Berkat doa orang ramai. Isteri Shahrol Shiro dedahkan keadaan terkini anaknya.

artis Kehidupan Keluarga selebriti

Berkat doa orang ramai, anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani operasi akibat masalah buah pinggang kronik di sebuah pusat perubatan swasta.Berita itu dimaklumkan isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbarunya di instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Anna mengucapkan rasa syukur kerana operasi yang mengambil masa selama lima jam itu berjalan lancar dan tiada apa-apa komplikasi serta tak perlu berada di wad ICU.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu. Alhamdulillah operasi Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.

Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Di instastory yang dikongsikan juga, Anna memaklumkan Ismail dah mula memberi senyuman dan makan.Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” tulisnya.

Sebelum ini, Anna pernah berkongsi yang Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang. Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat. Ismail perlu menjalani operasi secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki. Selain Ismail, anak sulung mereka, Iskandar Rizqi kini berusia empat tahun.

Kredit: IG Anna Hanna

Dah 80 peratus saluran jadi macam ni. Isteri Shahrol Shiro dedahkan keadaan terkini anaknya sampai terpaksa lakukan operasi.

Perkembangan masalah bu4h p1ngg4ng anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan selepas doktor memberitahu 0rgan berkenaan kini semakin membengkak dan 80 peratus salurannya telah tersumbat. Isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi berkata, anak kedua yang berusia lapan bulan itu perlu menj4lani operasi secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Rabu lepas kami bawa Ismail untuk menjalani ujian Mag3 di Sunway Medical Centre bagi mengetahui lebih lanjut keadaan bu4h pingg4ng dia. Doktor beritahu bv4h pingg4ng kanan Ismail tiada, maksudnya dia lahir dengan hanya satu bv4h pingg4ng sahaja di sebelah kiri. Kami memang tidak tahu sebab masa saya hamil, tak terfikir untuk buat detail scan. Saya juga tidak mengalami sebarang masalah kesihatan atau alahan ketika itu. Setiap kali hadir ke pemeriksaan bulanan, doktor cakap saya dan anak okay. Doktor sarankan operasi perlu dilakukan segera sebab 80 peratus saluran bv4h pingg4ng ke pundi ken.cing tersum.bat dan menyebabkan bv4h pingg4ngnya beng.kak,” katanya.

Nor Farhanah berkata, Shahrol nampak tenang namun sering memikirkan keadaan Ismail.

Kata Nor Farhanah, walaupun diberi tempoh masa sebulan, namun dia dan Shahrol enggan berlengah memandangkan Ismail hanya bergantung kepada satu bv4h pingg4ng sahaja.

“Kos yang dianggarkan antara RM30,000 hingga RM40,000 bergantung kepada keadaan Ismail selepas operasi. InsyaAllah, dalam seminggu dua ini kami usahakan untuk operasi. Tapi doktor pun ada bagi tahu selepas operasi ini kemungkinan saluran ter.sumbat itu akan berulang tapi sejauh mana tahap serius.nya kita tidak tahu. Ada tahap yang boleh dir.awa.t dengan makan ubat sahaja. Walaupun kami diberitahu operasi ini berat untuk Ismail namun demi kebaikan dia dan kami amat mengharap semuanya dipermudahkan,” katanya.

Kos yang dianggarkan antara RM30,000 hingga RM40,000 bergantung kepada keadaan Ismail selepas operasi

Biarpun masih se.dih dan ter.kejut dengan keadaan kesihatan Ismail, namun dia bersyukur kerana dapat mengesan awal masalah yang dia.lami anaknya itu.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat tahu awal dan kami boleh beri rawatan dengan operasi ini tidak sampai ke tahap dialisis. Masa awal-awal dapat tahu perkara ini, saya dan suami memang rasa Ismail dalam keadaan yang te.ruk sehinggalah Rabu lepas apabila dok.tor menjelaskan keadaan sebenar, kami sedikit lega kerana bv4h pingg4ng kirinya masih boleh berfungsi dengan baik jika ia dijaga dengan rapi,” katanya.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun. Sumber : mstar

Anak baru sahaja keluar wad. Sekali Shahrol Shiro pula ditangguhkan keluar dari wad dan ini sebabnya.

Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanan Syamimi mengesahkan suaminya dimasukkan ke wad pada Ahad lalu kerana sinusitis. Nor Farhanan atau lebih mesra disapa Anna itu berkata Shahrol dimasukkan ke hospital bagi menjalani operasi kali ketiga sinusitis.

“Shahrol dit4han di wad sejak Ahad lalu selepas tiga minggu men4han s4kit, sampai tak boleh nak tidur malam pun. Itu yang pergi hospital dan scan…Tengok-tengok dah ada nanah di rongga hidung dan mata. Shahrol menjalani operasi pada Selalu lalu untuk membuang n4nah tersebut. Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Sepatutnya dah boleh balik hari ni tapi masih ada pendr4han, mungkin dalam dua tiga hari ini dibenarkan pulang. Harap-harap sinus dia okay selepas kali ketiga operasi ini,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai keadaan anak kedua mereka, Ismail Rifqi, 8 bulan, yang juga sedang dirawat di hospital, Anna berkata keadaannya sudah semakin baik.

“Alhamdulillah, Ismail sebenarnya mengalami dem4m panas ketika ayah dia dimasukkan ke hospital Ahad lalu. Namun selepas dua hari memantau, keadaan Ismail nampak membimbangkan dan dia ditahan di wad. Dalam masa sama saya juga risaukan Rizqi (anak sulung). Mujur kakak saya ada dan dia yang jaga Rizqi sepanjang saya menemani Ismail di hospital. Ismail dah boleh keluar hari ini dah semakin ceria,” katanya.

Dalam pada itu Anna mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan suami dan anaknya. “Insya-Allah, Shahrol baik-baik sahaja. Terima kasih yang beri kata-kata semangat dan positif buat suami. Kepada yang mendoakan Ismail juga, terima kasih ya,” katanya dalam nada terharu.

Terdahulu, Shahrol berkongsi mengenai perkembangan terkininya di hospital menerusi laman sosial Instagram (IG)nya. Dalam entri tersebut Shahrol memohon maaf kepada semua yang tidak dapat menghubunginya sejak tiga hari lalu. Sumber : gempak

Elyana persoalkan kenapa orang lain boleh sembuh dengan sakit yang sama dengan dirinya tapi bukan Elyana. Rupanya ini yang berlaku dengan padanya.

Hujung tahun lalu, penyanyi Elyana memaklumkan barah lmf0m4 yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima apabila turut merebak ke beberapa organ badannya. Meskipun sedang kuat mlw4n barah tersebut, namun Elyana tidak pernah menunjukkan pend.eritaan yang dihadapinya. Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu tidak pernah putus asa melwan sakitnya.

“Secara jujur, saya tidak tahu daripada mana datangnya kekuatan ini. Saya percaya berkat doa semua orang, ia bagaikan meniupkan semangat untuk saya terus bernafas,” katanya. Namun Elyana berkata sebagai manusia biasa dia juga pernah rasa kecewa dan pernah tertanya-tanya mengapa dirinya diuji sedemikian rupa dan mempersoalkan mengapa orang lain boleh sembuh namun tidak dirinya.

“Saya hanya manusia biasa, ada masanya momen kecewa dan tertekan. Saya akui sukar menerima kenyataan pada awal disahkan sakit barah. Saya sering tertanya-tanya kenapa ia terjadi kepada saya? Saya juga mempersoalkan, kenapa orang lain sakit yang sama boleh sembuh, tetapi saya tidak? Namun, lama kelamaan saya mula menyedari, semakin lama Allah menguji, semakin saya beroleh ketenangan,” katanya.

Baru sahaja keluar hospital untuk menambah dr4h, Elyana berkata terpaksa menjalani rawatan radioterapi selepas mendapati ada ketmbvhan pada bahagian tengah dadanya.

“Sebenarnya, tujuan asal ke hospital tempoh hari hanyalah untuk menambah dr4h, tetapi apabila ujian imbasan PET dilakukan, doktor mendapati terdapat ketmbvhan pada bahagian tengah dada. Jadi, doktor terpksa menjalankan rawatan radioterapi secepat mungkin. Kesan ketmbvhan ini, saya sukar bernafas, malah b4tuk tidak henti-henti hampir setahun. Apabila asyik b4tuk, saya mengalami kesukaran menelan hingga menjejaskan selera makan. Ia juga memberi kesan kepada berat badan. Selain dada, barah turut merebak pada bahagian parv-parv, belakang r.ahim, sedikit pada usus dan beberapa bahagian badan lain. Dengan bantuan steroid, berat badan hanya 35 kilogram (kg) kini sudah naik kira-kira tujuh kg,” katanya.

Elyana mula terasa kesan radioterapi

Penyanyi dan pelakon Elyana mula mengalami pecah lidah dan ulser dalam mulut selepas menjalani sesi keenam rawatan radioterapi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam. Elyana, 34, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, kesan rawatan itu lambat bertindak balas seperti pengalaman sebelum ini.

“Sekarang ini saya masih di hospital dan buat rawatan radioterapi. Semalam sudah sesi keenam jadi ada empat lagi. Di sini bukan setakat buat radioterapi, tapi juga tambah dr4h, masukkan susu dan benda lain. Sekarang baru terasa kesan radi0terapi selepas kali keenam. Kebiasaannya kesan rawatan ini memang lambat sikit. Kesannya sudah mula pecah lidah dan bahagian dalam ada ulser sebab panas. Maksudnya kesan rawatan ini sudah mula bertindak balas. Sekarang ini saya kena bersabar sikit dengan kesan radioterapi ini. Untuk pernafasan, alhamdulillah lebih baik dari sebelum ini. Batuk pun makin kurang,” katanya.

Elyana yang sudah 10 tahun menghidap barah lmf0m4 tahap empat berkata, rawatan radioterapi kali ini lebih tenang berbanding beberapa siri rawatan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Mungkin sebab sudah ada pengalaman yang lepas, jadi sudah tahu macam mana nak kawal. Alhamdulillah kali ini lebih tenang. Selepas itu banyak sangat kata-kata semangat, doa orang ramai yang saya tak kenal, yang bersedekah dan mendoakan. Memang saya tak sangka. Mungkin dari situ saya dapat kekuatan dengan kata-kata positif semua orang,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana juga penyanyi lagu Kalis Rindu terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas ketika mula menjalani rawatan radioterapi sejak pertengahan bulan ini. Dalam masa sama, Elyana turut mengalami pengurangan berat badan sehingga terpaksa dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam.

Pada 16 Jun lalu Elyana menerusi bual bicara langsung di Instagram miliknya memaklumkan dia nekad menjalani rawatan radioterapi itu untuk kesembuhan sakit barah tersebut demi keinginan mahu terus bermain bersama anak-anak. Menurut Elyana, dia perlu melakukan rawatan radioterapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin merosot. Sumber : News Update

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *