Ada yang jual kit RTK Antigen 1 kali ganda lebih mahal. Sekali ini tindakan dari Pengarah KPDNHEP.

berita Semasa

Harga siling RM19.90 tetapi peniaga farmasi di sini, dikesan menjual kit ujian pantas (RTK) Antigen CvdI9 hampir sekali ganda lebih mahal. Susulan itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya membuka siasatan dan memberikan notis mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 ke atas peniaga di Durian Tunggal itu. Katanya, peniaga berkenaan dikesan menjual alat saringan RTK pada harga RM34, berbanding harga maksimum yang diwartakan kerajaan pada 5 September lalu.

“Premisnya adalah sebuah daripada 86 peruncit dan pemborong yang dikunjungi penguatkuasa ketika operasi pemantauan di sekitar negeri ini sejak 5 September lalu sehingga semalam. Operasi dilaksanakan bagi memastikan tiada peniaga yang ingkar dengan menjual alat saringan pada harga mahal,” katanya ditemui selepas mengetuai operasi di beberapa farmasi hari ini.

Norena meminta pengguna yang mengetahui mana-mana peniaga ingkar supaya menyalurkan aduan kepada pihaknya menerusi talian 1-800-886-800, emel aduan@kpdnhep.gov.my, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-88826088/ 6245 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 019-2794317. Dalam pada itu, beliau memuji peniaga yang mematuhi peraturan bahkan ada yang menjual alat yang menjadi barang keperluan ketika tempoh pandemik di bawah harga siling.

“Ada yang menjual kit RTK dengan harga RM14.90, ia sangat murah dan di bawah harga borong. Saya berterima kasih kepada peniaga berkenaan kerana mereka yang jelas memahami hasrat kerajaan untuk membantu pengguna, bersama-sama mengurangkan bebanan ditanggung ketika ini,” katanya. Kerajaan mengumumkan harga jualan runcit maksimum bagi setiap set RTK Antigen CvdI9 adalah RM19.90, manakala harga borong pada RM16, berkuatkuasa 5 September lalu. Sumber : hmetro

Doakan Orang Buat Swab Test Kena Covid19.Warganet Anggap Petugas Keterlaluan.

Seorang petugas barisan hadapan menerima kritikan serta kritikan susulan tindakannya yang mendoakan salah seorang individu yang menghadiri ujian saringan agar dijangkiti virus Covid-19.

Petugas doakan pesakit kena Covid-19

Kejadian itu telah dirakam oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Shuhada Dee dan kemudian dikongsikan di platform tersebut sehingga menjadi perhatian warganet.

Menerusi video pendek itu, petugas berkenaan bertanya sekiranya individu berusia 16 tahun itu sama ada telah menerima vaksin sebelum dia mendoakan agar individu terbabit terkena jangkitan virus tersebut.

“Apalah doakan orang macam tu”

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram terhadap kata-kata petugas itu yang dianggap keterlaluan menyebabkan mereka berhasrat agar video tersebut  sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Sumber: Redaksi

Pameran Bendera Putih Memperingati Mangsa Pergi Akibat Covid19.

Amerika Syarikat (AS) mengadakan pameran seni baharu bagi memperingati individu yang telah pergi buat selamanya akibat CvdI9.Sehingga Jumaat, sekurang-kurangnya 670,034 orang pergi akibat wabak itu di AS, menurut University Johns Hopkins. Pameran yang dianjurkan oleh artis Suzanne Brennan Firstenberg itu menempatkan lebih 600,000 bendera putih di National Mall.

Selain memberi gambaran visual mengenai kehilangan nyawa akibat wabak, bendera yang ditempatkan juga memuatkan mesej peribadi dari orang tersayang yang boleh ditinggalkan secara langsung atau dalam talian melalui laman web untuk pemasangan. “Begitu banyak kehilangan nyawa berlaku tanpa pengetahuan.

“Ketika saya berkesempatan membawanya (bendera) ke National Mall, meskipun saya tahu ini adalah tugas sangat besar, tetapi ia adalah tanggungjawab saya,” kata Firstenberg, 62. Sebelum ini, dia membuat pemasangan bendera dengan jumlah lebih kecil pada tahun lalu berhampiran Stadium RFK di Washington. Firstenberg berkata, penduduk AS harus mengambil risiko untuk bekerja bagi mencegah kegawatan ekonomi yang lebih terkesan berbanding risiko kesihatan akibat wabak itu.

“Itu benar-benar mengganggu saya. Saya berasa seolah-olah seseorang harus melakukan sesuatu untuk membuat kenyataan bahawa dengan kehilangan ini, kita juga harus menghargai setiap kehidupan ini, “ katanya. Sebelum pameran dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Khamis, seorang ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 mengakui dia terharu melihat ayahnya dihormati.

“Salah satu bendera itu mewakili ayah saya yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 kira-kira 11 bulan yang lalu. Saya tidak menyangka akan sangat beremosi melihat ini tetapi di sini saya menangis. Tolong, jangan sekali-kali, lupakan mereka,” katanya melalui satu catatan di media sosial yang dikongsi di akaun National Mall. Sumber: Mstar

Suami Pergi Buat Selamanya Setelah 10 Hari Lawan Covid 19. Sekali Banyak Pula Mesej Diterima Ceritakan Sikap Suami.

Allhyarhm Reza Adnin Roslan menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu. “Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kehilangan. Al-Fatihah buat suamiku, Reza Adnin Roslan,” demikian kapsyen yang ditulis seorang wanita pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Dengan lagu ‘Kemarin’ dendangan kumpulan Seventeen sebagai latar belakang, ternyata video berdurasi 1.04 minit itu bisa mengundang sebak sesiapa sahaja yang menontonnya. Menurut Intan Zainab Ismail Ikram, suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu selepas 10 hari bertarung nyawa melawan Covid-19.

Sudah lebih seminggu sejak kehilangan suaminya, namun detik-detik terakhir bersama suami tetap segar di ingatan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tujuh tahun ini. Menurut Intan, segala-galanya bermula pada 18 Mei lalu apabila suaminya demam.

Lambaian ketika di pusat kuarantin yang menjadi lambaian terakhir buat keluarga Intan.

“Selepas makan panadol, dia masih tak kebah. Pagi esoknya selepas Subuh, suami mengadu badannya lenguh-lenguh, sakit perut… saya buat bubur sebab dia tak selera makan. Selepas tu makan ubat lagi. Tapi demamnya tak juga kebah, malah suhu badan makin tinggi. Kami terus buat appointment untuk lakukan ujian calitan (swab)… demam sekarang bukan boleh buat main. Ini bukan kali pertama suami buat swab, rasanya dah kali keenam atau ketujuh sebab tuntutan kerjanya sebagai staf Petronas memerlukan dia buat swab setiap kali turun ‘site’. Kebanyakan masa suami kerja dari rumah.

Allahyarham Reza merupakan seorang bapa yan penyayang terhadap anak tunggalnya.

“Dipendekkan cerita, sehari kemudian doktor telefon dan beritahu ujian swab kali ini ‘sangkut’. Suami sangat positif, dia ‘chill’ saja terima berita tu,” ceritanya yang menetap di Kerteh, Terengganu. Menurut Intan Zainab, pada 21 Mei, suaminya dimasukkan ke pusat kuarantin manakala dia dan anak tunggalnya pula melakukan ujian calitan kerana merupakan kontak rapat. Kami sempat bertemu seketika di pusat kuarantin tersebut sebelum ‘berpisah’ sementara. Anak meraung-raung sebab berpisah dengan baba dia. Sebelum pulang, kami saling melambai-lambai… siapa sangka, itulah lambaian terakhir suami,” cerita wanita ini.

Tiga hari ditempatkan di pusat kuarantin, suami Intan Zainab terpaksa dipindahkan ke sebuah Hospital Hulu Terengganu kerana keadaannya semakin memburuk. “Pada Isnin, 24 Mei, keputusan ujian saya keluar dan saya turut disahkan positif Covid-19 sementara anak kami negatif.

Kenangan ketika ke tanah suci pada 2019.

“Tapi tak ada rezeki nak jumpa suami di pusat kuarantin sebab hari itu dia dah dipindahkan ke hospital dan saya hanya dimasukkan ke pusat kuarantin pada Selasa keesokannya. Anak terpaksa saya bawa sekali memandangkan ada kekangan tertentu, lagi pula suami pesan biarlah anak ada depan mata. Hari-hari kami berhubung. Kerap saya call dia tapi sekejap-sekejap setiap kali, sebab dia batuk teruk. Takut dia penat kalau banyak bercakap,” ceritanya.

Sehinggalah pada malam Khamis, Intan Zainab berkata suaminya mengadu sukar untuk bernafas ketika mereka saling berhubung. “Lebih kurang pukul 12 tengah malam, suami hantar mesej di WhatsApp memberitahu dia bergantung kepada tabung oksigen untuk bernafas. Tapi saya dah terlelap dan hanya baca mesej waktu Subuh, pagi Jumaat.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *