Kenapa nampak makin kurus . Peminat mula risau tengok wajah Mira Filzah nampak cengkung.

Amalan artis Kehidupan KESIHATAN selebriti

Pelakon popular, Mira Filzah diundang menjadi tetamu program bual bicara MeleTop bagi mempromosikan drama The Hotel yang bergandingan bersama penyanyi MK K-Clique malam tadi.

Sebelum itu, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sempat berkongsi video ‘transformasi’ wajahnya yang memaparkan sebelum dan selepas disolek di laman Instagram.

Menerusi rakaman berdurasi 16 saat itu, wajah pelakon berusia 28 tahun tersebut kelihatan agak pucat tanpa mengenakan sebarang mekap sebelum berubah menjadi cantik hasil s0lekan Fiqqi Abdullah

Bagaimanapun, ada segelintir pengikut menegur pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu yang dilihat berwajah ‘cengkvng’ dan semakin kurus.

Namun begitu, rata-rata memuji kecantikan Mira apatah lagi dengan efek transisi yang membuatkan video berkenaan bertambah ‘wow’ apabila ditonton.

Sekadar info, drama The Hotel yang diarahkan oleh Helmi Yusof telah ditayangkan sejak 15 September lalu pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru sahaja buka akaun Tiktok. Sekali tak sangka Mira Filzah peroleh pengikut sebanyak ini dan ini rupanya rakaman yang dikongsikan.

Sebut sahaja TikTok, pasti ramai tahu aplikasi tersebut semakin menjadi trend sejak kebelakangan ini. Malah, ramai yang terjebak dengan aplikasi tersebut tidak kira usia. Termasuklah, pelakon dan pengacara Mira Filzah yang turut terjebak dengan aplikasi tersebut. Mira turut memaklumkan kepada peminat dia juga sudah mempunyai akaun TikTok diberi nama therealmfmirafilzah.

Perkara itu sekaligus membuatkan rata-rata peminat teruja. Akaun tersebut baru sahaja dibuka Mira sudah mempunyai lebih 4 ribu pengikut dan mendapat lebih 9 ribu likes. Namun,semalam Mira telah berkongsi video tiktok beliau melaui instagramnya. Dengan kapsyen yang dikongsi olehnya,ramai makon teruja melihat Mira Filzah. Hero saya tengah main . Jadi ini adalah hiburan saya malam ini.

 KOMEN WARGANET:

Sumber : KL Menjerit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tiba tiba nama Mira Filzah tular di laman twitter. Rupanya ini sebab orang tak puas hati sampai ada yang berhenti sokong dan minat Mira.

Isnin lalu, nama si cantik Mira Filzah tiba-tiba sohor kini dalam Twitter. Hasil siasatan, rupa-rupanya berpunca daripada luahan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap tindakan ibu mertuanya berkaitan isu bantuan kepada penduduk di daerah Kuala Kangsar, Perak.

Gara-gara si ibu mentua, Mira pula yang terkena . Memang marah sungguh warganet sehingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu. Bahkan ada pula yang mahu membatalkan niat untuk menyokong dan meminati isteri kepada Wan Emir Astar itu.

Jika dibaca semua komen warganet, memang sakit hati juga tetapi mungkin kemarahan tersebut bersebab. Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat, tindakan memarahi dan mengaitkan Mira dalam hal itu tidak sepatutnya berlaku kerana isu tersebut dicetuskan oleh si ibu mertua, bukannya Mira.

Namun, sikap Mira yang mendiamkan diri dan tidak membalas sebarang komen harus dipuji. Mungkin lebih baik begitu daripada memanaskan lagi keadaan. Ibarat api yang marak, jangan disimbah lagi dengan minyak.

Harap Mira sabar dan kekal tenang hadapi semua kritikan tersebut. Apapun, terus positif ya semua. MIZZ LAHAR: Jika ada artis yang hendak beri bantuan, seelok-eloknya tidak memaparkan wajah si penerima. Perkara sebegitu boleh mengundang marah warganet, berhati-hatilah.

Sumber : K!Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan ibu mertua yang buat benda ni sekali nama Mira Filzah yang terpalit juga. Terkejut bila ada yang komen sampai macam ni.

Sejak Sabtu, di media sosial hangat memperkatakan mengenai tindakan ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid yang mendedahkan bahawa isu mengenai terdapat keluarga terputus bekalan makanan di kawasannya adalah tidak benar.

Mastura Nafi Ada Keluarga Yang Terputus Bekalan Makanan

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai satu rakaman panggilan telefon seorang lelaki yang menghubungi Suria FM apabila menceritakan sebuah keluarga yang berada dalam keadaan menyedihkan.

Susulan itu, pihak Mastura telah berkunjung ke rumah keluarga tersebut bagi melihat keadaan serta mendapatkan penjelasan lanjut namun keluarga berkenaan menafikan bahawa mereka berada dalam situasi sesukar itu dan menerima bantuan.

Biarpun isu tersebut sudah selesai, namun sebaliknya pula yang berlaku apabila Mastura teruk dikritik oleh warganet berikutan dia dikatakan tidak pernah ‘turun padang’ melihat situasi penduduk di parlimen nya dan hanya ‘turun’ bagi untuk menyelesaikan k3s ini yang dilihat mencemarkan nama baiknya.

Mira Filzah Turut dikritik

Lebih mengejutkan, nama menantunya yang juga pelakon dan pengacara popular Mira Filzah turut dikritik berikutan isu tersebut. Bagaimanapun, segelintir daripada mereka bertindak mempertahankan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman, 28 kerana beranggapan dia tidak bersalah dan terpalit hanya kerana berkahwin dengan anak Mastura, Wan Emir Astar,31.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Parlimen Kuala Kangsa, mereka memandang serius berkenaan isu seumpama itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Malah, pihaknya turut meminta orang ramai memastikan terlebih dahulu sebarang berita atau khabar angin sebelum dikongsikan kepada umum.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kantoi video Mira Filzah dah mula aktif di tiktok. Sekali sampai macam ni sekali ibunya komen bila dah kantoi.

Nampaknya pelakon Mira Filzah kini sudah mula aktif di TikTok sehingga dilihat telah membuat bermacam-macam video di aplikasi berkenaan. Jika sebelum ini ramai yang terkejut melihat aktres berkenaan mempunyai akaun TikTok, tapi kini tidak lagi apabila beliau turut dilihat sangat enjoy membuat video.

Akhirnya Terjebak, Peminat Teruja Mira Filzah Kini Kembali Aktif Dalam Aplikasi TikTok Menghiburkan Peminat. Lebih menarik lagi, aksi Mira bermain TikTok turut mendapat perhatian ibunya sehingga membuatkan beliau ‘terkantoi’.

Video yang menunjukkan Mira melakonkan semula scene dalan filem Kuch Kuch Hota Hai turut dimuat naik di laman Instagram miliknya. Ibu Mira iaitu Faizatul Akmar Hisan turut menonton video tersebut dan tinggalkan komen yang mengejutkan.

Video:

https://www.instagram.com/p/CQbDqQRB_Dy/

Mira turut terkejut membaca komen ibunya dan melarang ibunya melihat videonya itu. Kelakar lah Mira siap tak bagi mak tengok lagi tu! Maklum lah, Mira kan peminat lagu dan filem Hindustan jadi tak terkejutlah kalau Mira memang enjoy buat video kan. Lepas ni boleh lah buat video TikTok dengan Wan Emir kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: fm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Ramai yang bertanyakan baju yang boleh menutup aurat semasa mengambil vaksin. Sekali ini respon dari Mira Filzah buat ramai terharu.

Pelakon popular, Mira Filzah sempat memberikan peringatan kepada kaum wanita untuk memakai pakaian yang sesuai serta mudah ketika hari vaksinasi. Perkara tersebut dijelaskan pelakon Sweet Dreams itu menerusi Insta Story selepas ditanya seorang peminat mengenai persalinan sesuai untuk dikenakan ketika mengambil vaksin. Mira berkongsikan pengalaman memandangkan dia baru sahaja mendapatkan suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.

“Mira pakai baju lengan besar, senang nak singsing lengan. Tapi Mira pakai juga arm socks, supaya bahagian nak cucuk sahaja yang terded4h. Lengan tak terded4h. “Kebetulan dalam cubicle ni, ada seorang pegawai perubatan lelaki, seorang lagi perempuan. Lega Mira pakai arm socks daripada rumah,” kongsinya. Sementara itu menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, ada berkongsikan pengalaman dan suasana ketika menerima suntikan vaksin dos pertamanya itu.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Elfira Loy, Azira Shafinaz, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Neeta Manis, Datuk A. Aida dan ramai lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *