Tak kekok depan media dan televisyen. Tiga pengacara tergamam tiba tiba PM tanya soalan spontan.

Info Viral

PETALING JAYA: Tergamam.

Itu reaksi tiga pengacara televisyen yang mengendalikan program bual bicara bersama Datuk Seri Ismail Sabri selepas Perdana Menteri secara spontan bertanyakan soalan kepada mereka.

Menerusi rancangan tersebut, Perdana Menteri secara bersahaja kelihatan bagaikan seorang hos dengan bertanya soalan kepada ketiga-tiga pengacara itu mengenai maksud Keluarga Malaysia.

Soalan tersebut mendapat reaksi positif pengacara terbabit dan menyifatkan sebagai sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam sesi wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri.

Salah seorang pengacara itu, Azaria Tagaya berkata, itu pengalaman pertama dilaluinya apabila ditanyakan soalan Perdana Menteri.

“Datuk Seri rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kita soalan dalam wawancara eksklusif. Nanti beliau ambil kerja kita pula selepas ini,” katanya.

Azaria menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya turut mengakui terkejut apabila secara tiba-tiba diajukan soalan sedemikian.

“Bila Perdana Menteri pula tanya pengacara. Tergamam jugalah, sedang dalam wawancara eksklusif dengan Perdana Menteri, tiba-tiba Perdana Menteri tanya soalan kepada pengacara,” tulisnya. – UTUSAN

Elaun Menteri Dan Timbalan Menteri Terlalu Mewah. Syed Saddiq Dedah Gaji Seorang Menteri Setiap Bulan.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas) di Dewan Rakyat hari ini persoal jumlah gratuity atau ganjaran menteri dan timbalan menteri yang tetap dilantik walaupun kerajaan bertukar sebanyak tiga kali sepanjang penggal ini.

Katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), elaun yang dinikmati golongan menteri dan timbalan menteri adalah bersifat melampau kerana terlalu banyak dan masing-masing mencecah ribuan ringgit.

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sebagai menteri, gaji seorang menteri setiap bulan RM55,000, dapat rumah yang agak mewah di Putrajaya, kereta dan pemandu serta kos makanan juga boleh dituntut, mereka juga dapat nombor plat yang bernilai ratusan ribu ringgit serta dapat dua lesen import (AP) untuk membawa masuk kereta mewah dan satu bidang tanah di Putrajaya dan elaun percutian,

“Bukan itu sahaja, bagi yang dah berkahwin boleh dapat RM100,000 hingga RM200,000 setiap tahun atas elaun percutian. Saya berharap kerajaan yang baru ini yang telah bertukar tiga kali dan ada menteri yang kekal sebanyak tiga kali, adakah ganjaran mereka dikira sekali atau pun setiap kali diberhentikan diberikan RM1 juta?” soalnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa untuk bincangkan perkara itu.

“Saya juga harap perbincangan itu boleh gabungkan sekali dengan isu political funding act kerana saya faham ahli-ahli Parlimen pembangkang sebelum ini berkata, mereka perlu keluarkan dana daripada poket mereka sendiri dan kita perlu ubah ini,” jelasnya. – UTUSAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkejut bila tiba tiba Ds Ismail Sabri dedahkan gaji sebenar Ahmad Faizal sebagai penasihat khas Pm. Jumlah gaji dia bukan biasa biasa.

Kuala Lumpur: Pendapatan Penasihat Khas bekas Perdana Menteri bertaraf Menteri Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM27,227.20. Dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, memandangkan tempoh perkhidmatan beliau adalah singkat dan tidak cukup sebulan, gaji Ahmad Faizal berjumlah RM27,227.20 dibayar secara pro-rata dan juga gantian notis penamatan perkhidmatan sebanyak sebulan gaji.

“Jawatan ini tidak membabitkan pembayaran pencen,” katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong). Lim mahu Ismail Sabri memperincikan jumlah gaji yang diterima Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri, jumlah gratuiti dan pencen bulanan serta skop tugas beliau sebenarnya.

Ismail Sabri berkata, tugas Ahmad Faizal untuk menasihati Perdana Menteri dalam hal berkaitan komunikasi komuniti. “Beliau bertanggungjawab mewujudkan jalinan kerjasama yang erat antara kerajaan dan pimpinan masyarakat serta meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar kerajaan menerusi saluran komunikasi yang berkesan dan meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dalam aspek pembangunan sosio-ekonomi rakyat,” katanya.

Untuk rekod, Ahmad Faizal sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak selepas gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 4 Ogos tahun lalu.

Ahmad Faizal bukan nama asing dalam arena sukan

Dengan pengalaman yang dimiliki, Menteri Belia dan Sukan baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bukanlah individu asing dalam arena sukan negara, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Beliau yang menyambut baik pelantikan Ahmad Faizal berkata pembabitan Ahli Parlimen Tambun itu dalam bidang sukan terbukti selepas mengemudi kejayaan Perak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA 2018.)

Katanya, Ahmad Faizal turut diyakini mampu menghidupkan semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mengajak rakyat pelbagai agama, bangsa dan kaum bersama-sama untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah tentu akan membawa semangat Keluarga Malaysia ke dalam komuniti sukan negara. Seperti mana kita maklum bahawa sukan adalah hak milik Keluarga Malaysia keseluruhannya,” katanya kepada Bernama hari ini.

‘Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin bukti kerajaan tumpu usaha pulih negara’ Ahad lalu, Ismail Sabri dalam ucapan sulung selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesembilan berkata konsep Keluarga Malaysia digunakan kerana frasa itu bersifat lebih inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

Pelantikan bekas Menteri Besar Perak yang pernah menyandang jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) itu turut disambut baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dengan harapan industri sukan negara terus dibela, selain sukan bola sepak mendapat perhatian sewajarnya.

“Semoga kehadiran Datuk Seri (Ahmad Faizal) dalam keluarga sukan negara akan sama-sama dapat membantu memperkasa dan meningkatkan lagi tahap industri sukan di Malaysia termasuk membantu FAM dalam memartabatkan bola sepak negara,” kata FAM dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada Ahmad Faizal dalam usaha ke arah kecemerlangan sukan negara khususnya saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan kewibawaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengangkat sukan negara ke aras yang lebih cemerlang di persada antarabangsa,” menurut MFL. Ahmad Faizal yang lebih mesra disapa sebagai ‘Peja’ adalah antara dua muka baharu

dalam barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ yang diumumkan Ismail Sabri di Perdana Putra hari ini, dan beliau akan dibantu Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Sementara itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) antara yang turut menyambut baik perkembangan itu di laman Twitter masing-masing. – BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *