Mahkamah bebaskan Ahmad Maslan lepas bayar kompaun RM1.1 juta.

berita Semasa

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan atas dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan wang RM2 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberi pernyataan palsu.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh memutuskan demikian pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah untuk menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Maslan berikutan tertuduh bersetuju untuk membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta semalam.

“Dalam membuat permohonan untuk tidak meneruskan terhadap tertuduh Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa tertuduh tidak akan dihadapkan semula dengan pertuduhan-pertuduhan yang sama di masa akan datang. Ini berikutan fakta bahawa tertuduh telah menerima tawaran kompaun dan menjelaskan kompaun tersebut,” kata hakim itu.

Sebelum ini, Ahmad, 55, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 21 Januari 2020 di atas semua pertuduhan tersebut.

Terdahulu Mahkamah Tinggi pada 13 Julai lalu membenarkan permohonan Ahmad agar kes tersebut dipindah dan dibicarakan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad didakwa menerima wang RM2 juta daripada Najib yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 April 2014 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara pertuduhan kedua, Ahmad didakwa memberi pernyataan palsu kepada SPRM ketika percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa, Mohd. Zairi Zainal antara pukul 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019, di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini berhubung cek tersebut.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Sumber.– K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ahmad Maslan baru je hantar surat. terkejut sekali ini respon dari Ismail Sabri.

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan surat yang dihantar oleh Setiusaha Agong Umno adalah bertentangan dengan undang-undang. Menurut Ismail Sabri, surat oleh Datuk Seri Ahmad Maslan itu akan diletili sebelum membuat pendirian untuk memberi jawapan balas atau sebaliknya.

“Kita akan terus menyokong kerajaan berdasarkan titah Agong sehingga keabsahan ditentukan di Parlimen, kita buat keputusan apabila sampai masanya. “Surat 48 jam oleh Setiausaha Agong Umno, ia bertentangan dengan perundangan dan kita akan lihat perkara ini, akan buat keputusan untuk jawab atau tidak… akan bincang semula,” katanya dalam satu sidang media, Jumaat.

Dalam masa yang sama Ismail Sabri menyeru Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar berjumpa dengannya dan ahli Parlimen parti itu untuk menjelaskan hasrat sebenar beliau. Malah katanya, dia setakat ini masih lagi belum menerima surat tersebut dan belum memutuskan tindakan seterusnya.

“Saya akan baca surat tu, saya pun belum terima lagi. Kita akan kaji dan bincang sesama kita, apa perlu dilakukan selepas itu. “Saya tak tahu apa kesalahan, adakah patuh titah Agong merupakan satu kesalahan? Kalau itu satu kesalahan, saya tak tahulah siapa yang derhaka,” ujarnya lagi.

Pada Khamis, Umno dilaporkan menghantar surat kepada semua ahli Parlimen agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis. Surat melalui Ahmad Maslan itu meminta semua ahli Parlimen parti itu menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos, untuk menyatakan sama ada tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan atau menyokong PN dan tidak akan meletakkan jawatan.

Saya tak akan jawab surat Ahmad Maslan – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan menerima surat dari Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini yang meminta Ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian mereka sebelum 7 Ogos ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan menjawab surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO itu. “Saya mengesahkan telah menerima surat dari Setiausaha Agung UMNO menerusi WhatsApp hari ini.

“Saya tidak akan jawab surat tersebut kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan. “Yang sepatutnya diberi surat tunjuk sebab adalah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau jelas tak patuh keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020.

“Ini jelas menerusi audio perbualan beliau dgn Anwar selepas PAU pada Mac lalu yang tersebar sebelum ini. “Selain itu saya sudah menyatakan Zahid perlu berjumpa semua Ahli Parlimen UMNO dan menjelaskan apa yang beliau lakukan tapi sampai sekarang dia tak nak jumpa,” katanya kepada Astro AWANI.

Selain itu, Mohamed Nazri juga menegaskan sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau hanya akan akur dengan keputusan yang dibuat Dewan Tertinggi BN.

“Saya adalah Ahli Parlimen BN, jika Dewan Tertinggi BN mengarahkan saya menarik sokongan barulah saya akan tarik sokongan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan Setiausaha Agung UMNO telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimennya agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis.

Surat itu meminta semua ahli parlimen UMNO menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos.Menerusi borang tersebut, semua Ahli Parlimen UMNO diminta menyatakan pendirian sama ada tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan atau menyokong PN dan tidak akan meletak jawatan.

Zahid hantar surat akuan tambahan kepada Agong, tepis dakwaan kerajaan masih ada majoriti

Kuala Lumpur: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini, bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah sebelum ini.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas mendakwa kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.

Menurutnya, Umno mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada September depan.

Beliau berkata, sebelum ini Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong. “Saya mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen Umno kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Ahmad Zahid berkata, selepas Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir semalam bagi menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri atas asas mahu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen Umno bertambah.

Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khasnya berkata, beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri. Perkara berkenaan sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada majlis menghadap di Istana Negara, pagi tadi.

Tun M desak Muhyiddin untuk letak jawatan dan rupanya ini sebabnya.

Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang. Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini. Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara.

“Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham,” katanya. Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *