Bad indigo dedah tiada pendapatan langsung. Tak Kisah Dapat Bantuan Asnaf.

artis Kehidupan KESIHATAN selebriti

Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdulah atau Bad, 46, mengakui memerlukan wang yang banyak untuk proses rawatan selepas semua jari kaki kirinya dipotong akibat diabetes, September lalu.

Bad ketika dihubungi berkata, dia perlu ke klinik untuk proses mencuci luka dengan bayaran RM35 setiap kali rawatan.

“Saya terpaksa lakukannya di klinik swasta kerana di klinik kerajaan terpaksa tunggu lama sedangkan saya memang tak larat untuk berbuat begitu,” katanya.

Bad berkata, proses mencuci luka itu perlu dilakukan selang sehari dan setiap minggu dia perlu memperuntukkan kira-kira RM140.

“Ia sesuatu yang sukar sedangkan saya tiada cara lagi untuk dapatkan wang kerana sudah setahun hilang pendapatan,” katanya.

Bad berkata, dalam keadaan sekarang memang sukar untuk dia bekerja.

Pekerjaan saya dulu pun dalam pengendalian acara. Apabila berlaku penularan Covid-19, tiada acara dapat diadakan.

“Kalau ada pun, saya tak boleh bergerak. Satu lagi kepakaran saya ialah buat kertas kerja acara untuk orang, tapi malangnya acara pun tiada sekarang,” katanya.

Menurutnya, untuk menjual makanan pula dia tidak mempunyai kepakaran memasak, manakala untuk membuat ulasan berbayar dia tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

“Saya juga minta tolong keluarga seperti kakak apa yang boleh dibantu. Mak pun banyak bantu dari segi kewangan. Siapa yang nak susahkan emak dan adik-beradik tapi dah terpaksa. Dah tiada cara lain.

“Isteri saya, Ashira sebelum ini pernah menyanyi di platform MICO. Mula-mula okey tapi lama-kelamaan banyak syarat menyusahkan dan terpaksa berhenti,” katanya.

Bad berkata, Ashira boleh menjana pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 sebulan ketika itu.

“Sekarang memang dah tiada langsung. Syukur buat masa ini kami tidak putus makanan lagi. Saya harap sangat ada kerja untuk cari pendapatan.

“Selepas ini saya bercadang untuk minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekurang-kurangnya dapatlah RM300 sebulan. Saya pun tak kisah jika dapat bantuan asnaf kerana sangat memerlukan wang,” katanya.

Bad berkata, dia kini bergantung kepada pengeluaran wang skim i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan.

“Ia cuma untuk lima bulan saja. Lepas itu entahlah, harapnya ada lagi sambungan. Wang itulah saya gunakan tanggung anak-anak, nafkah isteri dan membayar bil rawatan. Nasib baik untuk rawatan hospital saya dapat kad OKU (Orang Kelainan Upaya) dalam sebulan, kira okeylah.

“Sebelum itu saya kena bayar ribuan ringgit. Untuk proses potong sepenuhnya jari kiri kaki saya di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tiga minggu lalu pun dibiayai sepenuhnya untuk pembedahan. “Namun saya kena bergerak menggunakan perkhidmatan Grab untuk rawatan susulan. Status OKU banyak membantu saya,” katanya.

Pembedahan itu juga membuatkan pergerakan Bad terbatas dan terpaksa menggunakan ‘walker’ kerana tidak boleh memijak lantai.

“Setengah tapak kaki kiri dipotong dan sebahagian kulit tapak kaki ditolak ke atas dan dijahit, tapi lukanya terbuka. Itu yang sakit apabila memijak. Bila daging naik dan sebati dengan kulit baru okey.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siti Nordiana Akui Pendapatan Terjejas 60 Peratus Akibat PKP. Namun Perkara Ini Banyak Membantunya Bayar Komitmen Bulanan.

Siti Nordiana bersyukur wang sentiasa cukup untuk membayar komitmen bulanan. Penyanyi Siti Nordiana mengakui pendapatannya terjejas sebanyak 60 peratus gara-gara persembahan pentas terpaksa dibatalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak setahun lalu. Namun, Siti Nordiana atau nama sebenarnya, Siti Nordiana Alias, 37, dia tidak pernah mengeluh sebaliknya cuba mencari inisiatif lain agar dapat menampung perbelanjaan serta komitmen bulanannya.

“Boleh dikatakan 60 peratus pendapatan saya terganggu sejak PKP tetapi saya guna pelbagai cara lain supaya orang tak ingat yang kita senyap saja sepanjang tempoh lockdown. Saya kena berfikir lebih kreatif bila dah tiada show di luar, saya cuba buat show menerusi media sosial pula. Selain itu, saya buat song cover dan letak di saluran YouTube saya. Benda-benda macam ini banyak membantu saya, alhamdulillah lepas untuk saya bayar komitmen bulanan,” katanya.

Siti Nordiana rajin cover lagu di YouTube untuk tambah pendapatan.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkongsikan perkara tersebut di sidang media single terbaharunya, Cukup Derita Itu yang diadakan secara maya pada Khamis.

Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu orang panggil kita buat show… simpanan juga sangat membantu pada waktu-waktu begini

Selain daripada aktiviti nyanyian, Nana juga berkata dia turut melakukan pelbagai pendapatan sampingan lain seperti menjual CD di laman jualan atas talian selain tudung jenamanya sendiri. “Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu orang panggil kita buat show… simpanan juga sangat membantu pada waktu-waktu begini. Saya bernasib baik sebab banyak juga tawaran buat kempen dan daripada situ dapat payment, bolehlah walaupun tidak semewah bayaran show,” ujarnya lagi.

Siti Nordiana turut buat IG review untuk duit tambahan.

Mengenai single terbaharu yang berjudul Cukup Derita Itu, Nana berkata dia mencurahkan segala perasaannya pada lagu ciptaan Tam Spider dan nukilan lirik oleh penulis novel, Siti Rosmizah itu. “Saya memang dah dikenali dengan signature lagu-lagu berentak balada, ia tidaklah menjadi kesukaran untuk dapatkan feel itu.

“Ini merupakan kali pertama saya dapat nyanyi lagu ciptaan Tam Spider. Sebenarnya dah lama saya nantikan peluang macam ini, kiranya wishlist saya dah tercapailah,” katanya. Lagu Cukup Derita Itu kini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik digital.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikala Umurnya Yang 16 Tahun Ini Coki Berbangga Dapat Bantu Bapa Beli Sesuatu Ini. Rupanya Itu Adalah Hasil Simpanannya Sejak Tahun Lalu.

Pada umur yang cukup muda ini pasti tidak mudah untuk seseorang itu dapat membeli sebuah kereta dengan hasil titik peluh sendiri. Namun, Coki sangat berbangga dapat bantu bapanya beli kereta baharu. Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Coki meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk membantu bapa membeli sebuah kereta tercapai jua akhirnya. Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, hasil pendapatannya itu diberikan kepada bapa bagi membeli sebuah kereta baharu jenama Perodua Myvi.

“Alhamdulillah hasil kerja saya sejak tahun lalu dapatlah membantu bapa beli kereta, saya kira macam sedikit sumbangan dan hadiah untuk orang yang saya sayang. Walaupun bukan kereta mewah tapi saya berbangga dan bersyukur kerana dapat berikan sesuatu untuk bapa… bolehlah jadi kenderaan untuk memudahkan kami bergerak nanti. Tapi ini bukan kereta saya tau… saya belum ada lesen lagi! Kalau ada rezeki dan berjaya nanti, insyaAllah saya nak beli kereta idaman saya iaitu Ford Mustang!” katanya.

Coki bersama bapa tersayang, Shamsaimi.

Sebelum itu, Coki sempat berkongsi gambar bersama bapanya yang membelakangi kereta Myvi berwarna biru itu. “Tak besar, tak mewah, tak mahal… tapi besar, mewah dan mahal jasa papa dan pak long untuk Coki, ” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Alhamdulillah, saya terima banyak tawaran lakonan! Sekarang saya sudah menetap di KL.

Bercakap mengenai karier seni, Coki berkata dia menerima banyak tawaran lakonan dan sedang menjalani beberapa penggambaran drama serta telefilem. Mahu fokus dalam bidang ini, Coki yang pernah digelar Raja Slowmo Malaysia ini memberitahu dia sudah berpindah dan menetap di Kuala Lumpur bersama bapa saudaranya.

Murah rezeki… Coki terima banyak tawaran lakonan.

“Alhamdulillah, saya terima banyak tawaran lakonan… cumanya sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi ada yang terpaksa ditangguhkan. Bagi memudahkan urusan seni di sini, saya ambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur tapi ibu dan bapa masih lagi di Kedah. Walaupun sibuk berlakon saya tak mahu tercicir dalam pelajaran, jadi saya ikuti pembelajaran secara home school… insyaAllah saya akan seimbangkan antara kerjaya dan pelajaran sebaik-baiknya,” ujarnya.

Mia Sara Disuruh Buka Tudung Sekiranya Ingin Berlakon. Mia Akui Dia Tersinggung.

Pelakon Mia Sara Nasuha mengakui tersinggung apabila ada segelintir pihak yang menawarkan watak kepadanya dengan syarat dia membuka tudung.Kata bintang remaja itu, disebabkan tawaran bersyarat sedemikian dia terpaksa menolak dengan cara baik.Namun, pada masa sama Mia, 16, tidak menyangka masih ramai yang tidak tahu dia sudah pun bertudung sejak berumur 11 tahun lagi.

“Ya memang tawaran berlakon saya dah berkurang.”Memandangkan saya sudah lama dalam industri mungkin ramai yang tahu yang saya sudah bertudung jadi hormatilah pendirian saya. Baru-baru ini ada yang tawarkan saya watak tetapi minta saya buka tudung. Dia bukan muslim tetapi rakyat Malaysia, saya rasa tersinggung pihak terbabit bertanyakan soalan demikian pada saya. Ia seolah-olah minta orang tak pakai baju kalau nak diambil berlakon. Banyak situasi macam itu berlaku sejak saya mula bertudung lagi. Sebab itulah saya banyak tolak tawaran dan sebab itu tak revealing macam sebelum,” katanya kepada Gempak.

Tambah Mia, dia hilang keyakinan diri apabila sering diasak tawaran sedemikian sekiranya mahu kembali aktif di persada seni.

“Bila kurang berlakon, ramai yang ingat saya sudah berhenti berlakon dan fokus belajar. Tetapi bermula tahun lepas saya sudah berlakon semula. Sebab itulah saya cuba mendapatkan semula kehidupan lama saya. Kadang-kadang boleh hilang keyakinan saya apabila ada yang bertanyakan soalan sedemikian,” tambahnya.

Mia ditemui pada majlis pelancaran De’Xandra Youth Live Launch di Kuala Lumpur pada Jumaat.Dalam majlis berkenaan, Mia dilantik sebagai duta body mist keluaran terbaharu De’Xandra. Selain Mia, empat bintang remaja popular iaitu Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Kon Wen Wei turut dilantik sebagai duta.

“Saya gemar meneroka bidang baharu malah De’Xandra pun sudah merancang banyak projek bersama selepas ini termasuk muzik video dan sebagainya. Semoga kerjasama bersama De’Xandra ini dapat membuka mata ramai dan memberitahu kepada semua bahawa saya masih ada dalam industri,” katanya.

Siri wangian body mist dikeluarkan dengan lima bauan berbeza iaitu Dare Me, Ily Bae, Glamsquad, Playdate dan Chaotic Energy.Sudah berada di pasaran sejak 8 Januari lalu, siri wangian body mist ini boleh didapati di butik, kiosk dan ejen De’Xandra berdaftar seluruh negara.Setiap 100ml produk ini dijual dengan harga RM25.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *