Sudah 12 tahun bercita cita nak masuk Islam.Faizal Tahir islamkan saudara baru.

Amalan artis selebriti

Giliran Faizal Tahir Bimbing Mat Salih Ucap Syahadah Merupakan Satu Momen Cukup Indah [VIDEO]

MOMEN mengajar seorang saudara baharu mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan satu pengalaman yang cukup indah dalam hidup penyanyi Faizal Tahir.

Menurut Faizal, 42, dia teruja apabila dapat membimbing dan menyaksikan sendiri seorang lelaki warganegara New Zealand memeluk Islam di sebuah kandang kuda yang terletak di Cameron Highland, Pahang pada Isnin lalu.

“Ini kali pertama saya diberi peluang oleh adik saya, Anas Tahir dan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk membimbing seorang saudara baharu memeluk Islam.

“Ceritanya… pagi Isnin itu saya dapat mesej daripada pembantu memaklumkan mengenai program syahadah ini, saya tak fikir panjang terus bangun bersiap ke lokasi dan tinggalkan semua kerja.

“Lelaki berusia 60-an itu merupakan pemilik kandang kuda berkenaan dan sudah 12 tahun bercita-cita nak masuk Islam.

“Alhamdulillah… dapat membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah merupakan satu momen cukup indah buat saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram Faizal berkongsi video dia mengajar seorang lelaki mengucap kalimah syahadah disaksikan oleh adiknya, Anas yang juga penyampai radio Zayan dan wakil Hidayah Centre Foundation.

Perkongsian Faizal itu menerima pujian dan mengundang sebak dalam kalangan pengikutnya di laman berkenaan.

Mengakui seronok mengikuti pertubuhan kebajikan untuk saudara baharu dan mualaf itu, penyanyi lagu Sampai Syurga ini berkata dia akan bergerak lebih aktif bersama organisasi berkenaan.

“Sejujurnya memang dah lama saya pasang niat untuk buat benda ini, jadi apabila ada peluang macam ini saya tak siasiakan.

“Adik saya dah biasa dengan program syahadah begini… tapi untuk saya ini merupakan pengalaman baharu. Sebelum ini saya hanya berkesempatan mengikuti event seperti berbuka puasa dan lain-lain.

“Hidayah Centre Foundation ditubuhkan untuk menjaga kebajikan mualaf, membimbing mereka yang mahu memeluk Islam dan menjaga kebajikan mereka selepas memeluk Islam, InsyaAllah selepas ini mungkin saya akan lebih aktif bersama organisasi ini,” ujarnya-mSTAR

Giliran Faizal Tahir Bimbing Mat Salih Ucap Syahadah Merupakan Satu Momen Cukup Indah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan rasa syukur atas tindakan murninya itu selain sebak melihat keindahan momen tersebut apabila saudara baharu memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Terdahulu pada Rabu, bapa Faizal iaitu Dr Mohd Tahir Abdul Rahman meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital UiTM Sungai Buloh.

Sepanjang hayatnya, arwah bergerak aktif sebagai aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan negara Arab yang bergolak selain merupakan bekas pensyarah di Universiti Malaya (UM).

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Allhyarham sangat dikenali kerana kebaikan dan kegigihan dakwah. Bapa Faizal dan Anas Tahir telah pergi buat selamanya.

Bapa kepada penyanyi popular Faizal Tahir dan penyampai radio Anas Tahir, Dr. Tahir Ab Rahman telah pergi buat selamanya pada pagi Selasa. Allahyarham Dr. Tahir menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun.

Berita duka tersebut turut dikongsi Faizal dan Anas menerusi laman sosial Instagram masing-masing dan telah menerima ucapan takziah daripada sahabat dan pengikut. Allhyrh4m merupakan adalah anak jati Terengganu dan bekas pensyarah di Universti Malaya dan aktivis Aqsa Syarif. Ketika hayatnya, Allhyrh4m sangat dikenali kerana kebaikan dan kegigihan amal dakwah dan kebajikan beliau. Beliau juga pernah menjalankan misi ke Gz4, Plstn bersama ALP MyCare, dan di medan-medan amal yang lain. Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Stacy Dedah Cerita Sebelum Masuk Islam. Suami Banyak Kongsi Tentang Perkara Ini.

Queen of Dancing Malaysia’, Stacy Anam mengimbas kembali pengalamannya menjadi ‘saudara baharu’ apabila 24 Ogos lalu, genap enam tahun usia Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.

Stacy Akui Akim Banyak Bimbing Dekati Islam

Perkongsian itu dibuat Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya kendalian usahawan yang juga pelakon dan penyanyi, Tya Ariffin. Menurut Stacy, dia akui suaminya yang tercinta  Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.

Malah, kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, itu, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam selama ini cukup santai dan ‘tidak terlalu berat’.

“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.

“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik merujuk kepada Akim ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” kata Stacy.

Dedah Ibubapa Teman Peluk Islam

Kata penyanyi lagu Pakai Buang itu lagi kepada Tya, antara detik paling bermakna dan manis untuk dikenang  hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.

Bagaimanapun, jika diimbas kembali, detik berkenaan juga dicalari dengan penyebaran gambar serta video proses pengislaman Stacy tular dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.

“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.

“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.

Stacy tanpa berselindung berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.

“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.

“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” tambah Stacy.

Dalam pada itu, Stacy mengakui dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.

“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi

Untuk info, Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu. Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin. Sebelum ini, program tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila secara eksklusif berkongsi pelbagai kisah peribadi dan pengalaman figura-figura terkenal.

Sumber: Murai.

Tular Video Pesakit Terbaring Mahu Masuk Islam. Frontliners Bantu Ucap Syahadah.

Meskipun pandemik Covid-19 dianggap sebagai mengancam nyawa, namun masih terdapat hikmah di sebalik kejadian bagi segelintir individu sekali gus dapat mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Terbaharu, tular sebuah video di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna laman Facebook, Jhaysa Daud hari ini memaparkan seorang wanita dipercayai pesakit Covid-19 terbuka hati bagi memeluk Islam.

“Seorang wanita di Sandakan, Sabah minta masuk Islam sebelum ditidurkan,” dakwa Jhaysa menerusi ruangan kapsyen posting tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 15 saat itu, wanita berkenaan dilihat sedang terbaring di atas katil hospital dengan menggunakan tiub bantuan pernafasan sebelum didatangi beberapa petugas kesihatan.

Petugas tersebut yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) turut memegang sekeping kertas tertulis dua kalimah syahadah bagi memudahkan proses pengislaman.

Tonton video penuh:

https://www.instagram.com/tv/CT_8LuvLjwo/?utm_source=ig_web_copy_link

“Okey aunty, aunty tahu kan apa kita mahu buat. Kita dah belajar tadi kan. Kasi niat, seikhlas hati,” kata petugas berkenaan.

Selepas mengangkat jari telunjuk, wanita tersebut secara perlahan-lahan mengikuti lafaz yang disebut petugas itu sehingga selesai termasuk maksud di sebalik kalimah suci Allah SWT itu.

“Alhamdulillah aunty, dengan mengucap dua kalimah syahadah tadi, aunty sudah menjadi Muslim ya. Muslim sudah amin,” ujarnya.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dan kesahihan mengenai rakaman video tersebut yang telah mengundang pelbagai reaksi positif warganet.

Video itu menerima 5,900 perkongsian setakat ini dan 4,000 tanda suka selain ratusan komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar wanita berkenaan diberi kesembuhan.

Sumber: Facebook Jhaysa Daud , Instagram Video Dakwah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *