Jadikan bercucuk tanam sebagai hobi baru. Sekali Syafie Naswip dedah keluarkan modal RM10k untuk Kebun Bujang Nilai.

artis Viral

Syafie berkata dia mula terjebak dengan aktiviti tanaman sejak perlaksanaan PKP lalu. Bermula secara suka-suka, pelakon Syafie Naswip akui dia mula serius dengan hobi baharunya bercucuk tanam dan berhasrat untuk memiliki kebun sendiri satu hari nanti. Syafie, 29, atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip berkata, dia memulakan hobi baharu itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan tahun lalu.

“Masa PKP awal-awal dulu bosan bila duduk rumah, jadi saya nak buat sesuatu isi masa lapang. Dari sinilah bermulanya aktiviti bercucuk tanam di halaman rumah. Bila dah mula itu lama-lama jadi minat dan makin rancak pula berkebun. Sehinggakan kalau saya shooting dan ada jarak masa dua hari saya sanggup balik untuk untuk jaga pokok-pokok yang saya tanam. InsyaAllah, jika ada rezeki saya nak ada kebun atau nurseri sendiri… saya nak kembangkan lagi minat saya ni,” katanya.

Syafie menamakan kawasan tanamannya sebagai Kebun Bujang Nilai.

Syafie atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip, 29 berkata, setakat ini dia sudah mengeluarkan modal lebih kurang RM10,000 untuk mengusahakan tanamannya yang diberi nama Kebun Bujang Nilai. “Kebun saya lebih kepada tanaman herba, sayuran dan buah-buahan… pokok hiasan pun ada tapi tak banyak. Saya lebih memilih untuk tanam pokok herba sebab ia beri manfaat, kalau ada nak pakai untuk ubat-ubatan, boleh ambil terus. Macam itu juga dengan sayur-sayuran, kita tak tahu bila beli di kedai sama ada organik atau tidak, jadi bila tanam sendiri ni senang, boleh juga kurangkan membeli di kedai. Saya pun tak berapa tahu kos sebenar sebab saya beli barang semua sikit-sikit… tapi saya boleh anggarkan kos dalam RM10,000 setakat ini. Bila saya nampak ada ruang kosong, saya akan tambah lagi mana pokok yang boleh tanam,” katanya.

Kebun saya lebih kepada tanaman herba, sayur dan buah-buahan… pokok hiasan pun ada tapi tak banyak.

Katanya, tidak semua pokok yang ditanam menjadi dan ia bergantung kepada teknik tanaman yang betul.n”Ada juga tanaman yang saya buat tidak menjadi… macam pokok cili dan timun. Kedua-dua tanaman ini memang agak mencabar kerana memerlukan penjagaan yang rapi sebab senang rosak.

“Tapi sebab minat, saya akan terus cuba sebab untuk ceburi bidang tanaman ni, kita perlu tahu teknik dan paling penting ada minat. Alhamdulillah, bila saya berkongsi aktiviti bercucuk tanam ni, ramai pula yang berkongsi tip dan ia sangat membantu. Tanam pokok umpama kita bela kucing, perlu dibelai dan luangkan masa, barulah pokok akan sihat dan segar sentiasa,” katanya.

Syafie kini dalam proses turun berat badan.

Sementara itu, dalam perkembangan karier seni, Syafie memberitahu dia kini dalam usaha menurunkan berat badan sebagai persiapan untuk lakonannya menerusi sebuah filem. “Bila mula penggambaran filem itu saya belum dimaklumkan lagi, cuma saya diminta untuk bersedia menurunkan berat badan dalam untuk memenuhi watak. Buat masa ini saya belum boleh dedahkan lagi lebih teperinci, cuma sekarang saya nak turunkan berat dalam lapan kilogram. Sebelum ini memang sudah ada pengalaman untuk kurangkan berat badan atas tuntutan watak tapi kali ini agak drastik sedikit,” katanya. Sumber : Mstar

Pelakon Syafie Naswip Memberi Teguran Dan Tegaskan Agar Tidak Menggunakan Perkataan Retis.

Di Instagram, pelakon, Syafie Naswip memberi teguran buat segelintir masyarakat yang menyapa atau berbalas komen di media sosial dengannya agar tidak menggunakan perkataan ‘retis’ ketika berkomunikasi.

Minta maaf jika status ini menyentak hati.

Menurut Syafie, penggunaan perkataan ‘retis’ sedikit sebanyak telah mengh1na pekerjaannya sebagai anak seni. Oleh itu, dia berharap mana-mana individu yang mahu berkomunikasi dengannya selepas ini akan menggunakan perkataan pelakon, pameran atau manusia biasa daripada menggunakan perkataan tersebut.

Tambah Syafie, selama ini dia hanya mampu tersenyum dan tidak memberi reaksi apa-apa. Namun, hari ini dia berharap semua individu faham mengenai perasaannya.

Apa maksud retis?

Di ruangan komen, rata-rata netizen mula faham mengenai apa yang cuba ingin disampaikan oleh Syafie. Bahkan, ada juga yang bertanya mengenai maksud ‘retis’ kepada Syafie. Ujar Syafie, perkataan tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan ianya sekadar digembar gemburkan.

Sumber: Syafie Naswip

Syafie Naswip pening layan orang macam ni siap minta banyak kali. Sekali ini yang dia sampaikan.

Syafie Naswip menjalankan misi bantuan kepada keluarga yang terjejas punca pendapatan. Pelakon Syafie Naswip kesal apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap bantuan wang tunai yang dihulurkan dengan cuba meminta berulang kali. Shafie atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip, 29, berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah menafikan hak orang lain yang turut berdepan kesusahan.

“Individu tu menghubungi saya melalui WhatsApp dan kemudian berikan nombor akaun bank sama seperti yang pernah saya bantu sebelum ini. Pada saya benda ni normal memang akan ada orang yang akan cuba cari peluang untuk mengambil kesempatan, ” ujarnya. Syafie berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam menghulurkan bantuan supaya tidak terpedaya dengan individu yang dianggap tamak.

Perkongsian Syafie di Instastory miliknya.

Pelakon telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini menjalankan misi bantuan kepada golongan susah sejak seminggu lalu bersama Team Chilhood Actor. “Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan sebab tak mahu benda ni berlaku lagi.

Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan.

“Saya ada tegur dalam Instagram semalam. Saya harap orang ada common sense sikit dan berfikir panjang, kesian kepada individu yang betul-betul memerlukan, ” ujarnya. Syafie berkata, sehingga kini dia sudah berjaya menghulurkan bantuan kepada 109 individu dan keluarga terjejas. “Alhamdulillah 109 keluarga telah dibantu hasil jualan barang terpakai saya dan Kanan-kawan. Syafie membuat keputusan melelong trofi yang dimenanginya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM25).

Pemuda Ini Buka But Kereta Untuk Memberi Bantuan Secara Percuma Pada Yang Memerlukan. Sekali Pemuda Ini Tampil Dedahkan Sesuatu.

TASEK GELUGOR: Kesusahan hidup yang pernah dialami mendorong seorang penjawat awam melakukan kerja amal dengan memberi barangan keperluan dapur secara percuma bagi golongan memerlukan. Biarpun tidak memiliki pendapatan besar namun dia berusaha menyumbang kepada komuniti memandangkan pernah merasa keperitan hidup apabila dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Azizul Abdul Rahim, 37 yang bertugas di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mula melakukan kerja Kebajikan secara bersendirian sejak 10 tahun lalu apabila menggunakan wang gajinya bagi membeli barang keperluan sebelum disumbangkan kepada individu memerlukan dari rumah ke rumah termasuk golongan gelandangan.

“Saya pernah hidup susah dan tahu keperitan untuk membeli barang keperluan ketika mengalami kesempitan wang kerana ibu ayah saya bukan orang senang. Jadi saya mengambil iktibar pada diri sendiri untuk membantu golongan yang pernah senasib dengan saya walaupun gaji saya bukanlah besar mana tetapi ia cukup membahagiakan saya apabila dapat meringankan beban orang lain. Pada mulanya, saya menggerakkan kerja kebajikan ini dengan menghantar barang keperluan dapur dari rumah ke rumah selepas mendapat maklvmat mengenai orang yang memerlukan bantuan, tetapi sejak pandemik COV1D-19 timbul idea lain yang mana saya akan parkir kereta di beberapa lokasi kemudian membuka but yang diisi dengan pelbagai barangan keperluan bagi mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui berhampiran Pasar Tasek Gelugor, di sini, semalam.

Azizul berkata, dia memahami ketika pandemik Covid-19 ramai yang kehilangan pekerjaan dan mendorongnya membantu walaupun ia tidak seberapa.

“Selepas habis kerja, saya akan pergi ke mana-mana kawasan dalam daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah untuk mengag1hkan pelbagai barangan keperlvan dapur. Ramai yang tidak percaya pada awalnya kerana ada ingat saya berniaga maklumlah buka tepi jalan tetapi sambutan amat baik bahkan ramai juga yang menyumbang untuk saya terus menjalankan kerja amal ini,” katanya.

Azizul berkata, dia bersemangat melaksanakan kebajikan dan tidak pernah penat walaupun ia dilaksanakan selepas waktu kerja.

“Setiap kali saya pergi buat kerja amal ini ramai yang mendoakan saya bahkan saya teringat kata-kata seorang pakcik yang memberitahu biar tak banyak duit tapi rajin sedekah maka rezeki akan lebih berkat. Kata-kata yang diberikan itu meresap dalam jiwa sampaikan saya tak rasa penat pun buat kerja ini bahkan seronok apabila ramai yang menyokong usaha saya ini hingga berpusu-pusu memberi wang serta barang untuk saya hulurkan kepada mereka yang perlu,” katanya yang turut mendapat bantuan isteri serta anak sulungnya yang turun membantunya.

Sementara itu, seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Norma,50-an berkata, dia memuji usaha yang dilakukan Azizul kerana amat bertepatan dalam keadaan situasi semasa yang banyak terkesan.

“Saya kehilangan kerja akibat COV1D-19 tambahan pula seorang ibu tunggal selepas kehilangan suami sejak tujuh tahun lalu akibat sakit jantung. Memang perit sangat apabila tiada kerja dan perlu membesarkan empat anak namun sudah menjadi takdir maka inisiatif kecil seperti Azizul ini sangat membantu kerana ia meringankan beban orang-orang seperti saya,” katanya yang mengetahui inisiatif itu melalui Facebook.

Sumber: BHONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *