Sanggup tolak tawaran kerja demi mak ayah kurang upaya. Sekali ini perniagaan yang Ardida hasilkan.

Viral

Ardida turut menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya. Rakaman memaparkan seorang gadis sedang memancing ikan di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah meraih puluhan ribu tontonan menerusi aplikasi TikTok. Menurut Noor Shahida Zolkifli, 23, dia tak pernah menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai satu rezeki yang tak diduga.

“Sekarang musim memancing, sebab itu saya hasilkan video untuk tunjuk suasana kampung. Saya pun dah terbiasa sejak kecil walaupun tak minat sangat. Ditambah dengan musim pandemik, tak boleh nak pergi ke mana-mana… jadi saya buat aktiviti di sekitar rumah saja. Biasanya saya akan memancing dengan ayah dan jiran-jiran di kawasan sawah di belakang rumah. Biasanya akan dapat ikan puyu, sepat, lampam dan macam-macam lagi. Ramai orang luar yang komen video saya di TikTok. Ada juga anak perantau yang luah rasa rindu, mereka teringat kampung masing-masing bila tengok video saya,” ujarnya.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia juga kini menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya. Malah, ikan pekasam itu turut dijual atas permintaan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi media sosial miliknya.

Ardida bersama ahli keluarganya.

Disebalik video-video keindahan suasana kampung yang dikongsi, siapa sangka Ardida turut menyimpan kisah tersendiri. Ujar Ardida, dia enggan berkelana jauh dari kampung memandangkan kedua ibu bapanya merupakan Orang Kelainan Upaya.

Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah.

“Mak umur 56, ayah pula 52 tahun. Mereka berdua merupakan Orang Kurang Upaya pendengaran dan percakapan. Abang saya dah kahwin dan menetap di Kulim. Jadi saya pilih untuk berniaga sebab nak duduk rumah dengan mak ayah. Ada juga dapat tawaran kerja di mall, tapi saya tolak. Kalau berniaga, saya tak terikat dengan masa dan sentiasa boleh jaga mak ayah. Impian saya tentunya nak bawa mereka ke Makkah. Saya juga sedang berusaha nak belikan kereta untuk ayah, tapi impian belum tercapai lagi,” ujarnya.

Kata Ardida, dia hanya memancing di belakang rumahnya sahaja.

Menurut Ardida, dia mula berniaga kasut dan pakaian sejak empat tahun lalu. Ardida kemudiannya mula mengusahakan perniagaan bundle sejak setahun lalu, selain menjadi runner di sekitar kampungnya. Sejak dua minggu lalu, Ardida turut membuka gerai burger di hadapan rumah untuk menambah lagi duit poketnya.

Ardida mula berniaga sejak empat tahun lalu.

“Saya memang minat berniaga. Selain itu saya jadi runner, tolong orang tua beli barang di sekitar kampung ini. Saya hanya ambil caj penghantaran (COD) sebanyak RM3 ke RM5 saja. Sebelum ini saya selalu buat live berniaga di Instagram. Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah,” jelas Ardida yang turut mengelarkan dirinya sebagai ‘Gadis Kampung’ menerusi TikTok. Sumber : Mstar

Ramai Yang Kagum Lihat Kanak Kanak Ini Yang Mahir Lakukan Ini. Siap Bantu Keluarga Meniaga Lagi.

Ibu bapa digalakkan membentuk anak-anak ketika kecil kerana di waktu itu minda kanak-kanak mudah untuk menerima teguran serta belajar perkara baru. Umpama pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah seperti kisah seorang kanak-kanak yang rajin menolong keluarganya berniaga di sebuah gerai roti canai tepi jalan ini. Menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh Zainy Hazmat, kelihatan seorang kanak-kanak sedang gigih membantu keluarganya menyediakan roti canai buat para pelanggan yang ramai.

Dalam video itu, dia dilihat begitu mahir menguli doh serta menebar roti canai sebelum dimasak di atas kuali rata. Biarpun masih kecil, tak dapat dinafikan bahawa skil menebar roti canai dia memang power! Menurut perakam video tersebut, dia turut memuji didikan ayah kanak-kanak itu yang telah berjaya membentuk keperibadaan seorang anak soleh sepertinya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan terharu melihat kerajinan serta kemahiran kanak-kanak terbabit.

Anak itu diibaratkan seperti kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya sama ada baik atau buruk keperibadiannya kelak. Sumber : https://www.klmetro.pw/

Budak 12 Tahun Telah Disahkan Pergi Menghadap Illahi Hanya Kerana Sakit Ini. Sekali Tak Sangka Rupanya Ia Berpunca Daripada Telefon.

Gambar sekadar hiasan.

Generasi muda dan online game memang tak dapat dipisahkan. Jarang lah jumpa remaja atau kanak-kanak yang tak pernah main game ni kan. Kalau pandai bahagi masa antara pelajaran dan hobi, tak ada masalah pun kalau nak main game ketika masa terluang. Namun, jangan lupa yang setiap hobi pun ada hadnya juga. Menurut Tribunnews, seorang remaja lelaki yang berusia 12 tahun di Desa Salam Jaya, Subang, Jawa Barat maut akibat ketagih permainan online ni.

Difahamkan, Raden Tri Sakti,12, memang suka main online game setiap hari. Menurut ketua kampung, Sertu Sugeng, individu tersebut telah dibawa ke Hospital Siloam Purwakarta pada bulan lalu oleh keluarganya sebab dia sering mengadu sakit kepala.

Ketika itu, individu tersebut telah dirawat di hospital selama 16 hari namun tiada sebarang perubahan. Kaki dan tangan individu juga tak boleh digerakkan langsung jadi individu kemudiannya dibawa pulang ke rumah. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 23 Februari lalu di rumah.

Dalam kejadian yang menimpa, doktor yang memeriksa remaja itu mengatakan dia telah pergi akibat gangguan saraf yang berkemungkinan berpunca daripada radiasi smartphone. Katanya, ia mungkin berlaku akibat pendedahan yang terlalu lama kepada telefon pintar. Rasanya okay je kalau korang nak main game namun kena pandai hadkan masa penggunaan. 

Gadis Ini Mengadu Telefon Rosak Di Group Whatsapp Dan Meminta Beritahu Kelas Online Sehari Lebih Awal. Sekali Ini Tindakan Mengejut Dari Rakan Sekelasnya.

Tangkapan skrin video TikTok menunjukkan seorang gadis yang mengalami kerosakan telefon dibantu oleh rakan-rakan sekelas. Luahan seorang gadis mengenai telefon bimbitnya mengalami kerosakan menerusi group WhatsApp, nampaknya mendapat perhatian rakan-rakan sekelas.

Dalam diam-diam dua daripada pelajar sekelas membuat gurauan atau prank dengan membawanya ke sebuah kedai gajet sebelum mempengaruhinya untuk membaiki telefon yang rosak itu. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, dua rakannya kemudian mendedahkan bahawa kos membaik pulih telefon dibayar menggunakan hasil sumbangan rakan-rakan sekelas.

Salah seorang pelajar berkenaan, Muhammad Faris Mohd Jailani berkata, rakan mereka yang diberi kejutan itu, Suriani Arjunaidi mengalami masalah telefon sejak sebulan lalu.

Luahan seorang rakan di grup WhatsApp kelas.

Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, masalah yang dihadapi rakannya itu bertambah buruk sehingga terpaksa menggunakan komputer riba untuk aplikasi WhatsApp.

“Telefon dia ada masalah skrin dan butang ‘home’ selepas beberapa kali jatuh. Sampai satu tahap, hanya panggilan telefon saja. Dua minggu lepas dia beritahu kami mengenai masalah telefonnya dan minta bantuan untuk maklumkan tentang kelas online (dalam talian) sehari lebih awal kerana WhatsApp dia hanya bergantung pada laptop buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Faris, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Adam Bukhari Mohd Nazri, 19, mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan lain.

“Kami hantar mesej kepada seorang demi seorang dan bertanyakan kepada mereka sama ada sudi untuk membantu Suriani untuk berkongsi membiayai kos membaiki telefonnya yang rosak. Sebagai pelajar, kos membaiki tu berharga hampir RM300 itu bukannya murah bagi kami. Tambahan pula, dia bukannya orang senang. Jadi, kami cuba membantu apa yang boleh,” ujar pelajar Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Tinggi Klang di Klang, Selangor itu. Menurut pelajar aliran sains sosial itu, rakan-rakan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas mengikut kesediaan dan kemampuan mereka walaupun RM1.

Suriani bersama telefonnya yang telah dibaiki.

“Alhamdulillah, jumlah kutipan melebihi sasaran daripada kos repair telefon tu. Tak sangka rakan-rakan sekelas bermurah hati nak bantu Suriani. Seperti yang dirancang, kami berdua pun ajak dia teman untuk baiki telefon kami di Shah Alam, petang Jumaat lalu. Kami ‘pancing’ dia kononnya boleh hutang untuk baiki telefon. Dia pun percaya. Duit deposit tu kami dahulukan, tapi sebenarnya kami bayar sepenuhnya guna sumbangan rakan-rakan,” tambahnya.

Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu.

Faris berkata, mereka mendedahkan perkara sebenar pada petang yang sama dan tunjuk senarai nama rakan-rakan yang membuat sumbangan sebagai bukti.

“Dia macam tak percaya kerana tak sangka rakan-rakan sekelas begitu mengambil berat sampai dia nak menangis. Sekarang telefon dia dah okay. Kalau dulu bila saya WhatsApp petang, pukul 1 pagi baru balas guna laptop tapi sekarang balas on time,” katanya sambil menambah rakannya yang dibantu itu kemudian membuat video penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan sekelas.

Faris (hadapan, kiri) bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

Jelas Faris, perkongsiannya di TikTok bertujuan untuk memberi mesej kepada masyarakat terutama anak-anak muda supaya bersikap prihatin terhadap orang lain dalam kesusahan.

“Saya berharap video TikTok tu dapat membuka mata masyarakat di luar sana terutama dalam membantu orang yang lebih susah daripada kita. Tak kisahlah kita membuat kutipan seorang RM5 ke, RM1 pun tak apa. Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu. InsyaAllah, suatu hari Tuhan akan balas kebaikan yang kita buat,” katanya.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *