Cincin dan rantai nikah dah beli lebih setahun. Lelaki ini akhirnya beranikan diri sapa jodoh dengan DM.

Hiburan Kehidupan Kisah Rumahtangga

SIAPA sangka bermula dengan ucapan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ (bermaksud Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang), dua insan dipertemukan jodoh.

Ungkapan pertama itu dihantar seorang jejaka menerusi mesej secara langsung (DM) kepada seorang pengguna akaun Instagram yang kini sah bergelar isterinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Nurin,” demikian mesej pertama yang dikirim jejaka berkenaan.

Wanita itu, Nurin Syazwani Mohd Rozi berkata, dia dan suaminya bernikah pada 22 Julai lalu selepas empat bulan berkenalan.

Berkongsi pengalaman di awal perkenalan, dia menerima DM pertama daripada suaminya pada 23 Mac lalu yang merupakan rakan sekerja kepada seorang rakan perempuannya.

“Kawan saya yang bekerja satu tempat dengan suami beritahu dia ada kawan lelaki yang dah lama single. Kawan tu juga beritahu suami yang kenalannya iaitu saya juga single.

“Pada mulanya suami teragak-agak bila tengok akaun Instagram saya ada ramai followers sedangkan dia rasa diri dia biasa-biasa je,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Nurin, katanya, dia juga pada mulanya agak keberatan untuk berkenalan memandangkan usianya yang begitu muda baru 22 tahun, manakala suaminya berumur 29 tahun.

“Sebelum kenal suami, saya tak pernah kenal dan rapat dengan orang yang jauh lebih tua. Kawan saya tu kata, kenal-kenal dulu kalau selesa, baru teruskan.

“Saya mula-mula segan nak chat dengan dia. Perjumpaan pertama kami pun beramai-ramai pada 29 Mac, seminggu selepas tu baru first date,” ujarnya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, ketika janji temu pertama mereka dia turut membuat panggilan video dengan ibu bapanya yang berada di kampung.

“Masa saya buat video call dengan mak ayah, dia perkenalkan diri. Secara kebetulan ayah saya kenal ayah dia. Ayah beritahu ayah dia orang baik-baik,” katanya sambil menambah suaminya berasal dari Kota Bharu.

Nurin berkata, dalam diam-diam suaminya mengambil hati ibunya selepas meminta izin utnuk mendapatkan nombor telefon bagi menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sebelum ni kalau saya cakap pasal kahwin, mak tak bagi. Bila dia dan mak dah selalu bermesej, mak beritahu saya dia budak baik… jangan permainkan perasaan dia,” katanya yang dirisik oleh keluarga suaminnya beberapa minggu sebelum mereka bernikah.

Dia lelaki pertama mesej saya dengan ucapan Bismillah dan Assalamualaikum. Bila dah jodoh, kejap je kenal. Allah permudahkan.

Suaminya Mohamad Zdiadu Syukran Abdul Halim yang merupakan jurujual di sebuah kedai emas di Bangi, Selangor disifatkan sebagai seorang yang matang, penyayang dan merendah diri serta mudah bergaul sekali gus membuatkan dirinya mudah berasa selesa.

“Suami rajin membuat simpanan sebelum kahwin sebab tu boleh kahwin secepat itu. Cincin dan rantai tangan nikah pun dah beli lama lebih setahun, cuma dia tunggu siapa jadi isteri dia,” katanya sambil menambah suaminya juga seorang pemalu.

Walaupun tempoh perkenalan singkat, Nurin yang kini bergelar suri rumah bersyukur segala urusan dipermudahkan sehingga mereka sah bergelar suami isteri.

“Dia lelaki pertama mesej saya dengan ucapan Bismillah dan Assalamualaikum. Bila dah jodoh, kejap je kenal. Allah permudahkan bila kita berusaha perbaiki diri dan mendekatiNya.

“Kalau Allah tak izin kita kahwin, mungkin ada kurang kat mana-mana pada diri kita. Kalau kita dah bersedia, perjalanan untuk berkahwin itu dipermudahkan insyaAllah,” katanya. Sumber:Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Zakir Naik Cari Jodoh Untuk Anak Tapi Kriteria Calon Pula Buat Warga Perempuan Turn Off.

Dr Zakir Naik merupakan tokoh ilmuwan yang sangat disegani. Beliau juga amat aktif dalam aktiviti dakwah dan siapa sangka menerusi dakwahnya, ramai yang mula terpaut hati untuk mengenali Islam lebih dekat.

Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu bahawa Zakir naik mempunyai anak lelaki bernama Fariq Naik yang juga merupakan seorang penceramah hebat seperti bapanya. Bak kata pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Zakir Naik cari calon isteri untuk anak

Namun, apabila anak bujangnya telah menginjak dewasa, Zakir Naik berhasrat untuk mencarikan calon bakal isteri pula untuk Fariq yang mana hasrat itu juga telah diwar-warkan di media sosial.

Kriteria calon buat warganet tepuk dahi

Dalam hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama @JalalMisai_2 menyaksikan beberapa kriteria yang digariskan oleh tokoh ilmuwan itu.

Disusuli dengan risalah tersebut, Zakir Naik turut berharap agar orang ramai tidak keberatan untuk terus menghubungi nombor tertera atau mengantar ‘resume’ sekiranya berminat.

“Terlalu hebat bakal isteri”

Susulan perkara tersebut, tak dinafikan rata-ratanya mula meninggalkan komen seperti mengeluh dengan kriteria tersebut. Barangkali terasa seperti memikul batu yang berat.

 Bagaimanapun, tiada yang mustahil kerana apabila sudah sampai serunya, jodoh itu pasti akan hadir pada waktu yang telah ditentukan. Selain itu, rata-ratanya turut berharap agar hasrat murni tokoh itu dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Merupakan Lelaki Yang Penyayang. Ketahuilah Lelaki Yang Minat Kucing Ni Merupakan Calon Suami Pilihan. Untung Siapa Yang Dapat Calon Suami Pencinta Kucing Ni.

Mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah pada zaman sekarang. Mana tidaknya, banyak kes perpisahan berlaku adalah disebabkan pasangan yang tidak setia. Lebih teruk, banyak kes-kes yang dilaporkan melibatkan pendrn dalam rumah tangga, membuatkan kaum wanita kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Sedikit tips buat kaum wanita, lelaki pencinta adalah calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai pasangan!

1. Lebih penyayang

Korang mesti ada seorang kawan yang obses dengan kucing kan? IG Story dan Status Whatsapp mereka sentiasa dipenuhi dengan gambar dan video kucing. Ini membuktikan pencinta kucing kebiasaannya adalah sorang yang penyayang dan boleh menjaga sesuatu dengan penuh kasih sayang.

2. Penyabar dan tidak mudah marah

Kucing kebiasaannya ada ragam yang tersendiri seperti suka menggigit dan mencakar tuannya. Sesiapa yang pernah menjaga kucing pasti pernah merasai pengalaman ini. Sikap penyabar dan tidak mudah marah ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pencinta kucing sangat matang dalam sesebuah perhubungan.

3. Menjaga kucing adalah seperti menjaga bayi

Salah satu faktor penting kaum wanita perlu menjadikan pencinta kucing sebagai suami adalah mereka sudah terlatih dalam menjaga bayi. Kucing boleh diibaratkan seperti bayi yang perlu dimandikan, diberi makan dan dibersihkan selepas membuang air. Cuba bayangkan korang dapat suami yang pandai jaga baby?

4. Bertanggungjawab

Pencinta kucing selalunya adalah seorang yang bertanggungjawab. Mereka kebiasaanya akan menjaga kesihatan kucing dengan memberi ubat cacing dan vaksin sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi mereka, nyawa kucing itu sama nilainya dengan nyawa manusia. Siapa je yang taknak pasangan yang bertanggungjawab kan?

5. Bijak dalam menguruskan perbelanjaan

Bijak dalam menguruskan perbelanjaan merupakan skill penting yang korang perlu ada selepas berkahwin untuk terus survive. Pencinta kucing kebiasaannya akan membahagikan duit mereka terlebih dahulu untuk perbelanjaan kucing seperti pasir dan makanan.

Walaubagaimanapun, kesahihan fakta-fakta yang dinyatakan di atas tidak dapat dibuktikan dari segi saintifik. Namun jika dilihat daripada sudut psikologi, betul kan? Buat korang yang masih single, tiba masanya untuk anda cari pencinta kucing sebagai pasangan hidup!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *