Ingat wanita ini barang yang boleh dijual beli. Soo Wincci dedah diganggu di Instagram.

artis Kehidupan selebriti

Model dan juga pelakon jelita, Dr. Soo Wincci tampil menceritakan pengalamannya diganggu lelaki gatal di media sosialnya, semalam.

Kata Wincci, ada beberapa individu telah mencuba nasih untuk menjadikannya sebagai isteri dengan mengirimkan kata-kata manis ataupun ‘pick-up line’ kepadanya di Instagram.

Antara kata-kata pikat yang dilontarkan individu tersebut seperti “Itulah yang i cari, ibu kepada anak i. Bila dia lahir dia ada seorang ibu yang hebat macam you..” dan pelbagai lagi.

Namun, Wincci yang tidak senang dengan perlakuan itu telah menempelak individu-individu dan memberi nasihat agar tidak memandang wanita sebagai ‘barang’ yang boleh dijual beli.

Wincci dalam pada itu  meminta agar mereka yang cuba-cuba untuk ‘mengorat’ dirinya agar berhenti kerana dia tidak suka akan perkara tersebut.

Di ruangan komen nampaknya rata-rata warganet minta Wincci untuk terus blok mereka dari terus menganggunya.

Terdahulu, Wincci yang baru sahaja berusia 35 tahun kini sedang meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol.

Dia yang juga merupakan bekas Miss World Malaysia 2008 pernah mengakui bahawa dirinya  masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Isteri Tak Pernah Berpantang. Ini Rata Rata Komen Warganet Lepas Dengar Penjelasan Dr.Say.

Doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dipanggil Dr Say berkongsi di laman Instagram berkenaan isterinya, Dr Azura yang tidak pernah mengamalkan pantang selepas melahirkan anak pertama dan kedua.

Menurut Dr Say, isterinya hanya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang berpantang.

Ahaa ramai jugak yang dm tanya soalan ni memandangkan saya rasa ada yang baru follow ig saya. Kalau yang follow sejak zaman Ace dulu mesti tau dah cerita ni. Tapi takpe saya cerita sekali lagi. Jawapannya, sejak anak pertama & termasuk anak kedua ni bini saya tidak berpantang.

Tambahnya lagi, tiada salahnya jika seseorang itu ingin mengamalkan pantang selepas kelahiran ataupun tidak berpantang. Terpulang kepada individu tersebut.

“Whats? Tak pantang? Badan nak guna lama kot” jerit makcik bawangs di FB. Sekali lagi saya ingin tekankan yang kami tidak menentang sesiapa yang ingin berpantang. Nak pantang silakan, taknak pantang pun silakan.

Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yang paling senang nak diterima akal. Kalau masa berpantang ni ibu2-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering & seangkatan dengannya, then habis pantang hari ke-45 ibu-ibu me-ngappp ayam goreng Mekdi, Kepchi, Mary Perang with honey butter biscuits Texus Chicken on the side, logik akalnya tidakkah makanan-makanan sebegini akan merosakkan badan ibu-ibu yang selama ni berpantang?

Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat & seimbang, tu je. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran & buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh je nak makan sebab ni semua tergolong dalam makanan yg sihat & seimbang. Kalau nak cakap “gatal” atau “bisa”, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang allergic, elakkanlah. In a nutshell, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak. Yg penting jangan terlalu extreme supaya ibu-ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang. Kalian macam mana? Pantang modern or tradisional? Open conversation k?

Rata-rata warga maya berkongsi ada yang berpantang secara tradisional malah ada juga yang mengamalkan pantang secara moden ataupun kedua-duanya sekali.

Apapun, hanya anda yang mengenali tubuh badan anda. Jadi buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.

Kredit: Dr Say

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Siap Bertungku Dan Bengkung Lagi. Chef Wan Kongsi Jaga Kucing Berpantang Tapi Ini Respon Warganet.

Chef Wan memang terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan isu yang ada. Semalam beliau menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu video di laman sosial instagramnya. Melihatkan dirinya yang sedang menjaga kucingnya yang dipanggil Kiah Propa baru lepas mel4hirkan anak.

Lebih mengejutkan apabila Chef Wan bagaikan menjaga manusia yang berpantang kerana disiapkan dengan segala herba dan minyak untuk kembung perut Si Kiah itu. Siap bertungku batu p4nas dan dibengkungkan lagi Si Kiah itu. Namun gelagat Chef Wan turut mengundang kritikan kerana ramai yang mengatakan dirinya bagaikan menyeks4 haiwan tersebut kerana berbuat sedemikian.

Namun Chef tampil beri penjelasan itu sekadar lakonan semata-mata untuk hiburan. Dan semua bahan yang digunakan itu bukanlah herba yang betul. Dan selepas video dirakam, Chef Wan terus membersihkan kembali Si Kiah supaya anaknya boleh minum susu ibunya dengan baik.

“I staged that silly performance was just to entertained all of u and make u laughed.” We clean her tummy with a wet warm towel as well as discard all the flowers and Kalamansi lime tu. It’s not even Kapur instead saya letak tepung dan air, daun Sireh pun bukan its my garden daun Kadok.” Sumber: Instagram _chefwan58 by Motif Viral

Kucing Elok Duduk Santai Atas Pokok. Sekali Gadis Pergi Mengadu Dekat Mak Bikin Tarik Perhatian Ramai.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang boleh dikatakan memang tak kering gusi menonton telatahnya yang lucu dan boleh buat pemilik juga tepuk dahi memikirkannya. Terutama di ruangan media sosial yang kini telah ramai pengguna Facebook, Twitter mahupun di aplikasi TikTok sporting memuat naik tentang si bulus mereka.

Anoy dengan kucing peliharaan diberi nama Gajus ini rasanya sangat next level apabila meluangkan masa bersama dimana rakaman yang dikongsikan ini juga mengundang ramai ketawa besar. Apa tidaknya, kucing peliharaannya ini sempoi duduk santai di atas salah satu pokok milik maknya dan akhirnya perkara itu kantoi selepas dia melihatnya. Lebih melucukan kucing yang diberi nama gajus dengan selamba duduk santai atas pokok itu terus dingadukan kepada maknya dan berlakulah pelbagai dialog yang menghiburkan antara dia dan si comel itu.

Lalu video di aplikasi TikTok itu menerima hampir 70,000 tanda suka warganet berserta ratusan reaksi lucu mereka tinggalkan di ruangan komen yang tidak dapat menahan daripada tercuit hati dengan telatah si comel bersama pemiliknya itu. “Gajus sedang mencari jalan untuk melarikan diri…”

“Aihh datang lak kaki ngadu nk hahaha”

“Dia nak menyamar jadi tanah…”

Sumber : HCL Share

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *