Peniaga dikritik jual kucing tepi jalan dengan harga yang tinggi. Sekali ini yang warganet minta pada orang ramai.

Haiwan kucing

Seorang lelaki yang juga merupakan peniaga makanan mendapat kritikan ramai apabila didkwa menjual kucingnya dalam keadaan haiwan itu seperti diabaikan pada harga RM800 di tepi jalan Bandar Sri Permaisuri, Cheras baru-baru ini. Beberapa ahli kumpulan Facebook Kucing Hilang Jumpa Malaysia antara yang terawal membangkitkan isu tersebut dan menggesa orang ramai supaya tidak membeli kucing berkenaan.

“Kucing ini jangan beli. Kalau boleh buat laporan dan selamatkan ia. Sebab ramai kata orang itu banyak kali ulang kucing lain-lain,” komen Maman Razo. “Kalau kita beli ibarat kita galakkan perdagangan kucing oleh pakcik ini. Kucing pak cik ini nampak terseksa,” kata Myojinie Freedie.

“Kita rasa kasihan dan terus rasa hendak beli tetapi bila periksa ini bukan pertama kali dia jual begitu. Sudah bertahun. Jadi kepada sesiapa yang murah hati mahu beli pada harga diminta saya minta fikir masak-masak,” ujar Nur Izasyafira “Saya ada WhatsApp pak cik itu siang tadi dia mahu jual seekor sahaja pada harga RM800. Sebentar tadi pak cik itu hantar mesej beritahu sudah ada orang beli kucing tu,” komen Ash Yusof.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam respons berhubung perkara itu berkata, perbuatan menjual kucing tanpa menitikberatkan kebajikan haiwan berkenaan merupakan satu kesalahan. “Aktiviti jualan tidak dibenarkan jika keadaan kucing itu menunjukkan ia tidak sihat, tidak ‘fit’ untuk jualan seperti, tidak bersih, berpenyakit kulit dan kotor. Tidak dibenarkan juga menjual kucing dalam keadaan terdedah bahaya cuaca panas dan hujan atau terdedah serta terbuka sehingga boleh berlaku kejadian yang tak diingini,” katanya hari ini. Sumber – K! ONLINE

Pemilik Baru Kucing Jual Kucing Dengan Harga RM400. Ini Alasan Pemilik Baru Kucing Sebab Dia Jual

Khas buat pencinta kucing,nasihat khas buat anda buatlah adoption daripada beli. Tetapi kes yang terjadi ini membuatkan kita terfikir sekiranya kita berniat untuk memberikannya kepada orang. Anda seharusnya perlu membuat penyelidikan supaya nasib kucing kucng ini terbela dan tak dia apa kan olej pemilik baru. Namun begitu, amat menyedihkan sekali bila ada orang yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk dijadikan jalan pintas bagi dapatkan wang.

Difahamkan seorang lelaki yang memiliki 2 ekor kucing peliharaannya telah diberikan kepada tuan baru, mereka berhubung menerusi Facebook Group Cat Free For Adoption (Malaysia). Siapa sangka si tuan baru itu rupanya ambil kucing yang dinamakan Tom & Jerry itu untuk kaut untung dengan menjual kucingnya berharga RM400 bagi salah seekor kucingnya kerana ia dijual secara asing-asing!

Perkara tersebut dapat diketahui selepas gambar kucing kucingnya itu diiklankan ke dala grup lain 2 minggu selepas kucing kucingnya diserahkan kepada individu tersebut. Sebaik sahaja lelaki itu cuba menghubungi individu tersebut, alasan yang diberika oleh individu itu adalah kerana Tom dan Jerry itu kerap berbalah. Bahkan pemilik sebenar kucing tersebut menyatakan sepanjang dia menjaga Tom dan Jerry, kucing kucing itu mana pernah berbalah.

Gara gara itu, lelaki tersebut dan Ani Red Wolf Hassan, pengendali FB Group itu ada cuba untuk dapatkan semula kucing-kucing tersebut tapi malangnya gagal kerana kucing itu telah diberikan dengan cara sukarela.“Balai polis PJ cakap takda kes sebab Fazril Nordin dah serahkan T&J dengan suka rela hati, bukan pksaan.”Susulan dengan kes ini, ia telah mengajar Ani sebagai admin untuk lebih berhati-hati.

Tiba Tiba Sahaja Kucing Tak Balik Rumah. Besar Kemungkinan 3 Perkara Ini Yang Berlaku

Pernah tak kucing peliharaan anda tak balik rumah ataupun hilang secara tiba tiba ? Bagi pencinta kucing, kehilangan kucing membuatkan mereka merasa kucing tersebut sudah tidak sayang akan tuannya. Namun begitu, pernah tak terfikir yang besarrkemungkinan kucing yang anda sayang selama ini bertindak menghilang atau tidak balik rumah disebabkan tingkah laku pemiliknya sendiri? Jom ikuti faktor kucing anda bersikap sedemikian.

Pertama, mereka merasa kurang perhatian. Macam yang kita sedia tahu, kucing dan manusia adalah mahkluk hidup yang memerlukan perhatian oleh seseorang. Kucing juga akan cepat terasa sekiranya diri mereka dipinggirkan atau diabaikan terutamanya mereka yang bersifat manja. Begitu juga, sekiranya pemiliknya memelihara kucing lain di rumah yang sama, ia akan membuat diri mereka diabaikan.

Kedua, yang ini agak perit iaitu mereka mengalami sakit yang agak teruk.Perkara ini kerap terjadi kerana kebiasaannya kucing akan hilang atau pergi dari pemiliknya apabila mengetahui “masa” mereka sudah sampai. Mereka akan mencari tempat yang gelap bahkan jauh dari manusia. Mereka hanya inginkan keamanan dan tidak ingin diganggu oleh sesiapa.

Akhir sekali, mungkin ia berasa stres. Kalau manusia ada rasa stres, kucing juga sama. Kemungkinan kucing berasa rimas atau tertekan apabila berada di rumah yang membuatkan dirinya tidak berasa selamat dan aman lagi. Oleh itu, kucing akan bertindak untuk keluar dan hilang mencari tempat yang lebih aman dan selamat buat diri mereka. Oleh itu, anda disarankan untuk lebih memberi perhatian dan menjaga kucing kesayangan anda dengan baik.

Sanggup Bina Rumah Banglo Khas Buat Kucing Kesayangan. Ramai Warganet Kagum Dengan Senibina Rumah Itu

Buat pencinta kucing, anda mesti sudah menganggap kucing kesayangan anda bukan sekadar haiwan tapi mereka sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia merangkumi dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan demi kucing kesayangan

Oleh itu, satu perkongsian oleh pengguna FB menerusi satu Group FB iaitu Kucing Sepahkan Apa Hari Ini telah meraih perhatian ramai. Ternyata gambar gambar rumah banglo khas yang disediakan kepada kucing kesayangan menjadi tumpuan ramai kerana kagum dengan keindahan rumah itu.

Jika dilihat, rumah kucing ini sememangnya luar biasa kerana telah direka dengan senibina yang moden dan ditambah pula dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk memberi keselesaan kucing kucing habiskan waktu di situ.

Pendek cerita, memang beruntung kucing yang mendiami banglo khas tu.Di ruangan kapsyen, Maaf ya kita tak sepah apa-apa pun sebab mama dah warning. Tapi sebab ankel dengan antie yang nak tengok interior umah kita jadi kita nak tunjuk kan ni lah rupa rumah kita. Tak salah kan. Yang ada anak kecik tu mama kita dah asingkan. Mama kita takut kita kacau anak-anak dia.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *