Anak dimasukkan ke wad. Nazrief Nazri memohon doa orang ramai untuk anak sulungnya.

artis Keluarga KESIHATAN selebriti

PETALING JAYA: Pelakon, Nazrief Nazri memohon orang ramai agar mendoakan anak sulungnya, Noah diberi kesembuhan segera daripada demam panas yang dialaminya.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri menerusi Instagram memberitahu, Noah masih mengalami demam panas sejak lima hari yang lalu dan kini telah dimasukkan ke hospital.

“Sepatutnya hari ni hari yg gembira buat kami, 30 Sept hari last kami Home Surveillance Order.
Dan Baby Noah pun alhamdulilah takde tunjuk simptom yang ketara.”


“Tapi since semalam Noah demam suhu 37.6.Kami risau dan now kami dkt CAC tgh tunggu keputusan samada Noah perlu admit ataupun tidak.”

“Hopefully tak lah.Cuma minta semua yg membaca posting ini mendoakan bayi cepat sihat.Sumpah tak kuat”

“Minta maaf kepada sahabat handai, client, rakan perniagaan dan sesiapa sahaja yang ada WhatsApp atau hubungi saya dua tiga hari ini.

“Anak lelaki saya mengalami demam panas sejak 29 September dan semalam dia terpaksa dimasukkan ke wad disebabkan demam yang tidak surut-surut.

“Minggu yang amat sukar bagi saya dan juga isteri. Tolong doakan bayi kami cepat sembuh,” tulisnya.

Nazrief dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu.

Namun pasangan ini diuji apabila bayinya itu disahkan positif Covid-19.Nazrief dan isteri bagaimanapun tidak dijangkiti wabak berkenaan.

Sumber: UM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai puji Nazrief Nazri jaga isteri berpantang persis Mak Bidan. Rupanya ini yang Nazrief selalu buat sebelum pergi kerja.

[VIDEO] “Tiap2 tahun pun sanggup bersalin”, Netizen Puji Nazrief Nazri, Jaga Isteri Berpantang Persis Mak Bidan.

Wanita yang baru melahirkan dan sedang menjalani tempoh pantang sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi dan orang lain diharapkan dapat membantu. Bukan saja emosi tidak menentu tetapi juga apa yang penting mereka perlukan rehat yang cukup serta tidak digalakkan melakukan apa-apa kerja sepanjang tempoh itu.

Kebiasannya kita lihat, orang tua sendiri mahu pun bidan yang diupah akan banyak membantu namun pelakon Nazrief Nazri baru-baru ini membuktikan dia mampu melakukan semua itu tanpa bantuan.

Tolong urus isteri sebelum keluar pergi kerja

Viral sebuah video di TikTok baru-baru ini menunjukkan Nazrief melakukan persiapan dan menguruskan isterinya, Aizatul Aqma yang sedang berpantang. Menerusi video tersebut, Nazrief dilihat tidak kekok dan melakukan beberapa tugas dengan begitu baik.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CScJQ_eF3fx/?utm_source=ig_web_copy_link

Antara yang dilakukannya adalah memakaikan bengkung, menyediakan air mandian buat isterinya serta beberapa hal yang lain juga. Situasi itu dirakamkan isterinya sendiri di mana Nazrief akan menyiapkan apa yang sepatutnya sebelum keluar bekerja.

Layanan ‘tip top’ buat isteri

Mel4lui ruangan komen, ramai warganet memberikan respon mereka dan sempat memuji Nazrief atas usahanya membantu si isteri dan memberikan lay4nan yang ‘tip top’.

Beberapa warganet dilihat berkata ciri-ciri sebegitu memang didambakan oleh semua isteri di dunia. Ada juga yang sempat berseloroh sanggup mengandung dan bersalin setiap tahun jika mendapat suami ringan tulang sebegitu.

Nazrief dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 dan telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka yang merupakan bayi lelaki pada 19 Julai lepas jam 1.12 pagi. Sumber : LobakMerah

Muat naik gambar pergi Hospital. Ramai yang teka Amyra Rosli mengandung. Sekali ini jawapan yang Amar Bahrin bagi.

Perkongsian foto dari pasangan pelakon, Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli baru-baru ini di Instagram mendapat perhatian warganet. Ini kerana, ada di antara mereka yang menebak, membayangkan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu sedang hamil anak ketiga kerana hadir ke Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Malah, keberadaan Amyra bersama suami dengan mengenakan persalinan sedondon menguatkan lagi spekulasi tersebut. “Tahniah… Aryssa nak dapat adik lagi ye…,” tanya seorang warganet.

“Wah congratulations,” ucap seorang lagi warganet. “Wow tahniah Mira,” tulis seorang lain warganet lainnya. Bagaimanapun, Amar menerusi ruangan komen menjelaskan, kehadiran mereka ke lokasi berkenaan bukanlah bagi tujuan tersebut selepas ditanya seorang individu.

Malahan, anak kedua mereka, Ayra Aryssa baru sahaja mencecah usia 11 bulan. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi dilahirkan pada 15 Oktober 2017.

Sumber : MH

Amyra Rosli Dedah Sesuatu Ini Miliknya. Sekali Tak Sangka Ianya Jadi Bualan Ramai Sampai Merasakan Ini

Nama pelakon, Amyra Rosli sejak kebelakangan ini menjadi bualan hangat di ruangan media sosial apabila drama terbaru yang masih disiarkan berjudul Sabarlah Duhai Hati mendapat respon yang cukup baik

daripada peminat drama tempatan. Membawa watak sebagai Fira bersama lakonan bergandingan dengan Saharul Ridzwan sebagai Affan mengundang ramai begitu melayan kisah konflik kekeluargaan dialami mereka. Tambah pula watak diperanankan oleh Puteri Sarah Liyana sebagai Dian juga dipuji.

Biarpun begitu, tentu saja diruangan Instagram milik Amyra Rosli semakin menjadi perhatian umum dengan dikongsikan mengenai drama tersebut namun ada satu posting pendedahan isteri kepada pelakon, Amar Baharin ini mengundang ramai tinggalkan ratusan komen pujian terhadapnya.

Ini kerana peminat dan pengikut bukan sahaja tidak dapat move on dengan wataknya sebagai Fira malah kapsyen Amyra Rosli mengatakan dia memiliki saiz pinggang 25 membuatkan kecantikannya dipuji.

Berkongsikan rahsia pinggang ramping Amyra Rosli itu di posting tersebut membuatkan dia dihujani dengan ribuan tanda suka berikutan foto yang dimuat naik juga membuatkan ramai terpegun. “Omai aii slimnya Fira pinggang 25 je… memang tak makan banyak ke apa u ni?” “Cantiknya Myra. Tak pernah jemu tengok. Stay safe dear!” “Cantik badan kurus nya nampak comel je muka”

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *