Video kucing pasrah monyet selak bulu cari kutu raih lebih 2 juta views. Tuannya dedah lupanya mereka kawan baik.

Haiwan kucing

VIDEO mencuit hati memaparkan seekor anak monyet yang tekun membelek bulu seekor kucing yang seakan ‘reda dan pasrah’ diperlakukan sebegitu ternyata menghiburkan hati warga maya.

Video yang baru beberapa hari dimuat naik ke laman TikTok itu kini sudah berjaya meraih lebih dua juta tontonan.

“Nah ni namanya friend with benefit,” komen seorang pengguna TikTok.

Video:

https://www.instagram.com/p/CUgpUJ1pyeE/?utm_source=ig_web_copy_link

Bercakap kepada mStar, pengendali akaun TikTok tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Riansyah, 25, berkata, kedua-dua haiwan comel itu sebenarnya merupakan haiwan peliharaan ibunya.

“Kucing itu namanya Mbel, dia kucing betina dan monyet tu pula Memey… ibu saya ambil masa umurnya baru seminggu.

Yang menjaga mereka sebenarnya ibu saya, dia memang sukakan binatang, saya cuma menguruskan media sosial mereka,” katanya yang berasal dari Kuningan, Jawa Barat, Indonesia

Menurut Riansyah, selain Memey dan Mbel, ibunya turut membela seekor lagi anak monyet dan enam ekor kucing.

Memey, yang juga betina, turut berkawan baik dengan seekor lagi kucing peliharaan mereka yang diberi nama Blacky.

“Memey memang berkawan baik dengan Mbel, mereka selalu bermain bersama di taman depan rumah saya.

“Tapi kawan baik Memey sebenar adalah Blacky, mereka berkawan sejak kecil lagi.

“Mereka selalu main sama-sama, kadang-kadang tidur pun sekali,” katanya, sambil menambah Memey kini berusia 14 bulan.

Sama seperti kanak-kanak, haiwan-haiwan ini kadangkala akan tetap bercakaran sesama sendiri, namun menurut Rianshah mereka sentiasa akan berbaik semula.

“Kadang-kadang mereka lawan cakar satu sama lain,” selorohnya.

Selain berkawan dengan kucing, Memey kini mempunyai sahabat yang sama jenis dengannya iaitu Mickey yang dipelihara ketika berusia satu bulan.Menurut Rianshah, mereka kebiasaannya akan membenarkan monyet-monyet peliharaan untuk tidur di atas tilam di dalam bilik.Tetapi tidak untuk Memey yang perlu dikurung di dalam kandangnya.

“Kalau kami tidur, monyet-monyet pun akan tidur dalam rumah atas tilam. Cuma si Memey ni kena letak dalam kandang. Kalau tak memang kami pun tak boleh tidur, sebab dia tak nak tidur kalau tak dimasukkan dalam kandang.

“Kucing pula ada yang akan tidur dalam rumah, dan ada juga yang tidur di luar,” katanya.

Berkongsi perasaan mengenai videonya yang tular sehingga menarik perhatian warga maya di Malaysia, Rianshah yang meminati seni fotografi berkata dia tidak menyangka bahawa video tersebut akan mencapai satu juta tontonan dalam tempoh masa sehari.

“Saya rasa gembira, Alhamdulillah ramai orang yang terhibur dengan video Memey.

“Saya memang ada menyediakan akaun khusus untuk Memey dan untuk kucing-kucing kami, sekadar untuk menyimpan gambar-gambar mereka sebab saya memang sukakan seni fotografi,” katanya yang juga seorang peniaga.

Sumber:Mstar.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Jenis Kucing Tidak Bersyukur. Kucing Lain Elok Pula Makan Tapi Si Gebus Ni Buat Hal Sendiri.

Buat yang memelihara lebih dari seekor kucing di rumah pasti tahu keadaan riuh dan meriahnya macam mana. Malah tanggungjawabnya bukan mudah, haiwan-haiwan jenis manja ini memang sukakan perhatian tuannya.

Menerusi satu perkongsian video yang telah mencuri perhatian ini, kelihatan banyak kucing sedang makan di luar sebuah rumah. Makanan dihidangkan di dalam pinggan dan kucing-kucing ini khusyuk menjamu selera.

Perkongsian rakaman kucing lain elok je makan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun farizjunorr ini telah meraih lebih 28 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“…Time sediakan makanan, kemain lagi meow kuat2 macam setahun tak makan, dah bagi makanan dia hidu pastu blah”

Sumber: HLC

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

5 Tanda Kucing Anda Marah Dan Merajuk.

Hanya orang yang bela kucing sahaja yang biasanya tahu macam mana kucing merajuk.Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah yang sangat comel dan unik. Haiwan ini akan merajuk sekiranya anda meninggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama atau terlupa nak beri makan. Mereka juga mempunyai perasaan dan ada ketikanya mereka marah.

Pernah tak kucing anda merajuk sebab kena marah, kena tinggal, lambat makan atau cemburu anda membelai kucing lain? Jika tidak perasan, inilah tanda-tandanya:

1. Pandangan

Dia pandang anda satu macam. Jika anda seorang pemilik kucing, anda langsung tidak perlu tanya, kucing adalah pakar menunjuk perasaan melalui mata mereka. Mereka akan resah jika rutin harian mereka sentiasa berubah misalnya jika anda lewat menyediakan makanan. Oleh itu, jawapannya sudah sangat jelas, iaitu anda perlu mengikut masa yang tetap untuk suap kucing anda. Anda juga lebih digalakkan untuk tidak menukar waktu makannya.

Kucing mampu menunjukkan perasaan melalui matanya. Jika anda membela kucing, pasti anda sudah biasa melihat pandangannya yang tajam menikam kalbu apabila rutin kucing anda sedikit berubah seperti terlambat beri makanan kepadanya.

2. Kencing Merata.

Kucing umumnya menganggap rumah dan halaman sebagai ‘kerajaan’ mereka. Selain marah, stress atau berasa terancam dengan kucing lain, kucing anda akan kencing di semua sudut rumah anda atau mencakar sofa bagi menunjukkan ‘Ini kawasan aku’ dan membuat persempadanan.

Tetapi anda perlu tahu cara kucing anda berbuat demikian boleh dimaksudkan ia melepaskan geram ke atas anda. Ini kerana mereka bimbang kerana berpisah dengan anda. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti kucing anda melepaskan geram, tetapi realitinya si comel ini hanya ingin mengunakan bau yang ditanda untuk mengurangkan kesunyiannya apabila berpisah dengan anda

Begitulah ragam kucing yang perlu anda hadapi sebagai tuan atau sahabatnya. Penulis turut membela seekor kucing bernama Bunga (jantan sebenarnya) yang mengada-ngada dan doktor haiwan yang merawatnya pernah berkata, “Jangan ikut sangat kehendaknya, nanti ia berasa dirinya boss.”

3. Gigit.

Pernah tak anda lalui pengalaman kucing anda yang comel datang menghampiri anda, mereka seperti minta anda untuk sentuh mereka namun tiba-tiba anda kena gigit atau cakar. Ini boleh dikatakan sebagai sentuhan sifat agresif. Jangan risau, kucing anda bukannya sudah membenci anda. Jika anda faham perangainya, gigitan ‘biarkan saya bersedirian’ tidak semestinya bermaksud ia sedang marah, tetapi hanya mahu mengawal interaksi tersebut.

4.  Menjauhi.

Biasanya kucing anda suka bermanja dengan anda tapi tiba-tiba ia menjauhi anda buat masa yang lama. “Itu menunjukkan ia marah, takut atau bimbang”, kata Michael Rueb, seorang pakar kucing. Kucing biasanya menjauhkan diri kerana ia keliru dengan suara, pergerakan atau bau anda jika anda meninggalkannya buat masa yang lama. Apa nak buat? Beri ruang kepadanya untuk ‘sejuk’ dan menunggu sehingga si comel anda kembali normal.

5. Sentiasa Menyorok.

Menyorok adalah salah satu tanda kucing sedang takut dengan anda atau pada sesuatu situasi yang tidak menyenangkan.  Menyembunyikan diri merupakan cara kucing melindungi dirinya dan memaksanya keluar untuk bersosial akan menjadikan ia agresif, bertukar dari kucing kepada anak harimau.

Apabila mereka menonton anda dari jauh, anda mungkin rasa sukar untuk ketahui sama ada kucing anda sedang menjauhkan diri dari anda disebabkan ia marah, atau bersahaja kerana mereka adalah haiwan peliharaan yang mempunyai personaliti yang pelik. Sebenarnya kucing akan kekalkan jarak dengan pemilik mereka jika mereka terkejut dengan suara kuat yang anda keluarkan, atau bau lain yang melekat dari baju atau seluar anda.

Jika personaliti biasa si bulus ini biasanya sangat aktif dan suka bermain tetapi sekarang hanya aktif mengelak, maka ini mungkin boleh membawa maksud bahawa kucing anda sedang takut, resah atau sedang marah anda. Penyelesaiannya? Bagi dia ruang dan masa sendiri untuk relaks. Dia akan datang kepada anda apabila dia siap bersedia.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *