Izuan Fitri masih belum boleh bercakap dan alami kerosakan pada paru paru. Sekali ibunya tampil dedahkan keadaan terkini Izuan.

artis

Izuan masih belum bercakap dan alami ker0sakan pada paru-paru. Keadaan kesihatan pelakon remaja, Izuan Fitri menunjukkan perkembangan positif selepas dibenarkan keluar daripada Institut Perubatan Respiratori (IPR), Kuala Lumpur pada 22 September lalu. Berkongsi mengenai perkembangan terkini, ibunya iaitu Nor Abdul Rani memaklumkan pelakon berusia 19 tahun itu sudah boleh bangun dan makan seperti biasa.

“Alhamdulillah adik (Izuan) semakin baik, dah boleh bangun… cumanya kita kena pantau sebab takut dia terjatuh, sekarang adik tak ada tempurung kepala, kita pun belum tahu lagi bila pembedahan untuk pasang tempurung semula. Makan pun dah boleh, kadang-kadang makan bubur atau kek. Dia dah pandai pilih nak makan apa. Soal makan dan minum pun kita kena pantau sebab dia tak boleh nak kawal. Mujur ada kakak dan abang yang tolong jaga. Mereka juga la yang bawa adik pergi hospital untuk pemeriksaan dan terapi,” katanya.

Izuan masih bergantung pada ubat dan perlu mendapatkan rawatan berkala di hospital.

Pada 31 Julai lalu, pelakon filem One Two Jaga dan Munafik itu dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor setelah tidak sedarkan dan dis3rng sw4n berikutan sakit batuk kering atau tibi yang dihidapi. Izuan selamat menjalani operasi pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 5 Ogos lalu dan kemudiannya dipindahkan ke IPR pada 24 Ogos lalu.

Memang adik hilang banyak keupayaan diri. Sekarang jaga adik macam jaga baby.

Dalam pada itu, Nor memberitahu Izuan masih belum mampu bercakap dan sebelah paru-parunya juga mengalami kerosakan. “Hari ini (Selasa) kami bawa adik jumpa pakar untuk pemeriksaan pada bahagian kerongkong dan tekak, nak tengok kenapa adik masih belum bercakap sejak operasi… dia macam tak ada suara. Apa kita cakap dia hanya faham sepatah dua sahaja. Doktor juga maklumkan sebelah paru-paru adik dah rosak, hanya bergantung satu sahaja, mungkin sebab itu dia cepat penat.

Kasih ibu… foto terkini Nor bersama anak bongsunya, Izuan Fitri.

“Memang adik hilang banyak keupayaan diri dan ingatannya pun tak pulih sepenuhya lagi. Sekarang jaga adik macam jaga baby,” ujarnya. Untuk rekod, Izuan mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak kanak-kanak dan pernah memenangi beberapa anugerah. Pelakon filem Butak ini pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016. Sumber : Mstar

Terkejut Apabila Disahkan Menghidap Sakit Ini. Tapi Remaja Ini Tetap Tabah Lalui Debaran Tunggu Result SPM Di Katil Hospital.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan pada Khamis lalu. Justeru media sosial ‘meriah’ dengan perkongsian video dan gambar para pelajar, termasuklah foto-foto menunjukkan debaran menanti keputusan peperiksaan berkenaan sambil ditemani ibu bapa masing-masing. Namun berlainan situasi remaja ini apabila dia hanya bersendirian tanpa ditemani sesiapa, menanti penuh debaran keputusan peperiksaan tersebut di atas katil h0spital.

“Bila orang lain tunggu result SPM macam biasa… meanwhile aku dalam h0spital berlawan dengan k4nser,” demikian kapsyen pada perkongsian video yang dimuat naik di TikTok yang sehingga kini meraih lebih 85,000 jumlah tontonan. Menurut Muhammad Nur Farhan Abd Manap, dia dimasukkan ke hospital lebih 20 hari lalu bagi menjalani raw4tan selepas didiagnos menghid4p sakit barah atau Leukem1a. Bercerita lanjut, dia yang senang disapa sebagai Farhan berkata, segala-galanya bermula apabila dia diser4ng dem4m sehingga suhu badan mencecah 40 darjah celcius sebelum Ramadan lalu.

Muhammad Nur Farhan dimasukkan ke h0spital lebih kurang tiga minggu lalu kerana didi4gnos mengh1dap k4nser d4rah.

“Saya dapatkan raw4tan di klinik pada mulanya. Doktor di klinik mengesy4ki saya berkemungkinan dem4m dengg1 namun mereka merujuk saya ke h0spital. Di hospital, doktor ambil air tulang belakang untuk mengenalpasti sakit dan beberapa hari kemudian, doktor memaklumkan bahawa saya mengh1dap sakit barah,” cerita remaja berusia 18 tahun ini. Terkejut dengan perkhabaran berkenaan, Farhan mengakui pada hari-hari pertama selepas mengetahui keadaan diri, semangatnya merudum lantaran memikirkan betapa berat ujian yang ditanggung ketika usianya masih muda.

“Mula-mula memang ‘down’. Bukan saya saja terkejut tetapi keluarga juga sama. Saya seorang remaja yang sihat saja sebelum ni, tapi tiba-tiba did1agn0s sakit barah. Rasa down juga bila fikir kawan-kawan sebaya dah plan macam-macam untuk masa depan, nak sambung belajar, nak kerja… tapi saya pula masih belum pasti dan perlu fokus kepada kesihatan. Namun saya positif dan reda bahawa ini adalah ujian untuk saya,” ujarnya yang kini sudah menjalani tiga kali pusingan rawatan kem0terapi.

Mula-mula memang ‘down’. Bukan saya saja terkejut tetapi keluarga juga sama. Saya seorang remaja yang sihat saja sebelum ni, tapi tiba-tiba did1agnos sakit barah.

Selain sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan, Farhan berkata dia turut membaca kisah-kisah inspirasi individu pejuang sakit barah (c4ncer survivor) sebagai salah satu cara untuk memotivasikan diri sendiri. “Tak boleh terus down… kena positif dan saya nak fokus untuk sembuh supaya cepat sihat dan cepat boleh balik. Menurut doktor, selepas ini akan ada lagi pusingan kem0ter4pi,” ujarnya yang kini menerima raw4tan di H0spital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan. Menurut anak bongsu daripada empat adik beradik ini, dia bersyukur meskipun memperoleh keputusan yang sederhana dalam SPM baru-baru ini.

Sokongan ibu bapa yang tidak berbelah bahagi menjadi penguat semangat Muhammad Nur Farhan.

“Malam sebelum keputusan keluar tu saya tak boleh tidur. Esoknya saya muat naik satu video sedang berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan berseorangan. Terharunya ramai yang beri kata-kata semangat dan komen positif. Alhamdulillah, saya lulus semua mata pelajaran. Saya sebenarnya target biasa-biasa saja tapi tak sangka, keputusan yang diperoleh melebihi jangkaan asal saya. Niat saya, jika ada rezeki, saya mahu menyambung pelajaran dalam bidang seni sebab ia adalah minat saya. Bagi mereka yang sama situasi macam saya, sedang berjuang dengan peny4kit, saya faham ia sukar. Tapi mahu tak mahu kita kena bangkit dan teruskan langkah. Usah mudah mengalah dan fikirlah ada insan sekelilingn terutama keluarga yang menyayangi dan mahu kita sembuh seperti sediakala,”ujarnya mengakhiri bicara. Sumber : mStar

Baik Betul Wawa Zainal Ni. Nekad Nak Raikan Kejayaan Pelajar Spm Dengan Bagi Reward Sebanyak Rm200. Tapi Minimum Kena 7A Keatas.

Bagi meraikan kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menerima keputusan cemerlang semalam, pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dengan baik hati memberi ganjaran sebanyak RM200 seorang. Wawa secara rawak menerusi akaun Instagram (IG) miliknya meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.

“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward. “Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story. Lewat malam tadi menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji caranya dalam memberi reward atau ganjaran kepada pelajar cemerlang. “Alhamdulilah semoga murah rezeki…”- puji salah seorang pengikutnya. Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: GEMPAK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *