Ozlynn rindu anak sulung di Ireland. Adik beradik pula sakat hantar gambar makanan sedap.

artis Keluarga selebriti

Anak sulung kepada pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn Waty iaitu Ahmad Ariq Hanania baru-baru ini telah berangkat ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana.

Selepas seminggu berpisah, Ozlynn meluahkan rasa rindu tidak terhingga kepada anaknya itu. Walaupun sering berbalas mesej dan melakukan panggilan video, ketiadaan anak sulungnya itu tetap dirasai.

https://www.instagram.com/p/CUXhkfmjL2B/?utm_source=ig_embed&ig_rid=cf7ce552-61c2-4f24-b407-c44bd6427faa

Tegas dalam mendidik anak-anak, keakraban keluarga ini sering menjadi perhatian netizen. Pasangan Johan dan Ozlynn dipuji sentiasa menunjukkan kasih sayang dengan anak-anak meskipun anak sudah menginjak usia dewasa.

Apabila berjauhan, adik-adik pula menyakat si abang dengan menghantar foto makanan sedap yang mereka nikmati di rumah.

“Sekarang ni adik-adik dia duk pedajai dia makan apa dekat sini semua hantar gambar dekat abang. Lepas tu video call sampai abang dia cakap malas nak jawab call korang dah.”

Ozlynn yang sudah hampir sebulan berpantang melahirkan cahaya mata keenam berharap suatu hari nanti dia diberi peluang untuk melawat Ariq di universiti.

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Imamkan keluarga setiap kali waktu solat. Sekali warganet puji tindakan Johan didik anak.

Orang kata gamers ni ada tahapnya, biasa dan hardcore. Jenis yang biasa ni maksudnya mereka yang tak terlalu addicted sampai urusan lain diabaikan. Tapi, kalau hardcore memang sering menjadi topik hangat sebab mereka ni dikatakan ‘hidup m4ti game’. Lebih dahsyat, ada yang mempunyai tanggapan bahawa kaki game sebegitu tidak layak berkeluarga.

Bagaimanapun, seorang warganet menyuarakan pendapatnya di Facebook tentang isu berkenaan dan berkata hobi seseorang itu tidak salah sebaliknya ia bergantung kepada setiap individu. Sebagai contoh, dia memuji sikap dan cara Johan mendidik anak-anaknya meskipun suka bermain game.

Kaki game tak layak berkeluarga! Tanggapan tu salah. Tengok kehidupan Johan.” Tak pastilah dia kaki game ke tak tapi dia ada bilik khas untuk main game tau. Lengkap dengan speaker, kerusi semualah.”

Imamkan keluarga, ajar anak mengaji

Dia turut memuji Johan yang mengajar anak-anak mengaji serta akan menjadi imam untuk keluarganya setiap kali solat selain membantu melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Dia imamkan family dia setiap kali solat termasuk solat Subuh. Semua anak dia solat berjemaah walaupun baru berusia 2 tahun.” Dia ajar anak anak dia mengaji, tolong dalam kerja kerja rumah.”

Hobi tak salah, diri sendiri yang salah

Jadi sebenarnya tak kisah apa pun hobi kita. Baik lelaki atau perempuan. Hobi tu tak salah, yang salah diri sendiri.” Dah besar panjang, dah boleh fikir baik buruk. Kalau rasa hobi kita tu menyusahkan orang sekeliling kita. insaflah segera.”

Ramai warganet yang membaca perkongsiannya itu bersetuju dengan pendapatnya dan turut sama memuji cara Johan mendidik anak-anak. Ada segelintir yang berkata setiap orang mempunyai waktu bekerja yang berbeza dan membandingkan kehidupan mereka dengan Johan yang tiada fixed working hours. Sumber : Lobak Merah

Tahu tahu je dah bersalin. Sekali Johan ucap terima kasih dan janji akan belanja sesuatu buat orang ramai.

Walaupun ramai terkejut dengan ‘surprise’ yang dilakukan oleh pasangan selebriti terkenal Johan dan Ozlynn apabila dikhabarkan menimang cahaya mata keenam mereka, namun para peminat tetap tumpang gembira dengan kelahiran tersebut.

Berita baik itu telah dikongsikan oleh akaun rasmi radio Era FM apabila memuat naik gambar Johan memegang seorang bayi dengan kapsyen mengucapkan tahniah kerana baru sahaja menyambut orang baharu dalam keluarga besar mereka.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan

Selepas teka-teki tersebut terjawab, Johan akhirnya memuat naik satu video mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya. Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan sudah pun pulang ke rumah.

Akan update pasal anak2 di YouTube

Dalam video tersebut, pelawak dan juga penyampai radio Era FM itu memaklumkan segala update berkenaan anaknya akan di muat naik ke saluran YouTube bagi dikongsikan kepada para peminat. Dia juga berharap agar segala perkongsian tersebut memberi manfaat kepada semua.

Sebelum ini, ramai yang terkejut apabila tiba-tiba sahaja pihak Era FM mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dengan memuat naik gambar Johan memegang seorang bayi. Ramai yang tidak menjangka kerana Johan dan Ozlynn sangat ‘cekap’ merahsiakan kehamilan sehingga langsung tidak dapat dihidu para peminat walaupun mereka kerap memuat naik perkongsian di Instagram. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada keluarga Jozlynnhanania atas kelahiran anak keenam mereka. Sumber: Instagram Jozlynnhanania, Era.je

Selamat berjaga malam johan. Ozlynn selamat melahirkan cahaya mata keenam.

Pasangan selebriti Johan Rajalawak dan Ozlynnn dikhabarkan men1mang cahaya mata keenam menerusi satu perk0ngsian di instagram Era fm. Menerusi perk0ngsian tersebut, dua keping gambar memperlihatkan Johan sedang memegang bayi di atas sofa.

Malah, Johan juga dilihat membalas kapsyen yang dimuat naik menerusi perk0ngsian tersebut. Peminat pasangan tersebut nyata terkejut dengan khabar gembira itu memandangkan baik Johan mahupun Ozlynn tidak pernah berk0ngsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.

Rata-rata warganet mengakui terkejut apabila mengetahui kehadiran ‘orang baharu’ itu memandangkan Johan atau Ozylnn sendiri tidak pernah mendedahkan tentang kehamilan tersebut kepada orang ramai.

Selain itu, terdapat juga warganet mengambil kesempatan bagi mengucapkan syukur dan tahniah kepada pasangan itu atas kurniaan zuriat terindah.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di instagram seorang penjual durian atas talian, berkongsi sekeping gambar bersama pasangan tersebut yang membeli durian. Menerusi gambar itu, jelas kelihatan baby bump Ozlynn.Walaupun pasangan tersebut masih belum membuka cerita mengenai hal tersbeut, pihak Keluarga mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi baru ini. Semoga ibu dan anak sihat selalu.

Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq. Sumber: Instagram ERA FM & Jozlynn

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *