Masih merawat hati selepas berpisah. Meerqeen serik bercinta selepas ditinggalkan.

artis Hiburan Kehidupan

KUALA LUMPUR: Pengalaman ditinggalkan kekasih membuatkan pelakon baharu yang kian menyerlah, Meerqeen, 20, serik mahu kembali bercinta.

Meerqeen berkata, dia mengambil masa dua tahun merawat luka selepas berpisah hingga membuatkannya mahu melupakan soal ‘berpacaran’, buat masa ini.

“Saya pernah tiga kali bercinta. Dua daripadanya hanyalah cinta monyet, manakala hubungan ketiga mampu bertahan untuk tempoh dua tahun ketika berusia 18 tahun.

“Bagaimanapun, apabila si dia memutuskan hubungan secara tiba-tiba selepas melanjutkan pelajaran, saya sangat kecewa. Dua tahun saya ambil masa untuk sembuh,” katanya pada sidang media pra dengar single sulung berjudul Menunggu secara maya, semalam.

Selepas dua tahun insiden berlaku, Meerqeen atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berjaya melupakannya, namun bekas kekasih kembali mencarinya.

“Apabila menceburi bidang seni, si dia datang mencari saya. Namun, tidak mungkin saya dapat menerima selepas apa yang dilakukan terhadap saya.

“Lagipun, saya mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni. Jika saya bercinta, tujuannya adalah untuk berkahwin dan bukan untuk suka-suka,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Angkara Cinta turut berjaya membolosi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular menerusi filem Kelaster bersama Nora Danish menerusi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Meskipun nyanyian adalah cita-cita awalnya, namun nak saudara kepada penyanyi popular era 1990-an, Safura Yaacob itu akur dengan rezeki yang ditakdirkan.

“Jika ikutkan, cita-cita asal saya mahu bergelar penyanyi. Malah, saya sudah menyanyi sejak di bangku sekolah lagi. Namun rezeki lakonan lebih awal datang.

“Alhamdulillah, berkat perancangan pasukan saya, akhirnya muncul juga single Menunggu yang membawa mesej mengenai kesetiaan seorang lelaki terhadap cinta,” ujarnya.

Pada sidang media itu, anak jati Kuala Lumpur itu mengakui, dia masih belum mempunyai keyakinan menyanyi secara ‘live’ walaupun itu adalah syarat penting seorang penyanyi.

“Jujurnya, saya belum yakin menyanyi secara live. Malah, persediaan saya setakat 40 peratus sahaja.

“Jika ada orang nak kecam, saya tidak kisah kerana kritikan akan membuatkan saya mahu memperbaiki diri.

“Berilah saya masa untuk memperbaiki nyanyian, mungkin saya akan mengambil kelas vokal. Saya berguru dengan penyanyi Bob Yusof selama dua minggu sebelum merakamkan single Menunggu.

“Saya tetap akan menyanyikan single Menunggu secara live, tetapi bukanlah sekarang,” ujarnya.

Single Menunggu ciptaan Aliff Iskandar boleh didapati di semua pelantar digital dan video liriknya sudah ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music, sejak semalam.-Sumber: BH ONLINE.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Genap Usia 30 Tahun. Azira Shafinaz Dedah Mula Langkah Baru Dengan Perniagaan Ini Dan Ada Cerita Disebaliknya.

Azira Shafinaz mahu kerja lebih keras untuk capai impiannya. Memasuki usia 30 tahun pada Ahad lalu, pelakon Azira Syafinaz memberitahu dia mahu menjalani fasa baharu dalam hidupnya dengan lebih baik. Azira atau nama sebenarnya Azira Syafinaz Ramlan berkata, masih banyak perkara dan impiannya yang belum dicapai sama ada dari segi peribadi mahupun kerjaya.

“InsyaAllah, saya bersedia untuk menempuhi fasa baharu ini dengan sebaik mungkin. Sebelum ini memang ada rasa bimbang sebab selalunya orang kata bila usia 30-an ini bermakna perjalanan baharu akan bermula. Tapi secara jujurnya bila sudah mencecah 30 tahun ini saya tak ada rasa apa-apa pun… sama sahaja. Kalau boleh saya berazam nak bekerja keras lagi, capai impian yang masih belum dapat termasuklah dalam karier seni,” katanya.

Cik Manggis dan Sophia meraikan ulang tahun kelahiran Azira baru-baru ini.

Terdahulu, Azira menerusi Instagram berkongsi beberapa keping foto bersama teman-temannya ketika meraikan ulang tahun kelahiran bersama dua sahabatnya iaitu Cik Manggis dan Sophia.

InsyaAllah, saya bersedia untuk menempuhi fasa baharu ini dengan sebaik mungkin.

Azira yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam berkata, fasa baharu itu turut menjadi permulaan buat dirinya menceburkan diri dalam bidang perniagaan biskut Cookie Ja yang diusahakan sejak Jun lalu.

Azira mula menjalankan perniagaan Cookie Ja sejak Jun lalu.

“Siapa yang rapat dengan saya, mereka akan tahu saya ni hantu cookies… setiap kali sambut hari raya, memang menjadi kewajipan untuk saya sekeluarga buat cookies ini. Jadi masa PKP hari itu, saya terfikir untuk ketengahkan perniagaan cookies. Masa awal-awal mulakan perniagaan, saya sendiri yang buat, tapi Alhamdulillah sekarang sudah ada pekerja sendiri. Bagi saya perniagaan ini sesuatu yang istimewa untuk saya dan sebab itu saya memilih tagline ‘Talk 30 To Me’ yang melambangkan pada usia 30 ini saya mulakan perjalanan hidup yang baharu dengan karier baharu dalam bidang perniagaan ini,” katanya. Sumber : Mstar

Azira muat naik gambar terbaru. Sekali ramai yang ingat Sharnaz tak ada peluang tapi bila tengok Azira komen macam ni buat ramai yang berharap.

Ini bukan pertama kali nama Azira Shafinaz dan Sharnaaz Ahmad menjadi topik bualan hangat di media sosial. Malah, nama mereka sering kali digandingkan sejak beberapa bulan yang lepas lagi.

Ditambah pula dengan “cuitan” daripada rakan-rakan artis dan kemesraan yang ditunjukkkan di ruangan komen, lagi “meriah” lah warganet berkata-kata. Terbaru, Azira ada berkongsikan gambar di laman Instagram miliknya di mana dia memegang sebotol pewangi

dengan kapsyen “Missing your smell, thank god I have Frederic Malle”. Apa yang menjadi perhatian dan penantian warganet selepas itu adalah komen daripada Sharnaaz. Selalunya, Sharnaaz akan komen pendek-pendek atau berikan emoji menggoda seperti kiss dan sebagainya namun di posting kali ini panjang sedikit komen Sharnaaz.

Selepas membaca kapsyen Azira, Sharnaaz membalas “Not my fragrance and smell”. Rata-rata warganet yang melihat komen Sharnaaz mula-mula agak kecewa dan sudah bersedia untuk “mengundurkan diri” dari berharap dengan hubungan ini namun Azira kemudian dilihat membalas kembali  komen tersebut dengan nama pewangi yang selalu dipakai oleh Sharnaaz.

Ini membuatkan warganet kembali bertanya-tanya, “kawan ingat bau perfume ke?”. Sharnaaz kemudian hanya membalas kembali dengan emoji ‘kss‘ dan ini menambah kepada pertanyaan ramai.

Kemesraan mereka di media sosial bukan satu perkara yang baru. Malah, jika nak dilihat pasangan ini ramai penyokong dan peminatnya. Rata-rata memang berharap ada “sesuatu” antara mereka. Namun, kedua-dua pihak Sharnaaz dan Azira tidak mahu lagi membuka mulut tentang status mereka. Antara yang menjadi jawapan adalah mereka hanya kawan. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat Azira dan Sharnaaz. Jika ada jodoh tak ke mana. Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Wajah Azira Shafinaz ada bayangan macam bekas isteri. Azira muat naik foto di laman ig sekali peminat teruja tunggu Sharnaaz Ahmad beri komen emoji hati.

Tidak salah jika seseorang itu ingin menyemai semula putik-putik cinta meskipun mencari pengganti untuk mengubati hati itu bukan mudah. Biarpun, cinta dikatakan memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan, hal yang demikian kerana tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jinjang pelamin.

Ada yang bertahun-tahun menyulam cinta, namun tidak tertulis dia jodohnya kasih tetap terlerai juga. Apa yang pasti, mendoakan seseorang untuk disatukan jodoh itu satu usaha yang baik buat pasangan yang sedang hangat bercinta.

Memuat naik gambar di laman Instagram,  penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz dihujani komen-komen nakal berhubung aktor tampan kelahiran Pulau Pinang itu. Menjengah ke ruangan komen,

rata-rata peminat begitu teruja menantikan kehadiran “mesej cinta” daripada Sharnaaz Ahmad atau lebih mesra disapa Mamu setelah berkali-kali mempamerkan perhubungan mesra di antara mereka dikhalayak umum.

Terdahulu Sharnaaz  ada tinggalkan emoji kiss dalam satu hantaran foto Azira di laman Instagram. Reaksi Sharnaaz dikatakan terus memberi bayangan tentang hubungan istimewanya dengan selebriti jelita Azira ini.

Gara-gara mereka ini pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama dan dilihat secocok, ramai yang beranggapan bahawa Azira ini mampu menjadi pengganti suri hati buat Sharnaaz setelah berpisah dengan bekas isteri, Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti terkenal.

Meskipun, Azira acap kali diusik oleh Sharnaaz ketika bersama  secara langsung menerusi Live Instagram, dia hanya tersenyum dan tidak mempamerkan reaksi yang berlebihan sehingga dikatakan mengundang kontroversi.

Menurut sumber sebuah laporan berita, Azira sememangnya mengakui bahawa dia berkawan baik dengan semua rakan selebriti termasuk Sharnaaz. “Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz” Wah sweet betul diorang ni, tak apalah kita doa yang baik-baik sahaja. Mana tahu doa-doa peminat buat Azira ini mustajab kan? Sumber:Instagram Azira Shafinaz

Akhirnya Sharnaaz Ahmad Tampil Bersuara Luahkan Sesuatu Lepas Tular Tentang Khabar Angin Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah. Dalam Diam Rupanya Sampai Macam Ni Luahan Sharnaz Ahmad.

KHABAR angin bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat semakin bertiup kencang. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin). “Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.

“Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa. Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.

“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia. “Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya. Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah. Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *