Nekad nak kempiskan perut. Agak agak berapa lama masa yang diambil.

Viral

Penonton tahu Shaheizy Sam sememangnya pelakon yang komited ketika menjayakan watak dalam sesebuah naskhah. Lihat sajalah transformasi dan dedikasinya ketika membawa watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo dan Naufal dalam filem Pinjamkan Hatiku. Satu watak bertubuh kekar, dan satu lagi si kurus kering.

Seperti kebanyakan orang yang lama terperap di rumah akibat perintah kawalan pergerakan (PKP), Sam juga dengan jayanya membawa perut ke depan! Maklumlah, seronok duduk di rumah menghabiskan masa bersama yang tersayang sampai tidak menjaga badan. Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Ni macam nak pindah terus. Shaheizy Sam terpaksa check in hotel sebab Syatillah alami alahan pelik.

Gara-gara Syatilla Melvin Alahan tk boleh tengok rumah yang kita deco sendiri. Shaheizy sam mengambil inisiatif menempah menginap di Hotel. Shaheizy sam Memuat Naik satu Video Di lG nye dan bertulis “Ni kira pindah terus ke macamana?! Bukan salah ibu mengandung.

Sebelum ini KANDUNGAN baru memasuki usia tujuh minggu, namun pelakon Syatilla Melvin memberitahu dia mula mengalami alahan pelik sejak minggu lalu. Kata Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, secara tiba-tiba dia berasa tdak suka melihat perhiasan serta perabot di dalam rumahnya sendiri.

Tambahnya, dia berasa mu4l dan sakit di bahagian perut jika terus berada di rumah sejak kebelakangan ini. “Apabila bangun pagi saya rasa tk boleh tengok rumah yang kita deco, perabot serta perhiasan rumah. Saya macam nak muntah dan sakit perut sebab benda yang paling saya suka jadi benda paling benci dan tak suka tengok,” katanya kepada mStar.

Tambah isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini, suaminya juga berasa hairan dengan alahan yang dialami oleh Syatilla dan beranggapan kononnya dia alami masalah dalaman. “Sam pun tanya saya… you ni ada masalah dalaman ke, tanya saya nak apa? Nak pindah rumah ke? Nak stay hotel ke?

“Saya tak tahu nak explain macam mana sebab mereka tak rasa, tak alami… saya cuma serabut. “Sebab saya tahu Sam risau, dia tahu isteri dia ni ceria dan dia nak yang terbaik untuk isterinya,” ujarnya. Menurut Syatilla juga, sehingga kini dia belum mengidam sesuatu yang pelik di usia kandungannya yang baru memasuki bulan kedua.

Dia juga berharap agar fasa alahan yang dialaminya segera berakhir. Syatilla berharap dan berdoa kandungannya bertahan sembila bulan. “So far tak ada lagi mengidam yang bukan-bukan, just alahan macam ni.

“Harap tak ada la pelik-pelik, nak menghadap fasa ni pun dah tak tahan. Hopefully benda ni tak lama,” ujarnya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber: Mstar

Shaheizy Sam kena tahan masa nak masuk restoran. Sekali terkejut bila dia tanya balik dekat pekerja ini jawapan yang dia bagi.

Aktiviti dine-in atau makan di restoran dibenarkan kepada individu yang lengkap divaksin di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 20 Ogos lalu. Selain pengusaha premis kedai makan disarankan menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis, mereka juga perlu memastikan individu yang memasuki premis dine-in memaparkan sijil digital vaksinasi COVID 19.

Pelanggan juga boleh meminta pengusaha restoran dan pekerja mengemukakan pengesahan lengkap dua dos vaksin COVID 19 dalam aplikasi MySejahtera susulan kebenaran dine in di premis mereka.

Shaheizy Sam Kongsi Satu Cerita. Pelakon popular Shaheizy Sam berdepan situasi janggal ketika cuba memasuki restoran makanan mamak baru-baru ini. Cerita Sam, dia pada mulanya ditahan oleh pekerja restoran terbabit untuk memeriksa aplikasi MySejahtera.

Namun selepas Sam membuktikan dia sudah lengkap divaksin, pekerja restoran terbabit pula yang gagal menunjukkan bukti dirinya sudah lengkap divaksin. “Saya ada keluar sekejap tadi, saya lapar dan singgah kedai mamak.

Masa nak masuk tu ada seorang anney tu suruh tunjuk saya punya MySejahtera, nak tengok dah dua kali vaksin atau belum. “Kita dengan steady keluarkan phone tunjuk MySejahtera, nampak fully vaccinated.

Katanya saya boleh masuk. Saya tak masuk! Saya tanya dia pula, sekarang saya nak tengok you punya MySejahtera, sudah dua kali vaksin atau belum?. “Tak ada! Phone dia katanya bos pegang. Tak gentle! Kau nak tengok aku punya, aku dah tunjuk, aku nak tengok kau punya tak ada. Soalannya, betul ker ni dah divaksin?” tanya Sam.

Reaksi Orang Ramai

Betl juga.. kedai sibuk nak tgk mysejahtera org.. pekerja dia pulak cm mn? seram jugak bila fikir. Satu je nak tanya kepada saudara, jika dia x tahan saudara utk cx mysejahtera, adakah saudara akan bertanya soalan sama.. jika ya bagus jika tidak kawallah perasaan tu.

Kedai mamak..security opis mall semua yg jaga.. Pun kalau dia tanya saya.. Saya akan suh dia juga tunjuk…Kita local citizen city dok sibuk jaga..Korang lak nnti.. X amik berjaga2. Klu kedai mkn setahu sy, staff xfull vaksin xboleh open dine in, smua complete baru on dine in. Klu xcomplete hya TA/delivery shja no dine in. Kredit : Astro, online malaya

Terkini Khairy Jamaluddin dedahkan pemberian vaksin untuk remaja bawah 17 tahun akan dibuat serentak dengan pembukaan sekolah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilaksanakan serentak pada hari pembukaan sesi persekolahan akan datang.

Menurut MalaysiaGazette, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah dilantik untuk memikul tugasan sebagai penyelaras program vaksinasi kepada remaja. Kata beliau,

Kita sudah bentangkan perancangan vaksinasi kepada remaja ini semasa sesi mesyuarat dengan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin tengah hari tadi.”

Apa yang kita setuju adalah, serentak dengan proses pembukaan sekolah, kita akan pergiatkan proses pemberian vaksin kepada remaja. Sama ada ia dapat diselesaikan sebelum pengumuman pembukaan sekolah atau tidak, namun jika tidak sempat kita akan tetap meneruskan proses itu.”

Pelbagai kaedah pemberian vaksin dibentangkan dan paling mudah kita berpendapat pelajar ini akan diberikan suntikan vaksin di sekolah.” Sementara itu, Radzi menerusi Facebook memaklumkan beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuklah Khairy berhubung pembukaan semula sesi persekolahan.

Beliau turut memaklumkan menerusi pelan komprehesif mengenai pengoperasian sekolah akan diumumkan dalam masa terdekat. Difahamkan mesyuarat terbabit  turut dihadiri kumpulan pakar, antara lain mendapatkan pandangan untuk perhalusi demi memastikan murid dapat hadir ke sekolah dalam keadaan selamat.

Menurut Berita Harian, Khairy turut berkata, pihaknya yakin akan bekerjasama rapat dengan KPM dan terdapat beberapa kaedah model pelaksanaan vaksinasi turut dibentang semasa sesi mesyuarat berkenaan.

Namun yang paling mudah kita fikirkan, bila mereka (pelajar) pergi ke sekolah, kita akan berikan vaksin. Kebanyakan pelajar akan menerima suntikan vaksinasi di sekolah.”

Bengang bila ada yang pertikaikan orang tak vaksin boleh shooting. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Rita Rudaini buat ramai yang terkedu.

Sebelum ini pelakon Rita Rudaini mencetuskan kontroversi apabila berpendapat warga emas tidak sepatutnya dipaksa mengambil vaksin Covid-19.Terbaru, pelakon itu mempersoalkan mengapa ada rakan industri mempertikaikan individu belum menerima vaksin boleh menjalani penggambaran.

Rita turut mengatakan mengapa perlu rezeki dengan rezeki orang lain serta meminta supaya bersangka baik dan percaya dengan rezeki Allah. “Awat la nak dengki dengan rezeki orang. Rezeki dia Allah bagi, jangan nak pertikai.

Tak perlu dengki bahagian orang lain yang Allah dah tulis. Bahagian hang pun Allah dah tulis. Jadi, apa yang tak cukup lagi sampai nak dengki?” tulisnya. Terdahulu, Rita lantang menjelaskan bahawa tidak semestinya seseoang itu tidak mahu divaksin bermakna dia adalah anti vaksin kerana itu adalah hak masing-masing. Sumber : rotikaya

Tular tentang tentera dibuang kerja sebab tolak vaksin. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Rita Rudaini.

Sebelum ini kecoh apabila seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dipecat gara-gara menolak suntikan vaksin. Dia juga bakal kehilangan wang pencen yang layak diterima.

Menurut berita, anggota tersebut, Wan Ramli dari Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengatakan dia mempunyai hak untuk menolak kerana perkara itu belum diwajibkan secara sepenuhnya pada petugas barisan hadapan.

Mendengar berita tersebut, Rita Rudaini yang sebelum ini turut menolak vaksin memberikan reaksi. Kata Rita, perkara ini memang tak patut langsung berlaku. “Makin tak betul, makin jahat dan makin jauh sangat manusia-manusia ni.

Moga Allah balas segalanya kepada mereka yang bertanggungjawab aniaya Sjn Wan Ramli dan mereka yang mengkritik dan beliau. Jasa selama 19 tahun tidak dipandang???, tulisnya melalui Instagram. Pelakon ini juga berharap agar pihak yang bersikap tidak adil ini akan diberikan balasan yang setimpal. Sis dah bersuara tu. Hangpa tak taku ka?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *