Alam luah terkejut bila isteri tiba tiba menangis depan pintu. Pelik tengok ragam isteri hamil dan ini yang Alam dedah.

artis tips

Lain kehamilan lain ragamnya, begitulah yang dilalui pelakon dan penari Alam Wakaka tatkala berdepan pengalaman pertama menguruskan isteri hamil. Cerita Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 35, isterinya Nurul Alisya Najwa Hazman mengalami perubahan emosi yang ketara sejak kebelakangan ini.

Isteri Alam buat kejutan memberutahu dia hamil.

“Saya tak ada pengalaman lagi nak jaga isteri mengandung, ni yang pertama jadi banyak benda saya tak tahu dan perlu bersedia. Sejak akhir-akhir ni dia selalu moody. Kadang-kadang mood dia okay, adakalanya sayu je… mungkin sebab pembawakan budak. Saya kena buat lawak, kena jadi badut untuk ceriakan dia,” katanya .

Pada 14 September lalu Alam diberi kejutan dengan berita kehamilan Nurul Alisya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35. Kini kandungan isterinya berusia empat minggu. Bercerita lanjut tentang pengalamannya dalam tempoh trimester pertama ini, Alam berkata selain sering muntah-muntah isterinya juga menunjukkan sikap aneh.

Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat

“Semalam berlaku kejadian paling pelik, masa saya lap motor dia tiba-tiba menangis depan pintu. Saya hairan kenapa ni, apa salah aku? Isteri kata dia tak tahu tiba-tiba rasa nak menangis, menangis macam ada masalah yang besar pula tu. Saya cuak sebab tak pernah tengok isteri menangis ni… jadi saya pujuk la, lama juga nak pujuk. Lepas itu apabila mood dah okay dia dah boleh gelak balik,” katanya berseloroh.

Tambah Alam, buat masa ini dia tidak membenarkan isterinya melakukan sebarang kerja rumah. “Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat. Mengidam tu tak ada lagi, tapi dia suka nak pesan macam-macam makanan tapi tak makan. Masa birthday dia nak makan stik, saya bawa la, dia makan dua tiga suap je.

Alam dan Najwa mendirikan rumah tangga pada 7 Mac lalu

“Paling ketara sekali dia rindu ibu dia. Disebabkan sekarang masih ada larangan rentas negeri, tak boleh balik Johor jumpa keluarga. Dalam satu hari tu lima ke enam kali dia call mak dia dan mak saya,” ujarnya. Untuk rekod Alam dan Najwa, 20, mendirikan rumah tangga di Pejabat Agama Segamat, Johor pada 7 Mac lalu. Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story. Sumber : Mstar

Ramai Yang Tertanya Soal Vaksin Buat Ibu Mengandung Dan Susukan Bayi. Sekali Khairy Jamaluddin Tampil Maklumkan Sesuatu Ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, memaklumkan ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera. Ini kerana, pertimbangan sewajarnya akan dibuat bagi menentukan jenis vaksin bersesuaian untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Perkara tersebut turut dikongsi Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman twitter miliknya. Selain itu, butiran berkaitan kandungan dan status penyusuan kini disertakan di bawah kemas kini alamat rumah, dalam ruangan vaksinasi, di aplikasi MySejahtera. Malah, kesemua butiran berkenaan, termasuk alamat semasa, status kandungan dan penyusuan akan dipaparkan pada bahagian penilaian pemilik akaun MySejahtera. Sumber : My Tv Viral

Tular Ramai Yang Enggan Mengambil Vaksin Covid 19. Sekali Pemuda Ini Tampil Dedahkan Pengalaman Bapanya.

Berdasarkan laporan, puluhan ribu individu disahkan gagal hadir ke janji temu vaksin termasuk hampir 10,000 di Kelantan, Kedah (10,827), Johor (14,144), Perak (9,000) dan Negeri Sembilan (6,200) biarpun sudah mendapat tarikh vaksinasi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antid4d4h Melaka, Datuk Rahmad Mariman, antara alasan yang diberikan ialah tidak mengetahui tarikh janji temu, tidak sihat, berada di luar kawasan serta segelintir yang enggan divaksin.

Bagi individu yang telah divaksin pula, ramai yang berkongsi pengalaman mereka di media sosial sebagai galakan kepada individu lain untuk turut sama menyertai ikhtiar ini selain membendung pengaruh menentang vaksinasi dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah seorang pemuda jurusan Usuluddin di Universiti Jordan, saudara Abdul Muhaimin yang berkongsi pengalaman bapanya mendapatkan dos kedua vaksin baru-baru ini.

“Semalam abah dah selesai dos kedua Pfizer alhamdulillah. Abah saya aliran pondok, tapi pembacaannya meluas.

“Kitab beliau sangat banyak, merangkumi pelbagai bidang. Kalau balik kampung, kami selalu bincang isu-isu berkaitan agama bersama, habis semua kitab dibuka, riuh rendah rumah kami dengan perbincangan. Semalam abah dah selesai 2nd dose Pfizer alhamdulillah. Abah saya aliran pondok, tapi pembacaannya meluas. Kitab beliau sangat banyak, merangkumi pelbagai bidang. Kalau balik kampung, kami selalu bincang isu-isu kabur bersama, habis kitab dibuka, riuh rumah dengan perbincangan kami. Kongsinya, ayahnya merupakan seorang yang cukup mencintai ilmu dan gemar membaca. Malah, beliau juga boleh demam jika terpaksa meninggalkan hobi membacanya ketika musim perayaan.

Tambah Muhaimin, ayahnya juga akan merujuk sesuatu isu kepada pakar jika terdapat kemusykilan. Malah, beliau lebih proaktif dan bersemangat untuk mengambil vaksin apabila terlebih dahulu menghubungi doktor untuk meminta pendapat bagi status pengambilan vaksin berdasarkan keadaan kesihatannya.

“Jadi begitu lah, alhamdulillah abah orang pertama dalam keluarga ambil dos pertama, dan abah jugak orang pertama selesaikan dos kedua. Satu lagi nak cakap, abah saya orang Kelantan, asal Tok Uban, Pasir Mas.. Tapi kemudian berhijrah ke Langkawi, Kedah.. Guano sep kito, jange lupo gi cocok blakoo,” ujarnya menamatkan perkongsian.

Sumber: Abdul Muhaimin, Bernama

Boleh Ke Bersenam Setelah Disuntik Vaksin Covid 19. Ini Kata Doktor Pakar Yang Wajib Anda Tahu.

Program vaksinasi COVID-19 sedang giat dijalankan di seluruh dunia. Malaysia juga tak ketinggalan. Semakin hari, jumlah penduduk yang divaksinasi semakin bertambah. Ada yang dah lengkap kedua-dua dos, ada yang baru suntik dos pertama, dan tak kurang juga yang masih ‘beratur’ menunggu giliran untuk dos pertama.

Selalunya, penerima vaksin akan disuruh berehat seketika selepas menerima suntikan. Mungkin ada di antara kita yang terbiasa mengamalkan gaya hidup aktif dan tak boleh diam lama-lama. Bagi anda yang terus nak pergi bersenam lepas divaksin, ini perkara yang anda patut tahu.

Kesan sampingan vaksin COVID-19

Boleh bersenam atau tidak selepas divaksin itu bergantung kepada kesan sampingan dan keadaan si penerima. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kesan sampingan selepas suntikan vaksin termasuk nyeri, kemerahan dan bengkak pada bahagian yang disuntik.

Sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan lebih ketara seperti kelelahan, sakit kepala, sakit otot, badan terasa sejuk, demam dan mual-mual. Menurut CDC, kesan sampingan ini mungkin dialami selama satu atau dua hari. Ia juga mungkin berdampak kepada aktiviti harian anda, termasuk bersenam. Tapi jangan panik dulu. Jika anda mengalami kesan sampingan selepas disuntik, ini bermakna vaksin tersebut sedang bertindak balas dengan sistem imun anda.

Boleh ke bersenam lepas suntik vaksin?

Menurut Dr David Wayles, pakar sakit berjangkit, tiada apa yang perlu dirisaukan jika anda ingin bersenam sejurus selepas mendapat suntikan. Namun, kualiti senaman anda mungkin berkurang akibat ketidakselesaan yang dialami selepas disuntik. Walaubagaimanapun, menurut pakar pulmonologi, Dr Humberto Choi, tiada bukti yang menunjukkan bersenam selepas divaksinasi akan mengurangkan keberkesanan vaksin tersebut. Sumber: Health

Tular Isu Influencer Dapat Vaksin Awal. Ini Respon Dr Say Dan Ini Perkembnga Dirinya Dan Isteri

Tular semalam apabila sebuah portal mengatakan bahawa Hospital Serdang memberikan vaksin kepada beberapa influencer. NAmun begitu, Dr Noor Hisham menafikan hal tersebut. Dan terbaru, Dr Say atau nama penuhnya Shazril Shaharuddin memberikan pandangan tentang hal itu.

Ini kata kata dari Dr Say, Cukup laju ampa update berita terkini naa. Yg terlepas kapal, ada berita menyatakan Hospital Serdang berhasrat memasukkan 3 influencers dalam penerimaan pertama vaksin esok.

Terus terang sy cerita, kalau boleh, memang sy nak sesangat dapatkan vaksin COVID-19 ni seawal mungkin dengan niat agar sy dapat galakkan lebih ramai join Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tapi saya sedar kedudukan saya.

Mengulas isu ‘influencer’, Dr Say akui tidak sabar menerima suntikan vaksin Covid-19 namun sedar kedudukannya memandangkan beliau merupakan seorang doktor yang tiada ‘direct contact’ dengan pesakit Covid-19.Kat klinik yang saya biasa locum, saya deal mostly kes sakit kepala, sakit sengugut, demam biasa dan demam nak MC. Terjumpa pesakit Covid jarang sekali. Jadi sy sedar kalau say nak minta vaksin awal pun tidak adil kepada mereka yang betul-betul berdepan dengan Covid everyday.

Kata beliau , dia dan isterinya kategori dalam fasa pertama kerana merupakan barisan hadapan namun isterinya yang kini hamil tidak dibenarkan mengambil suntikan vaksin ini. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu giliran disuntik. Owh menjawab soalan ampa, saya bukan influencer nak potong line tu plus DG dah bagitau yang so called influencers tu adalah ketua jabatan Hospital Serdang themselves untuk menggalakkan staff frontliners mereka mengambil vaksin COVID-19. Cukup2 la sebar berita palsu ni, ampa tak penat ka? Dr Say juga memberitahu bahawa dia akan memuat naik foto dengan bangganya jika sudah menerima vaksin Covid-19 ini. Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata turut sama rasa teruja menunggu giliran untuk disuntik vaksin.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *