Pastikan ibu bapa selamat. Khairy Jamaluddin sarankan buat ujian saringan sebelum balik kampung.

Amalan Covid 19 Keluarga

Sebelum ini, pihak kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat merentas negeri setelah 90 peratus daripada populasi dewasa telah divaksin.

Malah, setakat hari ini, angka tersebut telah mencecah 88.4 peratus dan tinggal beberapa peratus lagi untuk cukup 90.

Namun begitu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meminta mereka yang mempunyai perancangan pulang ke kampung untuk melakukan ujian Covid-19 terlebih dahulu sebelum menziarah ahli keluarga.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah tua, lakukan ujian air liru RTK. Pastikan mereka selamat,” tulisnya.

Perkara tersebut dinyatakan di laman Twitter nya untuk memastikan setiap orang bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kami tidak dapat melakukan pengawasan lagi, seperti membuat sekatan jalan untuk memeriksa sama ada anda telah divaksin atau diuji seepenuhnya.

“Sekarang ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya yakin kita dapat menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kj dedahkan berapa peratus lagi untuk rakyat boleh rentas negeri. Sekali ada pulak individu yang bagi soalan cepumas pada Kj.

Kadar vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka. Dengan perkembangan memberangsangkan itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Khairy menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri. Kadar vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Dengan perkembangan memberangsangkan itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri. Menerusi perkongsian di Twitternya, Khairy menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri.

Singapura Kes Melonjak Naik Dan Ini Jawapan KJ

Dalam pada itu, Khairy melalui ciapan lain turut mendedahkan pihaknya sedang meniliti perkembangan peningkatan kes harian COVID-19 di negara jiran, Singapura. “Kita sedang meneliti keadaan yang berlaku di Singapura. Kadar vaksinasi yang tinggi tetapi negara itu turut mencatatkan peningkatan kes.

“Kita perlu bersedia dari segi mental untuk melihat peningkatan kes kembali (di Malaysia) selepas kelonggaran diberikan. “Apa yang penting adalah untuk lakukan ujian, isolasi dan menyokong kes-kes yang memerlukan penjagaan yang lebih rapi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kebimbangan pengguna Twitter berkenaan penularan yang berlaku di Singapura. Untuk rekod, setakat 1 Oktober, kadar lengkap vaksinasi dalam negara bagi populasi dewasa sudah mencapai 86.8 peratus manakala 94.2 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sumber : ASTRO AWANI

Akhirnya Khairy Jamaluddin sahkan suami yang dah lengkap 2 dos vaksin boleh teman isteri bersalin.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk menemani isteri yang akan melahirkan anak dalam wad bersalin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengeluarkan kebenaran itu di semua hospital kerajaan. Bagaimanapun, katanya, suami yang mahu menemani isteri dalam wad bersalin perlu menjalani ujian COVID-19 dan disahkan negatif, sebelum dibenar berbuat demikian.

“Saya sudah minta Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalani ujian saringan COVID dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam wad bersalin,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan seorang pengguna Twitter, yang memohon suami lengkap divaksin dan negatif ujian saringan COVID-19 dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.

Menjawab permintaan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan akan mengeluarkan arahan untuk membenarkan suami yang lengkap divaksin dan bebas COVID-19 menemani isteri dalam wad bersalin. “Ya, saya akan laksanakan apa yang diperlukan,” katanya.

Sebelum ini, hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri di dalam dewan bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu akibat penularan COVID-19.

Terkini Khairy Jamaluddin dedahkan pemberian vaksin untuk remaja bawah 17 tahun akan dibuat serentak dengan pembukaan sekolah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilaksanakan serentak pada hari pembukaan sesi persekolahan akan datang.

Menurut MalaysiaGazette, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah dilantik untuk memikul tugasan sebagai penyelaras program vaksinasi kepada remaja. Kata beliau,

Kita sudah bentangkan perancangan vaksinasi kepada remaja ini semasa sesi mesyuarat dengan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin tengah hari tadi.”

Apa yang kita setuju adalah, serentak dengan proses pembukaan sekolah, kita akan pergiatkan proses pemberian vaksin kepada remaja. Sama ada ia dapat diselesaikan sebelum pengumuman pembukaan sekolah atau tidak, namun jika tidak sempat kita akan tetap meneruskan proses itu.”

Pelbagai kaedah pemberian vaksin dibentangkan dan paling mudah kita berpendapat pelajar ini akan diberikan suntikan vaksin di sekolah.” Sementara itu, Radzi menerusi Facebook memaklumkan beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuklah Khairy berhubung pembukaan semula sesi persekolahan.

Beliau turut memaklumkan menerusi pelan komprehesif mengenai pengoperasian sekolah akan diumumkan dalam masa terdekat. Difahamkan mesyuarat terbabit  turut dihadiri kumpulan pakar, antara lain mendapatkan pandangan untuk perhalusi demi memastikan murid dapat hadir ke sekolah dalam keadaan selamat.

Menurut Berita Harian, Khairy turut berkata, pihaknya yakin akan bekerjasama rapat dengan KPM dan terdapat beberapa kaedah model pelaksanaan vaksinasi turut dibentang semasa sesi mesyuarat berkenaan.

Namun yang paling mudah kita fikirkan, bila mereka (pelajar) pergi ke sekolah, kita akan berikan vaksin. Kebanyakan pelajar akan menerima suntikan vaksinasi di sekolah.”

Bengang bila ada yang pertikaikan orang tak vaksin boleh shooting. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Rita Rudaini buat ramai yang terkedu.

Sebelum ini pelakon Rita Rudaini mencetuskan kontroversi apabila berpendapat warga emas tidak sepatutnya dipaksa mengambil vaksin Covid-19.Terbaru, pelakon itu mempersoalkan mengapa ada rakan industri mempertikaikan individu belum menerima vaksin boleh menjalani penggambaran.

Rita turut mengatakan mengapa perlu rezeki dengan rezeki orang lain serta meminta supaya bersangka baik dan percaya dengan rezeki Allah. “Awat la nak dengki dengan rezeki orang. Rezeki dia Allah bagi, jangan nak pertikai.

Tak perlu dengki bahagian orang lain yang Allah dah tulis. Bahagian hang pun Allah dah tulis. Jadi, apa yang tak cukup lagi sampai nak dengki?” tulisnya. Terdahulu, Rita lantang menjelaskan bahawa tidak semestinya seseoang itu tidak mahu divaksin bermakna dia adalah anti vaksin kerana itu adalah hak masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : rotikaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *