Tayang skirt pendek mirip kain pelikat. Intan Najuwa terus kena kritik dengan warganet.

artis Hiburan selebriti

PETALING JAYA – Perkongsian foto terkini pelakon bertubuh kecil molek Intan Najuwa dalam Instagram miliknya menarik perhatian warganet yang tertarik dengan fesyen skirt pendek yang digayakannya apabila dikatakan mirip seperti tuala mandi.

Menerusi hantaran tersebut, Intan Najuwa atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, berkongsi beberapa keping foto menggayakan skirt potongan pendek paras paha dengan corak ‘plaid’ atau kotak-kotak.

“Keluar kejap. ‘Saturdate’,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Bagaimanapun, skirt yang digayakan pelakon drama Semua Salahku itu telah menarik perhatian warganet bukan sahaja kerana dianggap terlalu singkat, malah Intan juga dikatakan seolah-olah memakai tuala mandi yang dijadikan skirt kerana coraknya.

“Skirt itu macam pakai towel (tuala mandi),” komen seorang warganet.

Bahkan ada juga warganet berpendapat corak skirt tersebut mirip seperti kain pelikat yang selalu dipakai oleh kaum lelaki selain berpandangan skirt yang digayakan Intan kelihatan sudah rosak (koyak).

“Macam zip skirt dah rosak. Hampir terlondeh, tarik dan ikat, jadi style (gaya),” kata seorang pengguna Instagram.

Walaupun ramai yang memuji fesyen yang digayakan pelakon itu kelihatan cantik, namun tidak kurang juga segelintir warganet mengritik penampilan Intan yang dikatakan agak seksi dan keterlaluan.

“Ya Allah kenapalah artis degil sangat. Lagi kita tegur, lagi dia buat. Tak takut dosa ke? Kesian ayah dia. Sedih tengok artis sekarang,” tegur seorang warganet.

Terdahulu, Intan sebelum ini pernah beberapa kali ditegur malah dikritik warganet kerana berani tampil dengan imej menonjol mata dikhalayak umum.

Pada Ramadan lalu, Intan ada memuat naik sebuah video dalam Instagram memaparkan dia memakai baju menampakkan sedikit bahagian perut.

Pada mata warganet, baju tersebut tidak sesuai dipakai, terutama pada bulan Ramadan yang mulia.

“Perut tu awak, bulan puasa ini tutuplah sikit,” tegur pengikut Instagramnya.

Malah, Intan dilihat semakin berani ‘membuat tayangan umum’ sebahagian perutnya menerusi beberapa keping gambar dalam akaun Instagram miliknya sebelum ini. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Warganet kritik apabila Intan Najuwa menunjukkan pakaian yang agak tidak sesuai ini. Sekali ini komen padu dari Intan.

Semakin hari semakin cantik, itulah yang boleh diungkapkan buat pelakon yang semakin menempa nama di hati peminat, iaitu Intan Najuwa. Bukan sahaja pandai berlakon, malah beliau juga pandai berfesyen dan sentiasa tahu fesyen yang sesuai untuk digayakannya.

Jika dilihat menerusi laman sosial Instagram beliau, Intan kerap memuat naik video outfit of the day berdurasi 15 saat sambil berjalan catwalk seperti video-video di TikTok. Lihat hantaran terbaharu yang di muat naik oleh Intan ini.

Rata-rata yang melihat video berkenaan memuji kecantikan Intan dan kerajinan beliau untuk bersiap melakukan video berdurasi 15 saat tersebut ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan ketika ini.

Namun siapa sangka, disebalik video ‘feeling-feeling’ Intan itu, ada pula suara sinis yang kurang senang melihat Intan berpakaian seperti itu, malah mengatakan Intan tidak boleh dibuat ‘bini’ kerana minum sambil berjalan. Tidak cepat melatah, Intan secara spontan menjawab komen sinis yang dilontarkan oleh individu tersebut :

Aduhai savage betul jawapan Intan! Mengambil dari sudut positif, mungkin individu berkenaan hanya mahu menegur cara Intan. Akan tetapi, seeloknya menegur dengar cara yang lebih berhemah ataupun lebih baik unfollow sahaja untuk mengelakkan kita daripada bercakap perkara yang boleh melukakan hati seseorang.

Sumber : applehijau.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruk Dikritik Gara Gara Pakai Tudung Pendek. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Nabila Razali Tampil Bersuara Jawab Teguran Tengtang Isu Tu.

Baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali menjadi bualan hangat netizen apabila dikritik kerana memakai pakaian yang agak ketat dan bertudung singkat. Membalas kritikan warganet, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali itu tampil memohon maaf  menerusi temubual bersama pihak mStar.

Mohon maaf, harap peminat doakan

Menurut wanita berusia 29 tahun terbabit, dia menjelaskan akan lebih berhati-hati dari segi penampilannya sebagai seorang muslimah di masa akan datang. “Perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan saya ingin meminta maaf sekiranya secara tidak langsung merosakkan pandangan orang ramai.

“Cuma pada malam itu saya mahu kelihatan presentable, tak sangka apabila bergambar nampak lain pula. Harap mereka semua doakan saya agar kekal iqstiqomah, ” ujarnya kepada mStar. Terdahulu, pelantun lagu Peluang Kedua itu ditegur oleh warganet yang mengatakan tudungnya digayakan terlalu singkat apatah lagi kain pada bahagian dada itu menyerupai warna kulit. Mereka memberi nasihat bahawa Nabila akan kelihatan lebih menawan jika melabuhkan sedikit tudungnya supaya sedap mata memandang.

Sumber: mStar (Hawa Soleha Saleem)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *