Ini betul betul rare. Warganet tampil kongsi MC pakciknya yang dirawat oleh Tun M pada tahun 1963.

Viral

Siapa je pernah sangka, doktor yang merawat korang akan jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti? Tambahan pula, kalau Perdana Menteri yang mer4wat korang tu merupakan yang paling lama dan banyak jasanya pada negara ini. Mesti terasa macam teruja sikit di situ kan.

Doktor pada tahun 60-an.. Jadi Perdana Menteri paling lama berkhidmat

Itulah yang terjadi dalam kisah ini, apabila beberapa hari lalu sebuah posting dibuat oleh warganet dengan menunjukkan sijil sakit milik pakciknya yang ditandantangani oleh Tun Mahathir sendiri. Menerusi perkongsiannya di aplikasi Reddit, pengguna akaun dengan nama @mr_trickshot ini menunjukkan sekeping gambar MC yang dikeluarkan pada tahun 60-an. Dalam sijil bertarikh 1 September 1963 itu menunjukkan ia dikeluarkan oleh MAHA Klinik yang telah terletak di Alor Setar, Kedah.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah, di hujung belah bawah MC tersebut terdapat nama dan tandatangan tokoh negarawan terkemuka yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Pada ketika itu, Tun Mahathir berusia 39 tahun dan masih bertugas sebagai seorang doktor namun dalam masa yang sama beliau sedang meningkat naik dalam arena politik ketika itu. Lalu pada tahun berikutnya, beliau yang mesra dengan panggilan Che Det telah memenangi pilihanraya umum bagi kerusi parlimen Kota Setar Selatan.

Dapat dilihat juga pada sijil sakit berkenaan, pakcik warganet itu yang bernama Zulkifli Bin Haji Ahmad telah diberikan cuti selama lima hari dan tidak perlu hadir ke sekolah bermula 1 hingga 5 September 1963.

“Saya suka ayat penulisan bahasa Melayu dulu”

Di ruangan komen, perkongsian warganet berkenaan membuatkan warganet yang lain terkejut dan teruja dalam masa yang sama. Ada yang kagum melihat tulisan dan ayat oleh Tun M itu dengan menyifatkan kata-katanya itu sungguh tersusun. Selain itu ada juga mencadangkan supaya MC tersebut di frame dan diletakkan di dalam muzium.

Stylo gila weh! Kalau min ni memang terus frame pastu gantung dekat rumah. Benda rare kenalah kita jaga betul tak. Sumber : Lobak Merah

Kecoh arahan warga emas 70 tahun ke atas perlu kembalikan lesen. Sekali Menteri Pengngkutan pula jawab siap petik nama Tun M.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong memberi contoh Dr Mahathir Mohamad, 95, antara warga emas yang memandu secara berhati-hati di jalan raya. Sebagai menjawab soalan tambahan dari Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang), Wee menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberi arahan untuk mensyaratkan warga emas 70 tahun mengembalikan semula lesen memandu mereka.

“Mengenai apa yang dicadangkan, MOT tak pernah bagi arahan untuk syaratkan warga emas lebih 70 tahun kembalikan lesen tak pernah. Macam Langkawi (Mahathir), dia memandu jauh lebih baik daripada orang yang memandu gil4-gil4 bawa kereta di jalanraya. Ini tak boleh ada diskriminasi bagi mereka yang umur 70 tahun ke atas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Syed Ibrahim bertanya mengenai apakah pandangan kerajaan langkah lain yang lebih tegas terhadap pemanduan di bawah pengaruh al.kohol dan dd4h, serta membandingkannya dengan cadangan had umur lesen memandu terhadap warga emas.

Menurut ahli parlimen Ayer Hitam, 80 peratus kecuaian yang menyebabkan nahas jalanraya disebabkan oleh faktor manusia, 13 peratus disebabkan oleh kenderaan dan 7 peratus oleh persekitaran. Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Azisman Alias mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.

Azisman berkata antara faktor yang menyumbang kepada kejadian yang tak diingini adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya. Dia berkata kumpulan warga emas seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata cadangan seorang pegawai kanan polis agar kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas merupakan pandangan peribadi. Sumber: mkini

Janji tidak dikotakan. Mukhriz Mahathir dedahkan ada satu janji Ismail Sabri yang tak ditunaikan kepada Tun Mahathir.

Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) mendakwa Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berjanji untuk melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) apabila dia dilantik sebagai perdana menteri baru, menggantikan Muhyiddin Yassin.

Namun, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mendakwa ia tidak dikotakan meskipun penubuhan MPN pada mulanya adalah cadangan Mahathir. Mukhriz berkata, parti itu juga memang mencadangkan Mahathir untuk mempengerusikan MPN kerana menurutnya dia tiada sebarang kepentingan politik.

“Beliau (Mahathir) dah umum akan lepaskan jawatan dalam pengerusi Pejuang sekiranya dilantik sebagai pengerusi MPN. “Malah saya dimaklumkan bahawa Bera (Ismail Sabri) telah berjumpa dengan YB Langkawi (Mahathir) sebelum dilantik menjadi perdana menteri baru-baru ini.

(Mahathir) telah dijanjikan bahawa MPN ini akan ditubuhkan sekiranya Bera (Ismail Sabri) jadi perdana menteri dan YB Langkawi (akan) dilantik sebagai pengerusinya. “Malangnya janji itu tak dikotakan tapi kita rasakan ini masih lagi perkara yang sangat penting jika kita serius ingin tangani krisis yang dihadapi hari ini,” dakwanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 4 September, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan bahawa bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilantik untuk mempengerusikan MPN – satu kedudukan yang bertaraf menteri.

Pada 15 Ogos lalu, Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya mengesahkan Ismail Sabri yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri bertemu Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan menjadi perdana menteri baru.

Pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu turut melibatkan gesaan Mahathir untuk menubuhkan MPN. Mahathir sebelum ini membangkitkan idea penubuhan MPN – satu badan seakan Mageran yang mentadbir negara selepas tragedi 13 Mei 1969 sehingga 1971.

Bekas perdana menteri itu turut menyenaraikan nama-nama yang difikirkannya sesuai menganggotai MPN yang melibatkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang merangkumi perubatan, ekonomi, perundangan, pendidikan dan politik.

Mengulas lanjut perkara itu, Mukhriz bagaimanapun berkata apa yang mengejutkan Ismail Sabri sebaliknya melantik Muhyiddin sebagai pengerusi MPN. Ini dakwa Mukriz walaupun Muhyiddi telah gagal menangani pandemik Covid-19 sewaktu memegang jawatan tertinggi negara.

“Sebaliknya kita dapati apa yang dicadangkan hanyalah 50 peratus anggota MPN kerajaan ini adalah daripada pakar, 25 peratus ahli politik mungkin dari kerajaan, 25 peratus lagi ahli parlimen dari pembangkang.

“Saya tidaklah nak soal keupayaan ahli-ahli parlimen atau orang-orang politik ini untuk sumbang idea tapi ini dah buat pun sebelum ini dan tak berjaya.m “Maka saya rasa paling penting sekarang ni kita serahkan bulat-bulat kepada orang yang pakar dalam bidang untuk cadang pada kerajaan apa langkah-langkah terbaik untuk tangani krisis yang kita hadapi ketika ini,” katanya. Sumber:MK

Lepas je Ismail Sabri umum boleh rentas daerah antara Kl Putrajaya dan Selangor. Terkejut bila warganet mula luahkan ini di laman fb Ismail Sabri.

Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada Jumaat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

“Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketiga-tiga negeri dan Wilayah Persekutuan itu akan menikmati kelonggaran sama dengan negeri-negeri yang sudah memasuki Fasa 2 sebelum ini.

Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan kepada individu sudah melengkapkan dos vaksinasi seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain kebenaran merentas daerah ialah pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Komen warganet:

Rata rata komen warganet di laman Facebook Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kerana memberi kelonggaran tersebut untuk Lembah Klang. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana kes masih terlalu tinggi dan tanpa kelonggaran ini pun kelihatan rakyat mula membanjiri ibukota.

Ada juga komen yang mengatakan tidak sepatutnya diberi kerana gusar ada yang tidak menjaga SOP kerana sudah bebas bergerak ke sana ke sini.“Macam mana dengan Penang? Kes capai 2000++ hari ni. Tiada plan tindakan dikemukakan. Penang cuma negeri kecil. Without a proper plan, it could be a catastrophe”

“Dato tlong la bg kelonggaran kepada suami yg ckup 2 dose teman isteri bersalin…kt kedai dh boleh mkn..xkn suami nk teman isteri bersalin kejap x boleh…mkn kt kedai bila2 masa boleh…teman isteri bersalin bkn slalu…sy hrap dato baca la komen sy…

“Assalam dato Ismail Sabri Yaakob nak tanya la. Kalau dh complete fully vaccine. Boleh tak bawa anak2 jalan2 masuk mall untuk dine in atau beli belah. Xlalu nak tinggal anak time cuti kat pengasuh. Pengasuh pun nk rehat juga . Dah tu anak² pun nk juga bersantai dgn parents diorg kat luar asyik memerap je kan. Boleh ke tidak??”

Sumber : BHARIAN ONLINE / FB ISMAIL SABRI

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *