kerja, tangannya sibuk pegang handphone. Itulah petanda dia sudah tak hormat majikan.

“Saya bukan apa, malas nak tegur berlebihan atau berkasar… bimbang nanti anak-anak kita pula jadi mangsa. Kami layan dia baik sangat selama ini. Baju raya pun beli, tiket nak balik pun kami tanggung. Malah kami hulur sikit duit kepadanya sebelum berlepas.

“Ada yang komen kenapa tak lapor polis. Kecewa memang kecewa dengan apa yang dia dah buat, namun kami masih ingat apa kebaikan dia kepada keluarga kami,” ujarnya lagi.

Pasangan ini dalam pada itu turut melahirkan rasa bersyukur kerana sudah mendapat seorang pembantu rumah warga tempatan yang disifatkan ibarat ‘langit dengan bumi’ jika mahu dibandingkan dengan bekas bibik mereka.

“Bukan nak puji sebab pembantu baru ni orang kita, tapi memang berbeza level rajin dan sikap mereka berdua.

“Ini adalah pengalaman kami… tak semua pembantu rumah seberang itu tak bagus. Cuma segelintir saja. Buat majikan dan bakal majikan, ingatlah, walau baik macam mana pembantu rumah kita, sentiasalah berwaspada… tapi bukan nak suruh buruk sangka.

“Tetapkan peraturan dan kalau mampu, pasanglah kamera litar tertutup (CCTV). Kita sebagai majikan bertanggungjawab untuk pastikan tiada benda buruk berlaku di depan dan belakang kita,” kata Nur Izzah lagi. Sumber: Mstar.

Pakai Volkswagen Tapi Kantoi Meniaga Tanpa Modal . Sanggup Ambil Ayam Orang Untuk Meniaga Ayam Golek.

Tatkala beberapa negeri sudah diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti perniagaan, ramai orang merebut peluang tersebut bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, lain pula terjadi di negeri Kedah apabila seorang pembekal ayam segar mengalami kerugian apabila ayam-ayamnya diambil sekitar pukul 4 pagi pada minggu lalu. Seorang pembekal ayam segar terpaksa menanggung kerugian apabila ayam-ayamnya diambil sekitar jam empat pagi beberapa hari lalu.

Berkongsi kejadian yang dialaminya di satu group Facebook, peniaga berkenaan memberi amaran kepada pembekal ayam segar lain untuk berhati-hati akan aktiviti yang tidak bermoral dilakukan indivdu tersebut.

Masuk kedai ambil ayam

Bagi memastikan dirinya tidak menuduh sebarangan, pembekal ayam berkenaan memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki yang memakai pelitup muka berwarna merah sedang mengambil ayam di kedainya.

Kejadian ‘mengambil ayam’ itu disedari oleh pembekal ayam segar apabila dia melihat rakaman CCTV dan mendapati ada sebuah Volkswagen Golf GTI meletakkan kereta di hadapan kedainya pada pukul sekitar 3.30 pagi.

Alangkah terkejutnya apabila dia melihat rakaman CCTV dari dalam kedainya pula apabila ada seorang lelaki memanjat masuk ke dalam lalu mengambil stok ayam segar yang disimpan di dalam tong ais.

Namun cerita tersebut tidak terhenti di situ sahaja kerana individu tersebut dirakam menjalankan perniagaan ayam golek dipercayai di hadapan medan selera Bandar Puteri Jaya di sekitar kawasan Sungai Petani.

Difahamkan bakul-bakul yang digunakan untuk meletakkan ayam segar tersebut turut mengambil daripada pembekal ayam segar dari lokasi lain. Menurut pemilik bakul tersebut, individu itu sudah lama melakukan kegiatan ‘mengambil ayam’ di sekitar kawasan Sungai Petani dan kali ini semua aktiviti mereka telah terakam pada CCTV sebagai bukti.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan dikatakan berniaga Ayam Golek dipercayai menggunakan ayam yang telah diambil itu.

Terdesak pun tak halalkan cara

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, segelintir warganet facebook beranggapan lelaki berkenaan terdesak akan keadaan sekarang namun itu tidak menghalalkan perbuatannya.

Rata-rata orang ramai mengkritik tindakan individu tersebut yang menaiki kereta ‘sporty’ import namun mengambil ayam segar milik orang lain untuk dijadikan modal jualan perniagaan ayam golek mereka.

Dengan bukti-bukti yang terakam pada CCTV ini, para netizen berharap kesemua individu tersebut akan ditangkap oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat dan dikenakan hukuman yang setimpal setelah menyebabkan kerugian kepada pembekal ayam segar yang tidak bersalah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *