Tidak divaksin kerana ada masalah kesihatan boleh mohon sijil digital.

Info KESIHATAN

PETALING JAYA – Individu yang tidak boleh mengambil vaksin kerana faktor kesihatan boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, permohonan bagi tujuan tersebut boleh dilakukan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan dengan mengemukakan borang khas slip penilaian kesesuaian menerima vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pengecualian itu hanya kepada pesakit yang mempunyai masalah penyakit tertentu yang telah disahkan oleh pakar perubatan.

“Yang pertama adalah pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu tersebut, pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan ataupun pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.

“Jika permohonan lengkap dan mengikuti syarat yang ditetapkan, sijil digital tersebut melalui MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh seminggu,” katanya pada Sidang Parlimen di sini hari ini.-K! ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Tak perlu nak fikir pasal Super apps. Sekali Fahmy Fadzil tampil jelaskan tak puas hati dengan fungsi terkini Check out di Mysejahtera.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengkritik beberapa ciri baharu yang ada dalam MySejahtera ini, salah satunya adalah butang check out.

Menurutnya, ramai pengguna ‘terlupa’ untuk menekan butang itu selepas keluar dari premis atau sesuatu tempat kerana tiada peringatan diberikan untuk melengkapkan fungsi ‘check in’, lapor Astro Awani.

Ramai ‘complain’ lupa ‘check-out’

Membahaskan Titah Diraja, Fahmy dalam Mesyuarat Penggal Keempat parlimen ke-14 hari ini menggesa pihak KKM untuk menjelaskan perkara tersebut selain menambah baik aplikasi sedia ada.

“Contohnya hari ini ramai dalam kalangan kita yang masukkan ke dalam Dewan ini, yang ‘log in’ tetapi tak ‘log out’, kita tak diberikan peringatan. Malah, ada yang seakan-akan tidur semalaman di Parlimen sebab tak ‘check-out’ di Parlimen. Jadi, apakah sebenarnya yang boleh kita lakukan? Tak payah fikir pasal ‘super apps’, tetapi kita baikilah aplikasi yang ada sekarang ini.”

Untuk rekod, Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan aplikasi MySejahtera dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko pengguna.

Selain itu, satu butang ‘daftar keluar’ turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat. Sumber : Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Gara Gara Tular Pekerja Dikompaun Tak Update Profil MySejahtera. Kini KP MKN Tampil Beritahu Siapa Yang Sebenarnya Perlu Update.

Pada 5 Jun lalu, 31 pekerja di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh di Sitiawan, Perak telah dikompaun dari RM1,500 ke RM2,000 gara-gara gagal mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera meraka. Malah, ada juga tular mesej di WhatsApp meminta agar orang ramai untuk update profil MySejahtera mereka sekiranya tak mahu didenda. Ekoran ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan bahawa orang ramai tak perlu mengemaskini status kesihatan mereka di aplikasi MySejahtera.

Menurut Ketua Pengarah MKN Datuk Mohd Rabin Basir, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) status kesihatan ini tak perlu dikemaskini kecuali berhadapan dengan empat pengecualian ini iaitu ; Sekiranya seseorang individu mula mengalami gejala Covid-19. Membuat perjalanan ke luar negara. Ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 atau Seseorang itu positif dijangkiti Covid-19

Menurut SOP MKN, jika sesebuah kilang mempunyai pekerja yang disahkan positif, kesemua pekerjanya perlu mengemaskini status kesihatan mereka melalui MySejahtera.” Oleh kerana ini, Mohd Rabin mengatakan kejadian 31 pekerja dikompaun itu perlu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut diambil dan menasihati pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dan menasihati pejabat kesihatan daerah untuk membatalkan denda tersebut.

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *