Kongsi gambar timbunan hadiah hari jadi. Warganet kata Fazura wanita beruntung.

artis Hiburan Kehidupan Keluarga Kisah Rumahtangga selebriti

PETALING JAYA – Perkongsian longgokan hadiah yang diterima pelakon, penyanyi dan juga usahawan, Nur Fazura yang diterima ketika sambutan hari jadinya yang ke-38 pada 27 September lalu menarik perhatian netizen apabila menyifatkan selebriti itu sebagai seorang wanita beruntung.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Fazura dalam Instagram miliknya semalam, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkongsi timbunan hadiah yang diterimanya dari pelbagai pihak beserta ucapan syukur dan terima kasih.

“Syukur alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih buat semua yang sangat murah hati dan penuh kasih sayang kirimkan hadiah sempena hari jadi saya.

“Ini (hadiah) bukan disebabkan faktor harga atau saiz tetapi tanda ingatan ini cukup bermakna buat saya. Daripada sebesar dan semahal bungkusan, sehinggalah seulas coklat, saya ingin mengucapkan terima kasih,” katanya terharu.

Dalam pada itu, pelakon filem Dendam Pontianak itu turut menzahirkan doa kepada individu yang telah memberikannya hadiah supaya sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

“Semoga Allah SWT melimpahkan kurniaan rezeki yang bertambah lagi buat semua dan semoga dilipat gandakan lagi setiap kebaikan yang saya terima dari setiap segi dan cara buat anda semua. Saya sangat sayang anda semua,” ucapnya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut berkongsi rasa gembira dan meyifatkan Fazura sebagai seorang wanita yang bertuah kerana disayangi ramai.

“Bertuahnya jadi seorang Fazura. Alhamdulillah,” kata seorang pengikutnya.

“Orang baik ramai yang sayang,” kata seorang lagi netizen.

“Awak berhak dapat semua ini (hadiah yang banyak) kerana kebaikan hati awak. Selamat hari jadi Fazura dari peminat setia awak,” komen seorang peminatnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 11 bulan. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Baru je tular penjual tudung Fazura yang buat macam ni. Sekali Fadilah tampil jelaskan hal sebenar.

Pengasas produk kecantikan menafikan dkwaan dia menipu duit orang ramai yang membeli tudung keluaran selebriti, Fazura seperti tular di media sosial. Noor Fadilah Mohamad, 34, sebaliknya mendkwa, tidak pernah menjual tudung termasuk keluaran pelakon popular itu dan hanya mengusahakan perniagaan berasaskan produk kecantikan selain barangan dari China secara dalam talian sejak lebih dua tahun lalu.

Katanya, dia percaya nama dan gambarnya sudah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya membuat dua laporan polis iaitu pada 14 Ogos lalu ketika identiti saya dikaitkan dengan penjualan tudung (jenama lain) dan terbaharu kes ini (tudung Fazura) yang dibuat pada 31 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung. Scmm3r berkenaan menggunakan gambar dan nama saya di WhatsApp serta Instagram, bahkan kejadian ini mengganggu emosi dan kerja saya. Orang ramai marah dan menggelar saya penipv sedangkan saya tidak melakukannya. Urusan perniagaan saya hanya menggunakan akaun rasmi syarikat sahaja, ASKED Enterprise bukan akaun peribadi,” katanya ketika ditemui di Seri Manjung di sini, hari ini.

Menurut Noor Fadilah, dia mula menyedari identitinya disalahgunakan pihak berkenaan ketika dihubungi oleh seorang pembeli tudung sebuah jenama pada bulan lalu.

“Selepas itu rakan pula bertanya jika saya ada menjual tudung Fazura pada 30 Ogos lalu dan saya sangat terkejut apabila diberitahu gambar saya sudah tular kerana didakwa menipu. Individu itu menggunakan gambar sama dengan ‘profile’ Facebook (FB) saya dan mempunyai akaun atas nama yang hampir sama dengan nama saya iaitu Pn Noor Fadilah, tetapi ia bukan akaun saya termasuklah nombor telefon digunakan,” katanya.

Noor Fadilah berkata, dia kesal orang ramai menularkan perkara itu tanpa usul periksa dan dia juga bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarganya. Katanya, dia berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera sekali gus membersihkan namanya.

“Saya berharap dengan penjelasan ini mana-mana pihak tidak lagi berkongsi gambar saya dan hantaran mengenainya serta memadamkan hantaran berkenaan,” katanya yang memberitahu sudah dihubungi oleh pengurusan tudung keluaran Fazura bagi penjelasan lanjut. Sumber : hmetro

Dah jarang nampak Fazura berlakon. Bukan tak nak berlakon tapi rupanya ini sebab Fazura tak terima apa apa tawaran.

Lama tidak melihat Fazura di sebalik kaca televisyen (TV). Sudah tidak berlakon lagikah?Rupa-rupanya, belum ada naskhah yang berjaya menambat hatinya. Jika ada pun, produksi pula tidak boleh menerima susunan jadual kerjanya selepas bergelar ibu.

Menerusi perkongsian dalam sesi siaran langsung di Instagram, isteri Fattah Amin itu mendkwa dia tawr hti dengan skrip dan jalan cerita yang hampir sama. “Dah lama tidak berlakon.

Masa itu belum kahwin lagi. Bukan apa, ada tawaran tetapi karakter dia macam cinta tiga segi, perempuan kena pukvl, jadi m4ngsa. Bosan bosan..bosan. Skrip bosan, tak payahlah. “Ada juga tawaran, macam seronok skrip berbeza, isu lain tetapi tidak boleh terima susunan kerja dan masa saya, jadi terpaksa kita tolak,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Fazura bagaimanapun akan mempertimbangkan tawaran sekiranya dia berpuas hati dengan jalan cerita, skrip dan komitmen masa. Agaknya, Fazura akan muncul dalam drama atau filem yang macam mana? Sumber:cari

Fazura muat naik banyak gambar macam ni. Sekali warganet mengharapkan Fazura terus istiqomah.

Kerap tampil mengenakan hijab sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Nur Fazura terus mengund4ng perso4lan dalam kalangan peminat sekiranya dia dalam proses untuk berh1jrah. Meninjau ke beberapa posting di laman Instagram, ramai menyambut baik penampilan Fazura dan mend0akan pelakon berusia 38 tahun itu agar berhij4b sepenuhnya.

Untuk makluman, sebelum ini pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu hanya memakai h1jab sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun. Jadi agak berbeza kali ini apabila dilihat terus berpenampilan begitu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan atau pengumuman daripada Fazura mengenai perkara tersebut sebaliknya warganet terus teruja dan memuji kecantikan pelakon tersebut.

Fazura berkahwin dengan aktor pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lapan bulan. Sumber : DNQ.PW

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *