Bayi baru berusia 3 hari. Azmi Saat dedah anak tidak sihat dan disyaki ada sakit ini pula.

Viral

Azmi kongsi perkembangan kesihatan anaknya yang baru berusia tiga hari. Tiga hari selepas kelahiran cahaya mata sulung, vokalis kumpulan Caliph Busker iaitu Azmi Saat diuji apabila bayi lelakinya yang diberi nama Khairul Afnan berdepan penyakit kronik yang masih belum diketahui. Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya yang kini masih berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Azmi dan isteri teruja timang anak sulung pada Isnin lalu.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami. Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi laman Instagram pada pagi Khamis.

Malam tadi Azmi ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan!

Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun. Sementara itu, pengurus Azmi iaitu Syahz Rahman ketika dihubungi  mStar  memaklumkan masih belum mengetahui sakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.

Perkongsian Azmi di Instagram mengenai keadaan kesihatan anaknya.

“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi… cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan. Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar. Mungkin pagi ini Azmi sibuk menguruskan anaknya, semoga ada keajaiban buat Afnan dan dia kembali sembuh seperti biasa,” kata Syahz. Sumber : Mstar

Wanita Kongsi Berita Dapat Anak Pakej Dengan Adik. Takhta Bongsu Dirampas Adik Baru.

Sejak akhir-akhir ini sering kita lihat perkongsian pengguna media sosial apabila mereka didatangi ahli baru dalam keluarga walhal semua adik-beradik sudah makin menginjak usianya.

Namun, siapalah kita hendak menidakkan rezeki Allah. Bertabahlah apabila takhta bongsu dirampas adik baru.

Menerusi perkongsian dari pengguna Tiktok bernama Amani Azami, dia turut melewati fasa-fasa kehamilan serentak dengan ibunya sehinggalah tarikh bersalin juga jatuh pada hari yang sama.

“Comelnya, tahniah!”

Melihat perkongsian itu, rata-ratanya akui teruja sehingga mereka membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain memuji kecantikan si ibu yang tak ubah dimamah usia.

Sumber: Redaksi

Alam Luah Terkejut Bila Isteri Tiba Tiba Menangis Depan Pintu. Pelik Tengok Ragam Isteri Hamil Dan Ini Yang Alam Dedah.

Lain kehamilan lain ragamnya, begitulah yang dilalui pelakon dan penari Alam Wakaka tatkala berdepan pengalaman pertama menguruskan isteri hamil. Cerita Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 35, isterinya Nurul Alisya Najwa Hazman mengalami perubahan emosi yang ketara sejak kebelakangan ini.

Isteri Alam buat kejutan memberutahu dia hamil.

“Saya tak ada pengalaman lagi nak jaga isteri mengandung, ni yang pertama jadi banyak benda saya tak tahu dan perlu bersedia. Sejak akhir-akhir ni dia selalu moody. Kadang-kadang mood dia okay, adakalanya sayu je… mungkin sebab pembawakan budak. Saya kena buat lawak, kena jadi badut untuk ceriakan dia,” katanya .

Pada 14 September lalu Alam diberi kejutan dengan berita kehamilan Nurul Alisya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35. Kini kandungan isterinya berusia empat minggu. Bercerita lanjut tentang pengalamannya dalam tempoh trimester pertama ini, Alam berkata selain sering muntah-muntah isterinya juga menunjukkan sikap aneh.

Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat

“Semalam berlaku kejadian paling pelik, masa saya lap motor dia tiba-tiba menangis depan pintu. Saya hairan kenapa ni, apa salah aku? Isteri kata dia tak tahu tiba-tiba rasa nak menangis, menangis macam ada masalah yang besar pula tu. Saya cuak sebab tak pernah tengok isteri menangis ni… jadi saya pujuk la, lama juga nak pujuk. Lepas itu apabila mood dah okay dia dah boleh gelak balik,” katanya berseloroh.

Tambah Alam, buat masa ini dia tidak membenarkan isterinya melakukan sebarang kerja rumah. “Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat. Mengidam tu tak ada lagi, tapi dia suka nak pesan macam-macam makanan tapi tak makan. Masa birthday dia nak makan stik, saya bawa la, dia makan dua tiga suap je.

Alam dan Najwa mendirikan rumah tangga pada 7 Mac lalu

“Paling ketara sekali dia rindu ibu dia. Disebabkan sekarang masih ada larangan rentas negeri, tak boleh balik Johor jumpa keluarga. Dalam satu hari tu lima ke enam kali dia call mak dia dan mak saya,” ujarnya. Untuk rekod Alam dan Najwa, 20, mendirikan rumah tangga di Pejabat Agama Segamat, Johor pada 7 Mac lalu. Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story. Sumber : Mstar

Ramai Yang Tertanya Soal Vaksin Buat Ibu Mengandung Dan Susukan Bayi. Sekali Khairy Jamaluddin Tampil Maklumkan Sesuatu Ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, memaklumkan ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera. Ini kerana, pertimbangan sewajarnya akan dibuat bagi menentukan jenis vaksin bersesuaian untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Perkara tersebut turut dikongsi Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman twitter miliknya. Selain itu, butiran berkaitan kandungan dan status penyusuan kini disertakan di bawah kemas kini alamat rumah, dalam ruangan vaksinasi, di aplikasi MySejahtera. Malah, kesemua butiran berkenaan, termasuk alamat semasa, status kandungan dan penyusuan akan dipaparkan pada bahagian penilaian pemilik akaun MySejahtera. Sumber : My Tv Viral

Tular Ramai Yang Enggan Mengambil Vaksin Covid 19. Sekali Pemuda Ini Tampil Dedahkan Pengalaman Bapanya.

Berdasarkan laporan, puluhan ribu individu disahkan gagal hadir ke janji temu vaksin termasuk hampir 10,000 di Kelantan, Kedah (10,827), Johor (14,144), Perak (9,000) dan Negeri Sembilan (6,200) biarpun sudah mendapat tarikh vaksinasi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antid4d4h Melaka, Datuk Rahmad Mariman, antara alasan yang diberikan ialah tidak mengetahui tarikh janji temu, tidak sihat, berada di luar kawasan serta segelintir yang enggan divaksin.

Bagi individu yang telah divaksin pula, ramai yang berkongsi pengalaman mereka di media sosial sebagai galakan kepada individu lain untuk turut sama menyertai ikhtiar ini selain membendung pengaruh menentang vaksinasi dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah seorang pemuda jurusan Usuluddin di Universiti Jordan, saudara Abdul Muhaimin yang berkongsi pengalaman bapanya mendapatkan dos kedua vaksin baru-baru ini.

“Semalam abah dah selesai dos kedua Pfizer alhamdulillah. Abah saya aliran pondok, tapi pembacaannya meluas.

“Kitab beliau sangat banyak, merangkumi pelbagai bidang. Kalau balik kampung, kami selalu bincang isu-isu berkaitan agama bersama, habis semua kitab dibuka, riuh rendah rumah kami dengan perbincangan. Semalam abah dah selesai 2nd dose Pfizer alhamdulillah. Abah saya aliran pondok, tapi pembacaannya meluas. Kitab beliau sangat banyak, merangkumi pelbagai bidang. Kalau balik kampung, kami selalu bincang isu-isu kabur bersama, habis kitab dibuka, riuh rumah dengan perbincangan kami. Kongsinya, ayahnya merupakan seorang yang cukup mencintai ilmu dan gemar membaca. Malah, beliau juga boleh demam jika terpaksa meninggalkan hobi membacanya ketika musim perayaan.

Tambah Muhaimin, ayahnya juga akan merujuk sesuatu isu kepada pakar jika terdapat kemusykilan. Malah, beliau lebih proaktif dan bersemangat untuk mengambil vaksin apabila terlebih dahulu menghubungi doktor untuk meminta pendapat bagi status pengambilan vaksin berdasarkan keadaan kesihatannya.

“Jadi begitu lah, alhamdulillah abah orang pertama dalam keluarga ambil dos pertama, dan abah jugak orang pertama selesaikan dos kedua. Satu lagi nak cakap, abah saya orang Kelantan, asal Tok Uban, Pasir Mas.. Tapi kemudian berhijrah ke Langkawi, Kedah.. Guano sep kito, jange lupo gi cocok blakoo,” ujarnya menamatkan perkongsian.

Sumber: Abdul Muhaimin, Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *