Tandas Khas Untuk Kucing Disediakan Di Pasir Mas.

Amalan Dunia Haiwan Kehidupan kucing

TIDAK kira kucing jalanan mahu pun yang dipelihara, semuanya adalah sama sahaja di mata peminat dan pencinta haiwan ini.

Fizikal haiwan ini yang gebu dan berbulu halus serta seakan faham apa yang dikatakan menjadikan ia antara hidupan yang cukup rapat dengan manusia.

Pasir Mas, Usaha Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) mewujudkan empat unit tandas awam kucing di Pasar Tasek Raja di sini tular di laman sosial Facebook sehingga mendapat pujian dalam kalangan warganet di negara ini.

Rata-rata warganet menyifatkan usaha MDPM itu wajar diberikan kredit kerana ia secara tidak langsung mampu mewujudkan suasana bersih di kawasan tersebut yang merupakan tumpuan orang ramai untuk membeli barangan dapur dan keperluan harian.

Yang Dipertua MDPM, Hazmi Abdul Hamid berkata, sejak tandas itu diperkenalkan pada Febuari lalu kebanyakan kucing-kucing terbiar di pasar tersebut sudah selesa menggunakan kemudahan tersebut.

“Malah kucing-kucing itu semakin berdisiplin dan sudah tahu kewujudan tandas berkenaan dan mereka juga tidak lagi membuang najis secara merata-rata sebagaimana sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurutnya, situasi itu secara tidak langsung mewujudkan persekitaran sihat dan bersih di kawasan pasar tersebut.

Beliau berkata, buah fikiran untuk mewujudkan kemudahan tandas itu terhasil menerusi mesyuarat bersama antara MDPM dan Jawatankuasa Bandar Tasek Raja.

Hazmi berkata, setakat ini terdapat kira-kira 600 ekor kucing yang berada di kawasan tersebut sejak Januari 2021 hingga Selasa.

“Kesemua kucing-kucing ini adalah terbiar dan bagi memastikan pengudaraan berada dalam keadaan baik, MDPM akan menyelenggara tandas tersebut setiap hari dengan membuang najis-najis kucing ke lokasi sepatutnya.

“Selain itu kerja-kerja menggembur pasir dan rumput dilakukan setiap minggu bagi memastikan tandas awam kucing itu berfungsi dengan baik,” katanya.

Menurutnya, inovasi itu secara tidak langsung membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan para pekerja pembersihan menguruskan keceriaan di lokasi itu dengan sempurna.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati tandas kucing itu sememangnya diselenggara dengan baik malah haiwan berkenaan dilihat mulai selesa menggunakan kemudahan tersebut.

Sumber: Sinar Harian.

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Ketahui Tips Mudah Untuk Latih Kucing Gunakan Tandas. Ini Antara Tips Sangat Berkesan.

Bagi pembela kucing pasti letih kalau rumah tiba-tiba berbau hancing sebab kucing suka kencing merata-rata. Nak cari tempat dia kencing tu dah satu hal. Ini tips untuk latih kucing anda kencing dalam tandas. Memang mudah. Sejak berpindah rumah empat bulan lalu, suami tiba-tiba ada hobi baru iaitu memelihara kucing. Mula-mula dia mengambil seekor kucing yang bernama Abu yang diberi secara percuma oleh salah seorang kenalan di laman sosial. Sejak itu sumi dan anak-anak mula memberi perhatian dan manjakan Abu.

Saya pula jenis yang tak suka kucing sebabnya takut pada kucing tapi pasrah saja sebab suami dan anak-anak minat pada si bulus. Sebulan selepas itu tambah lagi seekor kucing yang diberi nama Loma dan dibeli oleh suami dengan harga RM 120. Bertambahlah kawan Abu dan saya yang memang tak suka kucing ni terpaksalah akur dengan minat mereka. Paling sedih, masa Loma bunting dia mengalami kegvgvran dan anak-anak Loma seramai 5 ekor telah tiada ketika dilahirkan. Ketika itu suami dan anak-anak memang sedih apatah lagi bila lihat Loma lemah. Selepas semingu barulah saya lihat Loma aktif semula seperti selalu.

Rupa-rupanya dalam diam suami beli seekor lagi kucing dan kali ini diberi nama Ten Ten dengan harga RM 200. Maka bertambahlah lagi kucing peliharaan kami sebanyak 3 ekor. Walaupun saya jenis tak tahan bau busuk kucing tapi kena tahan juga. Sejak bela kucing ni anak-anak saya bukan main manja dengan haiwan kesayangan mereka.

Oklah disini saya nak berkongsi tips bagi mengelak kucing membuang air merata-rata di dalam rumah yang saya perolehi dari sumber internet. Tips ini juga menjadi panduan dan juga pengetahuan buat saya begitu juga anda yang cukup bermanfaat…

  • 1. Segera bersihkan n4jis kucing

Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kenc1ng, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.

  • 2.Toilet Training

Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat. Saya takde pun mende tuh sebab saya suka kucing ber4k kencing ditempat- tempat tersorok diluar kawasan rumah.

  • 3.Serai

Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

Sumber : Majalah Perdana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pengantin Baru Ini Sanggup Risikokan Nyawa Sendiri Untuk Menyelamatkan Kucing Kesayangannya. Sekali Ada Pula Kawan Yang Kata Begini.

Hanis yang berani memanjat tangga hanya untuk menyelamatkan kucing kesayangannya pada Jumaat lalu. “Pandai panjat tak pandai turun.” Demikian kata seorang pemilik kucing, Hanis Ishak, 28, berhubung kisah lucu melibatkan haiwan peliharaannya yang terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Puchong, Selangor pada Jumaat lalu. Mesra disapa Hanis, dia yang sanggup memanjat tangga untuk menyelamatkan kucing bernama Baby Tiger itu turut berkongsi video kejadian sehingga ia tular di laman Twitter.

“Ia berlaku sekitar 9.30 pagi. Sebenarnya kucing saya ni dah tiga hari tak balik rumah. Tak tahu ke mana sebab ‘dia’ jarang sangat keluar rumah. Keluar rumah waktu musim mengawan je. Tapi pagi tu dengar suara Baby Tiger bising dari atas bumbung rumah. Saya cuba panggil turun tapi Baby Tiger tak tahu nak turun ikut mana. Jadi saya buat keputusan ambil tangga, panjat untuk bawa ‘dia’ turun,” katanya.

Posting Hanis yang tular di Twitter.

Menurutnya lagi, bukan mudah untuk membawa turun kucing itu, malah percubaan pertama yang dilakukan oleh adiknya juga gagal. Biarpun agak berbahaya, Hanis nekad untuk memanjat tangga demi menyelamatkan haiwan itu yang sudah dibelanya sejak tujuh tahun lalu.

“Mana-mana pemilik kucing pun sanggup buat begitu. Sayang punya pasal. Baby Tiger tu dah macam keluarga. Dia anak saya, bukan kucing saya. Terpaksa la panjat juga. Tu dia tak meronta. Dia bagi kerjasama. Kalau orang lain risau dia merontalah sebab dia tak percaya orang lain agaknya.

Tak banyak kerenah tapi tahun lepas baby Tiger sakit selepas abah saya meninggal akibat serangan jantung mengejut

“Mula-mula adik lelaki panjat tapi tak berjaya bawa turun. Jadi saya yang panjat, lama juga pujuk tapi Baby Tiger takut, akhirnya saya rentap tangan, baru dapat bawa turun,” kata Hanis mengimbas semula kejadian itu. Dalam pada itu, aksi Hanis yang selamba memanjat tangga turut menjadi jenaka dalam kalangan rakan-rakannya.

Kata Hanis, kucing itu cukup rapat dengan bapanya.

“Saya baru sahaja berkahwin Rabu minggu lepas. Orang kata darah manis lagi… bahaya memanjat, tapi demi kucing saya rela sahaja. Kawan-kawan yang kata cakap macam tu. Warganet (komen Twitter) pula cakap bahaya panjat tangga sampai habis, risiko untuk jatuh tu tinggi. Tapi nak buat macam mana. Kucing tu nak saya juga yang tolong,” katanya lagi.

Bercerita lanjut mengenai Baby Tiger, Hanis mendedahkan kucing itu pernah jatuh sakit selepas kehilangan bapanya, Ishak Abdullah pada tahun lalu.

Hanis bersama kucing belaannya, Baby Tiger.

Imbas Hanis lagi, kucingnya itu terlalu rapat dengan bapanya memandangkan dia sendiri kekurangan waktu kerana sibuk dengan kerja.

“Tak banyak kerenah tapi tahun lepas Baby Tiger sakit selepas abah saya pergi selamanya akibat sakit jantung mengejut. Sebab dia manja dengan abah. Mungkin rasa kehilangan. Berbulan juga Baby Tiger sakit, kurus kering dan tak nak makan. Lepas jaga dia elok-elok barulah dia sihat dan gemuk balik.

Hanis membawa turun Baby Tiger yang terperangkap di atas bumbung rumah.

“Baby Tiger rapat dengan abah sebab saya sibuk kerja selama ni, jarang sikit nak ada masa dengan dia. Abah yang jaga dekat rumah, bagi makan minum dan tidur sekali. Lepas abah tak ada, Baby Tiger menang mencari. Masuk bilik, tunggu abah depan bilik, tapi abah dah tak ada,” kata Hanis lagi. Dalam pada itu, video aksi Hanis memanjat tangga untuk menyelamatkan kucingnya sehingga kini menerima lebih 230,000 tontonan di Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *