Bukan pencinta kucing. Warga emas belanja RM 2K sebulan jaga lebih 100 kucing dan anjing jalanan.

Amalan Haiwan kucing

Sejak 30 tahun lalu, seorang warga emas yang berasal dari Perak akan meluangkan masa enam jam hampir setiap hari untuk memasak dan memberi makan kepada kucing kucing serta anjing jalanan di sekitar Manjung dan Sitiawan.

Kini, walaupun sudah mencecah usia 60 tahun, Sabrina Abdullah tetap meneruskan rutinnya itu dengan kudrat dan dana sendiri serta bantuan beberapa individu.

Walaupun dirinya bukanlah pencinta kucing, Sabrina berkata rasa kasihan terhadap haiwan jalanan itu membuatkannya 

“Saya selalu melihat kucing terbiar apabila ke pasar pagi dan berasa kasihan melihat mereka seperti lapar.

“Bermula dari situ saya terfikir untuk memberi makanan kepada kucing dan apabila melihat ada anjing juga saya berikan sekali.

“Dalam kereta sentiasa ada makanan kering, bekas makanan dan air, senang kalau terjumpa haiwan terbiar boleh terus bagi makan. Kalau jumpa kucing sakit pun saya akan bawa ke klinik,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk memberi makan kepada kucing-kucing jalanan di kawasan tersbeut, Sabrina memerlukan 15 kilogram (kg) beras, 20 kg isi dan kepala ayam yang direbus sehingga lembut untuk sehari.

Dia membelanjakan sekitar RM2,000 sebulan untuk menyediakan semua itu, termasuk kos rawatan dan ubat.

Ibu dua anak yang turut membela 15 kucing jalanan di rumah berkata, makanan akan diagihkan pada waktu pagi dan petang dengan kerja memasak akan dimulakan pada jam 8 pagi.

“Saya akan beri makanan di beberapa lokasi di sekitar Kampung Acheh dan Seri Manjung pada jam 10 pagi, manakala petang pula di sekitar Kampung Koh dan Sitiawan selepas solat Asar.

“Kalau letak makanan berhampiran rumah orang, saya akan minta izin dahulu, jika dibenarkan baru saya akan letak dan akan bersihkan juga tempat makan itu.

“Semua kerja memasak dan memberi makan saya lakukan seorang diri, cuma kalau hari sibuk akan ada rakan membantu,” katanya yang menggunakan wang simpanan dan belanja bulanan diberikan suami dan anak untuk kerja kebajikan itu.

Katanya, dia bersyukur diberikan kesihatan yang baik untuk memasak dan memandu sendiri ke lokasi bagi memberi makanan kepada haiwan terbiar.

Surirumah itu ikhlas melakukan semua itu, malah tidak mengharapkan balasan mahupun pujian orang ramai, serta berterima kasih kepada semua yang membantu.

“Saya bersyukur suami dan dua anak menyokong usaha ini cuma mereka selalu berpesan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri.

“Kucing dan anjing jalanan itu juga sudah kenal kereta saya. Mereka setia menunggu walaupun saya pernah lewat hampir dua jam,” katanya.

Sumber: Berita Harian.

Memang betul betul hero. Kucing selamatkan keluarga ni dari ular tedung yang besar. Pemilik rumah akhirnya bongkarkan macam mana kucing tu boleh selamatkan mereka.

#Gambar kucing diatas hanya sekadar hiasan

Reaksi pelik seekor kucing peliharaan, berjaya menyelamatkan lapan sekeluarga daripada ular tedung selar sepanjang 2.5 meter, di Felda Lembaga Batu Lima, Jalan Endau-Mersing di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Alias Hussin berkata, dalam kejadian jam 11.02 pagi itu, pemilik kediaman terbabit bertindak memeriksa kediamannya selepas melihat tingkah laku kucing peliharaan itu tidak seperti kebiasaan.

Menurutnya, tekaan pemilik rumah itu tepat apabila dia berjaya menemukan ular tedung selar sedang melingkar di dalam bilik air kediamannya. “Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di dalam bilik air.

“Ketika kejadian, pengadu iaitu pemilik rumah yang menghuni bersama tujuh ahli keluarga menyedari reaksi kucing peliharaannya tidak mengeluarkan suara seperti biasa dan seolah-olah cuba memberitahu sesuatu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, PKO berjaya menangkap ular tersebut dalam tempoh lapan minit dengan menggunakan dua unit penjerut haiwan dan dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan penduduk.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Pemilik Patah Hati Ketika Hilang. Kucing Bersatu Kembali Dengan Pemiliknya Setelah 10 Tahun Hilang.

Seekor kucing telah bersatu kembali dengan pemiliknya usai 10 tahun hilang. Dilansir dari Dailystar, Senin (20/9/2021), kucing bernama Feline Forbes, berusia 12 tahun, diselamatkan oleh kepala kesejahteraan haiwan di Aberdeen.

Mereka menemukan Forbes tampak sangat kurus dan dengan tulang yang menonjol. Kepala kesejahteraan memindai Forbes untuk mencari microchip dan menghubungi pemiliknya yang terkejut dan mengungkapkan bahwa kucing itu telah hilang sejak 2011.

Forbes kini telah dikembalikan ke pemiliknya yang sangat gembira yang telah putus asa untuk bertemu dengannya lagi.

Pemilik Forbes, Neil dan Lucy Henderson, patah hati ketika mereka kehilangan Forbes pada Maret 2011 dan menghabiskan waktu berbulan-bulan untuk mencarinya.

Hilang 10 Tahun Lalu.

Namun, setelah sembilan bulan mencari, mereka putus asa untuk melihat kucing itu lagi dan tiga tahun kemudian pindah ke Edinburgh.

SPCA Skotlandia menemukan Forbes hanya dua mil dari tempat dia pergi awalnya hilang satu dekade lalu. Forbes sekarang menetap kembali ke kehidupan di rumah bersama Neil dan Lucy.

“Ketika Forbes pertama kali hilang pada Maret 2011, kami putus asa. Kami memilikinya sejak dia masih kecil dan kami memiliki ikatan khusus. Dia adalah karakter yang unik dan ramah, kami sangat mengaguminya,” ujar Neil.

“Teman kami membuat poster dan kami pergi dari pintu ke pintu di daerah kami tinggal di Rosemount. Kami meminta orang untuk memeriksa garasi dan gudang mereka karena kami pikir dia mungkin baru saja dikunci di dalam. Setelah delapan atau sembilan bulan, kami sangat sedih harus menyadari bahwa yang terburuk mungkin telah terjadi.”

Gembira Saat Bertemu Kembali

Lucy menelepon Neil saat dia memandu , memintanya untuk naik ke atas sebelum dia memberi tahu dia berita menarik bahwa Forbes secara ajaib telah ditemukan.

“Forbes memang memberi saya pelukan besar jadi saya berharap dia mengingat kita,” kata Neil.

Rupanya Forbes bertingkah seperti dia tidak pernah pergi, bahkan masuk ke kamar dan mengeong ketika Neil bermain video game larut malam seperti dulu.

Neil berkata, “Saat ini, kami memperkenalkannya kepada dua anjing dan dua kucing kami. Dia tinggal di dalam sementara dia terbiasa dengan segalanya dan haiwan lain terbiasa dengan aromanya, dan sebaliknya. Dia menjelajahi ruangan baru setiap hari.”

Sumber: Liputan6.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *