Bustana Kucing jadi syurga buat ribuan kucing jalanan di Perlis.

Amalan Haiwan Kehidupan kucing

Bustana Kucing merupakan satu-satunya pusat menyelamat dan perlindungan kucing di Perlis yang mula beroperasi pada tahun 2015.

Diilhamkan oleh Taufiq dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis, Norsiake Kassim, pusat perlindungan kucing ini bertempat di Taman Ular Reptilia Batu Pahat dan dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan orang awam.

Merupakan tempat peliharaan kucing-kucing terbiar, lokasi ini secara tidak langsung telah menjadi tarikan pengunjung di sekitar Perlis.

Lambakan kucing jalanan yang dibuang di lorong belakang restoran dan tempat pembuangan sampah merupakan satu situasi yang sangat menyayat hati.

Maka dengan itu, Bustana Kucing berperanan sebagai pusat penjagaan kucing yang tidak terpelihara, kucing jalanan yang diselamatkan oleh orang awam, mahupun yang ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.

Mempunyai sangkar berkeluasan 50-meter kali 15 meter, Bustana Kucing juga memiliki sebuah wad khas untuk ibu dan anak serta wad sakit bagi merawat kucing-kucing yang berpenyakit.
Difahamkan, setiap hujung minggu akan ada seorang doktor veterinar dari Jitra yang akan datang untuk melatih semua petugas untuk merawat kucing.

Setakat ini jumlah kucing yang dijaga dan dipelihara di sini sudah mencapai sebanyak 1500 ekor kucing.

Memiliki pelbagai jenis baka kucing yang berlainan, Taufiq sangat menggalakkan orang ramai yang ingin memiliki kucing untuk datang dan ambil sahaja kucing di sini secara percuma.

Dalam pada itu, Bustana Kucing juga sangat mengalu-alukan kedatangan pengunjung serta bantuan orang ramai yang berhasrat ingin menghulurkan sumbangan buat si meow.

Sumber: Verst.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Ini Lebih 1000 Ekor Kucing Hidup Terbiar Dan Kebuluran Di Pulau Kecil Ini.

BANGKOK – Lebih 1,000 ekor kucing hidup terbiar di Koh Phi Phi yang merupakan gugusan pulau kecil  terletak dalam wilayah Krabi, lapor laman berita The  Thaiger semalam. 

Kucing-kucing itu ditinggalkan oleh pemiliknya selepas pandemik Covid-19 menjejaskan industri pelancongan di Koh Phi Phi.

Laman berita Thai PBS melaporkan bahawa pemilik haiwan tersebut yang sama ada bekerja atau menjadi usahawan di Koh Phi Phi, terpaksa meninggalkan kepulauan itu akibat Covid-19 dan menyangka pemergian mereka adalah untuk sementara waktu.

Menurut seorang sukarelawan, Suda Klinchuen, kebanyakan pemilik haiwan itu bagaimanapun tidak kembali ke pulau tersebut untuk mengambil kucing mereka selepas mendapat tahu bahawa pelancong tidak akan datang ke Koh Phi Phi dalam masa terdekat.

Pegawai tempatan cuba mengawal populasi kucing dengan melakukan kaedah kasi (neuter) secara besar-besaran, namun ia tidak berkesan.

Suda berkata, banyak kucing yang dilihat sepanjang jalan di Phi Phi, menanti makanan daripada sukarelawan.

Wanita itu menambah, sukarelawan mula memberi makanan kepada kucing di situ sebanyak dua kali sehari sejak Mac tahun lalu.  

“Kebanyakan daripada haiwan itu kebuluran,” katanya.

Satu halaman Facebook telah diwujudkan di mana orang awam boleh memberikan sumbangan untuk membantu kucing-kucing tersebut. – Agensi 

China Hidupkan Garlic Dan Ini Antara Kucing Klon Pertama Di Dunia. Sekali Tak Sangka Boleh Pulak Jual Sampai Cecah Ratus Ribu.

Beijing: Tujuh bulan selepas haiwan peliharaan seorang lelaki di China telah pergi buat selamanya, seekor kucing baka ‘British shorthair’ kini dihidupkan kembali apabila berjaya diklon. AFP melaporkan, kucing baru bernama Garlic II itu kucing pertama diklon Sinogene yang berpangkalan di Beijing, China pada 21 Julai lalu, malah syarikat berkenaan dilaporkan sudah mengklon lebih 40 anjing peliharaan dengan kos AS$53,000 (RM221,458), manakala harga bagi kucing klon mencecah AS$35,000 (RM146,246).

New York Times melaporkan, Huang Yu, 22, yang kehilangan kucing kesayangannya, Garlic, pada Januari lalu nekad menggali semula bangkai kucingnya dan membekukannya di dalam peti ais agar dapat menyediakan sampel DNA Garlic kepada pihak Sinogene.

“Garlic tidak akan dapat ditukar ganti. Ia tidak mempunyai anak sebagai penyambung generasinya, jadi saya memilih untuk mengklon kucing itu,” kata Yu. Untuk mencipta Garlic 2.0, saintis menggunakan sel kulit asal Garlic dan menanamnya ke dalam telur kucing untuk menghasilkan 40 embrio klon.

Ketua pasukan eksperimen Sinogene, Chen Benchi memberitahu Times, embrio kemudiannya dipindahkan kepada kucing pengganti yang akan bunting tiga kali namun hanya satu menjadi penuh. Walaupun Garlic 2.0 kelihatan sihat, Yu mengaku dia sedikit kecewa kerana anak kucing itu tidak serupa sepenuhnya dengan kucing asalnya yang mempunyai sedikit bulu berwarna hitam pada dagunya. “Tetapi saya tetap menerimanya apabila wujud beberapa keadaan disebabkan teknologi yang terbatas.”

Ketua pegawai eksekutif Sinogene, Mi Jidong berkata, walaupun harga pengklonan agak tinggi, tidak semua pelanggannya dari golongan mewah. “Malah, sebahagian besar pelanggan adalah golongan muda yang baru menamatkan pengajian. Walau apa pun haiwan peliharaan itu, pemilik melihatnya sebagai sebahagian daripada keluarga. Pengklonan haiwan kesayangan memenuhi keperluan emosi generasi muda,” katanya.

Sumber : Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Rasa Kucing Menyusahkan Ibu Bapanya. Gadis Ini Boleh Pula Harap Malaysia Tubuhkan Group Ini.

Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik dan bukannya digunakan dengan tujuan meluahkan perasaan geram melampau sehingga mencetuskan rasa kurang senang warganet.  Mungkin remaja perempuan ini masih muda dan berfikiran singkat ketika memuat naik status mengenai kegeramannya terhadap kucing dan pemilik haiwan itu yang didakwa telah menyusahkan ibu bapanya. 

Dalam status tersebut, remaja itu berharap ada pihak yang memusnahkan kucing seperti yang dilakukan di Vietnam dan juga China. Ini kerana kucing katanya membawa pelbagai jenis sakit.  Mengambil contoh terdekat iaitu kucing jirannya yang gemar membuang najis merata-rata sehingga menyusahkan ibu bapanya membersihkan najis haiwan itu. 

“Sepatutnya kat Malaysia ni kena ada group atau gerakan pemusnah kucing macam di kat Vietnam dan China. Baru betul negara maju dan moden. Musnahkan kucing-kucing jalanan yang bawa bakteria, virus dan segala macam penyakit. Kalau tak ada kucing sekalipun lagi bagus. Memang, malas aku nak carut yang suka bela kucing ni. Kau bagi dia makan, bukan dia keluar duit untuk kau. Ye, memang rezeki dari kucing la, apa la. Tapi kalau dah sampai menyusahkan mak bapak aku bersihkan najis kucing kau, rezeki hidung kami ke?  Aku memang jijik orang bela kucing ni. Dukung la, cium la, letak kat badan dengan b*nt*t bernajis. Alahai.  Lepas tuan kau bagi makan, berak kat depan rumah aku, kencing bagai. Tak reti bela tak payah bela. Ikutkan hati, nak je lempar najis tu kat muka tuan dia. Tak apa, kucing pandai pergi toilet berak sendiri. H*n*t. Ye la, cebok semua tahu. Aihh, entah apa yang best sangat pun tak tahu,” tulisnya.

Sementara itu, warganet mula menyerang Facebook remaja berkenaan yang dianggap sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. 

Sumber: Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ni Rela Korbankan Simpanan Lebih 2k Untuk Selamatkan Si Bulus Hidup Walupun Tips. Akhirnya Ini Yang Terjadi Pada Kucing Ni.

DEMI sifat kasihnya kepada kucing, wanita ini langsung tidak kisah ‘melaburkan’ wang biarpun terpaksa menggunakan simpanannya sendiri. Bukan sedikit, sebaliknya wanita ini merelakan wang simpanannya digunakan untuk membiayai kos perubatan anak kucing peliharaannya yang berjumlah kira-kira RM2,300.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, meskipun ketika itu dia berada dalam dilema lebih-lebih lagi selepas mengetahui jumlah bil rawatan, dia bagaimanapun memilih untuk mengenepikan kepentingan sendiri demi menyelamatkan nyawa si bulus.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku kira-kira empat bulan lalu, Fatin berkata anak kucing yang diberi nama Bunbun itu secara tiba-tiba kena sawan. “Saya adopt Bunbun daripada seorang kenalan yang membuat hebahan di Facebook. Kesian sebab ibu dia tinggalkannya dengan adik beradiknya yang lain selepas melahirkan.

“Saya memang pencinta kucing tapi dah lama tak pelihara sebab sibuk belajar, jadi sajalah ambil seekor. Masa tu Bunbun baru dua minggu usianya. “Semuanya okay sahaja, hinggalah pada satu malam, Bunbun tiba-tiba kena sawan. Masa tu usianya dua bulan.

Panik juga sebab ketika itu dah malam, dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula. Puas Google, akhirnya jumpa satu klinik veterinar dan terus bawa ke sana,” ujar wanita berusia 25 tahun ini. Tambah Fatin, hasil pemeriksaan, doktor memberitahu anak kucingnya menghidap komplikasi dalaman serta paras glukosa yang tinggi.

Fatin tidak kisah apabila terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri demi membiayai kos rawatan Bunbun.


Disebabkan faktor usianya yang masih kecil, anak kucing tersebut mempunyai peluang hanya 50 peratus untuk hidup walaupun diberikan rawatan. “Masa tu anggaran bil rawatan lebih dari RM1,000. Dalam hati saya, rasa macam mahal dan nak cuba cari klinik lain tapi dah malam, PKP pula tu. Saya bimbang Bunbun makin teruk. Dalam kepala fikir nak selamatkan dia.

“Mungkin ada yang fikir, membazir saja sebab peluang nak hidup pun 50 peratus… tapi bagi saya, tak bolehlah fikir macam tu. Saya pilih untuk cuba sedaya upaya buat apa yang boleh untuk bantu. “Kalau tak dapat survive pun tak apalah, asalkan saya dah cuba buat yang terbaik.

Selebihnya, saya tawakal,” kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Multimedia ini sambil menambah, jumlah bil termasuk rawatan susulan dianggarkan sekitar RM2,300. Bersyukur kerana membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa si bulus, Fatin berkata Bunbun yang kini berusia enam bulan semakin sihat, aktif dan lincah.

“Tak sangka video itu raih lebih 600,000 jumlah tontonan. Saya baru saja muat naik dekat TikTok sebab nak simpan sebagai kenangan. “Ternampak ada yang share kisah kucing masing-masing, jadi saya saja nak share kisah kucing saya pula. Sebenarnya tak rugi berkorban untuk kucing… insyaAllah ‘dia’ akan tolong doakan tuannya,” katanya lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *