Bila sentap dengan teguran itu tanda masih ada iman. PU Syed berani menjawab kenyataan Kak KM.

Amalan artis Hiburan Kehidupan selebriti

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menjawab kenyataan balas yang diberikan usahawan, Liana Rosli terhadap tegurannya. Dalam respon itu, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM berkata pendakwah ini tidak wajar mengambil kerja Tuhan dalam menjatuhkan hukum.

Tidak hanya mendiamkan diri, PU Syed menerusi sebuah hantaran di Instagram memohon usahawan berkenaan segera berubah. Katanya, apabila Kak KM tersinggung dengan teguran yang dibuat, itu bermakna masih ada iman di dalam dirinya.

“Bila dia sentap dengan teguran ambe..itu tanda masih ada iman dlm diri..berubahlah..kerana nyawa ni bukan dlm kawalan kita..sekejap je Allah boleh tarik..”

“Ramai yg jadi jutawan dgn berniaga..dan membuat iklan yg patuh syariah..maka rezeki mereka akan berkat..tetapi jika sebaliknya..pasti tiada keberkatan dlm rezekimu..sekalipun banyak..”

Jelas pendakwah ini lagi, dia terpaksa membuat teguran secara terbuka kerana kesalahan yang dibuat juga secara terbuka.

Ambe tegur dia kata mengaibkan dia. Dah selama ini mengaibkan diri sendiri dan keluarga dia perasan atau tidak?

Malah, dia juga tidak memerlukan sebarang penghormatan daripada usahawan itu. Cukuplah baginya Allah SWT menyaksikan bahawa antara salah dan benar itu adalah nyata.

Terdahulu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak mendakwa sudah beberapa kali menegur usahawan sensasi ini namun teguran tidak membuahkan hasil. Apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa semoga dia segera berubah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pakaian terlalu menjolok mata. Sekali Pu Syed mula luahkan dah puas tegur Kak Km dan ini yang perlu dilakukan.

Selepas kerap disebut (tag) oleh seorang pengguna media sosial di laman Instagram pada akaun anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, Pencetus Ummah(PU)  Syed meluahkan dirinya sudah puas menasihati wanita tersebut dan kini hanya mampu berdoa buatnya.

Suami Dan Ahli Keluarga Wajib Tegur

Kontroversi mengenai Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli sudah tidak asing lagi di Malaysia, penampilannya yang menjolok mata sering menjadi bualan hangat orang ramai apatah lagi usahawan tersebut kini sedang sarat berbadan dua.

Untuk rekod, ramai pihak sudah memberi teguran dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil. PU Syed juga meluahkan, seharusnya suami dan ahli keluarga terdekatnya wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.

“Untuk maklumanmu, @duniaakhirzamankita ambe dah beberapa kali tegur kak KM ni. Namun tiada hasil.. Kita hanya mampu doa.. Moga dia sedar.. Tubuhnya itu bukan seperti haiwan yang boleh ditonton senang-senang oleh makhluk lain.. Kecuali mahramnya sahaja.

Jika dia ada suami.. Maka suaminyalah yang perlu tegur dan jika tak ditegur.. Berdosalah dia.. Bahkan dyus! Tetapi jika dia tiada suami.. ibu ayahnya.. Adik-beradiknya wajib menegur beliau..” tegas PU Syed. Selain itu, PU Syed turut menyentuh soal perniagaannya di mana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa pasti akan memiliki rezeki yang tidak berkat.

“Bahagian dunia ni sementara sahaja.. Celka di akhirat adalah yang paling sngsra.. Berniaga dengan cara dosa.. Maka rezekimu tidak berkat.. Bahkan mendatangkan dosa.” katanya lagi. Mahu Pihak Berwajib Kuatkuasa Pemakaian Patuh Syariat. Menyentuh soal pemakaian menjolok mata Kak KM, pendakwah bebas ini berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.

Ini adalah kerana di Malaysia, dosa mendedahkan aurat dirasakan ‘normal’ dalam diri masyarakat Muslim dan disifatkan menormalisasikan dosa seperti ini sangat merbahaya. “Ambe mohon pihak berwajib agar kuat kuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.. Gubal undang-undang agar boleh saman atau tahan mereka yang mendedahkan aurat dikhalayak!!

Walaupun tak ada hkman hudvd dalam isu ini.. Namun takzir masih wujud.. Kerana menjaga maslahah.. Namun apa yang pasti.. Mendedahkan aurat adalah salah satu perbuatan dosa yang terasa ‘normal’ sahaja bila dilakukan.. Inilah normalisasikan dosa yang sangat berb4haya..” ujarnya

Warganet Setuju Dengan Cadangan PU Syed

Melihat hantaran pendakwah tersebut di Instagram, ramai yang bersetuju dengan pandangan PU Syed agar kerajaan dapat menggubal semula undang-undang dan menguatkuasakan pemakaian patuh syariat di hadapan umum.

“Iya! Saya sokong agar pihak berwajib kuatkuasakan pemakaian patuh syariat di tempat umum iaitu di khalayak ramai terutamanya.” “Saya sokong perenggan ke-4.. Kerajaan patutnya kuasakan pemakaian patuh syariat.. Jangan melampau sangat dalam membuka aurat, seolah-olah macam bukan orang Islam lagaknya.” “Harap negeri lain dapat ikut contoh negeri Kelantan….. Setiap wanita wajib bertudung….” komen mereka

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kak KM Ditegur Gara Gara Hiking Waktu Sarat Mengandung. Sekali Ada Satu Benda Yang Buat Warganet Bimbang.

Tindakan usahawan ko.ntroversi, Liana Rosli menyertai aktiviti mendaki bukit atau hiking ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet di laman sosial. Menyedari bahaya kepada diri dan kandungannya itu, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM memberitahu dia mengikuti aktiviti lasak itu kerana ingin memenuhi permintaan anak-anak.

“Cerita sebenarnya, rancangan awal nak mendaki bukit dalam enam kilometer saja, jalan santai-santai… tapi tak sangka la pula tukar laluan 20 kilometer dan kena melalui laluan yang lebih mencabar. Jadi nak tak nak kena ikut sajalah sebab dah masuk laluan itu, kena habiskan la.

Sebenarnya memang berbahaya untuk saya sampaikan coach (jurulatih) pun terkejut tak sangka saya mampu hiking sebab keadaan perut pun dah besar, tunggu masa nak beranak sahaja. Tapi sejujurnya bukan saya nak pergi sangat pun!

Anak-anak yang nak pergi, takkan nak biarkan mereka pergi sendiri, jadi saya pun kena ada sekali. Lagi pun ada dalam 15 orang ahli keluarga lain yang menyertai hiking itu, mereka pun banyak membantu sepanjang meredah laluan mencabar itu,” katanya.

Sebelum itu, menerusi Facebook, Kak KM berkongsi video dia menyertai aktiviti hiking di sebuah bukit yang terletak di Ampang, Selangor, baru-baru ini. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai komen daripada warganet

dan rata-ratanya menegur tindakan Kak KM melakukan aktiviti lasak yang boleh mendatangkan b.ahaya kepada dirinya dan bayi dalam kandungan. Ada juga pengikut memberitahu kawasan hutan tidak selamat untuk ibu mengandung kerana turut didiami oleh makhluk halus.

Saya nak nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat b.ahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa! “Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, tak ada apa-apa yang jadi.

Hantu tu tak ada tapi manusia boleh jadi hantu… kita pun pergi dah siap doa dan ilmu di dada. Sejak remaja lagi saya memang selalu join hiking dan kerap masuk hutan, jadi kita tahu apa nak buat… bukan nak cakap besar, cuma dah biasa dalam hutan.

Kalau kenal saya sebelum ini pun saya memang aktif menari, tak reti duduk diam… makan pula jamu itu agaknya kandungan kuat dan lasak sekali,” ujarnya.

Kak KM dah biasa aktiviti lasak dan aktif menari sebelum ini.

Dalam pada itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini menasihati ibu hamil lain supaya tidak mengikuti tindakannya itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan. “Tapi saya nak

nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat b.ahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa. Orang sedang mengandung ni emosi pun tak stabil, badan berat dengan perut ke depan… memang senang penat! Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan beri nasihat kepada saya,” katanya. Sumber: mstar

Ramai Yang Tertanya Soal Vaksin Buat Ibu Mengandung Dan Susukan Bayi. Sekali Khairy Jamaluddin Tampil Maklumkan Sesuatu Ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, memaklumkan ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera. Ini kerana, pertimbangan sewajarnya akan dibuat bagi menentukan jenis vaksin bersesuaian untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Perkara tersebut turut dikongsi Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman twitter miliknya. Selain itu, butiran berkaitan kandungan dan status penyusuan kini disertakan di bawah kemas kini alamat rumah, dalam ruangan vaksinasi, di aplikasi MySejahtera.

Malah, kesemua butiran berkenaan, termasuk alamat semasa, status kandungan dan penyusuan akan dipaparkan pada bahagian penilaian pemilik akaun MySejahtera. Sumber : My Tv Viral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *