Faizal Hussein jaga kelas. Memastikan bayaran yang diterima berbaloi.

artis Kehidupan selebriti

ISU bayaran rendah dan tidak setimpal kepada pelakon senior bukan perkara baharu dalam industri hiburan tempatan.

Walaupun ramai yang bersuara tentang wujudnya diskriminasi perbezaan bayaran antara pelakon veteran dan baharu, namun ada juga yang memilih untuk hanya berdiam diri.Bagi aktor senior seperti Faizal Hussein, 54, dia berpendapat seseorang anak seni itu harus menjaga maruah dan kredibiliti sebagai pelakon tanpa perlu menghebahkan kepada umum tentang nilai sesuatu kerja yang ditawarkan.

“Sebenarnya andai seseorang pelakon tu ditawarkan bayaran murah dan dia tak nak buat, dia tak perlu bercakap dekat sosial media atau khalayak ramai. Kita tak seharusnya beritahu orang kita dibayar murah.

“Saya pernah di blacklist oleh stesen televisyen selama 20 tahun, perkara tu memang dah biasa. Ketika di peringkat tu saya tak pernah pun beritahu akhbar (wartawan) yang saya tak ada job dengan stesen berkenaan.

“Hakikatnya kalau saya di blacklist oleh stesen itu, bukan bermaksud saya tak laku dekat stesen lain. Stesen lain menghargai saya dan saya percaya rezeki tu ada di mana-mana,” katanya.

Faizal berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang disiarkan menerusi Facebook live.

Selain Faizal, rancangan yang membincangkan tentang isu nasib pelakon veteran itu turut menampilkan pelakon dan pengarah Erma Fatima, pengarah Rashid Sibir dan penerbit Fadzil Teh sebagai ahli panel.

Perbincangan menerusi topik Veteran: Emas Tak Berharga itu dikendalikan pengacara terkenal, Awal Ashaari.

“Saya memang details sikit dalam memilih naskhah dan isu bayaran.”

Tambah Faizal yang menjadikan bidang seni sebagi mata pencarian utama, dia akan memastikan setiap bayaran yang diterima itu berbaloi dengan kemampuan dan kredibilitinya.

“Saya memang details sikit dalam memilih naskhah dan isu bayaran. Kalau saya tak setuju dengan bayaran tu saya tak akan buat projek berkenaan.

“Saya memang cari nafkah dengan lakonan sahaja jadi sudah tentunya saya akan memastikan bayaran yang diterima berbaloi,” katanya.

“Tapi sebenarnya isu bayaran pun bergantung kepada situasi, kalau kawan saya Rashid Sibir telefon dan buat tawaran berapa pun saya terima je sebab dah kenal lama,” katanya.

Sementara itu berhubung trend semasa stesen televisyen yang gemar memilih pelakon baharu dalam kalangan bintang media sosial dengan jutaan pengikut, Faizal berkata dia memahami perubahan berkenaan.

Namun kata Faizal, pada akhirnya bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon untuk menggalas sesuatu watak itu menjadi perhatian penonton.

“Mungkin stesen TV dalam peringkat eksperimen untuk mencuba sama ada mereka ni boleh menarik penonton semasa drama tu ditayangkan ataupun tidak.

“Tetapi saya berpendapat bakat adalah lebih penting daripada jumlah followers.

“Ini kerana apabila drama tu ditayangkan, penonton akan menonton jika naskhah berkenaan betul-betul sesuai dengan cara lakonan pelakon,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Pelakon Syafie Naswip Memberi Teguran Dan Tegaskan Agar Tidak Menggunakan Perkataan Retis.

Di Instagram, pelakon, Syafie Naswip memberi teguran buat segelintir masyarakat yang menyapa atau berbalas komen di media sosial dengannya agar tidak menggunakan perkataan ‘retis’ ketika berkomunikasi.

Minta maaf jika status ini menyentak hati.

Menurut Syafie, penggunaan perkataan ‘retis’ sedikit sebanyak telah mengh1na pekerjaannya sebagai anak seni. Oleh itu, dia berharap mana-mana individu yang mahu berkomunikasi dengannya selepas ini akan menggunakan perkataan pelakon, pameran atau manusia biasa daripada menggunakan perkataan tersebut.

Tambah Syafie, selama ini dia hanya mampu tersenyum dan tidak memberi reaksi apa-apa. Namun, hari ini dia berharap semua individu faham mengenai perasaannya.

Apa maksud retis?

Di ruangan komen, rata-rata netizen mula faham mengenai apa yang cuba ingin disampaikan oleh Syafie. Bahkan, ada juga yang bertanya mengenai maksud ‘retis’ kepada Syafie. Ujar Syafie, perkataan tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan ianya sekadar digembar gemburkan.

Sumber: Syafie Naswip

Syafie Naswip pening layan orang macam ni siap minta banyak kali. Sekali ini yang dia sampaikan.

Syafie Naswip menjalankan misi bantuan kepada keluarga yang terjejas punca pendapatan. Pelakon Syafie Naswip kesal apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap bantuan wang tunai yang dihulurkan dengan cuba meminta berulang kali. Shafie atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip, 29, berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah menafikan hak orang lain yang turut berdepan kesusahan.

“Individu tu menghubungi saya melalui WhatsApp dan kemudian berikan nombor akaun bank sama seperti yang pernah saya bantu sebelum ini. Pada saya benda ni normal memang akan ada orang yang akan cuba cari peluang untuk mengambil kesempatan, ” ujarnya. Syafie berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam menghulurkan bantuan supaya tidak terpedaya dengan individu yang dianggap tamak.

Perkongsian Syafie di Instastory miliknya.

Pelakon telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini menjalankan misi bantuan kepada golongan susah sejak seminggu lalu bersama Team Chilhood Actor. “Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan sebab tak mahu benda ni berlaku lagi.

Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan.

“Saya ada tegur dalam Instagram semalam. Saya harap orang ada common sense sikit dan berfikir panjang, kesian kepada individu yang betul-betul memerlukan, ” ujarnya. Syafie berkata, sehingga kini dia sudah berjaya menghulurkan bantuan kepada 109 individu dan keluarga terjejas. “Alhamdulillah 109 keluarga telah dibantu hasil jualan barang terpakai saya dan Kanan-kawan. Syafie membuat keputusan melelong trofi yang dimenanginya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM25).

Pemuda Ini Buka But Kereta Untuk Memberi Bantuan Secara Percuma Pada Yang Memerlukan. Sekali Pemuda Ini Tampil Dedahkan Sesuatu.

TASEK GELUGOR: Kesusahan hidup yang pernah dialami mendorong seorang penjawat awam melakukan kerja amal dengan memberi barangan keperluan dapur secara percuma bagi golongan memerlukan. Biarpun tidak memiliki pendapatan besar namun dia berusaha menyumbang kepada komuniti memandangkan pernah merasa keperitan hidup apabila dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Azizul Abdul Rahim, 37 yang bertugas di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mula melakukan kerja Kebajikan secara bersendirian sejak 10 tahun lalu apabila menggunakan wang gajinya bagi membeli barang keperluan sebelum disumbangkan kepada individu memerlukan dari rumah ke rumah termasuk golongan gelandangan.

“Saya pernah hidup susah dan tahu keperitan untuk membeli barang keperluan ketika mengalami kesempitan wang kerana ibu ayah saya bukan orang senang. Jadi saya mengambil iktibar pada diri sendiri untuk membantu golongan yang pernah senasib dengan saya walaupun gaji saya bukanlah besar mana tetapi ia cukup membahagiakan saya apabila dapat meringankan beban orang lain. Pada mulanya, saya menggerakkan kerja kebajikan ini dengan menghantar barang keperluan dapur dari rumah ke rumah selepas mendapat maklvmat mengenai orang yang memerlukan bantuan, tetapi sejak pandemik COV1D-19 timbul idea lain yang mana saya akan parkir kereta di beberapa lokasi kemudian membuka but yang diisi dengan pelbagai barangan keperluan bagi mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui berhampiran Pasar Tasek Gelugor, di sini, semalam.

Azizul berkata, dia memahami ketika pandemik Covid-19 ramai yang kehilangan pekerjaan dan mendorongnya membantu walaupun ia tidak seberapa.

“Selepas habis kerja, saya akan pergi ke mana-mana kawasan dalam daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah untuk mengag1hkan pelbagai barangan keperlvan dapur. Ramai yang tidak percaya pada awalnya kerana ada ingat saya berniaga maklumlah buka tepi jalan tetapi sambutan amat baik bahkan ramai juga yang menyumbang untuk saya terus menjalankan kerja amal ini,” katanya.

Azizul berkata, dia bersemangat melaksanakan kebajikan dan tidak pernah penat walaupun ia dilaksanakan selepas waktu kerja.

“Setiap kali saya pergi buat kerja amal ini ramai yang mendoakan saya bahkan saya teringat kata-kata seorang pakcik yang memberitahu biar tak banyak duit tapi rajin sedekah maka rezeki akan lebih berkat. Kata-kata yang diberikan itu meresap dalam jiwa sampaikan saya tak rasa penat pun buat kerja ini bahkan seronok apabila ramai yang menyokong usaha saya ini hingga berpusu-pusu memberi wang serta barang untuk saya hulurkan kepada mereka yang perlu,” katanya yang turut mendapat bantuan isteri serta anak sulungnya yang turun membantunya.

Sementara itu, seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Norma,50-an berkata, dia memuji usaha yang dilakukan Azizul kerana amat bertepatan dalam keadaan situasi semasa yang banyak terkesan.

“Saya kehilangan kerja akibat COV1D-19 tambahan pula seorang ibu tunggal selepas kehilangan suami sejak tujuh tahun lalu akibat sakit jantung. Memang perit sangat apabila tiada kerja dan perlu membesarkan empat anak namun sudah menjadi takdir maka inisiatif kecil seperti Azizul ini sangat membantu kerana ia meringankan beban orang-orang seperti saya,” katanya yang mengetahui inisiatif itu melalui Facebook.

Sumber: BHONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *