Walaupun umur 2 tahun dia dah mula belajar macam macam. Mawar Rashid hantar anak ke tadika.

artis

Mawar dan Raf sudah menghantar anaknya yang berusia dua tahun ke tadika. Sama seperti ibu bapa yang lain, pelakon Mawar Rashid mengakui berasa bimbang untuk menghantar anak sulungnya ke tadika dikala pandemik Covid-19. Namun perasaan itu hilang selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memastikan keselamatan di tadika tersebut terjaga.

Anak sulung Mawar teruja nak pergi tadika.

“Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula… sejujurnya memang risau tapi saya memang akan pastikan keselamatan di tadika itu. Sebelum itu, saya ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid. Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu,” katanya. Sebelum ini, Mawar ada berkongsi video anak lelakinya iaitu Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun teruja untuk kembali ke tadika.

Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting.

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini memberitahu biarpun anak masih kecil namun baginya tidak salah untuk menghantar anaknya belajar pada usia baharu dua tahun. “Bagi saya, usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula nak belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting. Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa membazir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.

Mawar bersama suami dan anak-anak.

“Kalau belajar secara online itu berbeza… kalau pergi tadika, dia datang juga rasakan suasana di sekolah,” ujarnya. Mawar berkahwin dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6. Sumber : Mstar

Ibu Dedah Anak Lari Ketakutan Semata Mata Sebab Kening. Rupanya Ini Yang Berlaku Sampaikan Ibu Tidak Tahu Nak Respon Apa.

Kanak-kanak berusia enam tahun ini mencukur keningnya beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Bayangkan hanya tinggal beberapa hari lagi nak raya, tapi kening hilang sebelah! Itulah yang terpaksa dihadapi Nur Auni Saffiya Kameri yang berusia enam tahun apabila sifat ingin tahu akhirnya memberi pengajaran dalam dalam hidupnya.

Berkongsi kisah ini, ibu kanak-kanak berkenaan, Nur Farhana Kathan, 25, berkata kejadian berlaku dua minggu sebelum Aidilfitri baru-baru ini apabila anaknya itu sedang mandi bersendirian. “Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ya kejap, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air lari dengan muka pucat ketakutan,” ceritanya yang menetap di Melaka. Menurut Nur Farhana yang juga seorang suri rumah, anaknya itu rupa-rupanya berjaya memanjat mangkuk tandas di bilik air untuk mengambil pisau cukur milik bapanya serta mencukur licin kening sebelah kiri.

“Bila saya tengok, Ya Allah Auni, terkejut sebab kening sebelah kiri memang habis kena cukur, saya tak tahu nak gelak ke nak menangis. Saya ada tanya dia kenapa dia cukur kening tapi dia jawab tak tahu, memang dia tak nak beritahu kenapa. Saya cakap dekat dia tengok apa dah jadi bulu kening dah hilang, awak tu perempuan, lepas tu dia menangis, terus saya tak jadi nak marah,” katanya.

Nur Auni Saffiya (depan, kanan) mencukur keningnya dua minggu sebelum Aidilfitri.

Menurut Nur Farhana keadaan keningnya yang ‘botak’ itu menyebabkan anaknya berasa malu untuk ke sekolah atau keluar bermain bersama rakan-rakannya. “Dia nak pergi sekolah tapi malu, jadi dia asyik menangis je sampai saya dah tak tahu nak pujuk macam mana. Saya beritahu cikgu, dia segan takut kena ejek kemudian cikgu suruh lukis kening dia.

“Bila saya dah lukis kening baru dia senyum dan nak pergi sekolah tapi dia tak sedar bila balik sekolah selalunya kening saya lukis tu dah hilang, nasib baik juga kawan dia tak ejek. Dekat rumah, dia tak nak keluar walau depan rumah sebab malu… dia tengok je kawan-kawan main melalui tingkap. Lepas tu dia tengok cermin sambil menangis cakap nak kening dia balik,” katanya.

Nur Auni Safiyya hanya ingin ke sekolah setelah keningnya dilukis.

Menyesali perbuatannya serta-merta, Nur Farhana berkata anaknya berjanji untuk tidak bermain dengan barangan tajam lagi. “Lepas hilang kening ni dia menyesal, katanya tak nak main benda tajam lagi sebab nak keluar rumah pun dia malu. Memang murung betul dia sepanjang kening dia tak ada tu,” katanya.

Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ‘ya kejap’, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air dia lari dengan muka pucat ketakutan.

Menurut Nur Farhana kening anaknya kini telah tumbuh semula seperti sediakala selepas lebih kurang sebulan. “Mula-mula tu saya letak Vaseline, menjadi juga… dalam seminggu dah nampak bulu-bulu halus tumbuh, mula-mula risau juga ingat kening dia dah tak akan tumbuh lagi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *