Ramai yang sokong dengan tindakan Diana Danielle. Ajar Che Mad buat kerja rumah pada usia 8 tahun.

Viral

Pelakon, Diana Danielle mendedahkan dia kini sudah boleh mengharapkan anak lelakinya, Muhammad atau mesra disapa Che Mad untuk membantunya dalam melakukan kerja-kerja rumah. Menurut Diana, perkara berkenaan sebenarnya telah pun dipraktikkan semenjak anaknya itu menginjak usia lapan tahun.

“Pada usia lapan tahun, anak saya secara rasminya menguruskan hal-hal seperti menanak nasi, meletakkan pinggan mangkuk di tempat pencuci, menyediakan barangan masakan dan memasak menu sarapan mudah (dipantau),” tulisnya. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Farid Kamil itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di lama Twitter. Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan, perkara seperti ini sebenarnya harus dididik pada peringkat usia yang muda supaya mereka lebih faham bahawa tugas-tugas seperti bukan hanya diletakkan di bahu pihak perempuan semata-mata.

“Benar, anda semua boleh mula mengajar anak-anak lelaki tentang tanggungjawab dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dia juga perlu makan bukan? Jadi, dia perlu tahu cara memasak untuk turus survive. Hal ini bukan melibatkan soal jantina,” ulasnya lagi.

Katanya lagi, sebagai lelaki, anaknya itu harus mengetahui setidak-tidaknya mengenai skill-skill asas untuk terus survive di dalam kehidupan. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara didikan Diana itu selain turut mendoakan semoga Muhammad membesar menjadi anak yang baik.

“My mom taught us this too. Dia cakap bukan anak perempuan je yang kena buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Lelaki pun kena pandai dan mesti buat semua ni. Ya abang-abang saya pun buat semua kerja-kerja ni. Soon you have to call him Chef Mad instead of Che Mad. Correct, cooking is basic skill. Yes, parenting 101,” antara komen-komen warganet di laman Twitter.

Terdahulu, Diana dan Farid telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 3 November 2012. Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah dikurniakan  sepasang cahaya mata, Muhammad, 8, dan Nur Aurora yang kini berusia 6 tahun. Sumber: Twitter & Instagram Diana Danielle

Tular Keadaan Banjir Di Beberapa Lokasi Shah Alam. Sekali Diana Danielle Suruh Hentikan Buat Macam Ni.

Kejadian banjir di beberapa lokasi di Shah Alam, Selangor semalam mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah Diana Danielle yang tidak ketinggalan melontarkan pendapat tentang kejadian tersebut. Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, kejadian banjir di Shah Alam berpunca daripada masalah perubahan iklim yang wujud disebabkan aktiviti penerokaan hutan.

“Kejadian banjir di Shah Alam, orang cakap ‘patut bina lebih besar ini, lebih baik itu’ tetapi saya mohon maaf kerana terpaksa mengecewakan kalian. Hal ini kerana perubahan iklim yang telah menyebabkan bandar dan pekan seluruh dunia berdepan masalah banjir tidak kira betapa bagus bandar dibangunkan,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu, orang ramai sepatutnya bersuara agar aktiviti pembalakan di kawasan sekitar dihentikan bagi membendung kejadian sama berulang lagi. “Anda sepatutnya cakap, ‘kita patut hentikan aktiviti pembalakan’,” katanya lagi. Semalam, Kosmo! melaporkan sekitar kawasan Stadium Seksyen 13, Shah Alam ditenggelami air sedalam 1.2 meter dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat semalam. Sumber– K! ONLINE

Kucing Tiba Tiba Ada Sakit Ini. Diana Danielle Kongsi Tips Bermanfaat Untuk Atasi Masalah Tersebut

Tanpa ragu Diana Danielle telah berkongsi tips buat pencinta kucing untuk tenangkan kucing sekiranya mereka didatangi sakit s4wan secara tiba tiba. Jelas Diana Danielle, “Kalau nampak kucing-kucing anda macam ni jangan panik. Dia terkena sawn. Pegang dia (dengan towel kalau takut kena ckar), pegang bahagian badan kucing tapi jangan letak tekanan.“Tekan badan dia, dia tengah meronta tanpa sedar, jadi hanya pegang sampai selesai episod sawn dia — supaya tak terlompat ke sana sini dan cederakan diri.

Tambah lagi“Kalau nampak dia bengkok-bengkokkan badan, pegang dengan lembut bahagian yang terlebih stretch tu supaya tak terpatah ke tersenggol.“Jangan letak jari kat mulut dia tau, diorang tak boleh kawal pergerakan jadi kalau dia gigit tak lepas tu itu hanya tindak balas sawn tu.

“Jauhkan jari dari bahagian mulut dia. Panggil nama dia dengan lembut, beritahu segalanya akan bertukar menjadi baik.“Dia akan dapat rasa kalau kita kalut jadi kekal tenang dan berbual dengannya. Dia akan tahu ada seseorang yang boleh selamat dirinya.“Bila dah settle down, belai dia dan bercakap dengan dia sebab dia mesti takut dan keliru. Just love them,” coretnya.

Justeru itu sebagai pencinta haiwan, Diana berharap perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat.Diana juga turut mengucapkan terima kasih kepada Haziq Aiman kerana berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat penting buat pencinta haiwan.

Kucing Merupakan Haiwan Yang Boleh Jaga Diri Mereka Sendiri. Kini Ketahui Rupanya Sakit Ini Juga Merupakan Perkara Biasa Untuk Spesiesnya.

Lima penyakit ini merupakan penyakit yang biasa dialami oleh kucing kesayangan anda. Kucing juga dikenali sebagai salah satu haiwan yang mampu untuk menjaga dirinya sendiri dari sebarang penyakit. Namun, sekiranya anda pemilik kucing pasti anda tidak mahu apa-apa terjadi pada kucing anda. Jadi, anda juga perlu menitikberatkan sebarang hal kemungkinan yang bakal berlaku pada si bulus kesayangan anda. Hal ini disebabkan, ada beberapa kes yang umumnya terjadi pada kucing kesayangan anda dan ianya juga tidak boleh dianggap hal yang remeh-temeh. Pasti anda tertanya-tanya apa yang sering dialami oleh spesies kucing anda.

1. Muntah

Muntah adalah masalah kesihatan paling biasa terjadi pada seekor kucing. Penyebabnya juga pelbagai seperti makanan yang boleh membawa sebarang masalah, jangkitan kuman serta petanda ia mengalami masalah pundi kencing atau penghadaman. Sekiranya kucing anda muntah dan melelehkan air liur serta bernafas laju, segeralah bawanya berjumpa doktor. Lebih baik jika ambil sedikit sampel muntahnya kerana ia boleh memberi jawapan mengapa ia muntah.

2. Pundi kencing

Penyakit berkaitan pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Diseases (FLUTD) juga antara perkara biasa dalam kalangan kucing. Ia biasanya berlaku pada kucing yang mempunyai lebihan berat badan serta sering makan makanan kering. Tekanan disebabkan sering terkurung di dalam rumah boleh meningkatkan risiko FLUTD dan gejala jelas kucing minum lebih banyak, sukar membuang air kecil, air kencing yang mengeluarkan cecair merah dan menangis ketika membuang air kecil.

3. Kutu

Kutu juga adalah masalah biasa dalam kalangan kucing namun ia boleh ditangani dengan mudah. Cara mengenal kucing yang mengalami masalah kutu adalah ia sering menggaru, menjilat serta mengalami jangkitan pada kulitnya. Mesikpun ia boleh dirawat namun sekiranya ia dibiarkan si bulus berisiko mengalami masalah anemia. Jadi pastikan masalah kutu pada kucing segera dicegah.

4. Cacing pita

Cacing pita hidup di dalam usus kecil kucing dan boleh membesar sehingga 60 sentimeter. Gejalanya tidak ketara namun kucing mungkin akan mengalami muntah serta mengalami penurunan berat badan. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada kucing anda mempunyai cacing pita adalah dengan melihat najisnya dan memeriksa bahagian duburnya. Biasanya, cacing pita akan keluar ketika ia sedang tidur. Jika anda melihat ada benda aneh berbentuk seperti beras atau biji bijan, kemungkinan ia adalah cacing pita.

5. Cirit birit

Banyak perkara boleh menyebabkan kucing anda cirit birit termasuk kehadiran parasit, makan makanan basi, elergi, jangkitan kuman, penyakit hati, k4nser dan sebagainya. Najisnya juga berbentuk cecair dan bergantung kepada penyebabnya, masalah cirit birit pada kucing boleh berlaku selama seminggu atau berbulan-bulan. Jika kucing mengalami cirit birit, berikan ia minum untuk mencegah dehidrasi dan segera membawanya berjumpa doktor.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *