Tular wanita ini dedah diberhentikan kerja gara gara vksin. Sekali ini respon warganet sampai ada yang sokong majikan.

Viral

Sedikit demi sedikit, kini negara kita dapat melihat keberkesanan vaksin apabila kes di Lembah Klang mulai turun dan pusat kuarantin seperti di MAEPS makin berkurangan menerima pesakit.

Oleh itu, kebanyakan syarikat kini juga telah mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan masing-masing namun dengan syarat kesemua pekerja haruslah lengkap vaksinasi mereka seperti yang disarankan kerajaan.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian @lia_rose91 di TikTok, dia mendakwa telah diberhentikan oleh majikan kerana belum mengambil vaksin.

After 10 years berkhidmat, dibuang hanya sebab tidak ambil vaksin,” tulis wanita tersebut di ruangan kapsyen.

“Awak ada hak untuk tak mau vaksin, company ada hak untuk tak mau awak” 

Meskipun tidak diketahui sebab di sebalik keputusan drastik itu dibuat oleh majikannya, ramai di antara netizen yang menyokong tindakan majikan tersebut kerana berpendapat hal ini bersangkut paut dengan keselamatan pekerja lain di dalam syarikat itu juga.

“Saya bukan antivaksin guys” 

Pun begitu menerusi satu lagi posting terbaru pengguna TikTok ini, dia menjelaskan sebab mengapa dia tidak mahu mengambil vaksin pada awalnya. Menurut @lia_rose91, dia sebenarnya agak terkejut dengan tindakan ‘incharge’ di tempat kerjanya kerana mengambil tindakan drastik untuk memberhentikan kerja tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu mengenai hal tersebut.

Dia juga mengakui tidak tergesa-gesa untuk mengambil vaksin pada awalnya kerana kerajaan tidak mewajibkan rakyat untuk ambil vaksin di samping dia juga masih ada perasaan takut dan was-was kerasa isu AEFI. Pun begitu, dia menitipkan pesan kepada mereka yang ingin bekerja supaya cepat-cepatlah ambil vaksin dan janganlah bertangguh lagi seperti dirinya. Apa-apapun admin harap pekerja tersebut rujuklah ke mana-mana doktor yang arif tentang bab vaksin ni kalau masih rasa ragu-ragu nak ambil. Sebaiknya ambillah untuk kebaikan bersama. Sumber : Lobak Merah

Ada Pula Pihak Jual Sijil Digital Vksin Palsu Di Media Sosial. Tapi Ini Pula Yang Jadi Tanda Tanya.

Nampaknya ‘ramalan’warganet sudah menjadi kenyataan. Sijil digital pengesahan individu lengkap disuntik dua dos vaksin Covid-19 dikesan telah mula dijual. Menurut Kosmo, perkara itu dikongsikan Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Noor di Facebook peribadinya. Difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab yang menjual sijil digital vksin itu menerusi media sosial pada harga RM15 dan sijil palsu tersebut memaparkan maklumat penerima sijil berkenaan.

Macam mana nak tahu tulen ke palsu?

Pihak berkuasa perlu melakukan semakan ketulenan sijil digital tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera pada sijil. Bagaimanapun, beliau berkata, masalah yang akan timbul adalah kesukaran pihak berkuasa untuk melakukan semakan terperinci. Sudah mula dijual di atas talian. Kalau orang ramai dibenarkan buat kad pengenalan sijil vksin ataupun mencetak sendiri sijil vksinasi, macam mana pihak berkuasa nak kenal antara yang tulen dan palsu?”

Siapa ada maklumat, minta tampil

Susulan itu, polis Kedah telah menerima satu laporan polis semalam berhubung penularan isu penjualan sijil vksin digital palsu ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis berhubung kegiatan itu diterima jam 9.44 pagi semalam. Menurut Berita Harian, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua- duanya.” Setakat ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan pemilikan atau penjualan sijil vaksin digital palsu dan PDRM Kedah menasihatkan orang ramai supaya berhati- hati serta tidak mudah terpengaruh untuk memiliki sijil terbabit.” Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kes ini diminta untuk tampil menyalurkan sebarang informasi kepada PDRM Kedah di talian 04-7741275 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Noorulazanni Muhammad Noor di talian 011-10318409. Sumber : Lobak Merah

Niat Wanita Ini Cuma Nak Memudahkan Mak Ambil Vaksin. Sekali Tak Sangka Pula Ramai Yang Tempah Baju Mesra Vaksin.

Kisah baju kurung mesra vaksin itu tular di laman Twitter Husna. APABILA sudah tiba giliran untuk menerima vaksin, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran kita. Paling penting tentunya pakaian yang sesuai untuk dipakai bagi memudahkan proses suntikan nanti. Begitu juga wanita ini yang meraih perhatian warganet ini apabila dia menghasilkan baju kurung ‘mesra vaksin’ buat ibunya.

Menurut Nadhiratul Husna Abdul Haris, 27, dia mendapat idea itu setelah ibunya, Noraishah Sumirih, 57, mengadu mengenai pakaian yang akan dipakai ke pusat vaksin. “Mak cakap tak tahu nak pakai baju apa, baju memang banyak cuma tak boleh sinsing lengan. Mula-mula saya bagi idea suruh pakai cardigan. Tapi saya terfikir, macam tak best pula. Kalau boleh nak pakai baju lawa-lawa, ambil gambar selepas disuntik vaksin. Jadi saya jahit baju kurung dengan zip sorok pada kedua-dua bahagian lengan.

Husna bersama suami dan anaknya yang berusia lima bulan.

“Kebetulan memang mak ada hantar kain untuk saya jahit baju. Walaupun idea tu saya rasa mengarut pada mulanya, tapi Alhamdulillah ia siap juga,” ujarnya. Mesra disapa Husna, dia yang menetap di Butterworth, Pulau Pinang mendedahkan baju itu tidak sempat digayakan ibunya yang berada di Perak untuk suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada Ahad.

Namun katanya, dia berharap baju itu dapat dipakai oleh ibunya ketika menerima suntikan kedua vaksin pada tarikh seterusnya yang akan ditetapkan. “Saya baru pos baju itu, tapi mak tak sempat nak pakai untuk suntikan pertama.
Saya pula duduk di Pulau Pinang, mak di Perak. Harap mak dapat pakai baju ini untuk suntikan kedua nanti,” ujarnya.

Setakat ini ada dalam 100 mesej, dan 30 pasang tempahan baju sudah disahkan.

Dalam pada itu, penangan posting tular mengenai baju kurung mesra vaksin di laman Twitter turut membuka peluang rezeki buat dirinya. Dedah Husna, dia dihujani mesej orang ramai yang meminta agar tempahan baju itu dibuka segera. “Saya mula-mula hanya kongsi di Instagram, sekadar melawak. Kemudian ramai komen positif. Jadi saya kongsikan pula di Twitter.

Ibu dan bapa Husna.

“Boleh dikatakan 100 peratus komen positif. Ramai yang reply minta buka tempahan. Jadi pada Sabtu saya secara rasmi buka tempahan. Setakat ini ada dalam 100 mesej, dan 30 pasang tempahan baju sudah disahkan. Saya harap dengan inisiatif yang saya wujudkan ni dapat menggalakkan golongan wanita, ibu-ibu terutamanya serta memudahkan urusan frontliner sepanjang proses vaksinasi,” ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Husna baru sahaja tinggalkan kerjayanya sebagai pembantu arkitek di sebuah firma di Pulau Pinang pada Disember tahun lalu.

Antara baju yang pernah dijahit oleh Husna.

Ibu kepada seorang cahaya mata berusia lima bulan ini sudah lama minat menjahit, namun mula melakukannya secara serius sejak awal tahun ini. Untuk rekod, posting viral Husna di Twitter sehingga kini meraih hampir 15,000 ulang kicau (Retweet). Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *