Tak sampai RM10 kos digunakan buat studio mini. Sekali Pensyarah terkejut sampai negara luar minta buat video tutorial.

tips Viral

Nik Majizaidi menggunakan kaedah studio mini pada awal PdPR. Bukan mudah untuk golongan pendidik memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika pand3mik CvdI9. Begitulah juga dengan seorang pensyarah yang mencuba kaedah ‘studio mini’, menggunakan sebuah kotak, tiga biji lampu, sekeping papan putih dan beberapa pen marker pelbagai warna. Manakala telefon pintar pula diletakkan di atas kotak untuk membuat rakaman ketika menunjukkan kaedah pengiraan bagi subjek Matematik semasa kelas dalam talian (online).

Pensyarah berkenaan, Nik Majizaidi Nik Muhammad berkata, idea menghasilkan studio mini PdPR itu dicetuskan oleh rakan tenaga pengajar, Sarimi Sabdin, 33, yang mendapat inspirasi daripada masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam kalangan mereka bermulanya pandemik awal tahun lalu. Lelaki berusia 46 tahun itu memberitahu, antara isu yang berbangkit ketika awal PdPR diperkenalkan adalah pengajar kurang berkemampuan untuk memiliki gajet dan tidak berkemahiran menggunakan peranti itu.

“Saya merupakan golongan yang tidak mahir menggunakan gajet untuk PdPR. Sebelum ini sudah terbiasa dengan sesi pengajaran secara bersemuka dengan para pelajar. Tiba-tiba kena PdPR, memang tergagap-gagap nak ajar online. Jadi, sentuhan studio mini yang banyak membantu saya untuk mengajar selama setahun,” katanya.

Nik Majizaidi menggunakan ‘studio mini’ pada awal sesi PdPR tahun lalu.

Nik Majizaidi yang lebih dikenali sebagai Sir Nik dalam kalangan pelajar berkata, mengajar subjek Matematik memerlukan cara kerja bagi kefahaman yang lebih mudah. “Mengajar guna kotak (studio mini) ini seperti kita mengajar dalam dewan kuliah atau bilik tutorial. Tiada masalah kalau blackout (bekalan elektrik terputus) kerana rakaman dibuat menerusi telefon menggunakan data internet dan lampu menggunakan bateri sebagai backup. Sama ada kertas atau papan putih, saya tunjuk cara kerja secara live tanpa perlu guna tablet, laptop (komputer riba) atau komputer. Hanya berbekalkan telefon pintar,” ujarnya yang merupakan pensyarah di Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) di Pasir Puteh.

Pendekatan mengajar bagi subjek Matematik.

Berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 21 tahun sejak 2000, anak kelahiran Kota Bharu itu tetap tidak mahu ketinggalan dengan kemajuan teknologi dalam PdPR. “Selepas setahun saya guna kotak sebagai studio mini, saya beralih kepada laptop untuk sesi PdPR sejak beberapa bulan lalu.

Selepas setahun saya guna kotak sebagai studio mini, saya beralih kepada laptop untuk sesi PdPR

“Pensyarah-pensyarah muda yang banyak membantu dari perkongsian ilmu. Mereka lebih mahir bab IT (teknologi maklumat),” katanya yang berkhidmat di KMKt sejak 2015. Nik Majizaidi berkata, studio mini yang menelan belanja kurang RM10 dan menggunakan bahan terbuang itu tetap tidak dilupakan kerana ia berjasa pada waktu kecemasan.

‘Studio mini’ disambungkan pada USB komputer untuk lampu berfungsi.

“Kalau tiba-tiba WiFi terganggu sehingga menjejaskan kelas online, saya cepat-cepat beralih guna studio mini menggunakan telefon untuk meneruskan pengajaran. Alhamdulillah, sekarang saya dah mahir guna laptop yang lebih mudah. Tapi ‘feel’ seperti mengajar di dewan kuliah dapat rasa bila guna studio mini,” tambahnya.

Nik Majizaidi (kiri) bersama Sarimi.

Dalam pada itu, pensyarah yang aktif berjoging, hiking dan bersenam di gim itu tidak menyangka perkongsian video ‘studio mini’ yang baru dimuat naik di aplikasi TikTok menjadi perhatian. “Tak sangka jadi viral sampai dapat perhatian warganet sehingga ke Indonesia. Malah ramai dari negara itu termasuk di sini minta saya untuk membuat video tutorial studio mini. Warganet komen idea ini adalah pemikiran di luar kotak. Tak sangka dapat penerimaan yang baik dan sememangnya studio mini banyak berjasa kepada saya terutama di awal PdPR,” katanya. Sumber : Mstar

Guru Yang Tidak Lengkap Suntikan Vaksin Dilarang Daripada Mengajar Di Sekolah.

Vaksin adalah merupakan antigen iaitu virus yang telah mati. Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus, akan tetapi dalam bahasa mudahnya, ia adalah bertujuan menciptakan memori dasar sebagai tentera pertahanan dalam tubuh untuk bersiap sedia menghadapi serangan virus yang sebenar yang lebih kuat.

Namun seperti negara lain, Malaysia juga tidak lari daripada golongan antivaksi yang cuba mempengaruhi orang ramai daripada menerima vaksin. Gerakan antivaksin digerakkan oleh golongan yang menolak penggunaan vaksin, antaranya menggunakan media sosial, dengan fahaman bahawa vaksin mengandungi bahan yang tidak selamat.

Guru-guru perlu mendapatkan suntikan vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka Oktober depan. – gambar hiasan

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional mencadangkan agar guru yang tidak lengkap suntikan vaksin dilarang daripada mengajar di sekolah. Presidennya, Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan tidak wujud kluster sekolah sebaik sesi pembelajaran bermula pada 3 Oktober depan.“Kami terkilan dengan tindakan 779 guru di Johor yang menolak vaksin. Ini memberi persepsi dan kesan kurang menyenangkan bagi seluruh warga Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang iaitu kira-kira 779 guru di Johor menolak untuk me­nerima vaksin Covid-19. Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Aminuddin Awang mengakui mereka tidak pernah menerima laporan mengenai guru menolak vaksin sehinggalah dedahkan baru-baru ini.

Katanya, sekiranya wujud aduan sekali pun ia hanyalah mengenai kelewatan segelintir guru menerima tarikh temu janji suntikan vaksin tersebut.“Kita tak pernah terima aduan seperti itu, biasanya ia (aduan) tentang guru yang belum terima tarikh suntikan. Itulah yang biasa kami tekankan sebelum ini.

Pada masa sama, Aminuddin berkata, beliau yakin semua guru yang dijadualkan kembali mengajar di sekolah pada 3 Oktober depan telah menerima suntikan vaksin sepenuhnya.“Jika masih ada yang belum lengkap divaksin sekali pun, masih ada masa lagi untuk mereka disuntik sebelum sesi persekolahan tersebut dibuka jadi tidak timbul masalah di situ,” katanya. Sumber: Kosmo.

Tarikh Buka Sekolah Terkini Dilewatkan Kepada 3 Oktober 2021 – KPM.

Tarikh Buka Sekolah Susulan PPN / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Beliau berkata, bagi negeri-negeri Fasa Dua, pembukaan sekolah hanya untuk kelas peperiksaan manakala bagi Fasa Tiga, pembukaan penuh dibenarkan.

“Ini adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)… jadi, kita tidak boleh menyatakan 1 September akan buka semua (sekolah). Keselamatan murid adalah keutamaan kerajaan. Hari ini, KPM telah mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga 3 Oktober 2021.Namun, jika terdapat keperluan untuk membuat perubahan KPM akan memaklumkan lebih awal. Berdasarkan SOP MKN, Pelan Pemulihan Negara menggariskan perkara berikut:

Fasa 1 : Sekolah tidak akan dibuka. Fasa 2 : Untuk Murid Kelas Peperiksaan Sahaja (Ting. 5 & 6). Fasa 3 : Boleh untuk murid kelas biasa Tertakluk kepada penilaian risiko negeri tersebut. Pada 17 Julai lalu, KPM memaklumkan ketetapan pembukaan sekolah secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September selepas mengambil kira kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan sekolah.

Berita Baik Untuk Pelajar Tingkatan 5 Dan 6. Terkini Khairy Jamaluddin Dedahkan Pelajar Tingkatan 5 Dan 6 Akan Mula Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bermula Bulan Julai ini.

Berita baik untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 yang bakal mengambil peperiksaan bagi tahun ini! Menurut The Star, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pelajar yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima dos pertama vaksin bermula Julai ini.

Khairy berkata, pelajar tingkatan 5 dan 6 ini akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang mana suntikan tersebut akan dilaksanakan di sekolah. Kita kena bagi vaksin kepada mereka pada awal persekolahan. Bila menteri pendidikan buat keputusan untuk benarkan pelajar ke sekolah, kita akan beri suntikan kepada mereka bermula pertengahan Julai atau awal Ogos bergantung kepada kes harian. “Mereka pergi sekolah dan akan disuntik di sana,” katanya.

Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 (CITF) juga memutuskan semalam untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama. Perkara itu juga dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin yang berkata, ia susulan daripada menerima kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap individu berusia 12 tahun ke atas.

Menurut Khairy lagi, data peperiksaan tahunan yang diterima daripada Menteri Pendidikan juga menunjukkan terdapat 357,000 pelajar dan 47,000 guru di Tingkatan 5 dengan kerajaan yang berusaha untuk memvaksin golongan itu terlebih dahulu supaya boleh kembali ke sekolah semula. Semoga adik-adik kita yang menduduki peperiksaan ini dapat kembali belajar seperti biasa di sekolah semula.  Sumber : Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *