Silap cara berdakwah. Gadis purdah tampil memohon maaf atas keterlanjuran.

Kehidupan OH AGAMA Viral

Baru-baru ini tular akan video seorang gadis berpudah menanggap orang lain yang belum berjaya menutup aurat dengan sewajarnya sebagai orang yang lemah.

Video tersebut mendapat kritikan ramai yang merasakan tindakan gadis terbuat tidak sensitif selain memperkecilkan wanita lain.

Selepas teruk dikritikan warganet, pengguna TikTok dikenali sebagai @ashalyabdaziz tampil memohon maaf atas keterlaluannya di video yang tular itu.

“Permohonan maaf saya secara terbuka kepada semua atas kesilapan saya membuat content yang menyinggung perasaan banyak pihak tempoh hari,” tulisnya ringkas.

Terima kasih atas nasihat & maafkan semua

Dalam video terbarunya, dia berterima kasih kepada semua yang menegurnya secara terbuka dan tertutup sehingga dia menyedari bahawa tindakannya agak keterlaluan.

Dia turut memaklumkan bahawa dia telah memaafkan semua yang telah mengecamnya dan ahli kelaurga yang tiada kaitan dengan video tersebut.

Mohon maaf berkali-kali

Menyedari bahawa apa yang berlaku itu meninggung perasaan orang ramai, dia telah pun menurunkan video tersebut selain berkali-kali memohon maaf.

Sebelum ini, video @ashalyabdaziz mengatakan mereka yang belum menutup aurat sebagai lemah benar-benar membuatkan ramai yang mengritik dirinya.

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Persoal Teman Wanita Pandai Tutup Aurat Tak. Video Gadis Berpurdah Ini Buat Ramai Panas.

Tindakan seorang gadis yang menghasilkan satu video di aplikasi TikTok mengundang kecaman dalam kalangan warganet apabila didakwa mempersoalkan mengenai aurat wanita lain.

Seorang pengguna laman Twitter, @317b48 memuat naik semula rakaman video tersebut memaparkan gadis itu bertanya kepada kaum lelaki adakah teman wanita mereka tahu menutup aurat dengan sebaiknya.

“Awek kau cantik? Pandai tutup aurat tak? Tak?? Lemah..,” kata suara itu yang dijadikan sebagai bunyi latar belakang video tersebut.
Video berdurasi 10 saat itu kemudian memperlihatkan beberapa keping gambar gadis berkenaan yang membawa gaya penampilan berpurdah serta pakaian labuh menutup aurat.

Bagaimanapun, perkara tersebut kurang disenangi oleh segelintir warganet yang mendakwa seolah-olah sengaja ‘downgrade’ atau merendahkan martabat kaum wanita yang belum menutup aurat dengan sempurna.

Warganet berpendapat, dia tidak sepatutnya bersikap riak kononnya ‘terpaling’ muslimah dengan membandingkan penampilan dirinya sendiri dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Selain itu, segelintir individu juga menasihati gadis berkenaan agar memperbetulkan niat dan tujuan sebenar apabila berpurdah kerana penampilan itu bukan berdasarkan fesyen atau trend semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, ada juga mempersoalkan mengenai suara latar belakang video terbabit. Adakah milik gadis tersebut atau dia sekadar menggunakan suara latar daripada video orang lain?

Bukan ‘sound’ dia tu

Tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan pemilik suara itu. Namun tinjauan mendapati, akaun TikTok gadis berkenaan sudah bertukar ke mod privasi.

Sumber: Twitter @317b48

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bertudung tapi boleh pula berpakaian begini. Sekali lagi Ameera Khan dikritik oleh warganet soal pakaian dan ini alasannya.

Biarpun kembali dengan imej berhijab, personaliti media sosial, Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti terkenal, Neelofa masih dikritik warganet gara-gara menggayakan pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ameera atau turut dikenali sebagai Little Miss Khan memuat naik beberapa keping foto menggayakan gaun santai paras lutut bersama padanan stoking panjang dengan imej berhijab.

Bagaimanapun, busana daripada koleksi mewah sebuah jenama terkenal yang dipakai Ameera kurang sesuai dengan imejnya yang berhijab kerana terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya berikutan gambar tersebut dirakam dari sudut atas.

Menjengah dalam ruangan komen, warganet tampil mengkritik tindakan Ameera memuat naik foto tersebut yang didkwa tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.

“Ini dinamakan berpakaian tetapi telnj4ng,” tulis seorang pengguna Instagram. “Kalau nak berhijab pun, eloklah sikit. Suka buat kontroversi,” komen seorang lagi warganet.

“Ada yang tidak kena dengan gambar ini. Tapi tidak apalah. Doa saya semoga suatu hari nanti awak akan dapat hidayah Allah SWT,” kata seorang pengikutnya dalam Instagram.

Walaupun ramai yang mengkritik gaya dan penampilan Ameera, namun masih terdapat komen positif mendoakan supaya gadis berusia 21 tahun itu dapat mengikut jejak langkah kakaknya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Harap suatu hari nanti awak jadi seperti Neelofa,” tulis seorang warganet. Sekadar info, Ameera sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas memuat naik sekeping foto memaparkan bentuk punggvngnya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut bertujuan memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menggunakan sejenis produk penjagaan kulit berharga ribuan ringgit. Ameera yang sebelum ini berhijab dan kemudiannya membuka tudung kembali dengan imej asalnya sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada Mac lalu.

Sumber -K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *