Pejabat Janna Nick banjir gara gara paip bocor. Tapi syukur bila pemilik premis nak buat macam ni.

Viral

Ruang pejabat yang disewa Janna Nick dinaiki air kerana paip bocor. Gara-gara paip bocor, pejabat milik pelakon Janna Nick dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa kerosakan pada pagi Jumaat. Menurut Janna, 26, semasa kejadian itu berlaku tiada sesiapa di premis berkenaan dan hanya diketahui oleh kakitangan yang memulakan tugas.

Perkongsian Janna di Instastory.

“Pejabat urusan White Fluffy banjir pagi ini kerana ada paip bocor… siling tandas runtuh, lantai habis penuh air, malah produk pun ada yang basah. Sedih sangat sebab saya tak dapat nak tengok keadaan pejabat kerana sekarang ini berada di Cameron Highland menjalani penggambaran drama. Balik nanti baru boleh saya tengok jumlah kerugian dan sebagainya… buat masa ni semua staf uruskan! Mereka cuba selamatkan barang-barang yang masih boleh guna,” katanya. Menerusi Instastory, pelakon drama Melastik Ke Hatimu berkongsi video kerosakan yang berlaku di pejabatnya yang terletak di Damansara, Selangor itu.

Ada sedikit kerugian tapi mujurlah pemilik premis baik hati sanggup bayar ganti rugi dan baiki semula kerosakkan!

Janna kini sedang mengarahkan drama Mendua.

Dalam pada itu, Janna meluahkan rasa syukur kerana pemilik premis berkenaan sanggup menanggung kos pembaikan dan ganti rugi akibat kejadian berkenaan. “Ada sedikit kerugian tapi mujurlah pemilik premis baik hati sanggup bayar ganti rugi dan baiki semula kerosakkan. Benda dah nak jadi… apa-apa pun syukur Alhamdulillah tak ada sesiapa yang mengalami luka akibat kejadian paip bocor ini,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Janna kini sedang mengarahkan drama terbaharu berjudul Mendua. Ia dibintangi oleh pelakon hebat Nazim Othman, Emma Maembong dan Dini Schatzmann. Sumber : Mstar

Lama Menyepi Janna Nick Muat Naik Gambar Terbaru. Tapi Benda Ni Yang Warganet Nampak Sampai Ada Yang Risau Tengok Penampilan Baru Janna Nick.

Pelakon dan pengacara Janna Nick memuat naik gambar terbaru  memperlihatkan dirinya memakai pakaian serba hitam menerusi laman sosial Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, jelaslah ia bertujuan untuk mempromosikan jenama minyak wangi terkenal apabila pelakon itu dilihat memperagakan botol minyak wangi tersebut. Namun apa yang jadi perhatian peminat ialah tubuh badan pemilik nama Nurul Jannah Muner itu yang dikatakan nampak kurus.

Janna Nick makin kurus

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut menyedari perubahan ketara bintang drama Marry Me Senorita itu. Ada yang meluahkan kebimbangan manakala segelintir yang lain meminta tips kurus daripada pelakon berusia 26 tahun berkenaan.

Terdahulu, Janna Nick mendedahkan mendedahkan dirinya mengalami masalah gangguan bipolar dan mengaku pernah membuat cubaan membahayakan diri ketika berusia 14 dan 15 tahun. Difahamkan lagi, kini dia bergantung pada ubat anti kemurungan bagi merawat penyakitnya itu. Sumber: Instagram Janna Nick

 Belum ada perancangan untuk ke fasa seterusnya. Lepas je buat kejutan hari jadi Janna terkejut bila Dini tiba tiba dedahkan status terkini dia dengan Janna Nick.

Ikatan percintaan Dini Schatzmann dengan Janna Nick bukan lagi satu rahsia. Lebih menarik, pasangan selebriti ini sering berkongsi kisah romantis mereka di media sosial masing-masing. Terbaharu, sempena ulang tahun kelahiran Janna yang ke-26 pada 1 Jun lalu, Dini menghadiahkan sebuah Vespa berwarna merah. Dalam satu perkongsian video kejutan oleh Janna di Instagram, hubungan cinta mereka dilihat cukup ampuh dan saling melengkapi antara satu sama lain. Mengakui hubungan cintanya dengan Janna bukan sekadar paparan di media sosial semata-mata, sebaliknya mereka serius dalam melayari perhubungan dan sudah ada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Dini berkata, mereka sangat serius dengan masa depan hubungan cinta mereka. “Saya bukan lelaki yang suka nak mempermainkan perasaan wanita. Namun, buat masa ini kami belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya, tapi tidak bermakna tiada perbincangan mengenai hal itu. “Ada banyak hal yang kami aturkan untuk masa depan hidup kami berdua. Antaranya, kami nak kukuhkan kewangan dan stabilkan karier seni saya. Kami juga ada berbincang untuk membeli rumah impian, tapi semua itu perlukan masa dan perancangan rapi supaya setiap yang diimpikan tercapai dengan usaha bersama,” katanya.

Menyentuh mengenai kejutan hari jadi Janna, Dini berkata, salah satu impian hidupnya adalah untuk membuatkan kekasih hatinya selalu tersenyum pada setiap tahun. Katanya, melihat wajah Janna yang gembira adalah segala-galanya bagi dirinya.

“Nak pilih hadiah hari jadi untuk Janna memang susah. Banyak yang dia tak suka, tapi saya kena pastikan hari jadinya disambut dengan satu kejutan yang berharga. Puas juga saya fikir apa hadiah yang mungkin orang lain tidak akan bagi. Memandangkan Janna minat dengan motosikal sejak bersekolah dan pernah ada keinginan untuk membeli motosikal, jadi saya cuba realisasikan. Saya beli Vespa berwarna merah itu kerana ia sangat unik dan sesuai digunakan untuk Janna,” katanya. Menurut Dini, sepanjang mengenali Janna, dia bukan seorang yang gemar berbelanja sesuka hati, namun dirinya pula suka membeli barangan yang terkini.

“Janna bukan yang kaki berbelanja seperti saya. Dia tak suka boros dan pandai menguruskan wangnya. Kadang-kadang saya pelik tengok dia yang tak teringin nak beli barang baharu sedangkan saya pula suka membeli apa saja benda atau gajet baharu. Walaupun begitu, saya tahu dia seorang yang ada perancangan rapi dalam hidupnya. Dia mahukan wang hasil titik peluhnya digunakan kepada perkara lebih penting untuk kegunaan masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, Dini turut berharap hubungan cinta dengan Janna akan sentiasa dipenuhi cinta dan kasih sayang.  “Saya sentiasa mendoakan supaya dia sentiasa dilimpahkan dengan kasih sayang dan diberkati selalu. Saya akan selalu bersamanya. Janna selalu mengambil berat mengenai diri saya. Walaupun dia sibuk dengan urusan kerjanya, tapi dia akan pastikan saya kelihatan okay setiap masa,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kecoh Pasal Izreen Azminda Dan Bekas Madu. Kali Ni Janna Nick Pula Dikritik Teruk Gara Gara Tanya Soalan Sensitif Pada Intan Liyana.

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikritik oleh warganet gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas dilepaskan oleh suaminya, Ude Wahid. Soalan itu ditanya oleh Janna ketika segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’ dalam siaran program Melodi Raya yang disiarkan semalam (Ahad).

“sudah jumpa pengganti atau belum?” tanya Janna kepada Intan yang ketika itu turut disaksikan oleh bekas madunya, Izreen Azminda. Dalam segmen tersebut, produksi Melodi telah menemukan buat pertama kalinya  Intan dan Izreen dalam program televisyen bagi melupakan persengketaan diantara mereka berikutan pelakon itu didakwa merampas suami Intan ketika itu sekitar tiga tahun lalu.

Warganet Tertanya Mengapa Tidak Jemput Sheila Rusly

Di media sosial, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna kerana disifatkan tidak sensitif dengan situasi Intan sekaligus mencetuskan amarah dan persoalan daripada mereka. Malah tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan segmen tersebut seharusnya turut menemukan Janna bersama penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly selepas kedua-duanya dikatakan mempunyai perselisihan faham sehingga ke hari ini.

Sebagai info, Intan dan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid bercerai pada 22 Mac 2018 selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4. Terdahulu, Intan dan Izreen ‘sempat bermadu’ selepas pemuzik bebas itu bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Izreen dan Ude,mereka mempunyai seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim,2 dan pelakon itu juga sedang menghamilkan anak kedua mereka yang kini berusia 5 bulan. Menerusi perkahwinan Izreen terdahulu, dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar. Sumber : Murai

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *