Duit hanya tinggal RM2.80. Suami terpaksa jual telefon gara gara nak bantu isteri jalani operasi.

Viral

Suhaimi yang bekerja di kedai bateri kereta terpaksa menjual telefon bimbit demi kelangsungan hidup keluarganya. “Saya risau sangat, duit saya cuma tinggal RM2.80, saya perlu duit untuk bawa isteri saya ke hospital hari ni.” Itulah luahan hati seorang suami yang sedang kebuntuan memikirkan nasib keluarganya untuk hari-hari mendatang.

Mohammat Suhaimi Ishak, 26, berkata pelbagai ikhtiar dan segala macam pekerjaan telah dilakukannya demi mencari rezeki yang halal. Kesemua barangan berharga mereka juga telah dijual, kini yang tinggal hanyalah sebuah telefon bimbit hadiah hari lahirnya baru-baru ini. Posting Suhaimi di media sosial pada Sabtu mengiklankan telefon bimbit tersebut yang mahu dijual pada harga RM1,750.

“Sebiji Mi 10T Pro ingin dijual dengan harga RM1,750 nett, spec (spesifikasi) 8 ram 256gb, camera 108 megapixel, fast charging 33 volt, handphone cemerlang, tak ada issue baru je pakai dapat full set. Reason jual sebab nak pakai duit, wife nak buat operation jantung Isnin ni,” tulisnya di grup Facebook Bukit Sentosa/Beruntung Resident.

Posting Suhaimi di Facebook.

Suhaimi yang menetap di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor berkata, isterinya, Hijjah Hamid, 28, perlu menjalani operasi memandangkan fungsi jantungnya kini hanya tinggal 20 peratus. “Isteri saya sakit kencing manis, dr4h tinggi, bu4h p1ngg4ng dan baru-baru ni jntvng. Sebelum ini kami buat check up di Hospital Selayang tapi doktor di sana cakap (fungsi) jantung wife saya cuma tinggal 20 peratus jadi dia dirujuk ke Pusat Perubatan UiTM di Sungai Buloh,” katanya.

Surat rujukan dari hospital.

Jelas Suhaimi, dia kini terpaksa menghantar isteri dan dua anaknya yang berusia dua dan lima tahun untuk tinggal di rumah kakaknya kerana bimbang jantung isterinya akan berhenti secara tiba-tiba. Suhaimi yang bekerja di kedai bateri kereta berkata telefon bimbit yang ingin dijual adalah hadiah yang diberikan abang angkatnya sempena hari jadinya sebelum ini.

“Selagi saya hidup apa sahaja insyaAllah saya akan lakukan. Cuma saya risau sangat setakat ni tak ada siapa yang jawab posting saya tu, saya berharap sangat ada orang yang nak beli telefon saya sekurang-kurangnya duit tu boleh saya buat belanja isteri, anak-anak dengan isi minyak,” katanya.

Cuma saya tak ada duit langsung untuk makan minum isteri dekat hospital nanti, nak beli susu anak pun tak ada duit.

Menurut Suhaimi, sebelum ini dia pernah menjual pelbagai barangan berharga yang lain termasuk cincin perkahwinan mereka demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga. “Dulu saya ada kereta Proton Wira saya jual, motor jual, cincin kahwin jual, apa saja boleh jadi duit saya jual. Saya tak nak susahkan orang lain,” katanya.

Menurut Suhaimi, kos operasi jantung isterinya boleh menelan belanja sehingga RM40,000. Katanya, dia telah membuat permohonan bantuan zakat dan kini masih menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan. “Cuma saya tak ada duit langsung untuk makan minum isteri dekat hospital nanti, nak beli susu anak pun tak ada duit. Dekat saya cuma ada RM10.80, tadi beli nasi tinggal balance RM2.80 je,” ceritanya ketika dihubungi pada Ahad.

Kisah Suhaimi yang sebelum ini terpaksa tinggal di kedai bateri pernah tular di media sosial. “Sebelum ni saya duduk dalam kedai bateri je dan diviralkan orang Bukit Beruntung dan Darul Jariyah (sebuah badan amal) bantu saya untuk dapatkan rumah.

“Saya malu, saya sedih sebenarnya, dah enam tahun saya hidup susah macam ni tapi saya tempuh segalanya,” luahnya. Menurut Suhaimi, impiannya kini adalah untuk mendapatkan lesen motosikal bagi membolehkan dia menambah pendapatan dengan bekerja sebagai penghantar makanan pada waktu lapang. “Saya tak ada lesen tapi saya terpaksa bawa motor untuk pergi kerja. Saya dah berapa kali kena saman, saya tak pernah lari kalau ada sekatan jalanraya, tapi saya memang tak mampu nak ambil lesen. Itu memang impian saya,” katanya. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Suhaimi di talian 017-272 8451. Sumber : Mstar

Ebit Lew Tampil Untuk Beri Sesuatu Ini Pula Untuk Kegunaan Pelajar. Ternyata Ramai Warganet Menyokong Tindakannya Ini Dan Ini Rupanya Cara Untuk Memohon.

Ustaz Ebit Lew sering membantu orang yang kurang berkemampuan dan termasuklah pelajar yang mempunyai masalah tersendiri untuk pelajaran mereka. Kini pendakwah bebas terkenal ini ingin menghadiahkan 1000 cermin mata buat pelajar – pelajar sekolah di Malaysia. Menerusi laman sosial Facebook, Ebit membuat pengumuman baik tersebut untuk tatapan umum.

“Saya nak hadiahkan 1000 cermin mata berjumlah RM200,000 untuk pelajar yang memerlukan dari seluruh Malaysia. Kita akan beri mengikut sekolah yang terpilih. Guru atau wakil sekolah boleh WhatsApp 0149255109. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya menerusi satu hantaran. Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha Ebit dalam menyumbangkan cermin mata memandangkan ramai pelajar yang mengalami masalah rabun.

“Baik sungguh la ustaz ni macam-macam dia bg kat org yg betul-betul susah. Semoga keluarganya di lindung Allah selalu amin,” doa seorang wargamaya. “Alhamdulillah. Idea yang sangat hebat. Ramai kanak-kanak dan pelajar ada masalah rabun tetapi tidak melaporkan kepada ibu bapa atau guru. Kesannya mereka ketinggalan pelajaran di dalam kelas,” komen seorang wargamaya.

“Tiada kata yang dapat saya ucapkan. Syukur Alhamdulillah, dikurniakan insan semulia UEL. Semoga kebaikan yang dilakukan menjadi asbab untuk lebih ramai lagi yang mengikut jejak langkah beliau melakukan kebaikan,” luah seorang wargamaya. “Bagus inisiatif ni. Ramai sebenarnya murid-murid yang rabun. Kesian mereka duduk belakang tak dapat nak ikuti pelajaran. Terima kasih ustaz,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 4,000 perkongsian di laman Facebook.Terdahulu, Ebit telah memberikan 500 tablet hasil sumbangan wang Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 untuk diagihkan kepada pelajar bagi memudahkan mereka mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ini Yang Berlaku Pada Kereta Ustaz Ebit Lew. UEL Tanpa Ragu Kongsi Kisah Hebat Kuasa Doa Yang Meraih Perhatian Ramai

Baru baru ini,Ustaz Ebit Lew berkongsi cerita bahawa kereta miliknya telah pancit secara tiba tiba pada Khamis petang melalui IGnya. Jelas UEL, dugaan yang menimpa dirinya turut membawa rezeki kepada seorang petugas towing yang sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.

“Rezeki petang ni. Rahmat Allah. Tayar tiba-tiba pncit terus. Sekali adik towing turun kereta asyik bergambar je. Selalu doa nak jumpa ustaz.”Tersenyum saya. Kereta ni ramai peminat. Orang lalu je ambil gambar dengan kereta,” tulis Ebit di media sosial miliknya.

Ebit juga turut mengimbas kembali kejadian melibatkan seorang pemilik rumah tumpangan yang menangis bertemunya baru-baru ini. Jelas Ebit, dia terpaksa tinggal dia inapan milik wanita terbabit memandangkan misi yang dilakukannya tidak sempat disempurnakan pada hari sama.

“Begitu juga masa nak check in satu rumah baru ini dah lewat. Misi tak selesai kena check in.“Dah lewat masuk rumah. Sampai ,owner rumah tu wanita menangis sungguh-sungguh.”Ya Allah, ustaz saya hari-hari doa nak jumpa ustaz. Tak sangka ustaz yang sewa hari ini,” imbas Ebit akan kata-kata wanita itu.

Seterusnya, wanita itu turut memulangkan duit tempahan yang sudah dibayar Ebit secara dalam talian atas niat mahu bersedekah.”Saya memang penat sikit malam tu. Sibuk tak sempat makan dari semalam. Dan bila jumpa orang susah memang sedih. Kadang tengok anak tak sekolah. Bila nak sekolahkan ada masalah pula. Ya Allah. Tapi saya akan selesaikan juga bersama team yang lain.

“Tapi dengar akak tu kata doanya dimakbulkan. Saya tersenyum. Saya pun terus fikir ajaibnya doa. Berbaloi susah sedikit melihat ajaibnya doa orang. Melihat kekuasaan Allah,” ujar Ebit.Tambahnya, kuasa doa sememangnya tidak patut dipandang rendah.

Malah, dia sendiri sudah menyaksikan dan mendengar banyak kisah-kisah lain sebelum ini yang menunjukkan besarnya kuasa doa seseorang.”Begitulah selalunya melihat doa orang miskin dan anak yatim. Kadang dah lewat nak balik. Tiba ada dapat aduan tentang orang tinggal di tempat bangunan dijilat api dan ditinggalkan. Sekali sampai akak tiada kaki. Anak orang kelainan upaya (OKU).

“Tinggal disitu dah lama. Terus pindahkan akak tadi ke rumah baharu. Kita beri free pada akak tadi. Selepas seminggu akak tadi sudah hembuskan nnafas terakhir.”Anak yang OKU kata, mak dah solat dan bersyukur. Selama ini dah tak percaya tuhan. Selalu berdoa tapi Allah belum kabulkan. Bila ustaz sampai terus rasa bersyukur.

“Dalam hati saya ajaibnya doa akak ni. Begitulah doa orang yang memerlukan,” ujarnya.Dalam posting sama, Ebit turut membuat peringatan agar jangan sesekali kita memandang rendah kuasa doa dan dilrang juga meng4niayai orang susah dan anak yatim.

“Jangan pandang rendah doa mereka. Jangan aniaya orang miskin dan anak yatim. Jangan pandang rendah pada orang lain.”Doa boleh hentikan segala musibah dalam dunia ini. Tsunami, gempa bumi, puting beliung, Covid-19, dan lain-lain.”Siapa maha kuasa boleh tarik semua ini? Hanyalah Allah. Ya Allah selamatkanlah kami semua,” ujarnya lagi. Sumber : Ustaz Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *