Fasha Sandha tersentuh lihat bekas makanan kucing dalam raga. Sekali ini tindakan Fasha Sandha.

artis

Pelakon Fasha Sandha menzahirkan rasa kagum terhadap ‘rider’ makanan kerana sanggup keluar seawal subuh demi mencari sesuap nasi. Malah apa yang lebih menjentik hati pelakon Scammer ini, dia turut perasan ‘rider’ berkenaan membawa sebekas makanan kucing untuk diberikan kepada haiwan berkenaan di jalanan. Fasha sebagai pencinta kucing rasa tersentuh dan sempat melambaikan tangan kepada ‘rider’ berkenaan.

“Maafkan saya abang FoodPanda, saya ambil gambar ni curi2, sebab sy terlalu kagum dengan abang yang keluar seawal pagi selepas subuh untuk mencari rezeki dan membawa bekalan untuk diberikan pada kucing dibakul hadapan. Kerana saya pencinta kucing, jadi saya macam emo sedikit.. Saya sempat melambai tangan pada abang ni, dalam hati sy, sy doakan agar abang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya. Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut meminta kepasa sesiapa yang mengenali lelaki berkenaan untuk menghubunginya secara peribadi di Instagram. “Siapa yang kenal abang ni, tlg DM sy please please, saya ada perasan number plate je, number 5513. Please DM ya. I love FOODPANDA. Terima kasih FOODPANDA, anda adalah hero kami,” tulisnya lagi. Meninjau ke ruangan komen, peminat termasuk rakan selebriti turut sama tumpang kagum dan mendoakan agar urusan ‘rider’ tersebut dipermudahkan.

“Semoga abang ni sentiasa dipermudahkan segala urusan, diberkati dan dilimpah kurniakan rezeki yang tak putus-putus, insyaAllah mudah-mudahan, amin,” tulis pelakon Fazura. “Sebak pula baca, susahnya semua orang sekarang. Termasuk kucing-kucing jalanan mesti sedih ramai manusia cuti dan tak keluar rumah, takde manusia bagi makan,” tulis seorang warganet. “Semoga murah rezeki all riders, ameen,” doa seorang warganet. “Kita baca status nu pula yang rasa sebak. Semoga Allah sentiasa memelihara melindungi dan memudahkan setiap urusan frontliners kita semua,” respon seorang warganet lain. “Alhamdulillah, insan mulia akan dibalas mulia…,” tulis seorang warganet. Sumber : Media

Rider Food Panda Ini Sempat Hantar Mesej Sebegini Dalam Keadaannya Yang Sakit. Sekali Ini Respon Pelanggannya.

Najmi berkongsi kisah rider sempoi yang menghantar barangnya, baru-baru ini. Ketika penularan pandemik Covid-19 masih belum reda, rata-rata masyarakat lebih gemar membeli-belah secara maya (online). Bukan sahaja mahu mengurangkan risiko penularan virus berkenaan dengan kekal berada di rumah, namun dalam masa yang sama kaedah berkenaan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Begitu juga dengan pemuda ini yang sering kali membeli belah dan membuat pesanan makanan secara online, lebih-lebih lagi kerana bekerja dari rumah sejak hampir setahun lalu. Namun kejadian yang membabitkannya dengan seorang pekerja penghantar barang (rider) baru-baru ini begitu lucu apabila mereka berdua sempat ‘berduet’ dalam mesej di aplikasi penghantaran.

“Penat la aku gelak hari ni. Sampai je tegak dia bagi, ‘kau ajak aku menyanyi atas motor?’. Apa-apa pun thank you Panda riders! Semoga dilindungi dari malapetaka atas jalanan,” tulisnya pada perkongsian di Twitter. Pemuda itu turut memuat naik mesej mereka di perkongsian tersebut yang sehingga kini meraih 12,000 retweet.

Mesej sempoi antara Najmi dan rider yang mencuit hati warganet.

Bercerita kembali kejadian lucu berkenaan, Najmi Aiman berkata dia sama sekali tidak menyangka mesejnya dibalas dengan ‘sempoi’ oleh rider berkenaan.

“Bila rider beritahu sudah dalam perjalanan dan ‘sila tunggu di lobi’, saya memang dah standby untuk turun ke bawah rumah untuk ambil barangan. Tapi bila baca mesej dia ‘I can’t go up my leg pain’ terus saya tergelak. Saya pun sekadar balas sempoi ‘sakit apa tokwi?’ tapi lebih lucu dia sambut dengan balas ‘sakit sendi tulang’. Ibarat berduet lagu Anak Itik Tokwi pula. Selepas itu mesej seterusnya dia beritahu kakinya sakit sebab gout. Masa tu tertanya-tanya juga macam mana rupa abang rider yang sempoi ni. Bila dia sampai, saya memang dah sedia tunggu di bawah… terus abang tu kata ‘kau ajak aku menyanyi atas motor?’ kemudian kami berdua gelak-gelak,” ujarnya.

Najmi sering membuat pesanan dan membeli belah secara dalam talian (online) sejak bekerja dari rumah, setahun lalu.

Sungguhpun banyak menerima komen positif yang terhibur dengan perkongsiannya, namun pemuda yang senang disapa sebagai Najmi berkata dia juga ada menerima komen negatif daripada pelayar yang tersalah anggap dengan situasi tersebut.

“Ada yang komen macam marah kononnya kenapa saya tak mahu turun ke bawah lobi untuk ambil barang. Sebenarnya saya memang akan turun setiap kali ambil barangan kerana saya lebih suka guna kaedah tunai, dalam masa yang sama boleh beri tips untuk rider.

Masa tu tertanya-tanya juga macam mana rupa abang rider yang sempoi ni

“Dan mungkin mesej rider ‘sila tunggu di lobi’ tu adalah mesej template. Tapi tak apalah, mungkin mereka tak tahu situasi. Tapi lucu juga bila ada pelayar yang tahu lokasi rumah saya sebab cam kawasan persekitaran menerusi gambar yang dimuat naik,” ujar pemida berusia 25 tahun ini yang baharu sahaja berpindah ke kawasan perumahan di Cyberjaya, sebulan lalu.

Tidak menyangka perkongsian menjadi tular, Najmi berkata sekadar mahu berkongi perkara lucu dan juga melahirkan kekagumannya dengan sikap mesra serta sempoi rider tersebut.

Antara perkongsian warganet yang turut memuji sikap sempoi rider berkenaan.

“Saya suka cara abang rider ni… sempoi. Pelanggan pun senang hati. Dalam pada sibuk dan penat, dia masih sempat bergurau dan berbasa basi. Kalau boleh, bukan sahaja rider, tapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pelanggan sama ada peniaga atau sebagainya seeloknya biarlah sempoi dan ramah. Orang kata, tanggapan pertama (first impression) tu penting. Barulah pelanggan suka dan ulang beli. Apapun saya berdoa agar rider-rider dan peniaga yang lain agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan berniaga untuk kawan-kawan daripada group Syrup Waffle terutamanya BurgerCulture_MY,” katanya lagi.

Pemuda Ini Tak Sangka Bila Rider Food Panda Boleh Pula Ambil Tindakan Ini Setelah Dia Tersadai Tepi Jalan Kerana Ini. Sekali Perkongsiannya Raih Perhatian Warganet.

Pemuda ini tak sangka tindakan mulia seorang rider ini yang sudi tampil untuk beri bantuan pada dua beranak yang tersadai di tepi jalan yang kebanyakannya meraih perhatian positif warganet. Kini banyak perkongsian yang mula tular di media sosial soal kebaikan pekerja syarikat penghantaran makanan (rider) yang dikongsikan oleh warganet.

Dalam kesibukan menghantar pesanan makanan pelanggan, mereka masih sempat memberi pertolongan sekiranya terserempak dengan individu yang dalam kesusahan. Baru-baru ini tular kisah seorang rider yang sempat membelikan makanan dan minuman kepada dua beranak yang tersadai di tepi jalan kerana tayar kereta mereka pancit. Kisah rider berkenaan menjadi tular selepas dikongsikan oleh pemandu kereta berkenaan di Facebook sehingga meraih hampir 800 perkongsian.

“Terima kasih Rider Foodpanda TCB 1570 sebab bawa makanan dan minuman untuk anak saya masa kereta tersadai sebab pancit. Ayat dia, ‘saya nak tolong repair tak reti, saya bawa minuman untuk abang dan anak je la sebab cuaca panas. Saya tolong ikhlas bang’. Nak bayar untuk air dan biskut pun tak nak ambil duit,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.

Ketika berkongsi cerita, pemandu berkenaan, Zairam Neezar berkata dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, dia sedang dalam perjalanan dari Bangsar ke kediamannya di Cyberjaya bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun.

Zairam Neezar berkongsi kisah kebaikan seorang rider menerusi satu perkongsian di Facebook.

“Saya baru lepas ambil anak dari kelasnya. Masa dalam perjalanan, tiba-tiba anak saya beritahu terdengar macam bunyi sesuatu. Tak lama selepas tu saya rasa dah tak sedap kemudian berhenti dekat tepi jalan. Bila turun kereta, tengok-tengok tayar belakang di sebelah kiri bocor. Saya minta anak keluar dan duduk dekat tempat selamat di tepi jalan, sementara tu tunggu rakan datang. Masa itulah rider Foodpanda ni datang. Dia kata dah dua kali trip hantar makanan tapi nampak saya masih dekat tepi jalan. Katanya, nak tolong repair tak pandai jadi dia mampu belikan makanan dan minuman sebab takut lapar,” ceritanya ketika mengimbas semula detik ketika bertemu dengan rider berkenaan.

Tanpa disangka, rider yang membantu Zairam Neezar adalah sepupu kepada rakannya.

Terharu dan terkejut dalam masa yang sama, lelaki berusia 34 tahun ini berkata dia sempat menawarkan untuk membayar semula harga makanan yang diberikan namun rider berkenaan menolak kerana berniat ikhlas untuk membantu.

“Segala-galanya berlaku dengan pantas. Saya sempat tanya nama, tak sempat nak minta nombor telefon sebab masa tu rider berkenaan minta diri untuk menghantar pesanan makanan yang seterusnya. Saya ambil keputusan untuk buat perkongsian dekat Facebook kerana menghargai jasa baik rider tersebut… dalam sibuk cari rezeki tapi masih sempat hulurkan pertolongan. Dalam masa yang sama, saya nak kongsikan mesej positif daripada kisah ini,” ujarnya yang juga seorang kakitangan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *