Pakai Selipar Ada Bluetooth. Calon Peperiksaan Kantoi Ketika Ujian Kelayakan Guru.

Dunia Info

Salah satu tips jika anda mahu lulus peperiksaan dengan cemerlang ialah kena sentiasa usaha dan belajar. Kalau buku pun hanya dibelek sebelum masuk dewan exam, memang takde harapan lah nak dapat A kecuali korang memang jenis genius. 

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda tentang sekumpulan calon peperiksaan yang guna taktik pakai selipar dilengkapi Bluetooth semata-mata untuk meniru dalam ujian kelayakan untuk menjadi guru, lapor South China Morning Post.

Calon-calon exam di India telah ditahan gara-gara menggunakan taktik tersebut. Untuk makluman semua, kegiatan meniru ketika exam di negara itu dah lama jadi masalah sehinggakan kerajaan akan tutup internet sepanjang peperiksaan berlangsung sebab nak elak soalan bocor.

Difahamkan, alat bluetooth tu akan membantu alat penerima kecil yang dipakai pada telinga mereka untuk menerima panggilan. Jadi, dengan cara ni dorang akan dapat jawapan untuk setiap soalan. 

Kesemua mereka yang terlibat ditahan sebab kelakuan mereka dilihat aneh sebelum masuk ke dalam dewan. Setelah buat spot check, pihak berkuasa jumpa alat kecil tu dalam selipar mereka.

Pihak polis pun tak sangka mereka akan guna cara macam ni untuk meniru sebab selalunya calon exam akan menipu dengan cara guna internet atau soalan yang bocor.

Selipar-selipar tersebut pula dikatakan telah dijual oleh sebuah geng dengan harga 600 ribu rupees setiap pasang (RM33,879).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Zuckerberg Mencetus Kegilaan Terbaharu Sekalipun Menggunakan Teknologi Lama.

DUNIA inovasi dan teknologi sering berkait rapat dengan masa.Misalnya perlumbaan menjelajah ke bulan yang dijuarai oleh Amerika Syarikat (AS).

AS lebih ke hadapan kerana lebih cepat menguasai teknologi angkasa. Inovasi berkait rapat dengan peniruan. China pernah digelar tukang tiru terbaik dunia. Namun, senario sudah berubah sekarang kerana China kini dianggap pemimpin teknologi dunia.

Inovasi juga membenarkan si peniru menjadi popular sekiranya ciptaan tersebut diterima ramai oleh masyarakat global.

Terbaharu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook (FB), Mark Zuckerberg mencetus kegilaan terbaharu sekalipun menggunakan teknologi lama.

Beliau mencipta ‘cermin mata pintar’ atau smart glasses sebagai salah satu komponen teknologi Internet Pelbagai Benda atau Internet of Things (IOT) berasaskan kecerdasan buatan atau Artificial Intellegent (AI).

Zuckerberg percaya cermin mata pintar akan menjadi platform media sosial merealisasikan senario metaverse meresap ke dunia nyata sekali gus meyakinkan mereka sudah berada pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

Istilah metaverse pernah meletup pada 1992 apabila penulis novel Snow Crash, Neal Stephenson menggunakan istilah tersebut bagi mengambarkan ‘avatar’ berinteraksi menggunakan agen perisian pada ruang maya tiga dimensi (3D).


Ia mewakili metafora dunia nyata. Perkataan metaverse bermaksud ‘luar alam semesta’. Istilah tersebut digunakan untuk menggambarkan konsep interaksi atau lelaran masa depan internet ruang maya 3D yang dapat dihubung, dirasa dan dikongsikan secara berterusan.

Bagaimanapun, Zuckerberg bijak memanipulasi istilah inovasi.

Beliau memberi definisi baharu kepada metaverse.

Antara lain ia merujuk kepada dunia maya yang mana pengguna dapat berinteraksi dengan persekitaran yang dihasilkan oleh sistem komputer dan komunikasi dalam talian secara keseluruhan spektrum kenyataan bertambah atau augmented reality (AR).

Facebook dengan kerjasama Ray-Ban, berjaya melancarkan produk IOT Smart Glasses yang berkemampuan merakam audio-video, mengambil gambar dan dalam masa sama dikirim dan diunggah ke aplikasi pendamping dipanggil ‘Facebook View’.

Pengguna dapat merakam video, mengambil gambar atau merakam audio tanpa guna tangan/jari dengan hanya memakai cermin mata Ray-Ban ‘Stories’.

Cermin mata pintar tersebut dijual dengan harga USD$299 (RM1,240).

Ia memiliki preskripsi tersendiri, lensa jernih dan cermin gelap dalam tiga gaya. Pengguna boleh mengirim video terus ke Facebook, Instagram, TikTok, Snapchat dan beberapa aplikasi media sosial lain.

Ia direka bentuk bagi membolehkan masyarakat merakam pelbagai insiden khususnya pada ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

Namun, penulis ingin bertanyakan satu soalan? Kenapa saintis di rantau Asia kecuali China dan Jepun, jarang menjadi peneraju dalam dunia teknologi masa depan.

Kenapa saintis Malaysia tidak mampu menghasilkan ciptaan terbaharu.

Sebenarnya cermin mata pintar ini bukan satu ciptaan yang hebat.

Meskipun, fungsinya baik namun ia boleh menganggu privasi seseorang di tempat awam dalam perspektif pengawalan data dan keselamatan siber (CS).

Ia juga telah disebut dalam Surah al-Kahfi ayat [18:71-77] dengan mengambil kira tiga peristiwa melibatkan Nabi Musa dan Nabi Khidir AS.

Penulis percaya pasukan teknologis dan jurutera bidang CS berasaskan AI, harus menjadi frontliners pada era IR4.0. Penulis juga amat berharap saintis di Malaysia mengambil iktibar daripada inovasi diterajui oleh Zuckerberg.

Pada masa sama, rentetan kerancakan pembelian cermin mata pintar tersebut, penulis syorkan Malaysia segera menubuhkan pusat khas tentang pengoperasian keselamatan siber tegar dan lestari atau sustainable and rigid cyber security operation center (SRCSOC) yang didukung dan dibangunkan di atas ‘pelantar data-ke-segalanya’ atau ‘data-to-everything platform’.

SRCSOC ini harus memiliki memantau keseluruhan rantaian industri dan pejabat awam yang mana sistem suite mampu mengabungkan penyelesaian tanpa gangguan dalaman, luaran dan mengejut.

Kesimpulannya, suasana metaverse mampu menghasilkan suasana kehidupan efisien sepanjang pandemic Covid-19. Namun, janganlah inovasi cermin mata pintar ciptaan Zuckerber ini merosakkan akhlak masyarakat.

Sumber: Premiumsinarharian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Malaysia bakal wujudkan sistem tol tanpa palang. Dijadualkan mula ujian pada tahun 2022.

Di Malaysia, pengguna yang menggunakan lebuhraya pasti perlu melalui tol, kecuali Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur yang sistem kutipan tolnya dimansuhkan secara rasmi pada tahun 2018, 24 tahun selepas ianya beroperasi. Apa yang kurang best berkenaan tol di Malaysia ni, pastinya kesesakan yang berlaku sebelum bayaran boleh dilakukan terutamanya di waktu puncak. Namun, perkara ini mungkin tidak akan berlaku lagi sekiranya ujian sistem tol tanpa palang yang dijadualkan bermula pada tahun 2022 ini menunjukkan hasil positif dan terbukti keberkesanannya.

Menurut laporan The Star, syarikat Green Pack Bhd telah mengadakan kerjasama dengan FETC International Co. (FETCi) daripada Taiwan untuk mengadakan ujian untuk mengkaji keberkesanan Sistem Tol Aliran Bebas (MLFF). Difahamkan, ujian konsep berkenaan bakal bermula awal tahun 2022 dan dijadualkan berlangsung selama tiga bulan untuk mengumpul data penggunaan MLFF ini di Lebuhraya Besraya, KM5.5 menghala ke utara. Selepas itu, data yang diperolehi akan dikumpul dan dikongsi kepada pihak berkuasa Malaysia bagi membuktikan keberkesanan sistem aliran bebas berkenaan.

“Ujian konsep MLFF adalah proses penting untuk mencapai keadaan lebuh raya-bebas kesesakan melalui infrastruktur lalu lintas yang lebih baik”. Dalam satu kenyataan rasmi, difahamkan FETCi merupakan pakar dalam sistem tol aliran bebas dan telah membuat pemasangan di beberapa negara Asia yang lain.

Selain bertindak sebagai pengenal frekuensi radio (RFID), FETCi juga akan membekalkan peralatan serta kepakaran front-end dalam perlaksanaan MLFF ini. Sekiranya terbukti berkesan, harap sistem ini bakal diperkenalkan di Malaysia lah. Secara tak langsung, boleh kurangkan kesesakan di tol selain melancarkan perjalanan dan menjimatkan masa pengguna.

Sumber : Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *