Video parodi bikin Iqbal sentap. Catriona Ross tampil diri mohon maaf .

artis selebriti

Pelakon Catriona Ross tampil memohon maaf kepada usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ekoran video parodi yang dibikin buat siaran sebuah program hiburan minggu lepas.

Jelas Catriona, dia mengambil masa yang lama untuk memberikan respon terhadap ketidakpuasan hati Iqbal terhadap video parodinya kerana sibuk menguruskan keluarga.

Malah, Catriona atau lebih popular kini dengan panggilan Kak Kek menafikan tuduhan Iqbal bahawa dirinya melakukan video terbabit disebabkan tawaran lumayan.

Saya minta maaf kerana lambat kerana saya mengambil masa terlalu lama untuk membalas anda. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.

“Tapi hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat.”Menjawab isu pertanyaan Iqbal adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit.

“Apatah lagi sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas saya mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme saya sebagai seorang pelakon.

“Tetapi menghormati pandangan dan perasaan Iqbal, saya minta maaf dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan Iqbal merasa lebih tenang dan damai selepas ini.

“Sebab saya pun terkejut apabila Iqbal mengatakan Iqbal seolah-olah mengalami depresi kerana masalah Iqbal,” katanya dalam hantaran video di Instagram Stories pada Selasa.

Sehubungan itu juga, Catriona meminta izin untuk berkongsi pandangan dan sebingkis nasihat buat Iqbal yang mana namanya kini sedang sohor di media sosial ekoran episod kisah cintanya bersama Datuk Seri Vida.Tegur Catriona dengan analogi ringkas; sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

“Dan saya minta izin juga daripada seorang kakak kepada seorang adik, sebagai seorang yang jauh lebih matang saya nak nasihatkan Iqbal sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah tepi pantai dik. Memang susah!

Memang ujian kita sangat dahsyat.”Pada Iqbal yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, Iqbal kena sangat kuat.

“Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis kepada Iqbal ya. Mudah-mudahan Iqbal menerima permohonan maaf saya ini.

Terima kasih,” ujarnya.Video parodi Catriona turut menampilkan Danial dan Jihan Muse yang difahamkan melakonkan semula babak dalam video kejutan hari jadi Iqbal oleh Datuk Seri Vida baru-baru ini.

Hal itu secara tidak langsung mengguris hati Iqbal dan membuatkannya terkilan.”Saya tak sangka Kak Kek mampu bawa watak Datuk Seri Vida dengan sangat menjadi dan menghiburkan.”Cuma saya betul-betul terkilan.

Saya berdepan depresi ditekan dengan pelbagai tohmahan. Sanggup Kak Kek buat begitu…”Saya terfikir adakah Kak Kek melakukan ini sebagai satu sindiran ataupun hanya kerana dapat bayaran?”Ada perkara boleh bergurau, di saat saya kritikal begini boleh dijadikan bahan jenaka?” ujarnya yang telah cuba menghubungi Catriona namun tidak berjawab.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Kisah cinta Iqbal dan Ds Vida jadi bahan jenaka sampai ada yang buat parodi. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Iqbal.

”Pagi-pagi lagi saya dah nampak orang kongsi vdeo parodi tentang saya dan DSV..” Itu luahan bekas pembantu peribadi (PA) kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad lqbal Zulkefli apabila kisah cinta beliau menjadi bahan jenaka.

Menurut lqbal, 27, beliau mengakui tersinggung dengan tndakan segelintir pihak mempersendakan kntroversi mereka. lqbal berkata, dia menyedari banyak content vdeo yang dihasilkan oleh warganet di media sosial termasuklah program televisyen menggunakan kntroversinya itu sebagai bahan hiburan dan jenaka.

Mengakui pada awalnya terasa hati, lqbal bagaimanapun berkata, dia memilih untuk kekal positif dengan usikan itu kerana menganggap hanya dia dan Vida sahaja mengetahui apa yang sedang berlaku. ” Sebelum ini banyak juga vdeo sinis mengenai kami di laman sosial.

” Sejujurnya saya sedikit terasa hati apabila isu serius ini orang buat main-main, sedih apabila tonton vdeo-vdeo sebegitu. ” Tapi bila fikir balik nanti orang kata saya hati tisu pula, sedangkan saya pun ada perasaan juga.

” Apabila ada orang jadikan ia bahan untuk gelak, saya rasa sedih tapi tak apa la kalau itu boleh buatkan mereka happy, saya pun tak boleh nak buat apa!” katanya kepada mStar. Menerusi Instagram, lqbal ada berkongsi beberapa vdeo memperlihatkan warganet mengajuk semula aksi dan ucapan Vida semasa melakukan kejutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Malah, program hiburan MeleTOP juga tidak ketinggalkan menyiarkan vdeo parodi berkaitan kntroversi mereka. itu. Dalam vdeo itu, Catriona Ross, Jihan Muse dan Danial Zaini dilihat melakonkan semula sebahagian aksi yang dimuat naik oleh lqbal di Instagram sebelum ini.

Video:

https://youtu.be/wH0b6P9mc_8

Sementara itu, lqbal menegaskan kisah cintanya dengan Vida bukanlah gimik atau sengaja dicipta untuk mengejar populariti. ” Saya kena hntam bertubi-tubi… sampai saya pun tak tahu nak bercakap apa lagi sebab semua yang saya beritahu media adalah jujur.

”Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk dan saya memberitahu kepada DSV, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu menaikkan sales syarikat beliau.

” Apa yang boleh saya kata, perancangan kami untuk berkahwin adalah bukan marketing,” ujarnya. Beberapa hari lalu lqbal tampil memohon maaf atas kisah yang berlarutan dan mengambil keputusan agar tidak lagi meletakkan harapan untuk berkahwin dengan Vida yang dikatakan enggan menuju ke fasa berumah tangga.

“Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Datuk Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Datuk Seri Vida sebagai isteri. ” Seandainya dia sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah.

” Saya tetap menyayangi dia seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodoh. Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin. ”Saya perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta dia tidak seteguh seperti pengorbanan saya. Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah dia sanggup ada bersama saya,” katanya menerusi Instastory.

Malah lqbal turut memberitahu dia tidak pernah menerima sebarang pemberian barangan mewah daripada Vida sepanjang tujuh tahun mereka berkenalan namun mengakui wanita itu banyak melaburkan duit kepadanya.

”Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar dia ada selitkan promosi produk. Namun, perancangan kami untuk berkahwin bukan marketing. ” Sepanjang hampir tujuh tahun saya mengenali dia, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja.” luahnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *