Takziah buat Azmi dan isteri. Pengurus Azmi Saat sahkan Afnan telah pergi buat selamanya.

artis Uncategorized

Bayi sulung penyanyi Azmi Saat yang berusia tiga hari telah pergi buat selamanya selepas mengalami masalah kesihatan kira-kira pukul 12.00 tengah hari, Khamis. Perkara itu disahkan pengurusnya, Syah Rahman yang memaklumkan bayi diberi nama Khairul Afnan itu menghembuskan nafas terakhir dipangkuan ibunya, Nazira Muhammad di Hospital Pakar Ohana, Kuala Lumpur.

“Selepas alat bantuan pernafasan dicabut, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhir. Afnan sah telah pergi buat selamanya beberapa minit kemudiannya… kita doakan semoga pasangan ini diberikan kekuatan melalui ujian cukup mencabar ini,” kata Syah ketika dihubungi mStar.

Pada pagi Khamis, Azmi yang juga merupakan vokalis kumpulan Caliph Buskers memaklumkan bayi lelakinya itu berdepan sakit yang masih belum diketahui punca sehingga perlu menerima bantuan pernafasan. Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya yang kini masih berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. “Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.

Malam tadi Azmi ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan!

“Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami. Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi laman Instagram.

Perkongsian Azmi di Instagram mengenai keadaan kesihatan anaknya.

Sementara itu, Syah turut memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu. “Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi… cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan. Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar,” kata Syah. Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun. Sumber : Mstar

Bayi Baru Berusia 3 Hari. Azmi Saat Dedah Anak Tidak Sihat Dan Disyaki Ada Sakit Ini Pula.

Azmi kongsi perkembangan kesihatan anaknya yang baru berusia tiga hari. Tiga hari selepas kelahiran cahaya mata sulung, vokalis kumpulan Caliph Busker iaitu Azmi Saat diuji apabila bayi lelakinya yang diberi nama Khairul Afnan berdepan penyakit kronik yang masih belum diketahui. Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya yang kini masih berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Azmi dan isteri teruja timang anak sulung pada Isnin lalu.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami. Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi laman Instagram pada pagi Khamis.

Malam tadi Azmi ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan!

Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun. Sementara itu, pengurus Azmi iaitu Syahz Rahman ketika dihubungi  mStar  memaklumkan masih belum mengetahui sakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.

Perkongsian Azmi di Instagram mengenai keadaan kesihatan anaknya.

“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi… cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan. Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar. Mungkin pagi ini Azmi sibuk menguruskan anaknya, semoga ada keajaiban buat Afnan dan dia kembali sembuh seperti biasa,” kata Syahz. Sumber : Mstar

Wanita Kongsi Berita Dapat Anak Pakej Dengan Adik. Takhta Bongsu Dirampas Adik Baru.

Sejak akhir-akhir ini sering kita lihat perkongsian pengguna media sosial apabila mereka didatangi ahli baru dalam keluarga walhal semua adik-beradik sudah makin menginjak usianya.

Namun, siapalah kita hendak menidakkan rezeki Allah. Bertabahlah apabila takhta bongsu dirampas adik baru.

Menerusi perkongsian dari pengguna Tiktok bernama Amani Azami, dia turut melewati fasa-fasa kehamilan serentak dengan ibunya sehinggalah tarikh bersalin juga jatuh pada hari yang sama.

“Comelnya, tahniah!”

Melihat perkongsian itu, rata-ratanya akui teruja sehingga mereka membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain memuji kecantikan si ibu yang tak ubah dimamah usia.

Sumber: Redaksi

Alam Luah Terkejut Bila Isteri Tiba Tiba Menangis Depan Pintu. Pelik Tengok Ragam Isteri Hamil Dan Ini Yang Alam Dedah.

Lain kehamilan lain ragamnya, begitulah yang dilalui pelakon dan penari Alam Wakaka tatkala berdepan pengalaman pertama menguruskan isteri hamil. Cerita Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 35, isterinya Nurul Alisya Najwa Hazman mengalami perubahan emosi yang ketara sejak kebelakangan ini.

Isteri Alam buat kejutan memberutahu dia hamil.

“Saya tak ada pengalaman lagi nak jaga isteri mengandung, ni yang pertama jadi banyak benda saya tak tahu dan perlu bersedia. Sejak akhir-akhir ni dia selalu moody. Kadang-kadang mood dia okay, adakalanya sayu je… mungkin sebab pembawakan budak. Saya kena buat lawak, kena jadi badut untuk ceriakan dia,” katanya .

Pada 14 September lalu Alam diberi kejutan dengan berita kehamilan Nurul Alisya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35. Kini kandungan isterinya berusia empat minggu. Bercerita lanjut tentang pengalamannya dalam tempoh trimester pertama ini, Alam berkata selain sering muntah-muntah isterinya juga menunjukkan sikap aneh.

Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat

“Semalam berlaku kejadian paling pelik, masa saya lap motor dia tiba-tiba menangis depan pintu. Saya hairan kenapa ni, apa salah aku? Isteri kata dia tak tahu tiba-tiba rasa nak menangis, menangis macam ada masalah yang besar pula tu. Saya cuak sebab tak pernah tengok isteri menangis ni… jadi saya pujuk la, lama juga nak pujuk. Lepas itu apabila mood dah okay dia dah boleh gelak balik,” katanya berseloroh.

Tambah Alam, buat masa ini dia tidak membenarkan isterinya melakukan sebarang kerja rumah. “Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat. Mengidam tu tak ada lagi, tapi dia suka nak pesan macam-macam makanan tapi tak makan. Masa birthday dia nak makan stik, saya bawa la, dia makan dua tiga suap je.

Alam dan Najwa mendirikan rumah tangga pada 7 Mac lalu

“Paling ketara sekali dia rindu ibu dia. Disebabkan sekarang masih ada larangan rentas negeri, tak boleh balik Johor jumpa keluarga. Dalam satu hari tu lima ke enam kali dia call mak dia dan mak saya,” ujarnya. Untuk rekod Alam dan Najwa, 20, mendirikan rumah tangga di Pejabat Agama Segamat, Johor pada 7 Mac lalu. Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story. Sumber : Mstar

Ramai Yang Tertanya Soal Vaksin Buat Ibu Mengandung Dan Susukan Bayi. Sekali Khairy Jamaluddin Tampil Maklumkan Sesuatu Ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, memaklumkan ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera. Ini kerana, pertimbangan sewajarnya akan dibuat bagi menentukan jenis vaksin bersesuaian untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Perkara tersebut turut dikongsi Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman twitter miliknya. Selain itu, butiran berkaitan kandungan dan status penyusuan kini disertakan di bawah kemas kini alamat rumah, dalam ruangan vaksinasi, di aplikasi MySejahtera. Malah, kesemua butiran berkenaan, termasuk alamat semasa, status kandungan dan penyusuan akan dipaparkan pada bahagian penilaian pemilik akaun MySejahtera. Sumber : My Tv Viral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *