Video Aliff Syukri Cium Jenazah Nenek Buat Kali Terakhir Buat Ramai Sebak.

Amalan artis Kehidupan Keluarga selebriti

Pada petang Ahad semalam , jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi khabar duka apabila nenek kesayangannya, Hajah Aminah Binti Satar telah kembali ke rahmatullah.

Meninggal Dunia Dalam Kereta Aliff 

Dalam coretan yang ditulis di beberapa hantaran Instagram, Aliff berkata pada mulanya dia berasa terlalu gembira apabila neneknya dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Namun begitu, kegembiraan tersebut hanyalah seketika apabila insan istimewa dalam hidupnya itu menghembuskan nafas yang terakhir beberapa jam selepas pulang ke rumah. Lebih menyedihkan, Allahyarhamah telah pergi dari dunia di dalam kereta yang sedang dipandu oleh Aliff.

“Saya terlalu happy ketika petang tadi(Sabtu) sebabnya nenek dibenarkan pulang oleh hospital KPJ.. selepas 7-8 jam nenek telah meninggalkan kami semua.. dalam kereta yang dipandu saya ketika jam 2 pagi.. doakan nenek saya ditempatkan oleh org yang beriman..

“Al-Fatihah..Kri sayang Nenek sampai syurga” tulis Aliff yang dikemaskini oleh pembantu peribadinya di Instagram

Kongsi Video Terakhir Kucup Allahyarhamah 

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi video detik-detik dia mengucup dahi serta memeluk jenazah Allahyarhamah neneknya buat kali terakhir sekaligus mencetus rasa sebak dikalangan pengikutnya.

Malah, dia turut menyifatkan pemergian neneknya sebagai perkara yang paling ditakuti dan ia telah pun terjadi.

Bagaimanapun menurut usahawan itu, meskipun berasa terlalu sedih namun dia redha dengan ketentuan-Nya dan dapat beri yang terbaik serta gembirakan neneknya sehingga ke akhir hayat.

“Selamat Jalan Nenek ku sayang ke negeri Abadi..yang saya anggap macam ibu saya sendiri..apa yang Syukri takut selama ini dah jadi kenyataan..Syukri takut hilang nenek… @bondarozitaibrahim @shahidadherbs banyak kuatkan saya…

“Syukri amat sedih tapi Syukri redha..Syukri dah beri yang terbaik untuk nenek…gembirakan usia hujung nenek dengan kasih sayang” kongsi Alif.

Untuk info, berdasarkan perkongsian ibu Aliff yang juga usahawan dikenali ramai sebagai Bonda Rozita memaklumkan Allahyarhamah Aminah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas. Kongsinya, sebelum itu pihak hospital terlebih dahulu memaklumkan Aminah sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup dan jantungnya juga hanya berfungsi 40% . Salam takziah dari kami di Murai.my buat Aliff Syukri sekeluarga. Al-Fatihah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Takziah buat Aliff Syukri sekeluarga. Sebak bila bonda dedah ibu dah pergi buat selamanya.

Petaling Jaya : Tular baru baru ini, berita sedih yang digemparkan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Alif Syukri memberitahu keadaan terkini neneknya Hajah Aminah Satar yang berada dalam keadaan sakit ten4t. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Aliff menerusi Instagram, dia terkejut bila menerima khabar keadaan neneknya yang semakin teruk.

“Alfatiha..Ibu,nenek dan buah hatiku.. Video ini telah sy posting petang tadi di ig storey sy.. dan ingin sy simpan supaya tak hilang utk dikenang. kerana sy terlalu happy ketika petang tadi sebabnya nenek dibenarkan pulang oleh hospital KPJ.. selepas 7-8jam nenek telah meninggalkan kami semua.. dlm kereta yg dipandu sy ketika jam 2pagi.. doakan nenek sy di tempatkan oleh org yg beriman..
Al-Fatihah … Kri sayang Nenek smpai syurga. Updte bt @iwan_utaraa” Ini perkongsian terakhir Aliff Syukri berkenaan neneknya.

Video : Klik link

Sebak. Bonda dedahkan ibunya setia pergi buat selamanya di riba Aliff Syukri

Bukan mudah untuk uruskan tanggngjawab terakhir pada zaman pandemik ini. Lagi-lagi mahu rentas negeri untuk bawa ke kampung. Melihat perkongsian video yang dibuat oleh Bonda buat ramai tumpang sebak.

Kasih sayang yang tanpa mengharapkan balasan serta tidak akan terbalas adalah kasih sayang seorang ibu buat anak-anaknya. Apabila seorang ibu menghembuskan nafas terakhirnya, maka hilanglah salah satu keberkahan dari Allah untuk kita, iaitu doa dari seorang ibu untuk anak-anaknya. Hati seorang ibu akan selalu berdoa “Ya tuhan jagalah anak2ku di saat penjagaanku tidak sampai kepadanya. Peluklah anak2 ku di saat tanganku tak mampu memeluknya..usaplah air matanya di saat tanganku tak dapat mengusapnya”

“Bonda mohon doa dr sahabat followers– semoga Allah ampuni dosa kesalahan Mak bonda AMINAH BT ABD SATAR, rahmatinya. muliakan kehilangannya..lapangkan tempat abadinya–serta jadikanlah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. Berkali2 Mak bersyahadah dalam ambulan diribaan Kri Ida & Adik – Solat dn zikir dipenghujung usia khusnul khotimah mohon doakan sahabat semua, Allahyarhamah Mak bonda di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Susahnya kami nak uruskan pengakhirannya – balik ramai2 anak cucu terdekat menguruskan ke Felda Palong 8. ” Ini perkongsian terakhir Bonda. Sumber : instagram Aliff Syukri terlajak laris & Bondarozitaibrahim

Tak nak sia sia kan suara yang sedap. Aliff Syukri nekad nak keluarkan lagu baru lagi. Tapi ini pula komen warganet.

Mengharungi pandemik covid-19 sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Hampir 2 tahun kita semua dikekang untuk bebas keluar kemana sahaja demi memastikan penularan pandemik tidak berterusan.

Jadi, perasaan bosan, sunyi dan tertekan kerap kali hadir sehingga membuatkan seseorang itu tidak produktif. Oleh sebab berasa kesunyian kerana tidak dapat keluar kesana-sini dengan selesa, usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri telah menyuarakan hasrat merakamkan lagi lagu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Dalam posting yang dibuat oleh usahawan tersebut, beliau bertanya kepada pengikutnya adakah sesuai andai mahu mengeluarkan lagu bertajuk ‘sunyi’ memandangkan itu merupakan perasaan yang dirasainya ketika ini.

Aliff Syukri juga menyatakan rasa ruginya andai suara merdu kurniaan dari Maha Pencipta yang dianugerahkan kepadanya tidak digunakan. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram usahawan tersebut.

Ada yang memberikan kata-kata semangat dengan menyuarakan rasa tidak sabar menanti lagu terbaru beliau dan ada juga yang mengakui tidak sanggup mendengar lontaran suara penyanyi lagu Bobo Di mana yang pernah tular sebelum ini kerana berduet dengan Sajat dan Lucinta Luna.

Sumber: OMM

Perniagaan terganggu gara gara covid 19. Aliff Syukri luah rasa sedih bangunan miliknya kini kosong.

Setelah hampir 2 tahun negara kita dilanda pandemik COVID-19 yang semakin mengganas, para peniaga bisnes kecil mahupun besar merupakan antara golongan yang terjejas pada saat ini. Situasi tersebut turut dirasai oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa sedih tatkala melihat bangunan miliknya kini sudah dikosongkan.

Tiada lagi gelak tawa pekerja, bangunan terpaksa dikosongkan

Perkara tersebut dikongsi oleh usahawan berusia 34 tahun itu menerusi laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini. Menurutnya sejak ia perlu ditutup ekoran pandemik COVID-19 ini, tiada lagi gelak tawa dan keceriaan para pekerja di bangunan tersebut. Semua tersimpan sebagai memori indah dan hanya tinggal kenangan.

“Saya sedih dan pilu melihat bangunan yang dibeli ini kosong. Dahulunya ceria penuh dengan gelak tawa dan happy tetapi benda ini hanya tinggal kenangan. Bila rasanya nak berakhir Covid-19 ni? Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kuatkan lah semangat aku untuk teruskan perniagaan ini. Bila saya melihat banyak syarikat-syarikat gergasi International yang lingkup dan tutup gara-gara Covid-19.

Semoga company saya dipelihara dan masih kuat bertahan. Semoga dengan rezeki ini boleh saya membantu bangsa rakyat,agama dan juga memberi bantuan kepada yang memerlukan. Amin Amin Ya Rabalamin… nasib baik sy femes boleh niaga online.. Kepada anda yang ingin saya Bimbing buat berniaga dari rumah secara online korang boleh WhatsApp nombor telefon yang saya beri ni +60 16 361 6289 atau +60 17 238 8234

Pohon doa agar perniagaan dapat bertahan

Dalam pada itu, pengasas produk D’Herbs itu turut memohon doa agar perniagaan yang dibina setelah sekian lama dapat bertahan dalam pandemik COVID-19 ini. Malah, Aliff turut berharap agar dimurahkan lagi rezeki supaya boleh membantu golongan lain yang memerlukan. Perkongsian berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang mana rata-rata mereka memberi kata-kata semangat kepada pelantun lagu Bobo Di Mana itu. Sumber: Instagram Aliff Syukri

Selepas tular komen dari Sharnaaz Ahmad soal produk Sup Jolo dari Aliff Syukri. Kini Datin Shahida tampil balas komen padu.

Selain dikenali sebagai Chef Selebriti Malaysia, Datuk Chef Wan juga cukup kenal dengan sikapnya yang lantang dalam memberikan pendapat di media sosial. Terbaru, Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail ini ada ‘sembur’ usahawan kosmetik yang sering menjadi tumpuan netizen, Datuk Aliff Syukri.

Rasa pedas bdh – Sharnaaz Ahmad

Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak bahawa Aliff Syukri ini ada melancarkan satu produk makanannya sendiri, makanan itu dikatakan tengah viral. Ia telah membuatkan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad terpanggil untuk membuat review dekat makanan tersebut menerusi saluran YouTube miliknya pada hujung bulan April lalu.

Dalam video diatas, Sharnaaz menjelaskan bahawa makanan daripada usahawan itu tidak memberangsangkan. Ini kata-katanya. Dia nak rasa macam kari pun ada, rasa macam.. Pedas bod0h orang panggil, benda ni pedas b0doh, bebola daging lembu hancur, apa ni! Aku minta maaf, aku bukan nak h1na makanan tapi RM16.50 hang jual macam ni. Kalau Chef Wan dengar RM16.50 dia buat macam ni….” Sharnaaz juga meminta agar Aliff Syukri memperbetulkan kualiti produk makanannya itu.

Isu Sharnaaz Kritik Sup Jolo Aliff Shukri, Shahida Balas

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil bersuara ekoran kritikan yang dibuat aktor Sharnaaz Ahmad mengenai Sup Jolo keluaran produk suaminya.

Menurut Shahida, setiap orang mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza. Tambahnya, sebelum ini dia kerap kali membuat ulasan (review) makanan namun lebih memilih untuk memberi komen yang baik.

“Terpulang pada citarasa dan pandangan individu. Lain orang lain rasa dan cara. Saya sendiri selalu saja review makanan orang bagi pada saya. Tak ada bayaran pun. Tapi saya tak pernah review yang buruk-buruk sebab tak sedap di tekak saya. Mungkin sedap di tekak orang. Sedap di tekak saya, tak tentu sedap di tekak orang. Jadi bercakap yang baik-baik pun tak salah sebenarnya,” katanya.

Shahida menjawab pertanyaan pengikut menerusi ruangan Ask Me Question pada Sabtu. “Sharnaaz ada komen pasal sup jolo Aliff Syukri. Apa komen datin?” tanya individu yang tidak diketahui identitinya. Sebelum ini, Sharnaaz menerusi saluran Youtubenya telah mencuba dan merasa Sup Jolo Aliff namun bengang dengan rasa makanan tersebut.

KOMEN CHEF WAN

Video tersebut juga telah menarik perhatian cef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan. Bila hal ini sampai ke pengetahuan Chef Wan kerana komen itu viral di TikTok dan ada orang hantar kepadanya, Chef Wan menerusi IGTV miliknya hari ini pula ‘sembur’ Aliff Syukri.

Terhibur dengan cara review Sharnaaz Ahmad, Chef Wan tidak membantah dengan komen yang Sharnaaz berikan kerana ianya merupakan satu perkara normal kerana alam perniagaan makanan ini, peniaga perlu terima komen positif dan negatif orang, katanya. Saya rasa Aliff pun dah masak dengan kulit muka dia nak setebal pintu j4mban Cik Kiah itu!

Tu la orang nak berniaga makananan pun kau nak juga jual makanan bukan tak boleh kena berhati hati.” Chef Wan juga berpesan kepada Aliff Syukri agar asah kemahiran memasak dahulu sebelum menjual makanan, dia juga berpesan untuk laburkan kepada orang yang betul jika ingin mengendalikan perniagaan makanan. Sumber : Awatttsyeikh.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *