Doakan Haider dilahirkan cukup minggu. Elly Mazlein cemas bayi mengeras di usia 35 minggu.

artis Kehidupan Keluarga Kisah Rumahtangga

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein melalui detik cem4s apabila bayi dalam kandungannya menunjukkan tanda kontraksi di usia 35 minggu.

Tidak membuang masa, Elly terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Malam tadi kelam kabut…sebab rasa baby macam dah tak sabar nak jumpa atok papa mama dan kakak Manja..menger4s…

“Alhamdulillah…terus dimasukkan ke hospital,” katanya.

Elly berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya kelmarin.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto tangan dan dipercayai bersama suaminya di hospital.

Pun begitu hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan b4yinya mula bertenang dan dia dibenarkan pulang dan memantaunya di rumah.

“Alhamdulillah doktor periksa dan katanya baby dah mula relax… Kalau tak ada apa-apa boleh balik petang ni…

“Doakan kakak kepom (Elly) dan baby ya… Doakan Haider (b4yinya) dilahirkan cukup minggu…,”pintanya.

Terdahulu Elly memberitahu dia kini sudah pun bercuti bersalin sebelum melahirkan bayi lelakinya tidak lama lagi.Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun berpisah pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mohon doa dari orang ramai. Terkejut sekali ini kata kata dari Doktor lepas Elly Mazlein masuk hospital.

Kuala Lumpur: Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mengumumkan dirinya bakal menimang  cahaya mata lelaki. Elly atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata, dia juga sudah mula bercuti untuk menanti kehadiran cahaya maya keduanya tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, Elly berkongsi beberapa foto selepas dia selesai mengacarakan sebuah rancangan hiburan buat kali terakhir sebelum cuti bersalin.

Menurut Elly, dia juga memohon doa agar proses kelahirannya itu berjalan lancar. “Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” tulisnya lagi. Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan berpisah pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5.

Elly Mazlein Sudah Bersedia Untuk Persediaan Bersalin

Selebriti versatil, Elly Mazlein dilihat sudah pun membuat persiapan akhir sebelum bersalin anak keduanya tidak lama lagi. Menerusi Insta Stories yang dimuat naik pada Jumaat, penyanyi Bungaku Bakawali ini dilihat sedang menyiapkan barang keperluan diri serta bayi lelaki yang bakal lahir.

Kata Elly, dia membuat persediaan awal bagi sebarang kemungkinan

“Sentiasa siap-siap awal dan letak dalam kereta. Baby kengkadang suka keluar awal. Dalam beg ni dah siap kelengkapan bayi untuk bagi pada nurse,” tulisnya. Elly pada masa sama turut menyenaraikan antara barangan yang bakal di bawa ke hospital.

“Satu plastik dah siap letak pampers, barut, baju, stocking, towel, minyak, barang mandi baby dan lain. Kak Lina siap buat 3 plastik untuk 3 hari, senang tak kelam-kabut nanti,” jelasnya.

Sementata itu, Elly turut berkongsi video antara barangan bagi dirinya juga. “Dalam beg besar pulak, barang keperluan Kak Linalah dan standby juga barang baby worry ada yang tak cukup. Biar bawa banyak dari tak cukup. Huru-hara dik… Biyo orang kata macam nak pindah dok sepital.

Asalkan tak mengelabah tombol pintu barang tak cukup. Time tu Kepommm bole jadi singa Lion King dik,” tulisnya lagi. Elly sebelum ini memberitahu dia sudah pun cuti bersalin dan memohon ramai mendoakan yang terbaik.

Terdahulu, hos program Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, pada 18 Januari 2020. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit : HM/MH/IG

Tengah sarat hamil 6 bulan. Kini Elly Mazlein pula dimasukkan ke hospital tapi ini yang dia minta pada orang ramai.

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta, di sini untuk menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) bagi mengetahui dengan lebih jelas tahap kesihatannya ketika ini.

Elly yang sarat hamil enam bulan berkata, dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan namun, memaklumkan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan baik.

“Untuk kesayangan semua, kakak Lina (Elly) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang sudah boleh gerakkan badan. Sekejap lagi buat MRI. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat, alhamdullah baby sihat (enam bulan),” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, Elly turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakannya iaitu penyanyi, Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi.

“Malam ini ada bacaan Yaasin dan doa buat Sarah serta semua yang terkesan akibat Covid-19 melalui Zoom Meeting, sama-sama berdoa ya kesayangan. Sarah, Jan (Elly) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan buat Sarah), love you Tasya. Teruskan doa buat Sarah ya, terima kasih semua,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Kak Lina dan suaminya, Mohamad Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga pada Januari 2020. Terdahulu ini, dia pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun berpisah pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. Sumber : Limauasamboi

Ramai yang tak sabar nak tunggu jawapannya. Warganet teka jantina anak Elly Mazlein lepas buat perkongsian macam ni.

Umum tahu Elly Mazlein sedang hamil anak keduanya hasil perkahwinan dengan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Azlan. Sejak diumumkan berbadan dua, jarang Elly berkongsi perjalanan kehamilannya dalam media sosial. Mungkin lebih selesa dengan kehidupan privasi.

Namun, baru-baru ini Elly menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil yang dibeli untuk anak-anaknya. Dalam foto tersebut, Elly telah membeli dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru. Disebabkan katil berwarna biru, ramai pengikut Instagramnya mula membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.

Malah ruangan komen turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet. “Wah! Biru selalunya untuk ‘baby boy’. Tahniah!” ucap seorang pengikut Instagramnya. Tak sabar pula hendak tunggu pengumuman jantina daripada tuan punya badan. Perkara baik jangan simpan lama-lama ya. Semoga semua urusan dipermudahkan. Sumber : K! Online

Teruja dengan kehamilan akhirnya Elly Mazelin dedahkan foto bayinya buat ramai yang tak sabar.

Sudah lama pelakon dan pengacara Elly Mazlein menginginkan anak dengan perkahwinan kedua beliau. Alhamdulillah impiannya tercapai apabila beliau sebelum ini telah mengumumkan dirinya sedang hamil.

Teruja denga kehamilan itu, Elly telah berkongsi foto bayinya melalui imbasan ultrasound yang dibuatnya. Elly memberitahu bahawa beliau geram melihat anaknya yang masih dalam kandungan itu.

“Baby cakap ,cantikkkkkkk dikkkkk .. tgk tu ibu jari dia …mama gerammmmmm da .. Syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.. Doakn Kepom & baby selamat ya kesayangan”

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana kesihatannya dan bayi berada dalam keadaan baik. Selain itu, Elly mendoakan supaya mereka yang masih menanti zuriat akan dipermudahkan untuk memilikinya.

“Kak kepom pun Doakn anda yg sedang usaha utk mendpt Zuriat, terus kekal usaha,Doa & tawakal ya .. kesihatan pun kena jaga juga .. senaman kena buat.. jaga mkn .. ambil ubat yg sesuai ya .. InsyaAllah Allah susun cantik buat kita semua.. cuma cepat & lambat je .. Bersangka baik selalu”

Kami di Hot FM mendoakan semoga Elly dan bayinya berada dalam keadaan sihat selalu dan dipermudahkan urusan melahirkan nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *