Guru rasa syok sendiri terus terkesan dan kembali bersemangat dengar kata kata penyampai radio JFK.

Amalan Kehidupan

GURU mana yang tidak terkilan apabila kelas dalam talian yang diadakannya dengan penuh bersemangat tidak mendapat sambutan para pelajar.

“Kasihan. Selalu kalau buat kelas pun berapa kerat je masuk, tak sampai separuh. Hari ni tak ada terus,” tulis seorang anak menerusi satu ciapan di akaun Twitter @shameelsalleh.

Lebih menyedihkan apabila perkongsian yang diulang kicau lebih 10,000 kali itu, turut dimuat naik mesej luahan sedih ibunya – ‘Momy syok sendiri’.

Anak kepada guru berkenaan, Muhammad Shameel Salleh Othman Salleh berkata, luahan ibunya itu dikongsikan menerusi aplikasi grup Telegram keluarganya pada Jumaat.

Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, ibunya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“Sebelum ini cuma tak ramai, tapi hari tu seorang pelajar pun tak masuk dalam aplikasi Google Meet. Mak saya pula jenis pendam perasaan, jarang dia nak luahkan.

“Mak juga seorang yang hati kental, susah dia nak menangis. Tapi pertama kali tengok dia mengadu, jadi memang begitu terkesan pada diri mak,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, ibu Shameel, Bazlina Baharum berkata, kelas dalam taliannya kurang mendapat sambutan sejak pelaksanaan PdPR bukanlah satu perkara baharu.

Menurut wanita berusia 55 tahun itu, luahannya itu sekadar berkongsi kekecewaannya bersama keluarga dan tidak menyangka anak lelakinya membuat perkongsian di Twitter.

“Hari tu kelas dari 10 pagi hingga 11.15 pagi, saya menghadap laptop tunggu. Tapi tak ada seorang pun join kelas, macam krik-krik (bunyi cengkerik sebagai gambaran tiada respons).

“Malam sebelumnya (Khamis malam), saya ambil masa kira-kira dua jam buat persediaan untuk modul pengajaran bagi kelas tersebut.

“Sebelum kelas bermula, saya masuk lebih awal untuk get ready. Bila dah krik krik, memang frust,” ujarnya yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 33 tahun.

Bagaimanapun kata ibu tiga anak itu, dia amat terharu apabila perkongsian anak bongsunya mengenai luahannya itu mendapat respons positif yang berpihak kepadanya.

“Banyak komen warganet yang memihak kepada cikgu. Biasanya kita mendengar kritikan yang cikgu ni makan gaji buta atau cikgu tak buat apa-apa.

Jika dia (JFK) boleh perform dengan baik di studio, kenapa saya tidak boleh melakukan perkara sama dalam kelas online?

“Tetapi sebenarnya banyak perkara yang cikgu lakukan selain mengajar dalam kelas. Sebelum mengajar pun guru-guru kena buat persediaan dulu,” tambahnya.

Namun siapa sangka guru yang peramah itu paling terkesan dengan kata-kata seorang penyampai radio Traxx FM, Johan Farid Khairuddin atau lebih dikenali sebagai JFK.

Bazlina berkata, ciapan anaknya di Twitter itu mendapat perhatian penyampai radio berkenaan yang mengupas mengenainya dalam segmen yang dikendalikan, pada hujung minggu.

“Dia (JFK) beritahu dirinya perform seorang diri di studio. Dia perform tanpa kisah berapa ramai pendengarnya, tapi apa yang penting adalah tanggungjawab dan jati diri sebagai penyampai.

“Kata-kata itu menjadi inspirasi kepada saya untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Buat pertama kali dalam kerjaya sebagai pendidik, saya mendapat inspirasi daripada seorang influencer.

“Jika dia boleh perform dengan baik di studio, kenapa saya tidak boleh melakukan perkara sama dalam kelas online? Dan hari ini, saya kembali bersemangat untuk mengajar,” katanya.

Sehubungan itu, guru berkenaan mahu meneruskan usaha menerusi pelbagai idea dan kreativiti bagi menarik perhatian para pelajarnya mengikuti kelasnya pada masa akan datang.

“Ada pelajar saya yang dahulunya sering bermasalah di sekolah akhirnya menyambung pengajian di peringkat matrikulasi. Ada pelajar saya yang tak reti cakap bahasa Inggeris, tapi kemudian bekerja dengan syarikat penerbangan dan speaking dengan ramai orang dari luar negara.

“Jadi, saya berharap pelajar-pelajar saya yang mengikuti kelas sama ada secara fizikal atau online akan menjadi seorang yang berjaya dari zero ke hero, insyaAllah,” ujar Bazlina.

Sumber: Mstar.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Lagi Segelintir Guru Di Negeri Selangor Yang Tolak Vksin. Sekali Sultan Selangor Titah Ini Yang Bakal Berlaku Kepada Guru Yang Masih Degil.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam telah memberi peringatan kepada guru-guru Al-Quran dan Fardu Ain akan kemungkinan kehilangan tugas sekiranya mereka enggan mengambil vksin. Dalam titah Baginda yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut menegaskan yang tindakan yang sama turut akan diambil ke atas pegawai masjid dan surau serta jurunikah yang enggan menerima vaksin.

Menurut laporan terperinci daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), seramai 326 orang guru KAFA belum mendapat suntikan vaksin Covid-19. Manakala 95 orang guru KAFA enggan menerima suntikan vaksin berkenaan.

Sementara itu, seramai 59 orang pegawai masjid belum mendapat svntikan vksin C0vd19, dengan 11 orang lagi enggan berbuat demikian. Manakala, 9 orang jurunikah pula masih belum divksin dan 6 dikenal pasti enggan menerima vksin. Bagi golongan ini yang memilih untuk tidak mahu divksin, Beta amat dukacita kerana mereka akan membahayakan diri mereka sendiri dan orang ramai. Beta bimbang jika masih ada guru-guru KAFA yang tidak divksin, ia boleh memudaratkan para pelajar.

Beta ingin mengingatkan kepada guru-guru KAFA yang masih berdegil ini, mereka berdepan kemungkinan tidak dibenarkan untuk meneruskan tugas. Begitu juga kepada pegawai-pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divksin, mereka juga berhadapan dengan tindakan yang sama.”

Selain itu, Sultan Selangor turut meminta agar pihak berwajib untuk mengambil tindakan ke atas 268 guru sekolah rendah dan 182 guru sekolah menengah di Negeri Selangor yang enggan divksin. Baginda turut menyeru rakyat Negeri Selangor untuk tidak khuatir atau ragu-ragu untuk mendapatkan vksin lebih-lebih lagi isu berkaitan vksin telah banyak kali disebut dalam khutbah Jumaat dan kenyataan akhbar.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *