Najib saran laksanakan GST semula dengan segera apabila negara pulih dari wabak covid 19.

berita Covid 19 Info

[PARLIMEN] BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan supaya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula dengan segera apabila negara pulih dari Covid-19.

Menurutnya, ia bagi membolehkan negara mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata negara-negara jiran yang kesemuanya melaksanakan cukai GST kini telah berjaya menurunkan cukai korporat mereka ke paras lebih rendah berbanding Malaysia.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini merancang untuk mengurangkan cukai korporat secara berperingkat sehingga ke 17 peratus agar negara lebih kompetitif berbanding negara-negara jiran.

“Hasutan-hasutan bermotif politik yang membawa kepada pemansuhan sistem cukai GST, telah menghalang hasrat kerajaan BN dahulu.

“Selepas tiga tahun dimansuhkan, persepsi rakyat bahawa GST punca utama kenaikan harga barang terbukti tidak benar dan meleset apabila harga barangan asas naik lagi ketara setelah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan,” katanya.

Najib berkata, selain memberi ruang untuk menurunkan cukai korporat dan cukai peribadi, sistem GST yang dipadankan dengan pakej bantuan rakyat sebenarnya memainkan peranan amat penting untuk mengurangkan jurang pendapatan.

“Ini berlawanan dengan propaganda yang menyebabkan sebahagian rakyat termakan hasutan kononnya GST lebih memangsakan pendapatan rendah dan menyebabkan kenaikan harga barangan.

“Hakikatnya adalah sebaliknya GST menyumbang kepada fiskal kerajaan dan lebihan pendapatan hasil kerajaan itu dipulangkan kepada rakyat terutama sekali golongan B40 dan M40,” katanya.

Beliau berkata, perlu disedari GST adalah cukai penggunaan di mana lebih tinggi perbelanjaan seseorang, lagi tinggi jumlah bayaran GST dan ia membuatkan golongan kaya dan berkemampuan yang berbelanja lebih, akan membayar lebih GST.

“GST juga menyasarkan ekonomi gelap dengan saiznya sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas dari membayar apa-apa cukai.

“Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan iaitu dianggarkan dari 25 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 10 peratus,” katanya.

Menurutnya, kutipan hasil GST mampu diagih kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding nilai GST yang dibayar mereka.

“Sebab itu, kita perlu laksanakan semula GST secepat mungkin apabila negara pulih dari Covid-19,” katanya.

Sumber: Malaysiapost

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Najib baru je jumpa dengan Perdana Menteri. Terkejut bila tiba tiba Zahid cakap kerajaan hari ni hanya sementara.

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan kerajaan yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, yang disokong oleh parti itu ketika ini hanya bersifat sementara, kerana tidak memiliki mandat mutlak daripada rakyat.

Justeru katanya, sebagaimana diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan berpandukan titah Yang di-Pertuan Agong, apabila pandemik COVID-19 mulai berakhir dan selepas imuniti kelompok dicapai, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan.

Beliau berkata, hanya pilihan raya yang membolehkan mandat mutlak diperoleh untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan dipilih oleh rakyat. “Selaku Ketua Parti, saya akan terus berusaha memperkasakan UMNO selaras dengan mandat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi.

“Fokus kita tidak pernah lari daripada untuk terus berusaha memantapkan perjalanan parti khususnya dalam persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. “Kerajaan fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat yang amat meruncing ketika ini, manakala UMNO sebagai parti perlu menjadi suara pengimbang mewakili denyut nadi rakyat,

selain fokus memperkasa agenda pemantapan parti menghadapi PRU-15 bagi memperoleh kembali kepercayaan dan mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata UMNO akan saling melengkapi dan bergerak seiring dengan kerajaan serta memfokuskan peranan untuk membela rakyat dan mensejahterakan negara.

Katanya, langkah itu selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi parti sesuai kehendak akar umbi. “Untuk tempoh enam hingga tujuh bulan akan datang sehinggalah pandemik mulai reda, kerajaan dan parti akan saling lengkap-melengkapi dan bergerak seiring dengan memfokuskan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau menjelaskan kehendak akar umbi yang menyatakan semua kerusi tradisi UMNO dan kerusi yang dikhianati setelah diamanahkan oleh rakyat kepada UMNO dan BN pada PRU-14 lalu, tidak boleh sesekali dikompromikan.

Tegasnya, kerusi berkenaan mesti diambil kembali untuk ditandingi oleh UMNO pada PRU akan datang. “Ini termasuklah ketetapan PAU yang membataskan kerjasama dengan BERSATU hanya setelah Parlimen dibubarkan untuk PRU-15 yang akan datang,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya terlalu banyak hikmah Allah takdirkan UMNO hilang kuasa pada PRU lalu supaya dapat muhasabah diri. “Salah satunya ialah nilai kesetiaan kepada parti yang terlalu besar harganya yang menjadi penentu dan fitrah kelangsungan sebuah perjuangan.

“Kepada Allah jualah kita berserah dan mengharapkan petunjuk demi meneruskan agenda perjuangan untuk membela rakyat dan usaha sejahtera negara,” katanya .

Najib jumpa Perdana Menteri

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya, di Putrajaya. Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan selama sejam itu, beliau dan bekas Perdana Menteri berbincang mengenai cabaran ekonomi dan strategi menangani C0VID-19.

“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik C0VID-19.

“Datuk Seri Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” katanya dalam hantaran Facebook.

Biar betul Lembah Klang bakal beralih ke fasa baru. Sekali ini yang Ismail Sabri jelaskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ‘bayangan’ bahawa Lembah Klang akan beralih kepada fasa seterusnya selepas kadar vksinasinya sudah melebihi 80 peratus. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata, keputusan untuk peralihan fasa itu akan diputuskan selepas perbincangan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus. Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya. Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri bangga dengan dengan semua orang yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi atas dan pencapaian yang luar biasa. Sementara itu, berdasarkan carta yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin C0vd19 (JKJAV) di laman Facebooknya, jumlah penduduk Lembah Klang yang sudah lengkap dua dos vksin kini mencecah 90.3 peratus sehingga semalan. Sumber -K! ONLINE

Ramai yang dah tertanya keputusan PKPD mukim di Selangor. Ini jawapannya.

Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 34 mukim di Selangor tamat mengikut jadual yang ditetapkan, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terlibat. Sumber– K! ONLINE

Biar betul KL dah bebas dari PKPD. Tapi ini pula yang merunsingkan Selangor.

Sembilan lokaliti di Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ­ (PKPD) sejak 3 Julai lalu tamat hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sembilan lokaliti itu ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Ba­lang dan Taman Koperasi Polis (Fasa 2). Turut ditamatkan Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

Namun, nasib lapan daerah di Selangor yang membabitkan 34 buah mukim yang turut diumumkan PKPD sebelum ini masih belum diputuskan lagi. Terdahulu, pada 1 Julai lalu, Ismail Sabri telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim serta 14 lokaliti di Kuala Lumpur.

Perintah tersebut dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bermula 3 Julai dan dijadualkan tamat hari ini. Dalam pada itu, sebanyak tiga lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak akan dilaksanakan PKPD bermula 17 Julai sehingga 30 Julai 2021.

Ismail Sabri berkata, tiga lokaliti di Sabah adalah Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry, Sipitang dan Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau. “Tiga lagi lokaliti di daerah Kerian, Perak adalah, Apartmen Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung serta Kampung Binjai,” jelasnya.

Sumber : K! Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *