Fify Azmi mengulas dakwaan sedang menjalikan hubungan istimewa dengan Sharnaaz Ahmad.

artis Hiburan Kehidupan

PETALING JAYA – “Sejujurnya Sharnaaz Ahmad merupakan seorang ‘celebrity crush’ saya dalam bidang lakonan. Saya perlu akui perkara itu.”

Itu jawapan yang diberikan oleh pelakon cantik, Fify Azmi mengulas dakwaan kononnya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.

Fify atau nama lengkapnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, ketika ditemu bual dalam program Melodi sebentar tadi berkata, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon tersebut seperti yang didakwa warganet.

“Biasalah warganet. Tapi sejujurnya daripada mulut saya sendiri, kami hanya berkawan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

“Kalau nak tahu, saya selalu bertanyakan pendapat dan meminta tips lakonan daripada Sharnaaz. Dia (Sharnaaz) merupakan seorang yang suka membantu dan banyak memberikan tunjuk ajar lakonan kepada saya,” kata Fify.

Tanpa berselindung, pelakon yang pernah membintangi drama Ratu Ten Pin itu turut mengakui bahawa Sharnaaz atau lebih mesra disapa Mamu merupakan salah seorang pelakon lelaki yang menjadi idola (crush) yang diminatinya.

“Bila kita berkawan dengan idola kita sendiri, banyak soalan yang kita nak tanya dan dia banyak membantu saya. Terima kasih Sharnaaz,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fify turut berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menutup mulut warganet tentang istu tersebut. Namun pada masa sama, dia tidak menolak seandainya mempunyai jodoh dengan pelakon tersebut.

“Tapi kalau ada jodoh, adalah,” ujar wanita berusia 31 tahun itu ringkas.

Ditebak tentang kriteria yang diinginkan daripada ‘bakal jodohnya’ nanti, Fify berkata dia masih belum pasti tentang perkara tersebut.

“Saya tidak pasti sebenarnya. Saya seorang yang ringkas. Kalau seseorang itu boleh membimbing saya, itu sudah cukup baik.

“Kalau individu berkenaan boleh memimpin saya, itu sudah cukup baik. Membimbing daripada sudut keluarga dan keagamaan.

“Jadi doakanlah saya yang baik-baik,” katanya.

Sekadar info, nama Fify sebelum ini pernah menjadi bualan apabila didakwa meminati kaum sejenis gara-gara sering melakonkan watak lasak dengan imej berambut pendek.

Fify bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dan bertegas, dia masih wanita sejati dan mempunyai hati serta nafsu terhadap lelaki. – K! ONLINE

Sharnaaz Dan Shukri Yahaya Membawang Lagi Sekali. Kali Ini Main Filter Pak Arab Pula Di IG Live.

Dua aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sememangnya bersahabat baik. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, mereka kerap berhubung dan membuat IG live bersama berborak sambil menyapa peminat.

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu tiap kali mereka berdua melakukan IG live bersama kerana sudah tentu ramai yang ‘pecah perut’ mendengar sembang kosong mereka.

Selepas lama tidak menyapa peminat di media sosial, kali ini mereka kembali dengan bergurau bermain filter di Intagram.

Hal ini dimuat naik kembali seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @_syifahanafi sehingga ramai yang turut terhibur sama menonton telatah dua aktor popular ini.

Namun, paling menjadi tumpuan sudah tentu salah satu filter yang digunakan Sharnaaz yang memperlihatkannya seperti orang Arab.

Hal tersebut membuatkan ramai terhibur dan berdekah kerana memahami ‘perlian’ harus pelakon berkenaan yang merujuk kepada siapa.

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen diruangan TikTok tersebut dengan memaklumkan berasa terhibur dengan ‘perangai’ dua aktor hebat Tanah Air.

Mereka juga memahami double meaning yang dibuat Sharnaaz sehingga Shukri Yahaya tak boleh berhenti ketawa.

Walau bagaimanapun ada yang kurang senang dengan gurauan halus mereka apabila dikatakan mengaitkan orang lain. Beberapa warganet turut memberi nasihat supaya tidak terus memerli orang kerana bimbang ia menjadi satu dosa antara manusia.

Sumber: Oh Media.

Ramai Warganet Yang Suka Dengan Gelagat Shukri Yahya Dan Sharnaaz. Sekali Shukri Sempat Bocorkan Suatu Rahsia Sharnaaz.

Ada antara kita akan mempunyai rakan baik yang tidak jemu ‘mengusik’ kita lebih-lebih lagi apabila sedang ‘m4buk’ bercinta. Baru-baru ini, IG live pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad mencuit hati pengikutnya apabila dia di ‘bahan’ oleh Shukri Yahaya mengenai desas-desus percinta’ Sharnaaz dan penyanyi De Fam, Azira Shafinaz. Semasa IG live sedang berlangsung, ramai pengikut Sharnaaz yang mention Azira untuk sertai IG live mereka.

Shukri yang suka melihat gelagat Sharnaaz yang seperti orang tak senang duduk itu semakin ‘mencucuk’ Sharnaaz untuk mengajak Azira untuk sertai IG live mereka. Lebih menghiburkan hati orang ramai, Sharnaaz tiba tiba menjadi seorang yang tersipu malu dan hanya mampu berdiam diri di saat Azira muncul dalam IG live tersebut. Amboi Sharnaaz, buah hati ada terus jadi ‘lembik’ ya? Mana pergi ‘mamu’ yang macho itu? Hihi…

Shukri yang dikenali dengan perangai masuk air itu membuat orang ramai terhibur apabila dia sering mem3rli dan membahan Sharnaaz. Shukri berkata kisah percintaan Sharnaaz dan Azira ini seperti kisah zaman percintaan remaja dek kerana Sharnaaz menjadi kelu lidah untuk bersembang dengan Azira. Apabila melihat IG live mereka, amat terserlah perangai Sharnaaz yang malu apabila berhadapan Azira. Bau nasi minyak ni.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya yang merestui dan mendoakan kebahagiaan hubungan Sharnaaz dan Azira. Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Sharnaaz dan pihak Azira mengenai desas-desus percintaan mereka.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad & Kool FM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Kecewa Dengan Cara Layanan JKR . Dikatakan Ini Semua Berkaitan Kekayaan Dan Darjat.

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai kejadian kecil berlaku kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaludin Abu Bakar yang jatuh terlanggar lubang ketika menunggang basikal. Selepas kejadian tersebut, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat pemohanan maaf kepada beliau sebelum menurap jalan yang rosak itu dengan kadar segera. Seakan-akan berlaku diskriminasi, justeru pelakon hebat Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hatinya di Instastory, lapor Kosmo! Online.

Hal ini kerana, menurut pelakon drama Bukan Drama Aku Tak Cinta itu, dia menganggap isu ini masih berkaitan dengan darjat dan kekayaan. Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, golongan kenamaan di negara ini diberikan layanan atau perkhidmatan begitu, berbanding sekiranya berlaku kepada rakyat marhaen sehingga membahayakan nyawa.

“Aku yang melambung naik motor hari-hari dekat masjid Wilayah ini apa cerita? Ini semua pengampu orang kaya. Geng-geng aku yang bawa Grab tak mahu minta maaf ke?,” luah Sharnaaz. Malah, tindakan agensi kerajaan tersebut telah mengundang kemarahan warganet di platofrm media sosial dengan pelbagai posting perlian. “Motosikal rakyat guna untuk cari rezeki hari-hari langgar lubang tiada siapa peduli. Antara dua darjat,” kata seorang pengguna Twitter.Sumber: Kosmo! Online (Mohd Haikal Isa)

Sharnaaz Ahmad Jalani Satu Pembedahan Ini Di Hospital Swasta. Warganet Turut Mendoakan Sharnaaz Agar Cepat Sembuh.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani pembedahan sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) selepas selesai menjalani pembedahan itu.

“Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat pembedahan. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah (dar4h) sikit. Saya tak boleh cakap lama, dar4h akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakit,” katanya.
 

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan dar4h mengalir.

@almynadiaofficial: Mamu cepat sembuh naaa.. Rehat ok.”@acheykintangkintung: Selamattt matttt. “@adila.70120707: Mamu pi pam ayaq garam yang depa bagi tu dalam hidung, untuk keluarkan darah tu, nanti cepat dar4h tu berhenti. “@jasnymardhiah: Hang sakit macam ni pun hidung ada dar4h hang tetap hensem Mamu. Speedy recovery Mamu. “@iezapekan: Apa-apa pun cik doakan hampa cepat sembuh. Sebab Allah sayang dia bagi kita ujian. Jadi insya-Allah mudahan cepat sembuh. Amin,” antara komen-komen yang ditulis. Sebelum ini, bekas isteri iaitu kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mendoakan agar urusan pelakon filem Jebat ini berjalan lancar. “Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin,” kongsinya di Instagram Stories. 

Baru Je Mahkamah Putuskan Tentang Tuntutan Nafkah. Terkejut Ini Pula Respon Dari Sharnaaz Ahmad Bila Nabila Dah Setuju Dengan Benda Ni.

”Insya-Allah, ini hari terakhir datang mhkamah. Selepas ini tak datang lagi sini. ”Benda pun dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni. Saya dan Sharnaaz pun baik dan kami buat benda itu untuk anak kami.” Demikian kata-kata bekas isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor NabiIa Mohd Noor, 36, mengenai tuntutan nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nuusyuz yang berjaya diselesaikan dengan baik di Mhkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Sharnaaz selaku defendan juga bersetuju untuk menarik balik tuntutan nuusyuz yang difailkan terhadap NabiIa. Selain itu, defendan juga bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan. Ini termasuk nafkah sebanyak RM1,200 sebulan dan diberi akses berjumpa anak mereka sehingga usianya mencapai empat tahun.

Sharnaaz turut bersetuju mengeluarkan namanya sebagai pemilik bersama untuk sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. NabiIa yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa berkata, dia lega kerana tidak perlu lagi hadir ke mhkamah untuk perbicaraan kes mereka.

”Proses perpisahan, hak anak dan datang ke mhkamah adalah benda-benda yang memenatkan. Ia mengambil energi serta emosi saya terganggu.”Setiap kali nak datang saya berat hati. Jangan ada dendm dan marah kerana ia akan bawa kita ke belakang. ”Paling tak bagus kerana apabila bangun tidur anda akan masam, m4rah dan berdndam. ”Anda akan cari perkara yang boleh untuk kenakan bekas suami. Ia tak baik lagi-lagi untuk anak kita,” katanya.

Ini pula respon Sharnaaz Ahmad

Sementara itu, Sharnaaz, 37, berkata, dia bersyukur kerana peguam kedua-dua belah pihak dapat memainkan peranan menyelesaikan kes dengan baik. ”Buat NabiIa saya ucapkan terima kasih kerana kita dapat kata sepakat. Ada benda yang selama ini tak jelas, diperjelaskan dan diletakkan dalam kertas supaya semuanya takkan jadi masalah suatu hari nanti.

”Hari ini saya sangat bersyukur kerana bagi kami keutamaan kami ialah pada Jebat. ”Walaupun saya dengan NabiIa tak dapat teruskan sebagai suami isteri, tapi saya tetap kawan dia,” katanya. Menurutnya NabiIa seorang kawan yang baik dan dia ingin meneruskan hubungan ini.

” Saya kenal dengan dia dulu pun sebagai seorang kawan. Tak guna nak brbalah kerana yang rugi ialah Jebat. Saya tak nak perkara ini berlaku. Tumpuan kami 100 peratus pada Jebat,” katanya.

Sharnaaz dan NabiIa berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mhkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.asiakini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *