Zakir Naik cari jodoh untuk anak tapi kriteria calon pula buat warga perempuan turn off.

Amalan OH AGAMA

Dr Zakir Naik merupakan tokoh ilmuwan yang sangat disegani. Beliau juga amat aktif dalam aktiviti dakwah dan siapa sangka menerusi dakwahnya, ramai yang mula terpaut hati untuk mengenali Islam lebih dekat.

Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu bahawa Zakir naik mempunyai anak lelaki bernama Fariq Naik yang juga merupakan seorang penceramah hebat seperti bapanya. Bak kata pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Zakir Naik cari calon isteri untuk anak

Namun, apabila anak bujangnya telah menginjak dewasa, Zakir Naik berhasrat untuk mencarikan calon bakal isteri pula untuk Fariq yang mana hasrat itu juga telah diwar-warkan di media sosial.

Kriteria calon buat warganet tepuk dahi

Dalam hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama @JalalMisai_2 menyaksikan beberapa kriteria yang digariskan oleh tokoh ilmuwan itu.

Disusuli dengan risalah tersebut, Zakir Naik turut berharap agar orang ramai tidak keberatan untuk terus menghubungi nombor tertera atau mengantar ‘resume’ sekiranya berminat.

“Terlalu hebat bakal isteri”

Susulan perkara tersebut, tak dinafikan rata-ratanya mula meninggalkan komen seperti mengeluh dengan kriteria tersebut. Barangkali terasa seperti memikul batu yang berat.

 Bagaimanapun, tiada yang mustahil kerana apabila sudah sampai serunya, jodoh itu pasti akan hadir pada waktu yang telah ditentukan. Selain itu, rata-ratanya turut berharap agar hasrat murni tokoh itu dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Merupakan Lelaki Yang Penyayang. Ketahuilah Lelaki Yang Minat Kucing Ni Merupakan Calon Suami Pilihan. Untung Siapa Yang Dapat Calon Suami Pencinta Kucing Ni.

Mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah pada zaman sekarang. Mana tidaknya, banyak kes perpisahan berlaku adalah disebabkan pasangan yang tidak setia. Lebih teruk, banyak kes-kes yang dilaporkan melibatkan pendrn dalam rumah tangga, membuatkan kaum wanita kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Sedikit tips buat kaum wanita, lelaki pencinta adalah calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai pasangan!

1. Lebih penyayang

Korang mesti ada seorang kawan yang obses dengan kucing kan? IG Story dan Status Whatsapp mereka sentiasa dipenuhi dengan gambar dan video kucing. Ini membuktikan pencinta kucing kebiasaannya adalah sorang yang penyayang dan boleh menjaga sesuatu dengan penuh kasih sayang.

2. Penyabar dan tidak mudah marah

Kucing kebiasaannya ada ragam yang tersendiri seperti suka menggigit dan mencakar tuannya. Sesiapa yang pernah menjaga kucing pasti pernah merasai pengalaman ini. Sikap penyabar dan tidak mudah marah ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pencinta kucing sangat matang dalam sesebuah perhubungan.

3. Menjaga kucing adalah seperti menjaga bayi

Salah satu faktor penting kaum wanita perlu menjadikan pencinta kucing sebagai suami adalah mereka sudah terlatih dalam menjaga bayi. Kucing boleh diibaratkan seperti bayi yang perlu dimandikan, diberi makan dan dibersihkan selepas membuang air. Cuba bayangkan korang dapat suami yang pandai jaga baby?

4. Bertanggungjawab

Pencinta kucing selalunya adalah seorang yang bertanggungjawab. Mereka kebiasaanya akan menjaga kesihatan kucing dengan memberi ubat cacing dan vaksin sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi mereka, nyawa kucing itu sama nilainya dengan nyawa manusia. Siapa je yang taknak pasangan yang bertanggungjawab kan?

5. Bijak dalam menguruskan perbelanjaan

Bijak dalam menguruskan perbelanjaan merupakan skill penting yang korang perlu ada selepas berkahwin untuk terus survive. Pencinta kucing kebiasaannya akan membahagikan duit mereka terlebih dahulu untuk perbelanjaan kucing seperti pasir dan makanan.

Walaubagaimanapun, kesahihan fakta-fakta yang dinyatakan di atas tidak dapat dibuktikan dari segi saintifik. Namun jika dilihat daripada sudut psikologi, betul kan? Buat korang yang masih single, tiba masanya untuk anda cari pencinta kucing sebagai pasangan hidup!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tahukah Anda Pemilik Kucing Juga Harus Menjaga Telinga Kucing. Ini 3 Tips Cara Penjagaannya.

Sama seperti manusia, telinga kucing juga memerlukan penjagaan khas untuk melindungi dari jangkitan dan penyakit lain. Tidaklah sukar mana pun untuk menjaga telinga kucing anda tapi bagus untuk mengetahui beberapa kunci tip untuk menjaganya supaya sentiasa bersih dan sihat.

1. Membersih

Bersihkan telinga kucing anda untuk kekalkan kesihatan telinganya. Terdapat beberapa cara untuk membersihkan telinga kucing dan beberapa produk berbeza yang anda boleh gunakan. Apa yang terbaik untuk kucing perlulah disyorkan oleh veterinar kerana mereka lebih tahu apa yang selamat dan lebih efektif. Anda disyorkan untuk membersihkan telinga kucing anda sekali seminggu kecuali terdapat jangkitan atau penyakit lain yang memerlukan rawatan. Untuk kesihatan telinga yang maksimum pembersihan sekali seminggu sudah memadai untuk membuang segala kekotoran.

2.  Memeriksa

Pemeriksaan telinga di rumah boleh mengesan jangkitan awal sekiranya ia berlaku dan membolehkan rawatan lebih cepat dan selesakan kucing anda. Jangkitan telinga boleh jadi sangat sakit dan penting untuk anda mempercepatkan rawatan. Sebelum anda membersihkan telinga setiap minggu, anda boleh memeriksa sebanyak mana kekotoran dan serpihan hitam yang ada di dalam telinga kucing. Jika anda perasan serpihan tersebut semakin banyak ia menandakan yang telinga kucing anda dijangkiti kutu telinga.

3. Kawalan diet

Semasa membersihkan telinga anda dari kekotoran, ada juga kucing yang mempunyai alergi yang menyerang telinga. Seperti contoh, jika kucing snds alergi kepada daging lembu, jika memakan dengan terlalu banyak boleh menyebabkan jangkitan telinga yang teruk.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Yang Terasa Pelik Apabila Si Bulus Anda Berubah Warna. Ini 4 Sebab Mengapa Bulu Kucing Boleh Berubah Warna.

Sebagai pemilik kamu tentu memahami adanya perubahan pada kucing walau hanya perubahan kecil. Perubahan pada haiwan peliharaan memang sebaiknya diketahui untuk segera, karena perubahan kecil boleh jadi sebuah petanda adanya masalah pada kucing peliharaan anda. Salah satu perubahan yang mungkin terjadi adalah perubahan warna bulu pada si manis. Kamu mungkin melihat kucing yang tadinya berwarna hitam menjadi cokelat kemerahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengapa hal ini boleh terjadi, berikut adalah beberapa faktor yang dapat memengaruhi warna kucing dan mengapa bulu kucing dapat berubah warna seiring waktu.

1. Suhu

Pada kucing Siam, Himalaya, dan kucing oriental lainnya, warna bulu kucing ditentukan oleh suhu kulitnya. Kulit lebih dingin di ekstrem tubuh yakni pada kaki, ekor, dan telinga atau wajah, itulah sebabnya kucing berwarna putih atau krim dan bagian ini menjadi lebih gelap. Tetapi suhu kulit bukanlah satu-satunya faktor penentu. Suhu lingkungan kucing dapat memiliki hasil yang serupa.

2. Sinar matahari

Percaya atau tidak, kucing berwarna gelap boleh memudar di bawah sinar matahari. Jika kucing sering berada di luar ruangan, atau jika dia menghabiskan waktunya untuk berbaring di kawasan yang cerah di dalam ruangan, bulunya boleh menjadi cerah atau memudar.

3. Nutrisi berperan dalam warna kucing

Pola makan yang kekurangan asam amino tirosin dapat menyebabkan warna rambut kucing hitam berubah dari hitam menjadi kemerahan. Tirosin diperlukan untuk membuat melanin, pigmen gelap pada bulu kucing, dan jika kucing tidak mendapatkan cukup tirosin dalam makanannya, bulu eboni-nya dapat memudar. Masalah nutrisi lain seperti kekurangan tembaga dan kelebihan dapat menyebabkan bulu hitam menjadi memudah. Pastikan untuk berkonsultasi dengan doktor haiwan sebelum memberi kucing suplemen apa pun, kerana perubahan warna bulu juga dapat mengindikasikan sakit ginjal, hati, atau tiroid.

4. Karena usia

Seiring bertambahnya usia kucing, rambut mereka mulai beruban seperti halnya manusia. Bulu anjing ras Siam dan ras Oriental berujung gelap lainnya juga menjadi gelap seiring bertambahnya usia. Anak kucing Siam lahir putih dan baru akan mulai mengembangkan titik warnanya setelah berada di luar rahim ibunya, jadi fenomena ini mungkin merupakan kelanjutan dari proses tersebut. Seperti biasa, setiap kali kamu tidak yakin tentang sesuatu yang terjadi pada kucing, ada baiknya untuk segera berkonsultasi pada doktor haiwan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *